Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Senarai 7 Monitor PC Terbaik Untuk Tontonan Paling Selesa

Nak selesa, pilih dari senarai kami!

Monitor sudah lama menjadi salah satu perkakasan penting dalam dunia komputer terutamanya kepada pereka grafik, pemain digital dan juga pengaturcara. Ia memaparkan hasil dari apa yang telah dikerjakan oleh anda disebalik itu dengan kod-kod luarbiasa serta rekaan seni yang tidak mampu tercapai oleh akal. Oleh itu, monitor menjadi suatu kemestian setiap kali anda membeli komputer.

Kini, terdapat pelbagai komputer di pasaran dengan pelbagai saiz dan fungsi untuk memenuhi kemudahan dan permintaan anda semua dengan harga yang cukup berpatutan. Pada yang masih menanti, jom kita lihat pilihan monitor yang menarik dalam pelbagai saiz dan fungsi untuk memudahkan anda membuat pilihan. Carilah yang sesuai dan menepati ciri-ciri pilihan anda untuk kepuasan maksimum!

Monitor untuk gaming yang murah
Monitor untuk gaming yang murah
mulai
RM379.00
Semak Samsung S22F355FHE 22" Full HD LED Monitor harga dibawah:

Skrin monitor 22 inci yang cukup luas mata memandang terutamanya untuk permainan komputer akan merasai lebih kepuasan setelah menggunakannya. Dengan rekabentuknya yang nipis, ini membantu untuk menjimatkan banyak ruang di sekitar rumah atau bilik anda. Di samping itu, ia juga kurang berkilau dan memberikan anda keselesaan ketika menontonnya.

Monitor murah terbaik untuk design dan mengedit foto
Monitor murah terbaik untuk design dan mengedit foto
mulai
RM248.00
Semak ACER K202HQL 19.5 HD+ LED Monitor harga dibawah:

 

Skrin 19 inci ini memberikan kenikmatan luar biasa terutamanya kepada pereka grafik. Ia memberikan kepuasan ketika mengedit imej dan juga memudahkan mereka untuk menentukan sudut dan ukuran. Bukan itu sahaja, malah skrin ini ringan dan turut membantu menjimatkan ruangan di bilik anda.

Monitor 4K terbaik untuk editing video
Monitor 4K terbaik untuk editing video
mulai
RM3,199.00
Semak BenQ PD3200U 32 inch 32" 4K UHD Designer Monitor harga dibawah:

Skrin besar yang canggih memudahkan kerja mengedit video dan mengenalikan tugas seharian untuk kebanyakan pekerja bidang multimedia. Dengan fungsi DualView, ia membolehkan anda untuk mendapatkan gambaran jelas semasa mengedit video demi mendapatkan hasil yang lebih lumayan untuk kerja anda.

Monitor LED murah dengan input HDMI 
Monitor LED murah dengan input HDMI
mulai
RM419.00
Semak ASUS LED FHD 21.5'' VP228HE Monitor harga dibawah:

Skrin besar dengan input HDMI, yang mempunyai sambungan lebih padat bersama DVI-D dan port D tambahan termasuk pembesar suara stereo. Malahan, monitor ini menjamin kurangnya unsur kerlipan yang boleh membahayakan penglihatan anda. Ia juga disertakan dengan kadar maklumbalas yang pantas serta ketiadaan unsur “bayang atau ghosting” yang mencacatkan tontonan anda.

Monitor LED murah dengan input HDMI
mulai
RM179.00
Semak Dell 19” LCD Monitor (Factory Refurbished)  harga dibawah:

Paparan yang besar dan luas untuk memberikan keseronokan kepada penonton serta harga yang sangat berpatutan membantu pengguna komputer untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih selesa. Ia disertakan maklumbalas sepantas 8 saat untuk mengurangkan kerlipan di skrin. Rekaan yang elegan serta paparan yang cukup hebat untuk pengguna.

Monitor dengan G-Sync – terbaik untuk PS4 dan gaming
Monitor dengan G-Sync – terbaik untuk PS4 dan gaming
mulai
RM2,179.00
Semak Dell 24" Nvidia G-Sync Gaming Monitor S2417DG  harga dibawah:

Skrin monitor yang padat dengan ciri-ciri teknologi Nvidia G Sync untuk memberikan inovasi kepada paparan monitor kebiasaan yang anda dapati ketika ini. Turut disertakan teknologi tanpa cahaya untuk memberikan keselesaan sepenuhnya ketika sedang bermain game kegemaran anda pada komputer atau konsol PS4.

Monitor untuk CCTV
mulai
RM402.00
Semak Samsung 21.5" LS22F355FHE LED Monitor harga dibawah:

Untuk keperluan CCTV, lebih baik jika anda memilih skrin monitor dari jenis Samsung kerana ia bukan sahaja lebih jelas malah harganya juga sangat berpatutan tanpa mengorbankan kualiti paparan. Cukup dengan monitor sebegini, urusan anda boleh berjalan lancar seperti biasa. Anda juga tidak perlu lagi ragu dengan kebolehan monitor tersebut untuk bertindak sebagai CCTV.

Artikel berkaitan:

End of Article