Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Jenis AIO Atau Biasa? Ini 6 Desktop Komputer Pilihan Kami.

Komputer desktop merupakan komputer peribadi yang direka bentuk khas untuk digunakan pada satu kawasan sahaja, bersaiz besar dan memerlukan sumber tenaga elektrik berterusan. Terdapat 2 jenis iaitu jenis AIO dan jenis biasa. Jenis AIO di mana CPU, skrin paparan dan peranti tambahan seperti mikrofon dan speaker digabungkan bersama. Manakala jenis biasa, CPU dan skrin paparan dipisahkan termasuk peranti tambahan.

Di sini kami mengesyorkan pilihan komputer desktop yang terbaik dengan ciri-ciri tersendiri. Tambahan pula, kami membantu anda yang masih mencari komputer desktop yang sesuai bagi penggunaan anda.

Komputer desktop yang murah di bawah RM 1000
Dell
Komputer desktop yang murah di bawah RM 1000
Semak Dell Optiplex 380 harga dibawah:

Dell Optiplex 380 menggunakan prosessor 2 Intel Core Duo 3.0 GHz sesuai untuk kegunaan tugasan kerja atau sekolah. Dengan harga ini, ia memberikan peluang kepada pelajar atau mereka yang berjimat cermat dalam pembelanjaan untuk memiliki komputer desktop sendiri. Disediakan 250 GB hard drive bertujuan untuk penyimpanan file-file atau dokumen penting.

Ia sesuai untuk kegunaan pejabat dan melayari internet. Di samping itu, terdapat adapter tambahan untuk sambungan dengan monitor lain menjadikan dua monitor dalam satu guna. Juga menggunakan 2GB RAM DDR3 yang lebih cekap berbanding generasi RAM sebelumnya.

Terbaik untuk anak
Terbaik untuk anak
Semak HP Pro One 400 harga dibawah:

HP Pro One 400 sangat berhati-hati kerana mempunyai tetapan khas di mana mengelakkan sebarang perubahan setting. Sebagai contoh, HP BIOSphere4 mengelakkan pengguna yang tidak diiktiraf untuk memasuki tetapan driver. Oleh itu, ibu bapa boleh setkan tetapan ini supaya anak-anak mereka tidak mengubah apa-apa tetapan driver yang boleh menyebabkan sistem tidak berfungsi dengan baik.

Juga terdapat HP Trust Circles7 yang menjaga file-file kritikal anda daripada mudah dicerobohi oleh orang lain. Tambahan pula, skrin paparannya merupakan skrin sentuh sesuai untuk anak-anak yang masih tidak tahu menggunakan keyboard dan mouse lagi. Menggunakan Intel Core I3 dan prosessor sehingga 2.90GHz sesuai untuk penggunaan biasa.

Komputer desktop terbaik untuk kegunaan rumah
Komputer desktop terbaik untuk kegunaan rumah
Semak Dell Inspiron 20 3000 harga dibawah:

Dell Inspiron 20 3000 menggunakan prosessor Intel Pentium J3710 dan kelajuan sehingga 2.64GHz ideal untuk kegunaan di rumah. Kepada suri rumah atau mereka yang bekerja di rumah, anda boleh memilikinya, space yang dibekalkan juga sehingga 1TB dan hard disk jenis SATA. Juga terdapat Intel Graphic Card menjadikan penontonan movie anda lebih HD dan menarik.

Skrin paparannya juga merupakan skrin sentuh dan mempunyai Anti-Glare yang mengelakkan daripada skrin paparannya silau apabila terkena cahaya matahari. Suri rumah juga boleh meletakkan komputer desktop ini di dapur untuk melihat resepi hari ini! Tanpa memerlukan keyboard dan mouse.

Desktop komputer terbaik untuk editing dan recording audio
Desktop komputer terbaik untuk editing dan recording audio
Semak HP Pavilion 24-b110d harga dibawah:

Untuk penyuntingan audio sebuah komputer memerlukan sekurangkurangnya 8GB RAM, 500GB space dan prosesor quad core. Oleh itu, HP Pavilion 24-b110d memenuhi keperluan minimun tersebut kerana mempunyai prosesor AMD quadcore A10-9630P, 8GB RAM DDR4 dan 1TB ruang penyimpanan. Dengan 8GB RAM ini dan pemprosesan sehingga 3.3GHz, komputer desktop ini sangat ideal untuk penyuntingan audio.

Juga terdapat microphone jack di mana pengguna boleh mencucuk microphone mereka untuk membuat rakaman suara. Pada masa yang sama, juga terdapat microphone yang diinstall bersama. Penggunaan operasi sistem Windows 10 membuka peluang untuk install aplikasi audio editing yang terbaru.

Semak Alienware Aurora R7-7016128G harga dibawah:

Alienware Aurora R7-7016128G merupakan gaming desktop yang tersangat hebat. Penggunaan Intel i7 dan kelajuan prosessor sehingga 4.6GHz menjadikannya sifar lagging dan boleh membuka 4 game serentak tanpa menyebabkan crash. Tambahan pula, 64GB RAM DDR4 yang merupakan generasi RAM terkini sangat memainkan peranan dalam pemprosesan yang tersangat cekap. Manakala kad grafiknya NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti menjadikan gaming anda lebih menakjubkan.

Penggunaan cecair cooler menjadikannya tidak mudah overheat dan boleh digunakan dengan jangka masa panjang tanpa shutdown. Juga terdapat driver VR di mana pengguna boleh bermain permainan video VR dengan mudah tanpa perlu membeli adapter yang mahal.

Komputer desktop terbaik untuk video editing dan photoshop
Apple
Komputer desktop terbaik untuk video editing dan photoshop
Semak Apple iMac with Retina 5K harga dibawah:

Apple iMac mempunyai skrin paparan 5K iaitu resolusi sehingga 5120 x2880 pada 27 inci lebar sesuai untuk aktiviti penyuntingan video dan gambar dengan selesa.  Tambahan pula, prnggunaan generasi ketujuh Intel Core i5 dan memori grafik Radeon Pro 500 yang terkini membawa kehebatan kepada dunia penyuntingan video dan gambar dengan kurang lagging ketika rendering. Semuanya pada kelajuan yang tinggi!

Kelajuan sistem pemprosesannya yang sehingga 4.5 GHz menjadikan komputer desktop ini amatlah sukar untuk crash. Tambahan pula, dengan kelajuan sebergini, edit grafik atau gambar melalui photoshop lebih pantas dan cepat daripada biasa. Pengguna juga boleh berseronok dengan Siri!

Artikel Berkaitan 

End of Article