Tablet merupakan sebuah PC yang bersaiz kecil portable dan menggunakan skrinsentuh di mana pengguna boleh membawanya bersama kemana-mana sahaja. Penggunaan tablet menjadi satu keperluan kerana ia boleh digunakan sebagai bahan perantaraan pengajaran, pengambilan nota dan melakukan tugasan pejabat. Tablet juga mampu digunakan sebagai pengisian masa lapang seperti bermain permainan video atau kreativiti seperti digital art.

Di sini kami mengesyorkan beberapa pilihan tablet yang terbaik pada tahun 2018 yang berharga bawah daripada RM 500. Harga serendah ini dapat memberi peluang kepada mereka yang mencari tablet ideal pada harga yang berpatutan.

1. Leagoo Leapad 10

Tablet murah terbaik untuk gaming
Harga mulai RM339.00
Lazada Malaysia RM379.00 Shopee Malaysia RM339.00

Leagoo Leapad 10 menggunakan prosessor berkelajuan tinggi 1.3Ghz Quad Core sesuai untuk melakukan tugasan grafik yang tinggi atau pemprosesan maklumat yang banyak dan pantas. Kelebihan daripada prosessor ini, ia diiktiraf  sebagai tablet yang ideal untuk gaming kerana mampu memberikan permainan video yang sifar sangkut dan beresolusi tinggi.

Skrinnya yang seluas 10 inci menjadikan gaming anda lebih menarik pada paparan yang lebih besar. Baterinya yang tahan lama iaitu 5000 mAh menjadikan tablet ini mampu bertahan lama sebelum kehabisan bateri sesuai.

10 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Huawei Media Pad T3 7.0

Terbaik untuk kanak-kanak
Harga mulai RM379.00
Lazada Malaysia RM379.00

Huawei Media Pad T3 7.0 mempunyai sistem sekuriti khas untuk kanak-kanak di mana ibu bapa boleh memantau dan memberi kekuasaan penuh ibu bapa terhadap tablet ini. Salah satu sistem sekuritinya, Ibu bapa boleh lock aplikasi tertentu supaya anak-anak tidak dapat mengaksesnya.

Tambahan pula, mereka juga boleh set had waktu penggunaan supaya tablet akan mati sendiri apabila tiba waktu yang ditetapkan. Menggunakan prosessor Quad-core 1.3 GHz menjadikan pemprosesan tablet lebih cepat dan cekap. Paparan skrinnya yang besar dan lebar memberikan kejelasan ketika mempaparkan video atau gambar sesuai bagi kanak-kanak.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Acer Iconia Talk 7 B1-733

Tablet murah yang mempunyai simcard
Harga mulai RM429.00
Lazada Malaysia RM429.00

Acer Iconia Talk 7 B1-733 mempunyai kebolehan untuk memasukkan simcard. Tambahan pula, ia mempunyai dua slot simcard bertujuan memberi kelebihan kepada pengguna untuk menggunakan 2 telco dalam satu peranti. Pengguna juga dapat berhubung melalui panggilan biasa kerana tablet ini mempunyai kebolehan untuk menerima signal.

Menggunakan sistem pemprosesan Android 6.0 menjadikannya lebih cekap dalam pengendalian ROM dan RAM. Penggunaan prosessor Cortex A7 dapat mengelakkan daripada mudah berlaku sangkut atau lagging.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Lenovo Tab 3 TB3-730X

Tablet murah menggunakan rangkaian 4G LTE terbaik
Harga mulai RM495.00
Lazada Malaysia RM495.00

Lenovo Tab 3 TB3-730X memberi ruang kepada pengguna untuk menikmati kelajuan internet yang tiada tandingan melalui  teknologi LTE. Dengan teknologi rangkaian ini, pengguna boleh menggunakan sambungan internet seperti menggunakan rangkaian optik fiber kerana internet lebih pantas dan menyeronokkan ketika menggunakannya.

Platform yang digunakannya iaitu Android 6.0, chipset Mediatek MT8161 dan prosessor 1.3GHz  Cortex-A53 yang menjanjikan kepantasan tablet ini dalam pemprosesan input dan output tanpa mudah over-heating atau jamming.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Cube Iplay 8 Tablet

Tablet Android terbaik yang murah
Harga mulai RM419.00
Lazada Malaysia RM419.00

Cube Iplay 8 Tablet menggunakan sistem operasi Android 6.0 di mana boleh dikatakan sebagai OS yang terbaik bagi pengguna Android. Penggunaan Android 6.0 menjadikan tablet ini mampu mengakses aplikasi-aplikasi terbaru dan sebelum tanpa sebarang masalah. Android 6.0 juga bijak dalam mengawal RAM tablet dan penggunaan bateri.

Ia menggunakan pemprosesan unit MTK8163 iaitu salah satu pemprosesan yang cepat dan mengelakkan berlakunya overheat dengan mengurangkan penggunaan voltage. RAM yang dibekalkan iaitu 1gb sesuai untuk penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang besar.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. iNew Fire Tab 10

Tablet murah terbaik untuk video call
Harga mulai RM460.90
Lazada Malaysia RM460.90

iNew Fire Tab 10 sesuai untuk melakukan video call kerana skrin paparannya yang besar iaitu 10.1 inci memberikan gambaran video yang sangat memuaskan. Kunci utama kesesuaian untuk video call terletak pada kamera depan dan belakangnya iaitu 2 megapixel dan 5 megapixel. Dengan kamera yang mempunyai pixel yang besar, tablet ini mampu merakam video call dengan lebih jelas dan terang.

Penggunaan  prosessor MTK quadcore dan 2 GB RAM  mampu melakukan pemprosesan secara multitasking dan berganda tanpa menyebabkannya hanging akibat daripada penggunaan yang kerap. Tambahan pula, RAM yang besar dapat mengekalkan prestasi walaupun banyak aplikasi yang dibuka secara serentak.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!