Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
printer gambar malaysia

7 Printer Gambar Terbaik & Berkualiti 2024

Tak perlu lagi ke kedai gambar, lagi jimat jika print sendiri tau!

Mungkin dulu kita terpaksa mencuci gambar di kedai dan perlu menunggu sehingga dua, tiga hari. Tapi kini dengan seiring kemajuan teknologi, sudah terdapat pelbagai model printer dengan kemampuan cetakan gambar. 

Menariknya, setiap cetakan menghasilkan gambar yang baik, jelas dan cantik. Malah saiz gambar boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna. 

Terdapat banyak jenis printer gambar sekarang, sebagai contoh jenis cetakan laser, wireless dan portable.

Team Productnation memberikan anda 7 pilihan printer gambar dengan kualiti cetakan yang terbaik. 


Isi Kandungan


7 Printer Gambar Terbaik & Berkualiti

Printer gambar professional
HP
hp color printer
mulai
RM1,289.00
Semak HP Color LaserJet Pro M155nw harga dibawah:
add_circle Kuantiti cetakan banyak
add_circle Masa cetakan pantas
add_circle Wireless
remove_circle Saiz besar
remove_circle Resolusi warna rendah

Tercari-cari printer warna laser yang dapat memberi hasil cetakan yang menawan? Nah, model Color LaserJet Pro M155nw dari HP merupakan printer warna terbaik. 

Semburan dakwat lasernya sangat baik dengan isian dakwat hitam, cyan, magenta dan kuning. Ini menjadikan setiap helaian gambar yang dicetak lebih menarik, terperinci dan jelas. 

Kelajuan dan kuantiti cetakan tidak boleh disangkal lagi dengan 150 helaian kertas isian serta mencetak kurang dari 12 saat. 

Jangan risau, printer juga boleh mencetak dokumen hitam putih dan mampu mencetak apa jua dari telefon pintar anda. 

Canon PIXMA iP2770 Single Function Color Inkjet Printer
mulai
RM299.00
Semak Canon PIXMA iP2770 Single Function Color Inkjet Printer harga dibawah:
add_circle Kuantiti cetakan banyak
add_circle Saiz cetakan gambar sehingga A4
remove_circle Tiada fungsi wifi

Printer Canon PIXMA iP2770 merupakan mesin printer yang paling berbaloi untuk dibeli kerana dengan harga bawah RM300, mesin pencetakan ini mampu mencetak gambar seperti di kedai.

Jangan risau, mesin ini boleh mencetak gambar bersaiz A4 dan 4R dengan mengambil masa kurang dari seminit untuk siap. 

Kualiti resolusi cetakan 4800 x 1200 dpi sekaligus dapat menjanjikan hasil gambar yang cantik, jelas dan warna tidak pudar.

Antara jenis kertas yang boleh digunakan untuk percetakan adalah jenis A4, glossy, matte atau photo sticker. 

Printer gambar all in one
Epson
mulai
RM539.00
Semak Epson L3110 harga dibawah:
add_circle Tidak menggunakan modal yang banyak
add_circle Mampu mencetak kuantiti yang besar
remove_circle Percetakan 2 halaman kertas secara manual

Printer jenama Epson Ecotank L3150 ini mampu mencetak gambar berbentuk saiz 4R (glossy paper) selain dari kertas A4 biasa. Jadi boleh jimat kos, tidak perlu hantar gambar ke kedai kodak untuk cuci gambar. 

Resolusi cetakan gambar mengagumkan dengan 5760 dpi, kualiti setanding printer gambar professional!

Selain itu, design printer ini juga kemas kerana bekas dakwat terletak di bahagian hadapan printer bagi mengelakkan dakwat tertumpah semasa mengisi dakwat.

Paling penting, dakwat printer model Epson ini boleh bertahan lama kerana menggunakan high yield ink bottles, dimana mampu mencetak sebanyak 7,500 helaian kertas untuk percetakan berwarna dan 4,500 percetakan hitam putih.

Kelebihan lain tentang Epson Ecotank L3150 ini adalah mampunyai sambungan Wifi, jadi anda boleh mencetak apa-apa dokumen walaupun dari telefon pintar. 

Printer gambar untuk telefon
Canon
mulai
RM589.00
Semak Canon Selphy CP1300 harga dibawah:
add_circle Wireless
add_circle Dakwat thermal
add_circle Sambungan wifi & USB 2.0
remove_circle Kuantiti cetakan sedikit
remove_circle Saiz gambar kecil

Pengguna smartphone sering kali mempunyai masalah untuk mencetak gambar terus dari peranti kerana tidak mempunyai drive yang sesuai, jadi terpaksa memindahkan gambar mereka ke dalam komputer terlebih dahulu.

Tapi sekarang dengan printer kecil Canon Selphy CP1300, anda boleh terus mencetak gambar dari smartphone melalui teknologi wireless PictBridge.

Bateri printer ini boleh dicas semula dan mampu mencetak sehingga 54 gambar dalam satu masa.

Antara kelebihan yang membuatkan ia menjadi printer gambar terbaik adalah sistem penyejuk dakwat. Teknik sebegini membantu gambar yang dicetak cepat kering.

Malah kertas gambar mempunyai lapisan khas untuk melindungi gambar dari kesan air, habuk dan anti-pudar. Tak sangka, servis yang diberi sama seperti di kedai-kedai gambar! 

Printer gambar usb
Epson
mulai
RM622.11
Semak Epson EcoTank L3150 harga dibawah:
add_circle Mempunyai sambungan Wifi
add_circle Mempunyai sistem Epson iPrint
remove_circle Saiz besar

Kebiasaanya model printer gambar akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sekeping gambar. Tapi tidak pada model Epson EcoTank L3150.

Ia mempunyai kelebihan mencetak gambar dengan kelajuan 10ipm (hitam) dan 5.0ipm (warna). Kualiti cetakan juga sangat baik mengikut resolusi tinggi 5760dpi. Menjadikan setiap butiran dalam gambar terlihat jelas dan kemas. 

Printer foto ini menggunakan dakwat UV khas menjadikan foto yang dicetak tidak mudah menjadi pudar walaupun terdedah pada cahaya matahari.

Ianya juga mesra pengguna buat semua sistem operasi Windows dan Mac OS.

Printer gambar mini
Photo printer mini terbaik
mulai
RM499.00
Semak Fujifilm Instax Share SP-2 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk smartphone Android & Apple
add_circle Masa cetakan hanya 10 saat
remove_circle Saiz gambar kecil

Saiz printer Fujifilm Instax Share SP-2 hanya sebesar tapak tangan! Pasti ia mudah untuk dibawa kemana-mana dan boleh digunakan bila-bila masa. 

Tanpa perlu sambungan wayar USB atau kabel, pengguna hanya perlu memuaturun aplikasi Instax Share di App Store atau Google Play Store. Dengan langkah yang mudah, gambar-gambar dari smartphone terus boleh dicetak dari printer comel ini. 

Walaupun ia bersaiz mini, ia mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gambar yang baik dengan resolusi 320dpi dan piksel 800 x 600. Sudah memadai untuk saiz kertas gambar 2.4 x 1.8 inci. 

Kalau anda hias bilik atau rumah dengan mini photo, wajib dapatkan Fujifilm Instax Share SP-2. Cukup berbaloi! 

Printer gambar portable
HP
mulai
RM239.00
Semak HP Sprocket 2 in 1 Printer harga dibawah:
add_circle Multi-user untuk 3 pengguna
add_circle Mempunyai Bluetooth
remove_circle Saiz cetakan kecil

Ringan, kecil dan boleh berkongsi pengguna itulah kelebihan HP Sprocket 2 in 1 Printer ini. 

Printer gambar portable ini sesuai buat anak remaja yang gemar menyimpan gambar-gambar dari telefon pintar. Dengan saiz yang kecil, ia muat untuk diletakkan didalam poket! 

Pengguna hanya perlu menggunakan sambungan Bluetooth untuk memberi arahan kepada printer foto ini untuk mula mencetak.

Melalui sambungan Bluetooth 3.0, kelajuan cetakan dari telefon pintar kepada printer jadi lebih pantas.

Bab dakwat tak perlu risau sebab printer ini tidak menggunakan dakwat biasa tapi berteraskan teknologi ZINK™. Dimana kertas gambar akan dipanaskan sehingga menghasilkan warna-warna gambar. Hebat bukan? 

Resolusi gambar juga memadai dengan saiz ukuran gambar yang kecil iaitu 313 x 400dpi. 

Kalau tak suka post gambar di Instagram, nah boleh simpan gambar dengan HP Sprocket 2 in 1 Printer!


Perbezaan Printer Gambar vs Printer Biasa

Secara ringkasnya, perbezaan antara dua printer ini bergantung kepada jenis dakwat. Iaitu samada menggunakan dakwat laser atau inkjet. Anda boleh rujuk dari artikel ini tentang perbezaan dakwat inkjet dan laserjet

Kebiasaanya printer gambar akan menggunakan dakwat jenis inkjet iaitu dakwat cair disembur dari inkhead atau nozzle. 

Terdapat 3 hingga 4 catridge dakwat berwarna hitam, cyan, magenta dan kuning supaya dapat menghasilkan cetakan gambar yang berkualiti. Tanpa warna-warna ini mana mungkin boleh hasilkan cetakan berwarna. 

Ada juga printer laserjet boleh mencetak dokumen atau gambar bewarna tapi harga toner (dakwat) untuk printer laser lebih mahal berbanding printer inkjet. 

Ingat ya printer laserjet untuk cetakan kapasiti yang besar dan pantas, manakala printer inkjet kecil, murah dan portable. 


Artikel Berkaitan

End of Article