Product in this article

Anda bercadang untuk membeli TV baru untuk ruang tamu ekstra? Tidak kira dimana jua anda hendak meletakkan TV, pemilihan saiz adalah penting agar kita boleh menonton dengan selesa.

Selain itu, ciri-ciri TV seperti TV LCD, Digital TV atau Smart TV perlu dititikberatkan dalam memilih TV yang terbaik. 

Adakah TV bersaiz 32 inci mencukupi?

Ianya bergantung pada kemahuan dan keperluan seseorang individu. Jika anda mahu meletakkan TV diruang kecil seperti bilik tidur, ianya sudah mencukupi.

Harus diiingatkan juga bahawa pemasangan TV mempunyai peraturan jarak dan sudut yang tertentu agar kita boleh menonton dengan selesa tanpa merosakkan mata.

Edisi kali ini kita senaraikan beberapa jenis TV bersaiz 32 inci terbaik untuk pilihan anda. Ayuh kita lihat!

1. Isonic ICT3205 32" LED TV

TV 32 inci dengan harga ikut kemampuan bajet anda

Harga mulai RM459.98

shopping_cart Shopee Malaysia RM459.98 shopping_cart Lazada Malaysia RM479.99

Untuk bajet dibawah RM500 anda boleh dapatkan TV ini. Reka bentuknya yang moden pasti bersesuaian dengan deko isi rumah anda. Ianya juga dilengkapi ciri visual dan sistem bunyi yang berkualiti pada harga yang murah. TV buatan Malaysia ini pasti boleh menjadi TV ekstra yang tahan lama.

2. TCL 32” Led TV

TV bersaiz 32 inci pilihan terbaik untuk bermain game konsol PS4

Harga mulai RM482.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM482.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM485.00

TV buatan Amerika Syarikat ini menawarkan resolusi sehingga 1080p akan memberi kualiti gambar yang cantik dan terperinci. Sambungan digital pada TV ini terlindung agar kurang risiko kehilangan signal dan transmisi diantara konsol PS4 dan TV. Jika anda sudah penat bermain PS4, TV ini juga dilengkapi DVB-T2 MyTV, dimana anda boleh menonton rancangan diatas talian sekiranya ada dipasang siap.

3. Haier 32” Led TV

TV 32 inci dengan sistem paparan Full HD

Harga mulai RM510.00

TV daripada jenama Haier ini menawarkan visual dengan resolusi 1080p serta Full HD. Disamping itu, ianya juga lengkap Simulate Surround Sound untuk memberi anda sistem dan pengalaman audio yang terbaik. Digital TV sebegini sesuai untuk diletakkan di dalam bilik TV yang bersaiz sederhana.

4. Toshiba 32” TV

TV LCD 32 inci pilihan – terasa bagaikan menonton wayang di rumah

Harga mulai RM469.89

shopping_cart Lazada Malaysia RM575.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM469.89

Jika anda lebih menggemari TV LCD berbanding LED, ini untuk anda. Ianya mempunyai active backlight untuk mengawal kontras warna visual yang bersesuaian untuk tontonan mata. TV ini juga dilengkapi 6 tetapan gambar untuk memberikan variasi kualiti gambar yang diinginkan. Dengan sensor ambient light, anda pasti tidak akan kecewa dengan kualiti yang diberikan.

5. Hisense 32” Led TV

TV dengan Digital Freeview, tonton drama kegemaran secara online

Harga mulai RM545.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM569.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM545.00

Dilengkapi Digital Freeview DVBT2, anda boleh menonton drama kegemaran anda dengan hanya memerlukan Wi Fi sahaja. TV 32 inci Hisense ini lengkap dengan ciri basic sesebuah TV digital. Ianya juga eco-friendly dimana penggunaan kuasa adalah minimal. Dikuasai Digital Dolby Plus, pengalaman menonton anda akan menjadi lebih menyeronokkan.

6. SAMSUNG 32” LED TV UA32N4000

TV LED 32 inci terbaik – paparan visual lebih jelas

Harga mulai RM659.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM659.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM758.00

TV ini menawarkan visual serta warna-warna yang terang melalui ciri Digital Clean View. TV digital LED ini juga memberi paparan visual yang lebih berkualiti HD pada harga berpatutan. Dilengkapi dengan sistem Dolby Digital Plus, TV bersaiz 32 inci ini sesuai untuk kegunaan dalam bilik tidur.

7. Xiaomi Mi TV 32” Smart TV

Smart TV berukuran 32 inci – sesuai untuk bergaming

Harga mulai RM749.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM749.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM759.00

Smart TV dari Xiaomi ini direka khas untuk bermain game. Ianya mempunyai 1GB RAM, 4GB ROM dan processor 64-bit quad-code yang laju semasa bergaming. TV ini juga mempunyai AV Interface untuk memudahkan connection dengan konsol game serta Interface Ethernet dan Wi Fi untuk streaming hiburan yang anda inginkan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!