Anda baru hendak berjinak-jinak dalam dunia fotografi? Sudah tentu item utama yang anda perlukan adalah sebuah kamera DSLR. Kamera digital ini menjadi kegemaran para pencinta fotografi, tidak kiralah anda seorang beginner ataupun pro. Memilih kamera DSLR bukanlah mudah dan ianya memerlukan research yang intensif kerana setiap kamera DSLR mempunyai kehebatannya masing-masing. DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex. 

Kelebihan DSLR berbanding kamera biasa adalah ianya menghasilkan gambar yang lebih tepat dan jelas. Kamera jenis ini juga mempunyai sensor dan daya ketahanan yang tinggi berbanding kamera digital biasa. Tidak lupa juga harganya yang mampu mencecah puluhan ribu ringgit. Jadi, untuk anda kami bawakan beberapa jenis kamera DSLR yang terbaik untuk anda pertimbangkan sebelum membuat pembelian.

1. Canon EOS 1300D

Kamera DSLR yang terbaik dan murah – ikut kemampuan bajet

Harga mulai RM1,436.00

Siapa kata kamera murah tak berkualiti? Dengan bajet kurang dari RM2000, anda masih boleh memiliki DSLR. Produk dari Canon ini mampu menghasilkan kualiti gambar dan prestasi setanding kamera yang lebih mahal. Ianya dilengkapi sensor APS-C 18MP serta mampu merekod video 1080p pada kelajuan 30fps. Kamera ini sesuai untuk entry level.

70 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka
2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Nikon D3400

DSLR terbaik untuk beginner – entry level

Harga mulai RM1,599.00

Direka khas untuk mereka yang baru mahu menceburi bidang ini, kamera DSLR ini mudah untuk dikendali. Ianya mempunyai sensor DX 24.2 MP yang boleh memberikan hasil gambar menarik walau dalam keadaan gelap. Kamera ini berkemampuan merakam video 1080p serta mempunyai bluetooth.

69 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka
1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. CANON EOS 800D DSLR Camera

Buat penggemar videografi, kamera DSLR ini terbaik untuk anda

Harga mulai RM2,450.00

Dilengkapi dengan skrin sebesar 3 inci, kamera ini adalah pilihan ramai untuk penggemar videografi. Dengan autofokus dual piksel 45-point, kamera ini membolehkan anda mengambil video yang lebih tajam walaupun berada dalam keadaan bergerak. Plus point, kamera ini juga mempunyai auto-face detection dan built-in microphone. Lengkap untuk penggambaran yang awesome!

4. CANON EOS 250D

Kamera DSLR lengkap dengan Wifi – mudah untuk pindahkan data serta-merta

Harga mulai RM2,590.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,649.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM2,590.00

DSLR ini adalah diantara yang mempunyai sensor terbaik iaitu APS-C 24.1MP pada harga yang berpatutan. Ianya lengkap dengan Wifi untuk memudahkan anda memindahkan gambar tanpa memerlukan cable. Kamera ini digelar intuitive DSLR kerana badannya yang lebih kecil dan ringan berbanding DSLR lain. 

Kerja anda boleh diselesaikan dalam masa singkat kerana kamera digital ini mempunyai sambungan WiFi yang pantas.

5. SONY Alpha A7 DSLR Camera

DSLR pilihan untuk sesi fotografi yang menggunakan low light

Harga mulai RM3,540.00

Jika anda menggemari shooting pada waktu malam atau dalam keadaan gelap, anda harus memilih ini. DSLR Sony ini mempunyai 24.3MP Full-Frame Exmor CMOS Sensor untuk membantu memberi imej yang lebih terang walau dirakam dalam keadaan low light. Juga dilengkapi beberapa ciri menarik seperti BIONZ X Image Processor dan 5-Axis SteadyShot untuk video dan imej lebih stabil, kamera ini amat berbaloi untuk dibeli.

6. NIKON D750 DSLR Camera

Merakam detik indah untuk majlis perkahwinan dengan kamera DSLR ini

Harga mulai RM4,399.00

Apabila merakam gambar detik indah untuk majlis keramaian seperti perkahwinan atau portrait sememangnya kita mengharapkan hasil kerja yang terbaik. Dengan kamera ini, anda usah risau lagi. Dilengkapi sensor Full Frame 24.3MP, ianya memberi perbedaan tona dan kontras pada gambar memberi hasil yang menakjubkan. 

Disamping itu, kamera ini juga mempunyai ciri burst shooting 6.5fps. Sesuai untuk jurugambar yang ingin fokus dalam kategori ini.

7. NIKON D5

Pilihan kamera DSLR yang top untuk profesional

Harga mulai RM23,826.00

Lihat saja pada harganya, kita sudah boleh meneka bahawa DSLR ini bukan calang-calang dan hanya yang pro saja boleh mengendalikannya. Dengan keberatan 1.4kg, ianya tahan lasak dan boleh digunakan dalam apa jua keadaan. Sensor Full Frame 20.8MP dikuasai EXPEED , serta boleh merakam secara berterusan dengan autofocus dan auto-expose yang penuh, kamera ini adalah raja dunia fotografi. Jom labur!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!