Product in this article

Gamers tegar, sila ambil perhatian! Memilih laptop untuk gaming bukan hanya tertumpu pada prestasi game itu sahaja. Ini kerana laptop boleh digunakan untuk pelbagai lagi aktiviti. Justeru, alang-alang kita hendak membeli laptop, apa kata pilih yang berkualiti dan boleh dipakai untuk beberapa tahun. Tidak kira apa jua game yang dimainkan atau melakukan kerja, sudah pasti anda mahukan yang terbaik. 

Laptop untuk bergaming selalunya lebih mahal berbanding laptop konvensional yang lain. Ini kerana laptop khas ini mempunyai spesifikasi berbeza seperti kapasti memori lebih tinggi, saiz ruang penyimpanan yang besar, skrin luas dan jelas. Disini kami bawakan beberapa jenis laptop sesuai untuk bergaming dengan harga kurang daripada RM3000. Mahal tak semestinya bagus. Ayuh kita lihat!

1. Asus N53 Intel Core i5

Lakukan 2 perkara dalam 1 masa – reka grafik sambil bergaming

Harga mulai RM1,699.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,699.00

CPU : Intel Core i5 2410M  | Grafik : NVIDIA GeForce GT 540M  | Memori : 8GB RAM  | Storage : 120GB  | Skrin : 15.6”  | Berat : 2.7kg

Untuk designer yang sememangnya gamers tegar, laptop ini untuk anda. Ianya direka khas untuk melakukan kerja seperti rekaan grafik dan bermain game dalam satu masa. Dilengkapi dengan Sonic Master @ Bang & Olufsen ICE power dan kad grafik NVIDIA GeForce yang boleh membuatkan imej 3D tampak lebih realistik. Selain itu, dengan teknologi ASUS Video Magic, kualiti video game lebih berkualiti dan jelas.

2. Asus Tuf FX505D (DBQ234T)

Terbaik digunakan untuk bergaming dengan aplikasi yang berat

Harga mulai RM2,395.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,395.00 search Cari produk di Lazada Malaysia

CPU : AMD Ryden 5-3550H  | Grafik : NVIDIA GeForce GTX1050  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 512GB  | Skrin : 15.6”  | Berat : 2.15kg

Pengalaman gaming anda akan lebih awesome kerana laptop gaming ini dikuasai processor AMD Ryden. Dengan hardware terbaik, laptop gaming ini antara yang terbaik di pasaran dan seringkali menjadi pilihan kaki gamers. Ianya didatangi dengan keyboard RGB-backlit dan material badan yang tahan lasak. Asus menjanjikan sesi gaming yang memuaskan hati.

3. ACER Aspire E15 E5-576G

Sesuai untuk bergaming dan melangsaikan kerja dalam masa yang sama

Harga mulai RM2,349.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM2,552.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM2,349.00

CPU : Intel Core i5  | Grafik : NVIDIA GeForce MX150  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 1TB  | Skrin : 15.6”  | Berat : 2.23kg

Laptop Acer ini boleh membantu anda membuat kerja dengan lebih efektif disamping membuatkan sesi gaming anda tidak terganggu akibat laptop yang selalu lagging. Ia dilengkapi dengan Acer TrueHarmony untuk memberi pengalaman bunyi yang sebenar serta Acer ExaColor untuk paparan grafik secara konsisten. Plus point, baterinya boleh tahan sehingga 12 jam jika sudah dicaj penuh.

4. Acer Nitro 5 AN515-42-R8SH

Peminat GTA 5, laptop ini untuk anda

Harga mulai RM2,549.00

search Cari produk di Lazada Malaysia search Cari produk di Shopee Malaysia

CPU : AMD Ryzen 5-2500U  | Grafik : NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 128GB  | Skrin : 15.6”  | Berat : 2.3kg

Dengan gabungan power dan prestasi Gen Intel Core generasi ke 9 dan NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti, anda boleh main game GTA 5 bagaikan pro. Paparan visual lebih smooth dan tidak kabur. Selain itu, Acer menawarkan kipas kembar untuk memastikan laptop tidak overheat jika bergaming terlalu lama. Dengan harga mampu milik, kualitinya tetap kelas A.

5. Lenovo Y520-15IKBN

Sentiasa ready untuk berperang dalam PUBG

Harga mulai RM2,880.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,880.00 search Cari produk di Lazada Malaysia

CPU : Intel Core i5-7300HQ  | Grafik : NVIDIA GeForce GTX 1050  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 1TB  | Skrin : 15.6”  | Berat : 2.4kg

Antara jenama laptop gaming yang mempunyai prestasi dan teknologi gaming paling terbaru, Lenovo menawarkan grafik berkualiti, ditambah dengan kelajuan maksima serta bunyi audio tiptop iaitu Harman Audio dan Dolby Audio Premium. Dalami lagi feel gaming PUBG dengan keyboard backlit berwarna merah dan rekaan laptop yang menarik. Pasti anda berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan.

6. HP Pav Gaming 15-cx0078TX

Muat turun game beraplikasi ringan seperti The Sims 4

Harga mulai RM2,850.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,850.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM3,099.00

CPU : Intel Core i5-8300H  | Grafik : NVIDIA GeForce GTX 1050  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 1TB  | Skrin : 15.6”  | Berat : 2.17kg

Khas untuk anda yang lebih gemar bermain game yang direka menggunakan simulasi seperti The Sims, laptop keluaran HP ini bersesuaian untuk game seperti itu. Digelar mesin gaming dan hiburan yang dilengkapi B&O PLAY, anda boleh menikmati paparan visual dan bunyi daripada audio yang berkualiti. 

Jika anda hendak multitasking seperti sambil melakukan kerja dan bergaming, laptop ini dijaminan tidak akan membuatkan kerja anda menjadi perlahan serta lagging. Ianya juga menyokong paparan 4K.

7. MSI GL63 8RCS

Laptop khas untuk anda yang peminat tegar game Dota 2

Harga mulai RM2,989.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM3,299.00 search Cari produk di Lazada Malaysia

CPU : Intel Core i7  | Grafik : NVIDIA GeForce GTX 1050  | Memori : 8GB RAM  | Storage : 256GB  | Skrin : 15.6”  | Berat : 2.3kg

Laptop ini adalah laptop gaming hardcore dengan mengikut kemampuan bajet untuk anda yang baru hendak bermula bermain video game. Setanding dengan laptop gaming yang mahal, apa yang menarik mengenai laptop ini adalah ianya boleh melakukan 2 perkara dalam 1 masa yang sama. Bunyi speakernya juga 5 kali lebih kuat dan paparan grafik pada laptop ini 94% lebih jelas.

8. Lenovo Ideapad 330-15ICH (81FK0057MJ)

Sesuai untuk kegunaan pelajar melakukan tugasan sambil bergaming

Harga mulai RM2,299.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM2,629.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM2,299.00

CPU : Intel Core i5-8300H  | Grafik : NVIDIA GeForce GTX 1050  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 1TB  | Skrin : 15.6”  | Berat : 2.2kg

Memperkenalkan Intel Core generasi ke 8, laptop ini sesuai untuk membuat tugasan kuliah serta bermain game untuk melepaskan tekanan semasa melakukan kerja. Ianya merupakan laptop gaming yang midrange dilengkapi Windows 10, sesuai untuk pelajar. Baterinya tahan sehingga 6 jam dan dilengkapi dengan ruang penyimpanan yang cukup besar untuk menyimpan dokumen tugasan serta aplikasi game anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Elektronik

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!