Smart TV semakin mendapat nama dipasaran masa kini. Apa yang membezakan smart TV dengan TV yang biasa kita beli adalah, ianya menggunakan sistem operasinya yang tersendiri untuk membolehkan kita melayari internet serta layari apa jua jenis hiburan melalui TV tersebut. Sebagai contoh, smart TV kebanyakannya sudah mempunyai aplikasi Youtube pada home screen. Tidak perlu lagi anda buka laptop semata-mata untuk melayari laman sesawang pilihan.

Secara logiknya, TV sebegini sudah tentu datang dengan tag harga yang agak mahal. Namun, hari ini kami berjaya listkan jenis-jenis smart TV yang mampu milik dengan harga kurang dari RM1000. Apa kata tukar TV baru untuk Hari Raya 2019 ini?

1. SHARP 40” Smart LED TV

Smart TV 40” dengan LED pilihan terbaik – dilengkapi ciri screen mirroring

Harga mulai RM899.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM939.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM899.00

Jika anda lebih gemar menonton TV diperbuat dilengkapi dengan LED, ini pilihan terbaik. Dengan bersaiz 40 inci, TV ini mempunyai resolusi full HD. Beroperasi dengan processor X2 Master Engine Pro, smart TV ini akan meningkatkan lagi pengalaman menonton anda. 

Smart TV ini mempunyai ciri screen mirroring dimana anda boleh memaparkan visual dari smartphone ke skrin TV. Smart TV ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur kerana ianya mudah dikendali.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. XIAOMI Mi TV 32” Smart TV

Skrin berukuran 32”, sesuai untuk anda si gamers mania

Harga mulai RM749.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM749.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM759.00

Smart TV dari Xiaomi ini direka khas untuk kemudahan bergaming. Ianya mempunyai 1GB RAM, 4GB ROM dan processor 64-bit quad-code yang laju untuk memuat turun game kegemaran anda. TV ini juga mempunyai AV interface bagi memudahkan sambungan dengan konsol game serta interface Ethernet dan Wifi untuk streaming hiburan yang anda inginkan.

Tiada lagi masalah lagging atau buffering, anda boleh bergaming dengan lancar tanpa gangguan.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. SAMSUNG 32” Smart LED TV

Layari internet dengan mudah bersama smart TV jenama ini

Harga mulai RM959.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM959.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM959.00

TV berjenama Samsung merupakan TV yang popular dan menjadi pilihan ramai untuk digunakan pada masa kini. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh memiliki smart TV Samsung tanpa perlu risau lari bajet. Ianya ideal untuk melayari internet serta mudah untuk dikendali. 

TV ini juga dilengkapi dengan ciri Micro Dimming Pro, Dolby Digital Plus serta visual Hyper Real. Berbaloi dengan harganya, setanding dengan jenama mahal di luar sana.

4. TOSHIBA 40” Smart LED TV

Smart TV yang dilengkapi dengan monitor PC - ideal untuk presentation

Harga mulai RM953.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM980.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM953.00

Beroperasi menggunakan CEVO engine, smart TV Toshiba ini pilihan terbaik untuk digunakan sebagai monitor PC semasa presentation. Ianya mempunyai resolusi skrin Active Motion and Resolution serta PC input yang membolehkan ianya digunakan untuk tugas pembentangan presentation dengan lebih baik.

Fungsi smart TV ini lebih mudah dan tidak perlu merujuk selalu pada manual untuk menggunakannya.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. HISENSE 32” Smart HD LED TV

Khas buat si kaki Netflix – kini anda boleh enjoy ulang tayang

Harga mulai RM745.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM745.00

Jika anda gemar menonton filem atau drama melalui Netflix, anda harus memilih TV ini. Aplikasi Netflix sudah pun dimuat turun dan sedia untuk dilayari dengan mudah. Mempunyai ciri smart TV yang asas, TV ini murah serta lengkap setanding dengan smart TV yang mahal. Beresolusi HD dan dilengkapi dengan built-in WiFi untuk memudahkan penggunaan anda. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. DAEWOO 32” Smart LED TV

Terbaik untuk hiburan anda – sesuai untuk sesi karaoke bersama keluarga

Harga mulai RM699.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM699.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM796.00

Anda kaki karaoke? Smart TV ini sesuai untuk anda. Dilengkapi DDX Sound process engine, ianya meningkatkan bunyi dengan dinamik serta mempunyai ciri untuk merendahkan bunyi bising (noise reduction). Sudah pasti anda boleh berkaraoke bagai artis! 

Selain itu, TV Daewoo ini menggunakan sistem Android untuk beroperasi dengan mudah. Kini anda boleh memuat turun aplikasi serta melayari internet tanpa lagging.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. SKYWORTH 32” Smart TV

Smart TV full HD, untuk disambungkan dengan CCTV

Harga mulai RM799.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM799.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM799.00

Jika anda ingin menggunakan TV untuk pemantauan CCTV, jenama ini adalah terbaik kerana ianya full HD. Viewing angle TV ini juga adalah pada tahap maksimum. Anda pasti akan mendapat visual yang terang dan jelas tanpa kelihatan pixelated. Smart TV yang mempunyai sistem WiFi built-in boleh digunakan untuk memuat turun movie dan drama melalui internet tanpa lagging atau dapat menghalang daripada serangan virus.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang A. Shahirah

A mommy who plays in the rain with her son.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!