Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Laptop Gaming Terbaik Dengan Spec Bagus 2024

sebelum tu ambil tahu dulu ciri laptop gaming baru boleh beli laptop game yang sesuai.

Tak dapat dinafikan, kalau nak main game menggunakan laptop memerlukan laptop spec gaming yang tinggi dan laptop performance yang terbaik untuk elak masalah lagging.

Kalau tak, memang tak best main game walaupun harga laptop yang kita beli tu agak mahal, dan sebenarnya ada je laptop gaming murah yang bagus.

Jadi, mestilah nak cari laptop bagus untuk gaming dengan harga yang berpatutan atau yang menetapi jenama laptop pilihan anda.

Jangan risau, kami sedia bantu anda senaraikan beberapa bajet laptop dan laptop paling bagus untuk gaming, beserta review laptop gaming untuk anda buat perbandingan.


9 Laptop Yang Sesuai Untuk Gaming

Laptop gaming terbaik secara keseluruhan
Dell
Asus ROG Strix G15 (2022)
mulai
RM4,549.00
Semak Asus ROG Strix G15 harga dibawah:
add_circle RAM boleh naik taraf
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Kualiti paparan skrin terbaik
remove_circle Tidak menyokong Thunderbolt 4

Sebab menjadi pilihan utama:

Sebuah laptop gaming yang menawarkan pilihan untuk naik taraf RAM sehingga 32GB untuk tingkatkan prestasi laptop, bersama dengan reka bentuk laptop gaming yang sesuai dengan jiwa gamers.

Ciri-ciri:

Harga laptop ini tidak terlalu mahal dan sangat berbaloi untuk dibeli memandangkan ia merupakan laptop yang dihasilkan khas untuk gaming.

Bateri laptop Asus ROG Strix G15 (2022) ini juga antara yang terbaik, boleh bertahan sehingga 11 jam semasa guna untuk melayari web, dan sehingga 8 jam untuk menonton video.

Untuk storan dalaman, anda akan dapat storan sebanyak 512GB, manakala saiz RAM bermula dari 8GB dan boleh ditingkatkan sehingga 32GB.

Reka bentuk pula memang tidak boleh dinafikan, ia mempunyai corak dan design sebuah gaming laptop yang sangat menarik dan menepati cita rasa gamers.

Kualiti prestasi laptop ini juga cukup menyakinkan dengan pemproses AMD Ryzen™ 7 6800H Mobile Processor dan menggunakan grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 3050.

Anda tentu akan dapat paparan kualiti yang terbaik, cukup memuaskan untuk layan apa jua jenis game.

Akhir sekali, anda akan dapat menggunakan sistem operasi Windows 11 Home yang terkini.

Review:

“Secara keseluruhan sangat berpuas hati dengan prestasi laptop ini dengan harga yang ditawarkan. Reka bentuk laptop memang menepati cita rasa gamer, dengan keyboard RGB lights yang cantik, skrin dengan refresh rate pantas 144Hz dan juga kemasan metallic bersama logo ROG. Kesemua gabungan ciri-ciri ini menjadikannya laptop pilihan gamer terbaik.”

Laptop gaming bawah RM5000
MSI
mulai
RM3,799.00
Semak MSI GF63 Thin harga dibawah:
add_circle Prestasi keyboard terbaik
add_circle Berkebolehan untuk mid-range gaming
add_circle Kualiti binaan terbaik
remove_circle Bateri kurang tahan lama
remove_circle Kualiti paparan kurang memuaskan
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: RTX 4050, GDDR6 6GB
  • RAM: DDR IV 8GBx2 / 16GBx2 / 32GBx2 (3200MHz)
  • Storage: 512GB NVMe PCIe SSD Gen4x4
  • Skrin: 15.6" FHD (1920 x 1080)
  • CPU: Alder Lake i5-12450H

Jenama laptop MSI agak sinonim dengan jenama laptop gaming, dan jika anda mencari laptop bawah RM5,000, anda boleh dapatkan MSI Thin GF63.

Laptop ini mempunyai kualiti dan prestasi keyboard yang agak baik, mampu memberi respon yang pantas dan rasa papan kekunci yang selesa digunakan.

Walaupun laptop ini tidak boleh digunakan untuk bermain game yang memerlukan kapasiti GPU dan grafik yang tinggi, ia tetap boleh digunakan untuk bermain mid-range game seperti Call of Duty dan Far Cry 3 tanpa masalah lagging.

Selain nipis dan ringan bagi sebuah laptop gaming, ia juga mempunyai kualiti binaan yang baik dan tidak terasa seperti sebuah laptop yang murah.

Bagaimanapun, bateri laptop ini tidak tahan lama dan memerlukan anda untuk menyambungkan pada charger jika mahu gunakan selama berjam-jam.

Secara keseluruhan, laptop ini berbaloi untuk dibeli dan anda boleh pilih untuk dapatkan saiz RAM 8GB, 16GB atau 32GB mengikut bajet dan keperluan anda.

Laptop yang ringan dan tipis
Dell
Dell G15 5510
mulai
RM4,790.00
Semak Dell G15 5510 harga dibawah:
add_circle Jangka hayat bateri yang lama
add_circle Reka bentuk futuristik
remove_circle Tebal dan chassis yang berat
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 4GB GDDR6
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 15.6 inch
  • CPU: 10th Gen Intel Core i7

Dell G15 antara model bagi siri gaming laptop dari Dell yang sangat mendapat sambutan kerana berbekalkan microchip dari Intel Core i7 dan 8GB RAM.

Penggunaan microchip tersebut sekaligus tidak menunjukkan sebarang kekurangan dalam laptop ini malah lebih bagus.

Storage yang digunakan agak besar dan ditambah pula storage tersebut adalah SDD sekaligus membuatkan penggunaan untuk bermain game sangat lancar.

Paparan skrin seluas 15.6 inci sama dengan gaming laptop yang lain tapi apa yang lebih menarik adalah kad grafik yang digunakan adalah paling tinggi dalam pasaran sekarang.

Lihat pada reka bentuknya pula memang dikhaskan mudah dibawa kemana-mana tidak seperti sesetengah gaming laptop yang lain.

Laptop gaming dengan bateri tahan lama
Lenovo
Lenovo Legion 7i
mulai
RM7,999.00
Semak Lenovo Legion 7 harga dibawah:
add_circle Storage besar
add_circle Jangka hayat bateri panjang
remove_circle Chassis kurang premium
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: GeForce RTX 2070
  • RAM: 32GB DDR4
  • Storage: 2 TB M.2 2280 SSD
  • Skrin: 15.6 inch
  • CPU: 10th Gen Intel Core i7

Lenovo Legion 7i mempunyai keunikan tersendiri kerana laptop ini dikatakan antara model yang terbaik dalam siri Legion dari Lenovo.

Graphic Card yang digunakan cukup tinggi dan sudah cukup untuk menarik perhatian pembeli yang ingin mencari sesuatu yang sangat berkuasa. 

Dengan kadar screen refresh rate setinggi 240hz sudah cukup untuk seseorang bermain game dengan puas hati.

Selain itu, reka bentuk luaran laptop dikelilingi dengan lampu RBG yang sangat sinonim bagi semua gamers.

RAM yang terdapat pada laptop ini sudah cukup tinggi dan disertakan 2TB SSD membuatkan prestasi laptop sangat smooth semasa menggunakannya.

Inilah kelainan yang ada pada laptop yang susah untuk dapatkan dari mana-mana laptop.

Laptop gaming dengan grafik kad terbaik
Razer
Razer Blade 15 Advanced
mulai
RM12,488.00
Semak Razer Blade 15 Advanced harga dibawah:
add_circle Reka bentuk sangat cantik
add_circle Kadar penyegaran tinggi 240Hz
add_circle Banyak port
remove_circle Harga mahal
remove_circle Skrin sedikit gelap
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 3070 Ti
  • RAM: 16 GB DDR5 4800MHz dual-channel memory (slotted)
  • Storage: 1TB SSD (M.2 NVMe PCIe 4.0 x4)
  • Skrin: 15.6" QHD 240Hz
  • CPU: Intel Core i7-11800H

Sebuah laptop yang menawarkan grafik kad terbaik, membolehkan anda untuk bermain game yang memerlukan grafik yang tinggi.

Selain mempunyai kadar penyegaran yang tinggi (240Hz) untuk kualiti paparan semasa anda bermain game, ia juga turut mempunyai reka bentuk laptop yang cantik. 

Razer Blade 15 Advance turut menawarkan pelbagai port seperti USB 3.2 Gen 2 Type-A, Thunderbolt 4, HDMI 2.1, dan 3.5 mm headphone jack yang anda boleh gunakan dalam satu masa.

Untuk bahagian bateri juga ianya tahan lama, jadi anda boleh gunakan dalam tempoh yang agak lama.

Harga laptop ini agak mahal, tapi jika anda mempunyai bajet yang lebih untuk dapatkan laptop dengan grafik kad terbaik, inilah laptop yang sesuai untuk anda.

Laptop sesuai untuk gaming dan kerja
Lenovo IdeaPad Gaming 3
mulai
RM2,999.00
Semak Lenovo IdeaPad Gaming 3 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Boleh dinaiktaraf
add_circle Ada 4-zone RGB backlight
add_circle Sistem cooling yang efisien
remove_circle Kualiti paparan yang biasa
  • OS: Windows® 11 Home
  • Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 2050 4GB GDDR6
  • RAM: 16GB SO-DIMM DDR4-3200
  • Storage: 512GB SSD M.2 2242 PCIe® 4.0x4 NVMe®
  • Skrin: 15.6" FHD (1920x1080)
  • CPU: AMD Ryzen™ 5 5500H

Selepas penat bekerja anda mungkin mahukan sesi untuk bermain game pula, jadi inilah laptop yang sesuai untuk anda jadikan sebagai laptop kerja dan juga gaming

Lenovo IdeaPad Gaming 3 hadir dengan saiz RAM 16GB dan storan dalaman sebesar 512GB, dan anda boleh naik taraf kedua-duanya pada slot tambahan yang tersedia.

Saiz paparan skrin pula sebesar 15.6 inci dengan resolusi 1920x1080 piksel, mampu berikan anda kepuasan paparan semasa bermain game.

Dari segi CPU, anda tidak perlu risau kerana ia menggunakan AMD Ryzen 5 yang berkualiti, memastikan multitask dapat dilakukan dengan baik dan tanpa lagging

Walaupun kualiti paparan dikatakan agak biasa pada laptop ini, ia turut hadir dengan sistem cooling yang terbaik bagi memastikan laptop anda tidak mengalami masalah overheating.

Dan yang paling penting, bateri laptop ini tahan lama dan boleh digunakan selama 6 jam untuk melayari internet tanpa perlu sambungkan pada pengecas.

Laptop gaming dengan thunderbolt 4
Alienware X17 R1
mulai
RM4,000.00
Semak Alienware X17 R1 harga dibawah:
add_circle Kualiti paparan terbaik
add_circle reka bentuk menarik untuk kaki gaming
add_circle Port banyak
remove_circle Boleh cepat panas
  • OS: Windows 10 Home
  • Grafik: Nvidia GeForce RTX 3080
  • RAM: 32GB DDR4-3200
  • Storage: 2x 1TB M.2 NVMe SSD in RAID0
  • Skrin: 17.3" (3840 x 2160)
  • CPU: Intel Core i7-11800H

Jika anda sedang mencari laptop gaming yang mempunyai port Thunderbolt 4 untuk anda mendapat kuasa pengecasan yang lebih pantas, Alienware X17 R1 merupakan laptop yang sesuai.

Laptop ini menawarkan kualiti paparan terbaik dengan Nvidia GeForce RTX 3080, mampu menjana paparan 4K yang jelas dan segala grafik kelihatan hidup.

Selain itu, reka bentuk laptop ini juga kelihatan moden dan menarik, sangat sesuai dengan cita rasa gamers yang mahukan laptop gaming terbaik.

Dari segi port, anda tidak perlu risau sebab ia mempunyai port yang mencukupi untuk anda gunakan seperti Thunderbolt 4, USB Type-A 3.2 Gen 1, USB Type-C 3.2 Gen 2, Ethernet, HDMI 2.1, Micro SD card slot, Mini DisplayPort 1.4, dan 3.5 mm headphone/mic jack.

Bagaimanapun, laptop ini dikatakan cepat panas jika digunakan dalam masa yang lama, jadi mungkin anda perlu dapatkan alat cooling tambahan untuk dipasang pada laptop ini.

Laptop gaming dengan 100% sRGB
Acer Predator Helios Neo 16
mulai
RM5,649.00
Semak Acer Predator Helios Neo 16 harga dibawah:
add_circle Keyboard besar
add_circle Prestasi laptop terbaik
add_circle Port banyak
remove_circle Harga mahal
remove_circle Trackpad tidak berada di tengah
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: Nvidia GeForce RTX 4060
  • RAM: 16GB DDR5 / 4800MHz
  • Storage: 512GB PCIe Gen 4 SSD
  • Skrin: 16" (1920 x 1200)
  • CPU: Intel Core i7-13700HX

Harga laptop Acer Predator mungkin sedikit mahal, tetapi ianya berbaloi untuk dibeli sekiranya anda mahukan sebuah laptop gaming dengan 100% sRGB.

Bateri laptop ini dikatakan boleh bertahan sehingga 9 jam semasa menggunakannya untuk menonton video 4K secara berterusan.

Jadi untuk penggunaan biasa seperti melayari internet, ia mungkin boleh bertahan lebih lama dan untuk bermain game boleh tahan sehingga 5-6 jam tanpa perlu pasang charger.

Selain itu, laptop ini juga mempunyai prestasi yang bagus dengan GPU Intel Core i7-13700HX, menjadikan ia laptop yang tidak mudah lagging.

Dari segi port, anda juga akan mempunyai pelbagai pilihan port dan turut hadir dengan 2 port  Thunderbolt 4 untuk anda gunakan serentak.

Untuk yang sukakan kekemasan, kedudukan trackpad yang tidak berada di kedudukan tengah mungkin sedikit mengganggu pandangan.

Laptop gaming bawah RM3500
Gigabyte G5 GE
mulai
RM3,229.00
Semak Gigabyte G5 GE harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Kadar penyegaran yang tinggi
add_circle Banyak port
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Bunyi cooling fan kuat
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: GIGABYTE G5 GE
  • RAM: 8GB DDR4 (Extra 1 slot , Max 64GB)
  • Storage: 512GB M.2 NVME (Extra 1 M.2 Slot)
  • Skrin: 15.6" FHD 144Hz Display
  • CPU: Intel® Core™ i5-12500H

Anda sedang mencari laptop gaming mampu milik yang mempunyai ciri-ciri berkualiti? Gigabyte G5 GE ada apa yang anda cari.

Dengan harga bermula dengan bawah RM3,500, anda akan dapat laptop dengan saiz paparan 15.6 inci Full HD, dengan refresh rate yang tinggi 144Hz.

Selain itu, laptop ini turut hadir bersama dengan sistem operasi Windows 11 Home yang baru, jadi anda akan dapat segala update terbaru dari Windows.

Storan dalaman pula bermula dengan 512GB dan mempunyai 1 slot tambahan sekiranya anda mahu naik taraf kemudian. 

Untuk bahagian port, anda akan dapat pelbagai port yang boleh digunakan serentak dan bateri laptop ini juga tahan lama.

Cooling fan untuk laptop ini juga dikatakan bagus dan mampu menyejukkan laptop dengan baik, bagaimanapun bunyi cooling fan sedikit bising dan mungkin akan membuatkan anda rasa terganggu.


Tips Pilih Laptop Gaming Terbaik

Seperti kami katakan pada awal artikel tadi, jika ingin bermain game menggunakan laptop, spec laptop mestilah terbaik dan tinggi untuk menyokong segala sistem gaming.

Jadi kami kongsikan tip beli laptop gaming  dan spec laptop gaming terbaik supaya tak lagging bila tengah sedap-sedap main game.

  • Saiz

Biasanya laptop saiz 16-17 inci sudah memadai untuk bermain game di rumah malah lebih berkuasa berbanding laptop bersaiz sederhana.

Atau jika anda tidak kisah dengan saiz yang kecil, boleh dapatkan saiz paparan skrin bermula 15 inci dan ke atas.

Cuma kalau nak lebih selesa, boleh terus beli dekstop. Memang puas habis!

  • Grafik

Terdapat beberapa jenis grafik laptop yang perlu dipertimbangkan dan pemlihan grafik laptop bergantung jenis game yang anda selalu main.

Nvidia GTX 1060. GTX 1050/1050 TI merupakan entry level graphics dimana hanya sesuai untuk game yang tidak berat.

Nvidia GTX 1070 merupakan kad gradik lebih bagus dari kad grafik 1060 dan 1050 tapi mampu menyokong sistem VR dan memberi effect FPS yang cukup cantik.

Nvidia GTX 1080 merupakan kad grafik yang paling tinggi dan bagus antara grafik kad. Malah, mampu menampung ultra setting tanpa sebarang masalah.

  • Processor

Sekurang-kurangnya dapatkan intel Core i5 tapi sebaiknya dapatkan laptop gaming yang mempunyai i7/i9 bagi mengelakkan lagging.

Boleh juga pilih AMD Ryzen 7 atau Ryzen 9, sekaligus membolehkan anda untuk lakukan multitask dengan mudah dan lancar.

  • Sistem Penyejukan (Cooling System)

Cooling system ini amat penting untuk elak laptop anda terlampau panas semasa menggunakannya, lebih-lebih lagi semasa main game yang memerlukan penggunaan maksimum laptop.

Jadi anda boleh pilih laptop gaming yang mempunyai sistem penyejukan yang paling efisien, bagi memastikan laptop tidak overheat dan membuatkan laptop jadi lag.

  • RAM

Pastikan RAM laptop gaming 16GB dan boleh diubahsuai bahagian RAM untuk anda tambah saiz RAM dan melancarkan lagi sistem pengoperasian serta mengurangkan lagging.

  • Papan Kekunci dan Trackpad

Sebelum membuat pembelian, pastikan anda pilih laptop dengan papan kekunci yang berkualiti, mempunyai laluan kekunci yang baik dan trackpad yang responsif.

Ini akan membantu meningkatkan lagi pengalaman gaming anda, dan anda akan lebih yakin untuk menang semasa bermain game.

Akhir sekali, pastikan anda memilih laptop gaming yang sesuai dengan bajet anda, tapi sekiranya masih belum ada bajet bolehlah mula menabung sekarang.


Apakah Pilihan Peningkatan Bagi Laptop (Upgrade)?

Bila dah beli laptop gaming ni, mesti akan rasa nak upgrade laptop tu untuk tambahkan kapasiti ruangan atau tambah kelajuan laptop

Tapi kalau anda tak tahu apa yang perlu ditambah, atau nak mula tambah yang mana dahulu, jom baca penerangan di bawah ini. 

  • Upgrade RAM

Yang pertama biasanya kaki gamers akan tingkatkan atau upgrade adalah RAM sebab ia boleh tingkatkan kelajuan serta membolehkan anda buat multitask dengan lebih banyak.

Boleh pilih laptop yang mempunyai slot RAM kosong untuk memudahkan anda upgrade RAM laptop anda. 

  • Ganti atau Tambah Storan Dalaman (SSD)

Ini juga antara upgrade yang biasa dilakukan, bukan sahaja untuk gamers, tetapi untuk orang yang menggunakan laptop bagi tujuan kerja juga.

Storan dalaman SSD ini penting untuk menentukan berapa banyak saiz game yang boleh ditampung laptop tersebut, jadi semakin besar saiz storan, semakin banyaklah game yang boleh anda install.

  • Tambah atau Upgrade Cooling System

Ada sesetengah laptop gaming mempunyai cooling system yang kurang memuaskan, jadi anda mungkin terpaksa untuk tambah sistem penyejukan tambahan di bahagian luar laptop, atau gantikan dengan cooling system yang baru.

  • Upgrade Grafik

Kebiasaan laptop gaming sudah mempunyai graphic card yang terbaik dan boleh menampung mid-range game sehinggalah ke game berkapasiti tinggi.

Tapi jika anda rasakan graphic card laptop anda tidak mencukupi, anda boleh tambah melalui soket PCIe (jika ada) atau soket Thunderbolt untuk tingkatkan lagi prestasi grafik anda.

Jadi itulah sedikit sebanyak peningkatan yang anda boleh lakukan pada laptop anda dan bagi mencapai tahap gaming yang memuaskan.

Jom tonton video di bawah untuk penerangan ringkas mengenai peningkatan laptop secara asas:


Artikel Berkaitan

End of Article