Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
smartwatch murah malaysia

15 Smartwatch Murah Terbaik bawah RM200 di Malaysia 2024

Tak sampai RM200 pun dah boleh bergaya dengan smartwatch!

Jam tangan pintar atau smartwatch semakin mendapat perhatian, terutamanya di kalangan peminat jam tangan dan mereka yang aktif bersukan. 

Jam jenis ini bukan hanya menjadi penunjuk masa tapi juga berfungsi sebagai sistem pengurusan kesihatan, menjawab panggilan dan mengambil gambar dengan lebih mudah.

Harga smartwatch ada yang mencecah ribuan ringgit, namun anda masih boleh mendapatkannya dengan harga mampu milik.

Jangan terkejut dengan harga smartwatch yang bakal kami senaraikan kerana ianya di bawah RM200.

Jadi, jom lihat jenama smartwatch murah dan berkualiti!


Senarai 15 Smartwatch Terbaik & Murah Bawah RM200

Smartwatch terbaik secara keseluruhan
Lenovo
Lenovo S2 Pro Smart Watch
mulai
RM199.00
Semak Lenovo S2 Pro harga dibawah:
add_circle Paparan skrin besar
add_circle Boleh pantau suhu badan
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tidak sesuai untuk berenang
  • Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
  • Paparan: 1.69-inch, IPS full touch
  • Bateri: 7 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic
  • Penarafan IP: IP67
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0, GPS

Sebab menjadi pilihan utama: 

Skrin Lenovo S2 Pro sebesar 1.69 inci dengan paparan 240x280 menyokong fungsi Bluetooth dan GPS, dengan bateri kapasiti 250 mAh, smartwatch ini mampu bertahan sehingga 15 hari jika digunakan mod standby.

Ciri-ciri:

Tempoh pengecasan makan masa selama 2 jam sahaja.  

Smartwatch terbaik ini juga mempunyai penarafan IP sebanyak IP67. Jadi anda boleh memakainya semasa memcuci tangan atau dalam cuaca hujan.  

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sensor pemantau degupan jantung yang mampu merekod data degupan jantung selama 24 jam.

Smartwatch ini juga selesa dipakai pada tangan dan tidak berat, mudah juga disambungkan pada telefon Android atau iPhone.

Review:

"Walaupun harga murah dan mampu milik, tapi luaran dan function dalaman dia menarik. Function pun padu setanding jam mahal. Magnetic charging dia senang nak guna dan material nampak cantik."

Smartwatch terbaik bawah RM100
haylou ls05 solar smartwatch
mulai
RM99.00
Semak Haylou Solar LS05 harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Bateri tahan lama
add_circle 12 mod sukan
remove_circle Tidak boleh pantau tekanan darah
remove_circle Tidak mempunyai speaker
  • Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
  • Paparan: 1.28-inch, TFT high-definition screen brightness
  • Bateri: 14 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic
  • Penarafan IP: IP68
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0

Model jam tangan pintar Haylou Solar LS05 cukup berbaloi dengan harga bawah dari RM100.

Ia sama berfungsi seperti smartwatch yang lain iaitu lengkap dengan mod kesihatan, sambungan pada peranti dan boleh dipakai seharian dengan kelebihan kalis air IP68.

Jangan terkejut, jenama ini mempunyai aplikasi sendiri Haylou Fit yang boleh download melalui Google Play Store dan App Store.

Jadi pengguna dapat memantau pencapaian senaman dan kesihatan dengan tepat.

Jika yang baru nak berjinak mencuba jam tangan pintar, kami cadangkan Haylou Solar LS05.

Smartwatch terbaik untuk anak
Q19
mulai
RM32.00
Semak Q19 Kids Smart Watch harga dibawah:
add_circle Menyokong kad SIM mikro
add_circle Boleh jejak lokasi anak
add_circle Skrin warna pelindung mata
remove_circle Tidak sesuai dipakai ketika mandi berendam atau berwap
  • Keserasian sistem operasi: MTK comes with system
  • Paparan: 1.44 -inch
  • Bateri: 5-7 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: N/A
  • Penarafan IP: N/A
  • Penghubungan: 2G network data

Smartwatch Q19 Kids Smart Watch membolehkan ibu bapa memantau lokasi anak-anak walaupun di mana jua.

Ia juga dilengkapi fungsi amaran SOS untuk memberi notifikasi amaran kepada ibu bapa jika anak atau pengguna menekan fungsi amaran tersebut.

Selain itu, smartwatch ini menyokong penggunaan kad sim mikro membolehkan ibu bapa berhubung dan membuat panggilan dari jam tangan.

Jam tangan ini juga sangat selesa dipakai pada pergelangan tangan si kecil untuk setiap hari.

Smartwatch untuk tangan kecil
M4 Smart Bracelet Sport Fitness Tracker Pedometer Heart Rate Blood Pressure Bluetooth Smartband IOS Android
mulai
RM17.44
Semak SKMEI x Bozlun M4 harga dibawah:
add_circle Kalis air IP67
add_circle Harga murah
remove_circle Silikon agak keras
  • Keserasian sistem operasi: iOS 8.0+ dan Android 4.4+
  • Paparan: 0.96-inch, OLED
  • Bateri: 10 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: 2-pin
  • Penarafan IP: IP67
  • Penghubungan: Bluetooth 4.0

Ada pelbagai pilihan warna seperti hitam, pink, merah dan biru membolehkan anda memilih smartwatch yang sesuai dengan personaliti anda.

Dengan kapasiti bateri 90 mAh, jam tangan pintar ini hanya memerlukan masa 3 jam sahaja untuk dicas dan anda boleh gunakannya selama 10 hari. 

Anda juga boleh menghubungkannya dengan telefon pintar anda, iOS 8.0 atau Android 4.4 dan tampilan UI boleh diubah ke 9 bahasa iaitu bahasa Inggeris, Cina, Sepanyol, Perancis, Jerman, Jepun, Itali, Rusia atau Poland.

Rekod aktiviti fizikal anda (langkah, jarak dan jumlah kalori yang dibakar), pengesanan denyutan jantung, kawalan tidur, tekanan darah dan banyak lagi.

Menariknya lagi, anda boleh kawal fungsi kamera telefon pintar dan menerima reminder mesej daripada aplikasi yang anda gunakan.

Smartwatch terbaik untuk lari
Xiao-mi Mi Band 7 Smart Wristband AMOLED Color Screen
mulai
RM159.00
Semak Xiaomi Mi Band 7 harga dibawah:
add_circle Skrin AMOLED 1.62 Inci
add_circle Kalis air hingga 50 meter
add_circle Sesuai untuk iOS 10.0 ke atas atau Android 6.0 ke atas
add_circle 120 mod sukan
remove_circle Tiada manual disediakan
remove_circle Bateri tidak bertahan lama
  • Keserasian sistem operasi: iOS 10.0+ dan Android 6.0+
  • Paparan: 1.62-inch, AMOLED Touch Display
  • Bateri: 15 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: 2-pin
  • Penarafan IP: 5ATM
  • Penghubungan: Bluetooth 5.2

Bertukar kepada bahasa Inggeris secara automatik sebaik sahaja ia connect dengan aplikasi MiFit (kini Zepp Life). 

Dengan skrin sentuh AMOLED 1.62 inci yang lebih besar dan resolusi tinggi, paparan lebih jelas dan cantik. 

Saiz kecil, ringan, sesuai dengan lebar pergelangan tangan membuatkan anda rasa selesa apabila memakainya.

Selain itu, Mi Band 7 boleh memantau kualiti tidur, degupan jantung dan oksigen dalam darah anda secara real time.

Dilengkapi dengan pelbagai fungsi tambahan seperti push Bluetooth untuk panggilan masuk, jejak telefon jika hilang, GPS, kamera, lampu suluh, mesej, peringatan mesyuarat, notifikasi media sosial, pedometer dan lain-lain.

Mi Band 7 kalis air hingga 50 meter, jadi anda boleh memakai smartwatch ini ketika berenang, mandi atau melakukan aktiviti air.

Smartwatch untuk orang tua
GloryFit Q15 Smart Watch
mulai
RM59.99
Semak GloryFit BIP harga dibawah:
add_circle Panggilan bluetooth
add_circle IP67 kalis air & kalis habuk
add_circle Cip kuasa ultra rendah
add_circle Paparan 1.69 inci dengan skrin resolusi tinggi.
remove_circle Sukar mengesan kadar denyutan jantung
  • Keserasian sistem operasi: Android 5.0+ dan iOS 10.0+
  • Paparan: 1.95-inch, TFT
  • Bateri: 7-10 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic
  • Penarafan IP: IP67
  • Penghubungan: Dual-mode Bluetooth 5.3

Dengan reka bentuk kaca melengkung 3D dan aloi zink + badan ABS, smartwatch ini memberikan anda pengalaman visual yang jelas.

Anda boleh membuat panggilan, melihat rekod panggilan dan tambah kenalan yang kerap digunakan pada bahagian jam tangan. 

Ada satu ciri menarik untuk pilih menjawab, menolak atau mute smartwatch apabila menerima panggilan masuk.

Tersedia 8 mod sukan, pemantauan kesihatan dan boleh pilih gambar sebagai wallpaper jam tangan, seperti swafoto, pasangan, keluarga, pemandangan, dan lain-lain. 

Bateri berkapasiti besar dan algoritma penggunaan kuasa pintar membolehkan ia digunakan selama 5 hari di bawah penggunaan biasa. 

Tapi tidak disyorkan memakai jam tangan untuk mandi, berenang, menyelam atau merendam jam tangan di dalam air.

Smartwatch bluetooth
Aolon FOOM Lite IP68 Waterproof 1.83
mulai
RM69.99
Semak Aolon FOOM Lite harga dibawah:
add_circle 20 jenis mod sukan
add_circle Tahap kalis air IP67
add_circle Pembantu suara Al
remove_circle Bateri tak tahan lama
  • Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
  • Paparan: 1.83-inch, HD
  • Bateri: 3-5 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Two-core long strip magnetic charging
  • Penarafan IP: IP67
  • Penghubungan: Bluetooth

Ini adalah jam tangan baru Aolon 2023 yang dibuat khas, iaitu versi mudah Foom S. 

Mempunyai skrin besar 1.83 inci dengan kapasiti bateri lebih besar dan tahan lebih lama.

Pemantauan tidur automatik untuk menganalisis data tidur anda dan dilengkapi dengan sensor oksigen darah yang menggunakan cahaya merah, jadi pengukurannya lebih tepat.

Terdapat 20 mod sukan, muzik, permainan, mod kesihatan dan sokongan cip Bluetooth untuk menerima panggilan atau menjawab panggilan dengan mudah. 

Tersedia dalam empat warna untuk dipilih dan tiga pilihan interaktif UI percuma.

Smartwatch terbaik untuk android
Realme
DIZO Watch 2 Sports
mulai
RM99.00
Semak Realme DIZO 2 Sports Smart Watch harga dibawah:
add_circle Fungsi pedometer
add_circle Kalis air
add_circle Gelang boleh tanggal
add_circle Skrin sentuh penuh resolusi tinggi
add_circle Mempunyai 90 mod sukan
remove_circle Tiada GPS & muzik
remove_circle Tidak boleh menyimpan kenalan & bergambar
  • Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
  • Paparan: 1.69-inch, Full touch screen
  • Bateri: 12 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic
  • Penarafan IP: IP68
  • Penghubungan: Bluetooth

DIZO, jenama pertama dalam ekosistem Realme TechLife yang mungkin sesuai untuk anda yang suka lakukan aktiviti air dan lasak.

Jangan risau tentang kebolehtahanan jam tangan pintar ini kerana mempunyai penilaian ketahanan air IP68 (1.5m). 

Jadi, anda akan dapat perlindungan terbaik ketika anda melakukan aktivit sukan atau aktiviti luar.

Antara ciri menariknya, skrin sentuh penuh bersaiz 1.4 inci dengan resolusi tinggi dan reka bentuk strap yang boleh ditukar serta bateri tahan sehingga 12 hari.

Dilengkapi dengan Bluetooth 5.0 dan sensor seperti 3-axis accelerometer, sensor kadar jantung, dan motor getar rotor.

Tambahan pula, smartwatch ini mempunyai reka bentuk dial dinamik, penilaian oksigen darah dan kadar jantung, serta live watch faces.

Smartwatch terbaik untuk iPhone
S8 Ultra Smart Watch Series 8
mulai
RM88.90
Semak U11+ Ultra Smart Watch harga dibawah:
add_circle 100+ mod sukan
add_circle Kalis air IP68
add_circle Fungsi GPS route track
add_circle Pengesanan kadar jantung
add_circle Pembantu suara
remove_circle Bateri tidak tahan lama
remove_circle Warranty 1 bulan sahaja
  • Keserasian sistem operasi: Android 6.0+ dan iOS 10.0+
  • Paparan: 2.2-inch, IPS screen
  • Bateri: 1 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic
  • Penarafan IP: IP68
  • Penghubungan: Bluetooth

Smartwatch U11+ Ultra menggunakan pengecasan tanpa wayar dan mempunyai panggilan Bluetooth.

Anda boleh melakukan pembayaran luar talian Alipay, kawalan akses NFC, pembantu suara, nada dering bebas, jam penggera, cuaca, menyimpan kenalan, fotografi Bluetooth dan lain-lain lagi. 

Ciri-ciri kesihatan juga disediakan seperti pemantauan suhu badan, denyutan jantung, ECG, tekanan darah dan oksigen dalam darah serta pemantauan tidur.

Pemantauan kadar jantung disokong selama 24 jam dan ia juga berfungsi sebagai pengira langkah, kalori dan rekod jarak. 

Skrin menyala jam pintar juga lebih panjang dan mempunyai mod lampu sisi katil.

Anda juga boleh mengunci jam pintar ini dengan kata laluan sahaja. Mudah dan pantas!

Smartwatch untuk iOS & Android
T900+Pro Max Smart Watch
mulai
RM35.00
Semak T900 Pro Max L Smart Watch harga dibawah:
add_circle Cip kuasa ultra rendah
add_circle Kalis air
remove_circle Pengguna mengadu beberapa fungsi lain bermasalah
  • Keserasian sistem operasi: Android 5.0+ dan iOS 9.0+
  • Paparan: 1.73-inch, IPS screen
  • Bateri: 3-5 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: 2-pin bushing charging
  • Penarafan IP: IP68
  • Penghubungan: Bluetooth

Dengan model asli 100%, cip kuasa ultra rendah dan sesuai dengan peranti Android atau IOS, smartwatch ini pasti akan menjimatkan masa anda. 

Ada 3 pilihan warna iaitu hitam, biru dan pink serta mempunyai aplikasi HiWatch Plus yang mudah digunakan. 

Mempunyai skrin sentuh HD penuh saiz 1.73 inci dan resolusi PS 282 x 320.

Tambah lagi, anda boleh menyesuaikan tema dan konfigurasi dengan mudah serta SIRI (klik dua kali aktifkan skrin) untuk mengawal jam tangan pintar ini. 

T900 Pro Max L juga dilengkapi dengan ciri seperti mod sukan, mengira kadar denyutan jantung, tekanan darah, minum air, cuaca dan banyak lagi.

Anda boleh mengendalikan muzik dan mengambil gambar jarak jauh. 

Ia juga sesuai digunakan pada cuaca hujan atau ketika melakukan aktiviti sukan.

Smartwatch terbaik untuk kesihatan
Aolon RUSH S3 Waterproof Body Temperature Smart Watch
mulai
RM79.99
Semak Aolon RUSH S3 harga dibawah:
add_circle 24 pilihan mod sukan
add_circle Pemantauan suhu badan
add_circle Terdapat ujian tekanan darah
add_circle Pemantauan kadar degupan jantung 24 jam
remove_circle Tidak menyokong panggilan Bluetooth dan NFC
  • Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
  • Paparan: 1.91-inch, full touch
  • Bateri: 5-7 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic
  • Penarafan IP: IP68
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0

Smartwatch versi baru upgrade dari Rush S mempunyai paparan berwarna ultra jelas 1.85 inci dan fungsi sentuhan penuh, jadi mudah dibaca, dikendalikan dan pengesanan suhu lebih tepat.

Aolon RUSH S3 dilengakpi dengan tali silikon lembut membuatkan ia lebih ringan dan selesa dipakai di pergelangan tangan. 

Tersedia dalam 4 warna yang cantik dan tali padanan yang boleh ditukar ganti.

Ciri lainnya ialah pemantauan kesihatan seperti tekanan darah, suhu badan, degupan jantung, oksigen dalam darah, analisis tidur, serta 24 mod sukan, membuatkan jam tangan pintar ini ideal untuk dipakai setiap hari.

Anda juga boleh mengawal muzik yang diputar pada telefon anda secara jarak jauh.

Smartwatch terbaik untuk lelaki
SKMEI
SKMEI Smart Watch Bluetooth Phone Call
mulai
RM95.99
Semak SKMEI ZL02 harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Bateri tahan lama
add_circle 100 mod sukan
remove_circle Tidak boleh pantau tekanan darah
  • Keserasian sistem operasi: iOS 9.0+ dan Android 5.0+
  • Paparan: 1.28-inch, IPS HD screen
  • Bateri: 7-10 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic
  • Penarafan IP: IP67
  • Penghubungan: Bluetooth 4.0

Smartwatch SKMEI ZL02 adalah pilihan yang sesuai untuk anda yang baru mencuba memakai smartwatch, terutamanya buat kaum lelaki.

Ini kerana reka bentuk smartwatch murah ini lebih sesuai digayakan oleh lelaki yang mahu nampak edgy dan menawan.

Dengan harga bawah RM100, smartwatch ini mempunyai fungsi yang sama dengan smartwatch canggih yang lain seperti ada lebih 100 mod sukan dan boleh pantau degupan jantung.

Selain itu, smartwatch yang bagus dan murah ini juga kalis air IP67 supaya anda tidak perlu risau jika termasuk dalam air. Tapi, kami tidak sarankan anda untuk rendam jam ini ya.

Dari segi ketahanan bateri, jam ini mampu bertahan selama 7 ke 10 hari untuk penggunaan harian dan tempoh standby sehingga 30 hari.

Smartwatch terbaik untuk wanita
Huawei
HUAWEI Band 8 (1)
mulai
RM169.00
Semak Huawei Band 8 harga dibawah:
add_circle Sentuhan skrin penuh dan butang sisi
add_circle Menyokong gerak isyarat slaid
add_circle Reka bentuk ultra nipis
add_circle Hayat bateri yang panjang
remove_circle Sistem operasi yang terhad
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.47-inch, AMOLED, Full-screen touch + side button
  • Bateri: 14 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0 BLE
Huawei band 8 menampilkan skrin sentuh AMOLED 1.47 inci yang bersudut tajam dan pengalaman visual yang lebih jelas. 
 
Dengan resolusi 368 x 194, kesan visual keseluruhan seperti lukisan minyak. 
 
Selain itu, mempunyai bezel ultra-sempit dan skrin kaca melengkung yang berkualiti tinggi 2.5D.
 
Mudah sahaja untuk melihat notification, membalas mesej, dan menjawab panggilan masuk dengan hanya tap pada skrin.
 
Terdapat juga fungsi kecergasan dan kesihatan seperti Huawei TruSleepTM 3.0 untuk mod tidur dan TruSeenTM 5.0 untuk menjejak kepekatan oksigen dalam darah serta kadar jantung.
 
Pilih TruSportTM untuk mod senaman, TruRelaxTM untuk pemantau stress dan boleh menjejak kitaran haid wanita.
 
Selesa pakai di pergelangan tangan dengan reka bentuk langsing, ringan dan simple.
Smartwatch terbaik dan murah
Colmi
COLMI P20 Plus
mulai
RM63.90
Semak COLMI P20 Plus harga dibawah:
add_circle Sistem operasi universal
add_circle Pemantauan jantung 24 jam
add_circle Ada sleep monitoring
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Jenama kurang dikenali
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.83-inch, LCD IPS Colour
  • Bateri: 7 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic wire
  • Penarafan IP: IP67
  • Penghubungan: Bluetooth 5.2

Anda mungkin tidak pernah dengar jam tangan pintar jenama Colmi, tetapi kami akan kongsikan dengan anda apa yang menarik tentang smartwatch ini dan kenapa ia jam tangan pintar murah terbaik.

Jam tangan pintar ini mempunyai penarafan IP67 yang membuatkan ia kalis air dan boleh dibawa berenang dari kedalaman 150mm meter sehingga 1000mm bagi tempoh maksimum 30 minit.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan 100+ mod sukan, pemantauan tekanan darah, pemantauan tidur serta pemantauan kadar jantung.

Dengan jangka hayat bateri jam yang lama, iaitu boleh bertahan sehingga 7 hari dengan pengecasan penuh, jam ini akan pantau tahap kesihatan anda secara berterusan selama 24 jam sehari.

Smartwatch ini juga boleh memainkan muzik dengan bunyi HD yang kuat, dan dalam masa yang sama boleh menjawab panggilan telefon dengan jelas.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh bermain game pada jam tangan pintar ini, boleh pilih antara 4 piihan mini-games yang menarik untuk dimainkan.

Smartwatch untuk berenang
Amazfit
Amazfit Bip 3
mulai
RM189.00
Semak Amazfit Bip 3 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama (14 hari)
add_circle Anti-fingerprint coating pada skrin
add_circle Selamat dibawa berenang
remove_circle Stok terhad
  • Keserasian sistem operasi: Android 7.0+ dan iOS 12.0+
  • Paparan: 1.69-inch, TFT colored LCD
  • Bateri: 14 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic
  • Penarafan IP: 5ATM
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0, GPS

Anda merupakan seorang yang gemar dengan sukan renang atau, bertugas sebagai life guard di kolam renang atau pantai? Anda boleh dapatkan Amazfit Bip 3 ini.

Antara sebab ia sesuai untuk berenang kerana mempunyai penarafan kalis air yang tinggi, iaitu 5ATM yang boleh tahan dalam air sehingga kedalaman 50 meter.

Selain itu, jam tangan pintar ini juga turut mempunyai 60 mod sukan untuk anda kekal aktif dan menyimpan data aktiviti fizikal anda.

Dengan pengecasan penuh, bateri telefon ini boleh bertahan sehingga 14 hari bagi penggunaan biasa, dan 7 hari bagi kegunaan intensif. 

Selain boleh mengawal muzik pada jam ini, anda juga boleh mengawal kamera telefon anda, jadi boleh ambil gambar bersama rakan-rakan dengan menggunakan smartwatch ini.

Paling menarik, jam ini turut menyokong bacaan kadar oksigen dalam darah seperti jam tangan pintar mahal yang lain.


Panduan Beli Smart Watch

Ada beberapa perkara yang perlu anda tentukan sebelum membeli smartwatch. Jika anda membuat pilihan yang salah, ia sangat merugikan. 

Ini kerana peranti sebegini memerlukan sambungan yang betul. Bagaimana untuk mengetahuinya?

Kenal pasti jenama dan tetapan yang terdapat dalam smartwatch pilihan anda. Adakah ia sesuai dengan peranti Android atau iOS?

Pilihan fungsi juga sangat penting. Jika anda ingin memantau kesihatan, kawalan tidur dan data senaman, pilihlah jam tangan pintar yang mempunyai ciri-ciri seperti itu.

Selain itu, pastikan anda tahu kapasiti bateri smartwatch anda bagi mengelakkan kekurangan atau lebihan masa pengecasan jam tangan pintar perlu dicas.

Ia bergantung pada penggunaan semasa, sesetengah jam boleh bertahan sehingga dua minggu atau sebulan tanpa perlu dicas.

Akhir sekali, kebolehan kalis air juga penting terutamanya jika anda sering melakukan aktiviti sukan air atau selalu kerja diluar yang memerlukan anda menempuh hujan. 


Apakah Tujuan Jam Pintar? 

Jam pintar memiliki banyak fungsi yang berguna untuk memudahkan kehidupan seharian.

Ia juga boleh digunakan untuk memantau kesihatan dan aktiviti fizikal, serta memudahkan akses kepada panggilan, mesej dan notifikasi telefon tanpa perlu memegang telefon pintar.

Dengan semua ini, smartwatch menjadi alat yang sangat berguna dan membantu pengguna untuk menjalani gaya hidup yang lebih produktif dan teratur.


Bolehkah Saya Tinggalkan Telefon Saya Di Rumah Dan Menggunakan Jam Pintar Saya? 

Ya, anda boleh! Dengan smartwatch, anda masih boleh menerima panggilan, membaca mesej, terhubung dengan aplikasi dan melakukan banyak lagi tanpa perlu membawa telefon anda.

Cuma pastikan anda memilih jam tangan yang mempunyai sambungan mobile network untuk disambungkan ke nombor telefon anda.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi yang diperlukan dan memastikan jam pintar anda mempunyai sambungan internet yang stabil untuk penggunaan yang lebih lancar.


Adakah Jam Pintar Memerlukan Kad SIM? 

Tidak semua smartwatch memerlukan kad SIM.

Smartwatch biasanya terhubung dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth dan boleh memaparkan maklumat yang anda perlukan seperti panggilan masuk, mesej dan lain-lain.

Namun, terdapat juga jenama jam pintar yang boleh berfungsi dengan memasukkan kad SIM ke dalam jam pintar tersebut, dan anda boleh tinggalkan telefon anda di rumah kerana smartwatch tersebut sudah boleh menerima atau membuat panggilan.

Pastikan anda memahami keperluan jam pintar anda sebelum membelinya.


Adakah Anda Perlu Wi-Fi Untuk Jam Pintar?

Tidak semestinya, tapi ia bergantung pada jenama dan model smartwatch yang anda gunakan.

Terdapat beberapa jam pintar yang boleh berfungsi tanpa perlu terhubung ke WiFi, seperti menerima panggilan, membaca mesej, dan melakukan banyak lagi.

Namun, terdapat juga beberapa aplikasi dan ciri yang hanya boleh digunakan apabila smartwatch anda terhubung dengan WiFi. 

Pastikan anda membaca spesifikasi produk sebelum membeli jam pintar untuk memastikan ia memenuhi keperluan anda.


Fitness Trackers vs Smartwatch

Fitness trackers dan smartwatch mempunyai reka bentuk yang sama, tetapi terdapat perbezaan dari segi fungsi dan juga ciri-ciri, antaranya:

  • Fungsi Utama

Fungsi utama fitness tracker adalah untuk memantau tahap aktiviti fizikal dan juga kesihatan, seperti membuat bacaan jumlah kalori yang sudah dibakar atau membuat bacaan kadar degupan jantung.

Manakala, smartwatch lebih kepada fungsi tambahan bagi telefon anda iaitu untuk memberi notifikasi dari telefon, memainkan muzik, membuat atau menjawab panggilan telefon, fungsi GPS dan lain-lain.

  • Reka Bentuk

Fitness Trackers biasanya memiliki reka bentuk yang lebih sederhana dan ringkas, serta fokus reka bentuk untuk melakukan aktiviti fizikal. Skrin fitness tracker juga mungkin lebih kecil berbanding smartwatch.

Reka bentuk smartwatch pula kelihatan sama seperti jam tangan analog, serta kelihatan interaktif kerana ia juga turut menjadi penggaya bagi si pemakai.

  • Harga

Dari segi harga pula, smartwatch ditawarkan pada harga yang lebih mahal berbanding fitness tracker kerana mempunyai fungsi yang lebih canggih.


Artikel Berkaitan

End of Article