Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Mouse Wireless Terbaik & Murah 2024 (Bawah RM50)

Mouse wireless menjadikan kerja mengawal skrin lebih mudah dan selesa.

Mouse atau tetikus merupakan aksesori laptop atau komputer yang berfungsi untuk mengawal kursor pada skrin paparan.

Penggunaan mouse kemungkinan ada yang tidak selesa membuat kerja menggunakan touchpad jadi mouse menjadi alat pengganti.

Tapi pastikan guna mouse yang bagus supaya tahan lama dan wireless supaya lebih selesa melakukan tugasan.

Bagi memudahkan pencarian mouse yang bagus, jom lihat senarai di bawah antara jenama mouse wireless terbaik.


Senarai 7 Mouse Wireless Terbaik

Mouse wireless yang bagus untuk laptop
HP
Mouse wireless terbaik untuk tugasan design
mulai
RM11.99
Semak HP Wireless Mouse X3000 harga dibawah:
add_circle Sensor optikal yang sensitif
add_circle Nano receiver
remove_circle Ada bunyi klik

HP Wireless Mouse X3000 menggunakan teknologi Nano Receiver, ini bermakna anda tidak memerlukan ruang yang besar untuk menggerakkan tetikus ini. 

Selain itu, data yang dihantar dari mouse ke komputer juga laju kerana menggunakan 2.4GHz. Jadi tiada masalah lagging semasa menggunakannya. 

Mouse yang bagus ini juga mempunyai bentuk ergonomi yang mampu memberikan keselesaan sepanjang hari penggunaan. 

Tidak lupa juga, mouse ini mampu berfungsi dengan OS Windows yang terdahulu seperti Windows 7 dan Windows XP.

Mouse wireless untuk mac
Mouse wireless USB terbaik
mulai
RM35.00
Semak Targus W571 Wireless Mouse harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Selesa digunakan
remove_circle Reka bentuk tak menarik

Targus W571 Wireless Mouse menggunakan sensor 1600 DPI untuk menghasilkan kepekaan yang tinggi apabila berlaku pergerakan. 

Dapat meningkatkan sensitiviti terhadap pergerakan kecil.

Selain itu, menggunakan teknologi 2.4GHz wireless menjadikan penghantaran input dari mouse ke komputer lebih pantas. 

Tidak ada isu connectivity terputus semasa menggunakannya.

Ciri menarik pada mouse ini adalah ia memiliki tempat simpan perumah di bawahnya. 

Jadi perumah tidak mudah hilang dan boleh disimpan jika mahu dibawa bersama kemana-mana.

Mouse wireless silent
Logitech
Logitech M331
mulai
RM53.80
Semak Logitech M331 harga dibawah:
add_circle Senyap semasa klik
add_circle Bateri tahan 2 tahun
remove_circle Tidak sesuai untuk pengguna kidal

Logitech M331 sesuai bagi mereka yang melakukan tugas-tugas kerja di rumah atau pelajar yang suka melakukan assignment pada waktu malam.

Ini kerana mouse wireless ini mempunyai ciri mampu menghilangkan bunyi klik pada semasa ia ditekan. 

Selain itu, penggunaan bateri pada mouse ini juga sangat efficient sehingga mampu bertahan sehingga 2 tahun dengan sekali penggunaan. 

Semasa memegang tetikus ini juga anda akan berasa selesa dan kurang penat kerana rekaannya ergonomik.

Kelebihan lain, Logitech M331 mampu memberi kawalan yang tepat kepada pengguna. 

Jika anda seorang video editor atau graphic designer yang mahu jimat duit, tetikus ini sangat sesuai untuk dibeli.

Mouse wireless murah
HP
HP 200 Wireless Mouse
mulai
RM11.99
Semak HP 200 Wireless Mouse harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Jarak sambungan sehingga 10 meter
remove_circle Bateri cepat habis

HP 200 wireless mouse direka dengan bahan yang berkualiti tinggi sekaligus menjadikan tetikus ini ringan. 

Tetikus ini juga antara yang tahan lasak dan tidak mudah pecah dan rosak jika terjatuh.

Selain itu, tahap sensitiviti mouse wireless ini pada tahap yang baik dan ditambah pula jarak sambungan sehingga 10 meter. 

Bagaimanapun, penggunaan bateri pada mouse ini kurang efficient sehingga menyebabkan anda perlu menukar bateri berulang kali dalam tempoh setahun. 

Dari segi harga, sangat murah dan berbaloi untuk dibeli.

Mouse wireless bluetooth
Rapoo 1620
mulai
RM26.00
Semak Rapoo 1620 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan sehingg 1 tahun
add_circle Dilengkapi butang costumize
remove_circle Ada bunyi klik

Rapoo 1620 merupakan mouse wireless terbaik untuk kegunaan kerja ataupun pelajar untuk membuat assignment. 

Dengan frekuensi 2.4GHz ia mampu menghantar input dengan sangat cekap.

Dengan menggunakan 10,000 DPI sensor optik untuk mengesan pergerakan yang sangat kecil dan tahap ketepatan yang tinggi. 

Jadi ruang menggunakan mouse ini hanya pada ruangan yang kecil sahaja. 

Bagaimanapun, mouse ini akan menghasilkan bunyi klik semasa menekannya. Jadi mungkin sedikit mengganggu. 

Bateri yang digunakan mampu bertahan sehingga setahun.

Mouse wireless gaming
Logitech
Logitech G304
mulai
RM45.50
Semak Logitech G304 harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle tahan lasak
add_circle Selesa digunakan untuk semua
remove_circle Reka bentuk kurang menarik

Mouse wireless terbaik untuk gaming ini menggunakan sehingga 12,000 DPI sensor optik untuk mengesan pergerakan yang sangat kecil. 

Selain itu, Logitech G304 ini juga dibina dengan bahan yang tahan lasak dan ringan.

Apa yang menarik, anda boleh mengubah kadar DPI dengan menggunakan software. 

Jadi anda mempunyai kebebasan untuk menentukan kadar DPI mengikut keselesaan penggunaan anda. 

Teknologi Lightspeed dan Hero sensor juga digunakan pada mouse ini bagi menambah sensitiviti pada mouse ini.


Perbezaan Mouse Wireless Dan berwayar.

Secara kasarnya, tetikus tanpa wayar dengan berwayar mempunyai perbezaan yang ketara, iaitu satu perlu dikuasakan dengan menggunakan bateri dan satu lagi dengan penggunakan komputer selepas wayar disambungkan ke komputer.

Bagaimanapun, perbezaan tersebut juga memberi perbandingan yang ketara terhadap kedua-dua jenis tetikus.

  • Dikuasakan oleh

Seperti dinyatakan tadi, tetikus tanpa wayar perlu dikuasakan oleh bateri dan disebabkan itu, berat tetikus tanpa wayar juga akan sedikit berat berbanding yang jenis berwayar.

Secara tidak langsung ia akan menjejaskan tahap geseran tetikus terhadap pad tetikus. 

Selain itu, jangka hayat tetikus tanpa wayar bergantung kepada bateri yang digunakan.

Jika bateri semakin lemah tu sudah habis, maka ia perlu digantikan dengan bateri yang baru.

Tanpa sedar, kita juga terpaksa mengeluarkan kos tambahan setiap kali bateri habis. Melainkan anda menggunakan bateri boleh cas semula. 

Untuk tetikus wayar, anda boleh menggunakannya selama mana yang anda inginkan tanpa risau masalah bateri habis.

Namun, jika wayar rosak atau putus, anda perlu menggantikannya dengan tetikus yang baru.

  • Penyambungan ke peranti.

Untuk jenis tanpa wayar, anda boleh menyambungkan pada apa jua peranti jika ia menggunakan jenis penyambungan bluetooth.

Asalkan kedua-duanya mempunyai penyambungan bluetooth, anda boleh menggunakannya. 

Manakala bagi jenis berwayar, ianya terhad kepada peranti yang mempunyi sambungan USB sahaja.

Tapi, ada juga tetikus tanpa wayar yang memerlukan penyambungan USB.

  • Harga

Dari segi harga pula, jelaslah bahawa tetikus berwayar jauh lebih murah dari jenis wireless.

Hal ini kerana jenis berwayar lebih mudah untuk dibina dan tidak menggunakan software dan hardware yang complicated

Jika anda sukakan kebebasan semasa menggunakan tetikus, maka anda boleh dapatkan jenis tanpa wayar.

Jika anda memerlukan tetikus yang boleh digunakan dalam masa yang panjang seperti semasa bergaming, boleh dapatkan jenis yang berwayar.


Artikel Berkaitan

End of Article