Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Mouse Gaming Bagus untuk Permainan Komputer Kegemaran Anda

Walaupun kita lihat dengan mata kasar tetikus semua sama saja tapi terdapat perbezaan antara mouse biasa dan mouse gaming.

Antara perbezaannya adalah resolution DPI, rekaan dan jumlah butang yang ada pada mouse.

Malah mouse gaming menggunakan komputer atau laptop yang mempunyai kapasiti RAM besar (2GB) dan spesifikasi hardware yang sesuai dengan game.

Jadi, bagi memudahkan pencarian anda tentang mouse gaming terbaik, jom kita lihat senarai berikut.


Senarai 9 Mouse Gaming Terbaik

Mouse gaming terbaik secara keseluruhan
Razer
Razer Viper V2 Pro
mulai
RM615.00
Semak Razer Viper V2 Pro harga dibawah:
add_circle Sangat ringan
add_circle Bateri tahan sehingga 80 jam
add_circle Kebolehan responsif yang menakjubkan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk pemain tangan kidal

Sebab menjadi pilihan utama:

Razer Viper V2 Pro mempunyai berat yang sangat ringan dan sangat selesa apabila anda membuat kerja atau bermain game.

Ciri-ciri:

Mouse ini juga mempunyai kebolehan responsif yang terbaik dengan menggunakan sensor Focus Pro 30K. Memang best kalau main game.

Bahagian bateri mouse gaming ini mampu bertahan sehingga 80 jam. Jadi kebaikannya anda boleh bermain game secara berterusan dalam tempoh yang lama. 

Tambahan lagi, butang kekunci mouse gaming ini menggunakan butang optikal yang direka untuk mengelakkan double-cliking sekaligus membantu mouse ini tahan lama. 

Bagaimanapun, Razer Viper V2 Pro tidak sesuai untuk pemain yang menggunakan tangan kidal. 

Review:

“Memang selesa pun, smooth je cursor. Memang lekat dengan apa yang kita press,”

Terbaik untuk yang inginkan mouse yang ergonomik dan selesa serta berpatutan
mulai
RM269.00
Semak Razer Deathadder Elite Ergonomic Gaming Mouse harga dibawah:
add_circle Ergonomik dan sangat selesa dipegang
add_circle 5G sensor
add_circle Mempunyai 16,000 DPI
remove_circle Lampu RGB terlindung semasa digunakan
remove_circle Hampir tiada penambahbaikan dari model terdahulu

Dengan reka bentuk yang bersifatkan ergonomik menjadikan pilihan ramai pengguna permainan berkomputer. 

Ciri mouse ini mempunyai pengesan optikal yang paling advance yang mampu untuk memberikan ketepatan resolusi berbanding mouse lain di dunia.

Selain itu, mouse Razer Deathadder Elite ini memiliki butang DPI di hujung jari anda dan pengcahayaan yang boleh diubahsuai.

Bagi yang gemar dengan kehadiran lampu RGB, anda mungkin tidak dapat melihatnya semasa menggunakan mouse ini kerana ianya terlindung semasa digunakan. 

Razer Deathadder Elite ini juga tidak mempunyai penambahbaikan yang baru dari model terdahulu.

Tetapi jika anda mahukan mouse gaming terbaik yang berwayar, boleh dapatkan mouse Razer Deathadder Elite ini.

Tetikus tanpa wayar
Logitech
Logitech G502 LIGHTSPEED
mulai
RM388.88
Semak Logitech G502 Lightspeed harga dibawah:
add_circle Sangat responsif dan pantas
add_circle Sensor HERO terbaik
add_circle Bahan binaan berkualiti
remove_circle Untuk pemain tangan kanan sahaja

Logitech G502 LightSpeed merupakan sebuah mouse gaming yang mempunyai kadar responsif yang pantas tanpa memerlukan penyambungan wayar. 

Bukan itu saja, Logitech G502 LightSpeed sesuai untuk dijadikan mouse untuk kerja. 

Jadi anda tidak perlu menukar mouse lain untuk melakukan kerja selepas puas bermain game. 

Selain itu, reka bentuk mouse gaming terbaik ini sangat ergonamik dan mempunyai berat yang fleksibel. 

Mouse gaming ini menggunakan sensor HERO dari Logitech dan mempunyai jangka hayat bateri sehingga 60 jam. 

Apa yang menarik, mouse Logitech G502 LightSpeed ini juga boleh dicas semasa digunakan dengan Powerplay charging mat.

Tetikus berwayar
Razer
Razer Basilisk V3
mulai
RM229.00
Semak Razer Basilisk V3 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk premium
add_circle 26K DPI Optical Sensor
add_circle Scroll wheel baru terbaik
remove_circle Bunyi scroll wheel mungkin terlalu kuat
remove_circle Berwayar

Razer Basilisk V3 mungkin lebih menonjol daripada mouse gaming terbaik yang lain dengan reka bentuk yang premium. 

Selain itu, menggunakan scroll wheel yang terkini dengan dilengkapi pelbagai mod.

Antara Razer Basilisk V3 dan Razer Viper V2 Pro, kedua-dua mouse gaming ini mungkin tidak jauh beza dari segi ergonamik dan kadar responsif yang terbaik. 

Bagaimanapun, Razer Basilisk V3 ini merupakan mouse gaming berwayar. 

Jadi mungkin bagi anda yang tidak sukakan mouse berwayar ia kurang sesuai untuk anda. 

Namun, kelebihan mouse berwayar adalah anda tidak perlu risau dengan masalah bateri. 

Mouse untuk game yang murah
Logitech
Logitech G304 LIGHTSPEED
mulai
RM129.00
Semak Logitech G304 Lightspeed harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Memiliki 6 butang program
remove_circle Kurang ergonamik

Mouse gaming terbaik ini menggunakan sehingga 12,000 DPI sensor optik untuk mengesan pergerakan yang sangat kecil. 

Logitech G304 LIGHTSPEED ini juga dibina dengan bahan yang tahan lasak dan ringan sekaligus menjadikan berat mouse ini hanyalah 99 gram.

Apa yang menarik, anda boleh mengubah kadar DPI dengan menggunakan software. 

Jadi anda mempunyai kebebasan untuk menentukan kadar DPI mengikut keselesaan penggunaan anda. 

Teknologi Lightspeed dan Hero sensor juga digunakan pada mouse ini bagi menambah sensitiviti pada mouse. 

Tambah lagi, mouse ini memiliki 6 butang program untuk kesesuaian cara gaming anda.

Mouse untuk game mmorpg
Razer
Razer Naga Pro
mulai
RM645.00
Semak Razer Naga Pro harga dibawah:
add_circle Terbaik untuk gamers cross-genre
add_circle Dilengkapi optical mouse switch
add_circle Bateri tahan lama sehingga 150 jam
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk MacOS

Jika anda merupakan pemain MMO atau MOBA, pemilihan mouse gaming yang betul adalah penting. 

Game seperti ini memerlukan mouse dengan ketepatan yang tinggi, dan responsif yang terbaik.

Malah Razer Naga Pro memiliki 12 butang panel yang boleh digunakan untuk menetapkan pelbagai program pada game tersebut.

Selain itu, reka bentuk mouse gaming ini agak ergonomik dan sangat selesa buat pemain tangan kanan. 

Turut mempunyai ruang letak jari kelingking, jadi anda tidak terasa penat sangat memegang mouse terlalu lama. 

Bagaimanapun, jika anda pemain tangan kidal, anda model mendapatkan model ini dalam bentuk berwayar. 

Kebolehan sensor dan klik pada mouse ini juga menakjubkan. Memang sangat sesuai dan berbaloi pada harganya.

Mouse untuk game counter strike
SteelSeries
SteelSeries Prime Wireless Pro
mulai
RM589.00
Semak SteelSeries Prime Wireless Pro harga dibawah:
add_circle Selesa digunakan
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Pantas dicas semula
remove_circle Menggunakan cable Type-C yang tidak standard

SteelSeries Prime Wireless Pro direka secara khusus untuk pengguna tangan kanan dan memiliki cengkaman yang selesa pada jari. 

Ini kerana bahan binaan badan mouse gaming terbaik ini menggunakan bahan plastik ABS micro-textured yang menghasilkan permukaan matte

Dengan berat 80 gram, mouse gaming ini mungkin sedikit berat jika dibandingkan dengan mouse gaming lain, tapi anda tak akan perasan berat mouse gaming ini.

SteelSeries Prime Wireless Pro ini juga boleh dicas semula dengan menggunakan wayar type-C.

Malah dikatakan mampu tahan sehingga 100 jam dengan sekali pengecasan penuh.

Cuma untuk mencapai hayat bateri yang lama, anda perlu menutup mod RGB untuk penjimatan tenaga.

Dengan sensor optical TrueMove Air 18,000 CPI, anda akan merasai pengalaman gaming yang smooth

Kadar responsif yang diberikan memang sangat sesuai untuk bermain game seperti counter strike.

Mouse untuk claw grip
Razer
Razer DeathAdder V2
mulai
RM169.00
Semak Razer DeathAdder V2 harga dibawah:
add_circle Antara sensor terbaik
add_circle Reka bentuk sesuai untuk cengkaman
add_circle Menyokong pelbagai saiz tangan
remove_circle Butang bahagian tepi kurang selesa

Razer DeathAdder V2 menggunakan sensor 20,000 DPI untuk menghasilkan kepekaan yang tinggi apabila berlaku pergerakan. 

Jadi mouse gaming terbaik ini sangat sensitif terhadap pergerakan kecil.

Selain itu, mouse berwayar kebiasaannya mempunyai kelebihan dalam penghantaran input dari mouse ke komputer yang lebih pantas. 

Tidak ada isu connectivity terputus semasa menggunakannya.

Ciri menarik pada mouse ini adalah sesuai digunakan oleh mana-mana pemain tangan kanan. Saiz tangan tidak menjadi masalah.

Untuk cengkaman pada mouse, Razer DeathAdder V2 sesuai digunakan. Ia boleh menjadi mouse untuk claw grip.

Mouse macro untuk crossfire
SteelSeries
SteelSeries Sensei 310
mulai
RM198.00
Semak SteelSeries Sensei 310 harga dibawah:
add_circle Ringan digunakan
add_circle Reka bentuk menarik
add_circle Kasar dan senang digenggam
remove_circle Non-braided cable

Jika anda serious gamer, mouse keluaran Steeleseries ini adalah antara yang terbaik kerana merangkumi segala keperluan gamers hari ini. 

SteelSeries Sensei 310 mempunyai darjah ketepatan yang tinggi menjadikan ia sebuah mouse yang efisyen apabila mengendalikan game yang bercorak sasaran. 

Dengan menggunakan bahan plastik, permukaan mouse ini menghasilkan cengkaman yang lebih selesa. 

Memang sangat sesuai untuk gamers yang mempunyai tangan mudah berpeluh malah dengan Sensor TrueMove3 mouse gaming ini dapat memastikan tidak mempunyai masalah tracking

Akhir sekali mouse ini mampu menghasilkan 12,000 DPI dan 350 IPS. Mungkin tidak tinggi namun memadai untuk crossfire.

Adakah Mouse Gaming Terbaik Untuk Gaming?

Bagi kaki gamers, sememangnya memiliki mouse gaming terbaik adalah impian terbesar. 

Ini kerana setiap gamers mahukan sebuah mouse yang boleh memberikan responsif yang diinginkan semasa bermain game. 

Jika mouse tersebut gagal memberikan input yang diinginkan, ini akan mempengaruhi kualiti permainan game tersebut. 

Lagipun mouse gaming beri banyak kelebihan terhadap pemain jika dibandingkan dengan mouse biasa. 

Antara kelebihan yang ada pada mouse gaming adalah seperti kadar DPI yang lebih tinggi, sensor yang lebih responsif dan juga butang panel tambahan untuk permainan game tertentu.

Selain itu, sesetengah mouse gaming juga dibina dengan lebih ergonomik untuk gamers yang mahu bermain game dengan lebih lama. 

Mouse bukan gaming mungkin tidak ada ciri-ciri tersebut. Dari segi harga pula, kebanyakkan mouse gaming adalah lebih mahal kerana adanya ciri-ciri tersebut. 

Jadi, jika anda seorang gamers yang serious, anda patut melabur lebih sikit untuk membeli mouse gaming yang terbaik dan sesuai dengan corak permainan anda. 

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui perbezaan mouse biasa dan gaming.

Related articles

End of Article