Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Masih Bertatih Menggunakan Oven? Ini 10 Beginner Oven Untuk Anda

Mulakan perjalanan gastronomi dengan oven mengikut citarasa anda.

Memilih oven yang bersesuaian dengan citarasa dan skill anda merupakan salah satu langkah penting didalam menghasilkan menu-menu yang menarik, baik dari segi patisseries, desserts ataupun makanan yang savoury seperti ayam panggang dan sebagainya. Dengan bantuan kami, perjalanan anda harapnya akan lebih mudah dan menarik. Apa tunggu lagi? Ayuh!

Apakah itu “Oven dengan Rotisserie” ?

Oven dengan rotisserie ialah oven yang dilengkapi dengan fungsi memasak secara rotisserie. Apa maksud memasak secara rotisserie? Cara memasak rotisserie merupakan cara dimana bahan masakan seperti ayam ataupun daging diikat atau dicucuk dengan sebatang besi atau kayu, kemudian ia dipusingkan berdekatan dengan api atau pemanggang bagi memasak bahan tersebut dengan sekata. Contoh yang sangat mudah bagi masakan rotisserie ialah ayam golek. Maksudnya, oven dengan rotisserie ini mempunyai fungsi memanggang secara ‘golek’.

10 Oven Mengikut Kehendak Anda

mulai
RM219.00
Semak Butterfly Electric Baking Oven with Grill Rotisserie (28L) BEO-5229 harga dibawah:
add_circle Berfungsi dengan bagus
add_circle Pelbagai guna
remove_circle Ruangan dalam leceh untuk dicuci

Oven keluaran jenama Butterfly bermodel BEO-5229 ini merupakan salah satu oven yang sangat sesuai untuk beginner didalam bidang membakar kek ataupun baking. Oven ini berdimensi sederhana besar, dengan bahan dari besi yang kukuh dan tahan lasak. Ia juga mempunyai rekabentuk simplistik dan menawan, sesuai dengan semua jenis dapur. Ia juga disarankan oleh ramai pengguna dek kerana keberkesanan oven ini. 

Oven ini mempunyai kapasiti sebanyak 28L dimana ianya merupakan isipadu yang sangat sesuai bagi beginner didalam bidang baking ini. Kenapa begitu? Sebabnya ialah proses untuk bake sesebuah kek akan mengakibatkan pengembangan doh, dimana kadangkala sesetengah beginner terlupa untuk ambilkira, sampaikan melekat pada siling oven kek tersebut apabila ia mengembang. Jadinya, dengan ruangan yang sedikit besar, potensi kemalangan sebegitu mampu dikurangkan.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, tetapi antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

Selain dari itu, ia juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang membolehkan anda memanggang secara golek makanan anda, jadinya kalau-kalau anda teringin ayam panggang ataupun golek, tak perlulah susah-susah cari di kedai, buat sahaja di rumah! Oven ini sememangnya berbaloi, pelbagai guna dan mampu untuk memuaskan kehendak anda. Anda cuma perlu bertungkus sedikit ketika hendak membersihkan oven ini. Ia perlu dibersihkan dengan cermat supaya komponen-komponennya tidak rosak.

Oven untuk membuat biskut
Pensonic
mulai
RM259.00
Semak Pensonic Electric Oven (35L) PEO-3505 harga dibawah:
add_circle Kawasan pemanasan boleh diubahsuai
add_circle Pelbagai guna
remove_circle Ruangan dalam leceh untuk dicuci

Anda inginkan oven yang sesuai untuk membuat biskut? Biskut banyak yang nak dibuat tapi oven tak mampu bake biskut dalam kuantiti yang banyak? Jangan risau, Oven Pensonic Model PEO-3505 ini ada untuk anda. Ia mempunyai kapasiti sehingga 35L dimana ia mampu memuatkan dua rak jejaring, sekaligus membolehkan anda membuat dua tray biskut dalam satu masa.

Ia juga diperbuat dari material stainless steel pada hampir keseluruhan komponennya, dimana kalau nak dibandingkan dengan harganya, oven ini sememangnya sangat berbaloi dan murah untuk anda yang masih baru berjinak-jinak dengan dunia baking.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai mode masakan, seperti pemanasan dari atas dan bawah berserta dengan konveksi haba (konveksi haba adalah bilamana haba dialirkan keseluruh ruangan memasak bagi menjamin bahan masakan anda masak dengan sekata). Apa kegunaan mode-mode ini? Mode yang sesuai kalau anda berminat untuk bake ialah mode pemanasan dari bawah sahaja.

Yang bagusnya ialah, dengan oven ini, variasi menu anda tidak akan hanya terletak pada baking sahaja. Misalnya kalau anda sudah bosann-bosan, anda boleh cuba pelbagai cara masakan, kalau anda takut untuk bereksperimentasi dalam baking, anda boleh bereksperimentasi dengan panggangan makanan lain seperti ayam panggang dan sebagainya. Setiap cara memasak akan menghasilkan rasa dan tekstur yang berbeza. Anda pasti tak akan jemu mencuba. Kalau dah bosan memanggang cara biasa gunakan pula fungsi rotessarie yang ada. Confirm takkan jemu punyalah.

Seperti oven-oven lain, oven ini juga memerlukan ketelitian dan kecermatan ketika anda hendak membersihkannya kerana walaupun komponennya tahan lasak, anda tidak patut mengambil remeh penjagaan setiap komponennya kerana ketepatan suhu dan sebagainya adalah sangat penting dalam mencapai hasil masakan yang bagus.

Oven untuk bakar ayam
Pensonic
mulai
RM148.99
Semak Pensonic Electric Oven (23L) PEO-2305 harga dibawah:
add_circle Fungsi pemanas bawah, atas & kedua-dua
add_circle Kapasiti 23L
add_circle Pemasa 60 minit dengan loceng
add_circle Kawalan suhu boleh laras sehingga 250 ℃
remove_circle Saiz agak kecil

Bagi penggemar ayam panggang diluar sana, pastinya stress bukan kalau sesekali mengidam ayam panggang diwaktu malam, kedai tak tahu mana yang buka, nak buat sendiri pula tiada peralatan. Apa tunggu lagi, dapatkan peralatan yang paling penting untuk memanggang ayam, Oven Pensonic PEO-2305!

Oven ini mempunyai timer sehingga 60 minit sahaja, dimana kebiasaannya proses pemanggangan ayam mengambil masa dari 1 jam 20 minit sehingga 1 jam setengah, jadi apa nak buat selepas 60 minit? Anda boleh pilih untuk terus tambahkan masa ataupun sesetengah chef akan ‘glaze’ ayam mereka dengan sos istimewa mengikut citarasa masing-masing. Ia dihadkan untuk padam secara automatik pada minit ke-60 untuk megelakkan makanan anda terlebih hangit ataupun terbakar sekiranya anda terlupa menutupnya.

Ia juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie, fungsi ini sangat sesuai bagi penggemar ayam panggang ala-ala Kenny Rogers. Teknik masakan rotisserie ini masih digunakan sehingga kini kerana teknik masakannya yang membolehkan ayam anda masak secara keseluruhan dan sekata tanpa perlu bersusah payah menterbalikkan ayam dan sebagainya.

Oven ini juga mempunyai fungsi toast, grill dan bake, dimana masing-masing mampu menghasilkan hidangan yang berbeza baik dari segi aroma, tekstur dan rasa makanan. Pelbagai style masakan dan resepi boleh dicuba menggunakan oven serba boleh ini.

Seperti biasa, ruangan dalam oven ini perlu dibersihkan dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan komponen penting didalamnya, ini kerana fungsinya yang pelbagai juga bermaksud pelbagai komponen digunapakai didalamnya, dan oleh itu makin banyak jugalah komponen yang perlu dijaga dan dibersihkan untuk menjamin ketahanan mesin dan kebersihan oven anda.

Oven untuk membuat roti
Singer
mulai
RM79.00
Semak Singer Toaster Oven (9L) TO900 harga dibawah:
add_circle Kompak
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Timer hanya sehingga 15 minit

Bagi anda yang gemarkan roti atau cenderung kepada hobi membuat roti, apa kata anda dapatkan Toaster Oven bermodel TO900 keluaran jenama terkenal Singer ini? Ia hanya mempunyai dua pemulas untuk berfungsi, menjadikannya antara oven yang sangat senang digunakan lebih-lebih lagi untuk beginner.

Ia mempunyai sistem pemanasan atas dan bawah secara serentak, dimana kebiasaannya untuk membuat kek pemanasan bawah sahaja, tetapi dengan pemanasan dua hala (atas dan bawah), anda boleh memastikan roti anda masak secara menyeluruh dan sekata, cumanya anda perlu pastikan dahulu resipi anda memerlukan anda untuk menggunakan pemanasan yang bagaimana kerana ia boleh mempengaruhi kualiti roti anda.

Oven ini yang kompak dan kecil memudahkan sedikit proses pembersihan berbanding  oven lain yang lebih besar dan mempunyai komponen yang rumit. Ia juga ringan dan boleh diletakkan diatas rak atau kabinet tanpa risau ia akan runtuh. Namun begitu, anda perlu pastikan dahulu aliran haba boleh berlaku dengan baik pada tempat anda mahu letakkan oven ini kerana dibimbangi permukaan tempat tersebut boleh rosak ataupun oven anda sendiri boleh rosak.

Kekurangan oven ini hanyalah pada takat minitnya yang hanya mampu pergi sehingga 15 minit sahaja. Maksudnya, kalau anda mahu memasak sesuatu yang memerlukan masa lebih dari 15 minit, anda hanya perlu pulaskan punatnya lagi setiap 15 minit dan begitulah seterusnya.

Oven yang tahan lasak
Elba
mulai
RM325.00
Semak Elba EEO-G4529 Electric Oven (45L) harga dibawah:
add_circle Besar
add_circle Pelbagai fungsi
add_circle Tahan lasak
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Memakan ruang

Bagi anda yang mahukan oven yang mampu menemani anda buat jangkamasa yang panjang, kami cadangkan kepada anda model EEO-G4529 keluaran jenama terkenal ELBA. Ia mempunyai kapasiti sebesar 45L dimana ianya hampir dengan kapasiti oven professional. Dimensinya yang besar juga diikuti dengan fungsi yang pelbagai dan mudah digunakan.

Sebelum bergerak kepada fungsi-fungsinya, ingin kami ketengahkan yang bahan-bahan pembuatan oven ini kebanyakannya adalah dari stainless steel, menjadikannya antara produk yang sangat tahan lama untuk harga yang dikenakan. Walaupun dimensinya besar, ia hanyalah seberat 9.5 kilogram, tidak terlalu berat, bukan?

Ia mempunyai pelbagai fungsi pemanasan iaitu pemanasan atas atau bawah sahaja, pemanasan atas dan bawah berserta konveksi haba, pemanasan atas dan bawah berserta rotisserie, dan akhir sekali pemanasan atas, bawah dan rotisserie berserta konveksi haba. Kesemua fungsi atau kaedah memasak ini mempunyai kelebihan dan ciri yang berbeza. 

Dengan fungsinya yang pelbagai, kebanyakan beginner akan mudah rasa keliru, apa yang nak dibuat untuk memasak itu dan ini kan? Tetapi sebenarnya setelah  menggunakannya, anda akan mudah untuk faham cara ia berfungsi, bahkan fungsinya yang banyak itulah yang mampu menambah ‘power’ dalam setiap hidangan anda nanti.

Oven dengan kipas
Morgan
mulai
RM366.00
Semak Morgan (60L) MEO-602RC harga dibawah:
add_circle Besar
add_circle Pelbagai fungsi
add_circle Fungsi Konveksi
remove_circle Memakan ruang

Untuk anda yang mementingkan masakan yang masak secara sekata dan menyeluruh, anda pastinya tercari-cari oven dengan kipas konveksi kan? Tidak perlu tercari-cari lagi kerana kami sudah jumpa calon yang sesuai untuk anda, oven keluaran Morgan bermodel MEO-602RC. 

Apa bezanya mempunyai kipas untuk konveksi haba dengan tanpa kipas? Sekiranya anda menggunakan oven yang biasa, haba akan dihasilkan oleh pemanas didalam oven dan akan perlahan-lahan berpindah kepada makanan anda. Dengan bantuan kipas konveksi, pemindahan haba dari pemanas kepada makanan anda akan berjalan dengan lebih laju, sekaligus mempercepatkan proses masakan.

Oven ini dilengkapi dengan 4 punat utama, dimana untuk sesetengah beginner, empat punat kelihatan terlalu banyak dan rumit. Walaupun begitu, pengguna telah melaporkan yang produk ini sangat mesra pengguna dan mudah digunakan walaupun oleh beginner. 

Produk ini juga dilengkapi dengan 6 fungsi masakan dan kapasiti yang luas iaitu 60L. Kekurangan oven ini hanyalah pada saiznya yang besar, dimana anda perlu pastikan ada ruangan yang sesuai untuk oven ini berfungsi dan ada ruangan aliran udara untuk oven ini mengalirkan haba dan udara dengan baik, ini menjadikannya urang sesuai untuk ruangan yang sempit.

mulai
RM89.50
Semak Khind Electric Oven Toaster (11L) OT11H harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Pelbagai fungsi
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Kapasiti kecil

Bagi anda yang mementingkan penjimatan kos, kami mencadangkan oven kecil dan kompak berjenama Khind dengan model OT11H ini dimana ia mempunyai kapasiti sebanyak 11L, agak kecil tetapi harganya sangatlah berbaloi dengan fungsinya. Apakah fungsi-fungsinya? Jom kami terangkan.

Antara fungsi utamanya, seperti biasa, fungsi pemanggangan dengan menggunakan pemanas, tetapi yang lebih menarik ialah ia mempunyai fungsi stim yang jarang ada pada oven-oven lain. Untuk harga yang murah sebegini, ianya sangat unik dan versatil untuk sebuah oven mempunyai fungsi stim.

Ia juga mampu memberikan gaya atau rupa yang unik kepada keseluruhan setup dapur anda kerana gelas seperti ini masih jarang digunakan, disamping mempunyai gaya yang moden dan tersendiri. Sememangnya pembelian yang berbaloi untuk harganya yang murah. Pengguna-penggunanya juga memberi review yang oven ini sangat mudah digunakan.

Ia juga mempunyai fungsi toast, bake, grill dan stim yang sememangnya pelbagai setara dengan oven lain yang berharga ratusan ringgit. Saiznya yang kecil juga tidak akan memakan ruangan yang terlalu banyak dari dapur anda.  Secara keseluruhannya, ia merupakan oven asas yang sesuai untuk beginner.

Kekurangannya hanyalah pada saiznya yang kecil, dimana kalau anda nak membuat kek atau roti, anda perlu mengambilkira pengembangan doh yang akan berlaku supaya ianya tidak akan melimpah atau terkena pada oven tersebut sekaligus mengotorkannya.

Oven dengan watt kecil & jimat elektrik
Sharp
mulai
RM237.80
Semak Sharp Microwave Oven Digital (20L) R207EK harga dibawah:
add_circle Menjimatkan elektrik
add_circle Rekabentuk menarik
remove_circle Fungsi yang sedikit

Bagi anda yang inginkan oven dengan penggunaan tenaga yang sedikit dan menjimatkan tenaga, segeralah dapatkan microwave oven model R207EK keluaran Sharp ini beroperasi dengan hanya 800W, jumlah yang agak sedikit berbanding oven-oven lain. Tidak cukup dengan itu, ia juga mempunyai mode penjimatan tenaga bagi mengefisienkan lagi penggunaan tenaga.

Microwave oven ini mempunyai preset untuk tujuan pemanasan jenis makanan yang berbeza, jadinya kalau anda tidak tahu suhu yang sesuai untuk setiap jenis makanan, anda tidak perlu risau kerana terdapat preset yang sudah siap disediakan untuk anda. Adapun begitu, presetnya tidak banyak dan sesetengah makanan anda perlu juga cari di internet suhu yang bersesuaian. 

Saiznya yang kecil dan menjimatkan ruang berserta rekabentuknya yang anggun membuatkannya kelihatan seperti model yang mewah dan mahal tetapi dengan saiz yang lebih kecil.  Pastinya dapur anda akan kelihatan kemas dan mewah dengan oven ini.

Walaupun materialnya tahan lasak, anda perlu berhati-hati kerana tempered glass akan terus pecah sekiranya terdapat walau sedikit keretakan atau bahagiannya yang pecah akan mengakibatkan keseluruhan cawan ini pecah, tetapi ia direka untuk tidah pecah kepada serpihan kecih sebaliknya deraian yang besar dan mudah dikemaskan.

Cumanya, oven ini mempunyai fungsi yang agak terhad berbanding oven-oven moden yang lain, dimana presetnya hanya terdapat sedikit sahaja, jadinya yang selebihnya anda perlu cari sendiri cara untuk memasak atau memanaskan bahan tersebut.

Oven dengan pengatur suhu
Panasonic
mulai
RM369.00
Semak Panasonic Grill Microwave Oven (23L) NN-GT35HBMPQ harga dibawah:
add_circle Fungsi Quick 30
add_circle Diameter turntable 288mm
add_circle Boleh buat mee segera
add_circle 12 pilihan Auto Menu
remove_circle Pilihan warna terhad
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tiada child lock

Bagi anda yang mementingkan ketepatan suhu dan memerlukan pengubahsuaian suhu yang baik, anda boleh dapatkan microwave keluaran Panasonic ini, dimana ianya mempunyai pengatur suhu yang sesuai dengan kehendak anda. 

Microwave ini juga mempunyai fungsi dwi-pemanasan, dimana ia mempunyai pemanasan gelombang mikro yang biasa, berserta dengan fungsi grill yang boleh menambahkan kerangupan dan rasa smoky pada makanan seperti ayam panggang dan sebagainya.

Microwave ini juga mempunyai fungsi preset memasak bagi 12 jenis hidangan dimana anda boleh terus masukan hidangan yang ingin dimasak, tekan sahaja butangnya dan tunggu makanan anda siap. Mudah, bukan?

Microwave ini juga mempunyai fungsi ‘quick 30’ dimana anda tidak perlu ke ‘settings’ untuk tetapkan masa dan sebagainya. Jadinya, anda hanya perlu tekan butang tersebut dimana setiap kali anda tekan ia akan menambahkan 30 saat pada masa masakan. Namun begitu, fungsi ini hanya boleh mencapai 5 minit sahaja, untuk lebih lagi, anda perlu juga adjustkan masanya pada ‘settings’.

mulai
RM380.00
Semak Khind Air Fryer And Oven (9.5L) ARF9500 harga dibawah:
add_circle Fungsi pelbagai
add_circle Gaya hidup sihat
add_circle Preset boleh diubahsuai
remove_circle Fungsi yang terhad

Untuk anda yang mahukan oven yang menggunakan fungsi air fryer, anda boleh dapatkan produk keluaran Khind ini dimana model ARF9500 ini berkapasiti 9.5L, dimana ianya merupakan saiz yang agak besar untuk air fryer. Dimensinya juga sederhana dan tidak akan memakan terlalu banyak ruang dari dapur anda.

Air fryer ini seringkali dicari kerana ia menggalakkan pengurangan penggunaan minyak, sekaligus membuat makanan anda lebih sihat dari yang biasa. Air fryer ini juga mempunyai dua fungsi utama, penggorengan dan rotisserie, sekaligus membolehkan anda bereksperimentasi dengan pelbagai jenis masakan. 

 Ia juga dilengkapi dengan sistem aliran udara yang pantas untuk memudahkan proses memasak masakan anda, dan bakul gorengannya juga diperbuat dari stainless steel yang tahan lasak dan tahan lama.  Selain dari itu, ia juga mempunyai fungsi yang boelh diprogramkan, dimana anda boleh menetapkan 6 jenis preset untuk makanan yang anda suka.

Tidak dapat dinafikan yang ia mempunyai fungsi yang sangat pelbagai untuk sebuah air fryer, tetapi jika nak dibandingkan dengan oven yang biasa, fungsi dan hasil masakannya akan ada perbezaan sedikit. Jadinya, kalau anda hendak menggunakan air fryer ini, anda tak boleh untuk harapkan yang rasanya akan sama seperti jika dimasak didalam oven biasa.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article