Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
jenama blender malaysia

11 Blender Terbaik di Malaysia 2024 (Heavy Duty, Hand Blender)

Blender memang memudahkan proses memasak setiap hari

Setiap dapur di rumah akan terasa tak lengkap kalau tiada alat pengisar atau blender betul tak? 

Ia merupakan salah satu alatan masak yang akan memudahkan anda menyediakan bahan masakan mengikut resepi yang anda ingin hidangkan.

Terdapat banyak blender yang bagus dan pelbagai harga di pasaran dari blender untuk cili, daging atau membuat jus kesihatan - Semuanya ada! 

Jom lihat senarai pilihan jenama blender berkualiti tinggi dan blender tahan lasak yang sudah tentu tak akan mengecewakan anda. 


Senarai 11 Jenama Blender Terbaik 

Blender terbaik secara keseluruhan
Butterfly 2.5L Commercial Food Blender B-597
mulai
RM669.00
Semak Butterfly 2.5L Commercial Food Blender B-597 harga dibawah:
add_circle Waranti 12 bulan
add_circle Rekaan menarik
add_circle Kuasa 1680W
add_circle Sesuai untuk restoran & kedai makan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Berat - 10.2kg

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Blender komersial ini bukan sahaja sesuai untuk pengusaha kedai makan namun ianya juga bagus untuk aktiviti memasak di dapur harian.

Setanding dengan harga ia akan menjadi pelaburan terbaik untuk memudahkan kerja-kerja memasak yang banyak dan kerap. 

Ciri-ciri;

Kapasiti jag 2.5 liter, anda boleh menyediakan jus atau minuman yang banyak dan ia sesuai untuk digunakan semasa penyediaan parti kecil-kecilan di rumah. 

Bunyi kisaran blender ini lebih senyap berbanding blender biasa kerana dilengkapi dengan penutup khas pada bahagian luar supaya menenggelamkan bunyi bising dan kalis dari kotoran terpercik. 

Selain itu, pengisar jenama Butterfly ini mempunyai suis kunci keselamatan, jadi ia selamat digunakan tanpa perlu risau tentang sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku.

Pulse setting pada blender ini pula akan menyebabkan alat ini terus mengisar makanan pada kelajuan yang tinggi selagi mana anda menekan butang kawalan.

Nampak canggih bukan blender ini? Ia menyediakan manual pengguna yang lengkap untuk memudahkan anda. 

Review;

“Kualiti blender memang teguh dan tahan lama. Boleh recommend blender ini pada ahli keluarga yang lain. Sangat senang digunakan untuk apa jua tujuan mengisar makanan.”

Blender terbaik untuk smoothies
Blender terbaik untuk buah dan sayuran
mulai
RM77.00
Semak Pensonic Personal Blender PB-4004V harga dibawah:
add_circle Kaki pengisar tak mudah tergelincir
add_circle Bilah stainless steel
add_circle Ringan
remove_circle Kapasiti sedikit, hanya 600ml

Mahukan sesuatu produk yang boleh membantu anda untuk hidup dengan lebih sihat dan dapatkan berat badan yang ideal?

Jangan risau, rutin harian anda akan jadi lebih mudah dengan pengisar buah yang mudah dibawa ke mana-mana ini. 

Hadir juga dengan botol yang diperbuat tanpa BPA, jadi anda boleh pindahkan minuman buah atau smoothies anda ke dalam botol tersebut. 

Uniknya lagi, botol alat pengisar ini mempunyai cangkuk di mana ia boleh digantung pada beg anda.

Hasilnya, anda tetap boleh menikmati smoothies yang dibuat segar walaupun ketikaanda lakukan aktiviti sukan seperti bersenam atau mendaki bukit. 

Ia juga mampu menghancurkan ais, jadi sebarang minuman seperti ice blended kegemaran anak-anak atau susu kocak (milkshake) juga boleh dibuat dengan mudah.

Untuk keselamatan pula, pengisar ini dilengkapi dengan perlindungan kunci keselamatan.

Russell Taylors Multifunction Hand Blender Food Processor HB-6
mulai
RM96.99
Semak Russell Taylors Multifunction Hand Blender Food Processor HB-6 harga dibawah:
add_circle Blender laju - 600w
add_circle Ringan
remove_circle Motor mudah panas

Walaupun ia bukan hand blender yang khas untuk makanan bayi tapi ia tetap konsep yang sama iaitu mengisar apa jua makanan dengan halus dan sempurna. 

Hand blender dari Russell Taylor ini wajib ada pada setiap dapur, ia membantu menghaluskan puri atau sup bayi anda. 

Rekaan ergonomik membuatkan ia ringan dan selesa untuk digunakan pada sebelah tangan sahaja.

Kelajuan motor blender ini 3 kali ganda lebih cepat berbanding jenama lain menjadikan kerja memasak makanan bayi anda tak ambil masa yang lama. 

Menariknya lagi, pakej hand blender Rusell Taylor ini turur hadir dengan hand whisk, chopper dan jar saiz 500ml. Sangat berbaloi!

Imbaco TurboMAX Commercial Multipurpose Blender KB764-BL
mulai
RM229.00
Semak Imbaco TurboMAX Commercial Multipurpose Blender KB764-BL harga dibawah:
add_circle Ada pelbagai jenis kawalan kelajuan
add_circle Mudah dicuci
add_circle Nutrisi makanan masih boleh dikekalkan
add_circle Tahan lasak
remove_circle Bunyi kuat semasa penggunaan
remove_circle Berat - 6kg

Jenama blender terbaik untuk pelbagai fungsi ini memang direka untuk anda yang gemar memasak untuk seisi keluarga.

Dengan motor berkuasa 2200W boleh diguna untuk mengisar bahan kering dan buah-buahan.

Jangan risau, pengisar ini mempunyai ciri tahan lasak kerana mampu mengisar bahan mentah seperti daging.

Paling bagus, produk jenama Imbaco ini boleh digunakan untuk mengisar buah-buahan untuk dijadikan minuman jus buah segar.

Malah, dengan kapasiti jag sebanyak dua liter juga memang lebih daripada cukup jika anda mahu menyediakan makanan untuk hidangan banyak.

Bahagian bilah pengisar pula jenis stainless steel dan ketajamannya pula mampu menghancurkan bahan makanan termasuk ais.

Blender Imbaco juga tak mudah tergelincir walaupun diletakkan di kawasan basah sebab ia mempunyai kaki getah di bahagian bawah. 

Silver Crest SC-1589 4500W Heavy Duty Blender 5000BT
mulai
RM69.90
Semak Silver Crest SC-1589 4500W Heavy Duty Blender 5000BT harga dibawah:
add_circle Kapasiti jag 2L
add_circle Pad kaki & pemegang anti gelincir
add_circle Boleh mengisar ais
add_circle Bebas BPA
remove_circle Jaminan hanya 3 bulan

Anda gemar membuat dessert namun tidak memiliki mixer

Jangan risau, produk jenama Silver Crest ini sesuai untuk mereka yang suka membuat pemanis mulut. 

Ia boleh digunakan untuk mencampurkan bahan semasa kisaran, memudahkan anda untuk tambah bahan-bahan semasa penggunaan. 

Blender ini mudah dicuci dengan hanya perlu masukkan setitik sabun pencuci pinggan dan air suam, kemudian tekan butang dan mesin pengisar ini akan dicuci dalam masa seminit tanpa perlu menyental dengan tangan. 

Dengan bilah yang kuat membuatkan alat ini turut mampu mengisar ais, jadi anda boleh buat minuman sejuk kegemaran sendiri di rumah. 

Jadi jika anda mahu berniaga minuman jus atau smoothies tiada masalah lagi kerana pengisar Silver Crest direka juga untuk digunakan di restoran atau perniagaan minuman jus buah. 

Uniknya lagi, jag pengisar ini pula dibuat dengan bahan tanpa BPA di mana ia selamat digunakan oleh seisi keluarga. 

Bahagian penutupnya juga boleh dibuka separuh ketika kerja-kerja mengisar dijalankan untuk memudahkan penggunaan.

Khind Blender With Dry Mill BL320T
mulai
RM61.00
Semak Khind Blender With Dry Mill BL320T harga dibawah:
add_circle Bilah pengisar jenis stainless steel
add_circle Kaki anti gelincir
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Kapasiti jag hanya 1 liter

Bajet yang terhad tidak bermakna menu makanan harian untuk keluarga anda juga terhad.

Jenama Khind sering menjadi pilihan pemilik rumah di Malaysia kerana kualiti produknya tidak mengecewakan walaupun harganya lebih murah berbanding jenama lain. 

Pengisar makanan ini pula sesuai dimiliki oleh pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga atau saiz keluarga yang sederhana. 

Apa yang paling bagus tentang blender ini ialah ia memiliki bilah yang senang dicuci, jadi ia akan memudahkan kerja-kerja mencuci alat setiap kali selepas memasak. 

Selain itu, bahan kering seperti biji kopi dan kacang  juga mudah dikisar kerana ia dilengkapi dengan grinder pelbagai fungsi. 

Ia juga dilengkapi dengan perlindungan fius therma yang boleh diset semula di mana ia akan mengelakkan masalah overheating.

Anda tak perlu ragu-ragu ketika menggunakan kerana produk ini turut mempunyai suis keselamatan. 

Produk yang berwarna Lavender ini memang sesuai dimiliki oleh para isteri yang mahukan alat dengan warna lembut di dapur.

Philips ProMix Handblender Collection HR2533
mulai
RM165.00
Semak Philips ProMix Handblender Collection HR2533 harga dibawah:
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Teknologi pengisaran ProMix Advanced
add_circle Motor berkuasa 650W
remove_circle Tetapan kelajuan hanya ada 1

Hadir dalam warna putih, anda yang mementingkan nila-nilai estetika di dapur sesuai untuk mendapatkan blender tangan Philips ini. 

Dengan harga yang cukup berpatutan, anda juga bakal dapat aksesori lain seperti chopper dan pemukul telur dalam satu set lengkap. 

Tambahan pula, pengisar ini senang digunakan, semudah ABC sebab penggunanya hanya perlu tekan butang yang tersedia pada badan produk ini. 

Bilahnya pula merupakan jenis yang tidak akan memercikkan makanan ketika dikisar membuatkan dapur anda tak akan mudah kotor. 

Ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata juga perlu memiliki produk ini kerana selain boleh digunakan untuk membuat puri makanan bayi. 

Produk ini juga sesuai dijadikan hadiah untuk rakan-rakan anda yang baru berpindah ke rumah baru atau menimang cahaya mata.

Tefal Blendeo Blender BL2B01
mulai
RM99.00
Semak Tefal Blendeo Blender BL2B01 harga dibawah:
add_circle Butang tekanan ergonomik
add_circle 4 bilah jenis Zelkrom tahan lama
add_circle Boleh mengisar ais
remove_circle Berat - 2.2 kg

Pengisar Tefal ini sesuai untuk mengisar ais kerana ia mempunyai fungsi menghancurkan ais menjadi seperti salji dalam masa seminit.

Kalau anda suka buat ais batu campur (ABC) di rumah, kini tiada masalah lagi.

Menggunakan kuasa 450W, blender ini mempunyai kapasiti jag 1.5L yang memang cukup untuk membuat minuman sejuk untuk seisi keluarga dengan cepat dan mudah.

Selain itu, jag blender ini juga boleh dibasuh dengan menggunakan mesin pencuci pinggan mangkuk kerana diperbuat daripada plastik, jadi penggunaan pengisar ini akan memudahkan kerja-kerja suri rumah tangga di Malaysia. 

Tambahan pula, ia mempunyai sistem pengudaraan dan bahan boleh dikisar sehingga tiga minit tanpa henti. 

Dapur anda pula tak akan mudah kotor ketika mengisar bahan-bahan masakan kerana ia dilengkapi dengan kaki suction (sedutan), jadi ia akan kekal stabil ketika mesin digunakan.

Samu Giken 12 in 1 Multifunction Blender Set SG-MFB1400B
mulai
RM137.90
Semak Samu Giken 12 in 1 Multifunction Blender Set SG-MFB1400B harga dibawah:
add_circle Motor berkuasa tinggi
add_circle Bilah tajam & tahan lama
add_circle Ada 2 pilihan kawalan kelajuan
add_circle Dilengkapi suis keselamatan
remove_circle Tidak sesuai mengisar ais berkuantiti banyak

Set pengisar dengan pelbagai fungsi ini perlu dimiliki oleh anda yang gemar mencuba pelbagai jenis resepi baru. 

Tak payah bazirkan duit beli pengisar lain untuk setiap makanan dan minuman kerana selain ada jag pengisar biasa, ia turut hadir dengan lapan jenis aksesori lain seperti balang dengan penapis dan chopper untuk mengisar bahan mentah. 

Jadi, anda boleh tapis serat buah selepas mengisar buah-buahan termasuklah buah yang telah dibekukan untuk dijadikan jus. Sangat mudah dan menjimatkan masa!

Menariknya lagi, blender Samu Giken ini sesuai juga digunakan untuk membuat smoothies buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kapasiti jag utamanya pula besar, cukup untuk memasak pelbagai jenis makanan untuk semua ahli keluarga dan tetamu yang dijemput datang ke rumah untuk makan malam.  

Selain mempunyai jaminan sehingga dua tahun, bilah blender ini tahan lama diperbuat daripada stainless steel dan produk ini telah mendapat pengesahan daripada Suruhanjaya Tenaga (SIRIM). 

MX-EX1031WSK
mulai
RM145.00
Semak Panasonic Twin Jug Blender with Dry Mill (450W/1L) MX-EX1031WSK harga dibawah:
add_circle Saiz besar
add_circle Tahan karat
add_circle Pelbagai saiz jug
remove_circle Harga mahal

Jika anda mempunyai antara 5-6 orang dalam satu keluarga, kami syorkan beli blender dari jenama Panasonic model MX-EX1031WSK.

Ini kerana saiz jug blender utama adalah 1.35 liter dan dua lag jugi 1 liter, memang cukup besar untuk menampung kisaran makanan 5-6 orang.

Paling best, setiap pembelian anda akan dapat 3 jenis jug yang berlainan saiz dimana anda boleh spesifik kisaran iaitu untuk kering, buah atau cili.

Bahagian pisau kisar mempunyai ciri tahan karat jadi dan badan jug diperbuat daripada plastik, jadi nak jaga mesin ini memang senang. Jatuh tak pecah, basuh pun tak karat.

Jangan risau, walaupun saiz jug agak besar tapi saiz dan berat mesin pengisar Panasonic ini 1.8kg je, memang just nice untuk simpan dalam kabinet dapur.

Butang power mesin menggunakan jenis pulas dan mempunyai dua tahap power iaitu 1 dan 2.

Jadi, anda boleh pilih mana-mana tahap kelajuan mengikut bahan kisaran makan.

Blender terbaik dan murah
Panaletrik
panaletrik
mulai
RM58.90
Semak Panaletrik 450W Blender Mixer 2 in 1 harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Tahan karat
add_circle Ada 2 jenis jug
remove_circle Saiz jug kecil

Blender Panaletrik 450W Blender Mixer 2 in 1 ini sesuai bagi mereka yang duduk bujang atau baru mendirikan rumah tangga.

Ini kerana saiz jug 1liter dan 50g untuk bekas kisar kering, memang just nice untuk jumlah isi rumah yang kecil.

Bahagian pisau kisar mempunyai ciri tahan karat jadi dan badan jug diperbuat daripada plastik, jadi nak jaga mesin ini memang senang. Jatuh tak pecah, basuh pun tak karat.

Manakala untuk butang power mesin terdapat 1 kelajuan saja tapi jangan risau, kelajuan kisaran cukup untuk mengisar cili kering atau buah sehingga hancur.

Jika anda ingin beli jug saja pun boleh cuma pastikan mesin untuk beberapa model Panasonic  saja yang sesuai, anda boleh rujuk pada penerangan product di Shopee.


Bagaimana Cara Pilih Blender?

Sebelum anda membeli pengisar, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan untuk memastikan anda membeli pengisar yang terbaik.

  • Tujuan penggunaan blender 

Adakah anda ingin menggunakannya untuk membuat jus buah-buahan, smoothie atau untuk mengisar bahan-bahan seperti kacang atau rempah?

Pilihlah blender yang sesuai dengan keperluan anda. Setiap pengisar dilengkapi bilah yang disediakan mengikut penggunaannya tersendiri. 

  • Kapasiti tangki blender

Jika anda sering membuat jus, smoothie atau mahu mengisar cili kering masakan untuk keluarga besar atau untuk majlis, maka pastikan anda memilih pengisar dengan tangki yang lebih besar.

Kapasiti tangki yang lebih besar juga membolehkan anda mengisar lebih banyak bahan pada satu masa.

  • Kuasa motor

Semakin tinggi kuasa motor, semakin lancar blender anda berfungsi dan semakin cepat bahan-bahan dikisar.

Namun, pastikan anda mempertimbangkan harga dan kegunaan yang anda perlukan.

Jangan beli pengisar dengan kuasa motor yang terlalu tinggi jika anda hanya menggunakannya untuk kegunaan harian biasa.

  • Saiz dan bentuk blender

Jika anda mempunyai ruang dapur yang terhad, pilihlah blender kecil dan mudah disimpan.

Namun, jika anda mempunyai ruang yang mencukupi, anda boleh memilih blender yang mempunyai bekas yang lebih besar untuk menghasilkan lebih banyak bahan masakan.

  • Harga blender

Jika anda memerlukan pengisar asas, pilih yang sesuai dengan bajet anda.

Pengisar yang mahal mungkin mempunyai lebih banyak fungsi dan kelebihan, tapi patut dipertimbangkan pilihan yang lebih murah jika anda hanya memerlukan pengisar asas.


Apa Kelebihan & Kekurangan Blender?

Kelebihan pertama pengisar ialah keupayaannya untuk memproses makanan dengan cepat.

Ini menjadikannya sesuai untuk menyediakan bahan masakan dalam masa yang singkat.

Kelebihan kedua menggunakan pengisar ialah kepelbagaian fungsi yang ditawarkannya.

Terdapat beberapa jenis pengisar yang boleh digunakan untuk mengisar bahan kering, membuat jus buah, mengisar ais, membuat adunan kek, dan sebagainya.

Ini membolehkan anda menggunakan pengisar yang sama untuk pelbagai tujuan, menjimatkan ruang dan wang.

Selain itu, blender juga mudah digunakan terutama bagi mereka yang sibuk dan tiada masa di dapur.

Contohnya, jika anda baru pulang dari kerja, anda boleh memasak makanan dengan lebih cepat dan mudah dengan pengisar.

Cukup dengan masukkan bahan masakan ke dalam bekas blender, tutup dan hidupkan blender.

Anda juga boleh mengawal kelajuan blender mengikut keperluan dan kehendak anda.

Pengisar juga membolehkan anda mencampur bahan dengan cepat dan mudah, tanpa perlu menggunakan banyak tenaga, dan ia juga mudah dibersihkan selepas digunakan.

Tapi, kekurangan utama pengisar ialah bunyi bising yang dihasilkan semasa penggunaan.

Ia mungkin mengganggu sesetengah orang, terutamanya jika ia digunakan pada waktu malam atau awal pagi.


Apa Fungsi Blender/Pengisar Makanan?

Blender atau mesin pengisar makanan digunakan untuk mengisar dan mencampurkan sebarang bahan makanan seperti smoothies atau bawang, rempah dan sebagainya

Alat ini selalunya akan dilengkapi dengan pilihan kelajuan putaran bilahnya, jadi anda boleh pilih kelajuan yang sesuai dengan tekstur makanan yang anda mahukan. 

Selain itu, blender juga boleh digunakan untuk mencairkan bahan makanan seperti ais jika anda mahu buat minuman jus, smoothies, ice blended atau frappe

Tambahan pula, pengisar makanan ini turut memudahkan kerja anda di dapur jika mahu memasak makanan yang berempah seperti kuah kacang. Kacang anda akan mudah dihancurkan!

Blender juga sangat berguna untuk anda yang sering memasak makanan bersup kerana ia boleh mengisar makanan sehingga menjadi halus atau puri. 

Jadi, alat ini memang perlu dimiliki oleh mereka yang menyediakan sendiri makanan untuk bayi mereka. 

Terdapat banyak jenis blender yang dijual dipasaran, anataranya:

  1. Industrial
  2. Komersial
  3. Hand blender 

Kalau anda bingung nak beli blender biasa atau hand blender, boleh tonton video dibawah untuk pelbagai info menarik; 


Artikel Berkaitan

End of Article