Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Hand Mixer Paling Bagus Untuk Mendapatkan Hasil Baking Terbaik!

Ya, memukul bahan baking dengan tangan sahaja tidak mencukupi.

Membuat kek sememangnya merupakan sesuatu yang seronok, tapi kelecehan penyediaan dan pemprosesan bahan boleh menjadi sesuatu yang mencabar buat baker-baker diluar sana. Bayangkan saja, nak memukul telur supaya jadi betul-betul foamy dan elok punyalah payah sampaikan berurat tangan dibuatnya! Sudah tiba masanya untuk tinggalkan kesusahan-kesusahan tersebut dan dapatkan hand mixer yang kami senaraikan di bawah. Jom!

Apa yang sesuai dibuat dengan hand mixer ?

Hand mixer sebenarnya sekadar membantu memudahkan anda untuk melakukan teknik masakan yang anda boleh lakukan sendiri, tetapi ianya akan menjadi sangat meletihkan untuk anda. Fungsi utama hand mixer adalah untuk memudahkan proses mengacau, whisking dan juga memukul bahan masakan anda (seperti memukul telur). Teknik-teknik ini memang boleh dilakukan sendiri, tapi anda menggunakan masa dan tenaga yang banyak untuk mendapatkan hasil yang sedikit. Dengan hand mixer, pemprosesan makanan anda akan jadi lebih mudah dan cepat. 

Semak 7 Speeds Portable Baking Hand Mixer harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Ringan
add_circle 7 pilihan kelajuan
remove_circle Tidak tahan lasak

Untuk pengguna yang tidak terlalu memilih dalam pencarian hand mixer dan hanya mahukan produk yang murah, hand mixer 7 Speeds ini sesuai untuk anda. Dengan harganya yang murah, anda boleh dapatkan hand mixer dengan 7 pilihan kelajuan yang berbeza untuk jenis masakan yang berbeza. Ini menjadikan pembelian anda sangat berbaloi kerana kebiasaannya hand mixer lain hanya dilengkapi dengan 3 hingga 5 pilihan kelajuan sahaja. 

Apa kepentingan kelajuan yang berbeza ini? Dengan kelajuan yang berbeza, anda dapat hasilkan produk yang berbeza kerana kelajuan pusingan pemukul akan memberi kesan kepada tekstur makanan yang dipukul, samada ianya lebih halus dan lembut atau kasar dan mempunyai tongkolan kecil. Kelajuan pemukul bagi bahan yang cair seperti telur juga boleh memberi kesan kepada buih atau foam yang dihasilkan, sekaligus memberi kesan kepada tekstur masakan anda apabila dimasak nanti.

Hand mixer ini juga agak ringan untuk sebuah hand mixer dan ia juga direka dengan rekabentuk yang ergonomik bagi memberikan keselesaan kepada anda ketika memegangnya. Ini amat penting kerana kadang-kadang pemprosesan bahan boleh memakan masa yang lama, jadinya kalau hand mixer anda tidak selesa untuk dipegang, ianya boleh menyakitkan atau melenguhkan tangan anda. 

Kekurangan hand mixer ini hanyalah pada ketahanannya dimana strukturnya agak tidak padat dan sekiranya ia tidak dijaga dengan betul ia berkemungkinan rosak. Tapi anda tak perlu risau, sekiranya ia digunakan dengan berhati-hati, ia mampu bertahan buat jangkamasa yang lama.

Hand mixer untuk dalgona
Pensonic
Semak Pensonic Hand Mixer PM-116 harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle 5 pilihan kelajuan
remove_circle Berat

Trend kopi dalgona telah menjadi semakin terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia, ini kerana tekstur froth kopinya yang bercampur degan susu memberiikan rasa umph yang luar biasa. Masalahnya, bukan rasa kopi sahaja yang umph, lengan anda pun pasti terasa umphnya sekali lepas menyiapkan kopi dalgona anda kan? Beri lengan anda ruang untuk berehat dengan hand mixer Pensonic PM-116(G) ini.

Dengan hand mixer ini, anda mempunyai sehingga 5 pilihan kelajuan dimana setiap kelajuan ini sesuai untuk menghasilkan produk dengan tekstur dan rasa yang berbeza. Hah, dengan hand mixer ini kopi dalgona anda dapat dihasilkan dengan keunikan dan tekstur yang tersendiri. Tetapi untuk dalgona, kami menyarankan penggunaan kelajuan yang lebih rendah bahannya sendiri sudah sedia cair dan tidak memerlukan pengacauan yang kuat. 

Hand mixer ini mempunyai fungsi pemukul berkembar untuk memudahkan dan mempercepatkan pengacauan atau pemukulan bahan masakan anda. Ini kerana pemukul berkembar mampu mengacau produk atau sebatian dengan lebih sekata dan pantas.

Namun begitu, hand mixer ini mempunyai berat yang boleh tahan juga, iaitu sebanyak 2kg. Berat ini mungkin tidak memberikan apa-apa masalah untuk penggunaan dalam jangkamasa yang sekejap, tetapi kalau anda mahu membat produk dalam kuantiti yang banyak, anda mungkin akan lenguh memegangnya.

Semak Philips Daily Collection 200W Hand Mixer HR3700 harga dibawah:
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle Ringan
remove_circle Mahal

Bagi anda yang berkecimpung dalam bidang masakan yang memerlukan banyak pemprosesan telur, kami mencadangkan kepada anda hand mixer Philips HR3700 ini dimana ia mempunyai tiga pilihan kelajuan yang berbeza, sekaligus memudahkan anda untuk mendapatkan tekstur dan kualiti pukulan telur yang baik.

Perlukah dapatkan hand mixer semata-mata untuk memukul telur? Jawapannya ialah mungkin tidak, tetapi dengan hand mixer urusan anda akan menjadi berkali-kali lebih mudah dan produk yang dihasilkan juga akan lebih konsisten. Ini kerana memukul telur tidaklah semudah yang disangka. Setiap kelajuan pemukulan dan durasi masa pukulan memainkan peranan penting untuk menghasilkan pukulan telur yang sesuai dengan resipi anda. 

 Hasil pukulan telur biasanya dikategorikan kepada empat jenis oleh chef-chef pakar, iaitu soft peak, firm peak, stiff peak dan over-beaten eggs. Kebanyakan resipi memerlukan soft dan stiff peak kerana kedua-dua jenis pukulan telur ini mempunyai kegunaan yang berbeza dan menghasilkan produk yang berbeza.

Cumanya, hand mixer ini boleh dikatakan agak mahal untuk hand mixer dengan saiz yang kecil dan 3 tahap kelajuan. Namun begitu, hand mixer ini boleh bertahan dalam jangkamasa yang lama dengan penjagaan yang rapi, menjadikannya pelaburan yang sangat berbaloi.

Hand mixer untuk cream
Panasonic
Semak Panasonic Hand Mixer 200W MK GH1 harga dibawah:
add_circle 5 pilihan kelajuan
remove_circle Mahal

Untuk anda yang menggemari cream, tahukah anda proses pembikinan cream yang sempurna memerlukan ketelitian dan peralatan yang baik dan lengkap? Sebab itu kami mencadangkan kepada anda hand mixer Panasonic ini bagi membantu proses menghasilkan krim. Hand mixer ini mempunyai 5 takat kelajuan yang berbeza, sekaligus membolehkan anda menggunakan kelajuan yang bersesuaian untuk setiap cream yang anda hendak hasilkan.

Pentingkah takat kelajuan ini untuk pembikinan cream? Jawapannya adalah ya. Ini kerana proses membuat cream memerlukan kawalan kelajuan pemukul yang baik, dimana mula-mula anda dinasihatkan untuk menggunakan kelajuan yang perlahan sahaja, ini untuk mengelakkan dari bahan merecik keluar dan untuk menggalakkan pengembangan bahan secara perlahan atau ‘gradual’.

Setelah cream anda mulai menebal barulah anda dinasihatkan untuk melajukan pukulan. Ini kerana, pada tahap ini cream anda tidak lagi akan tertumpah dan kebiasaannya bahan-bahan lain seperti gula dan perasa akan ditambahkan pada waktu ini, sekaligus memerlukan kelajuan yang tinggi untuk melarutkannya.

Cumanya, hand mixer ini agak mahal untuk pengguna yang tidak mahu mengeluarkan bajet sangat, tetapi secara keseluruhannya hand mixer ini sangat bagus kalau anda sanggup membayar harganya.

Hand mixer dengan storage box
Sharp
Semak Sharp 300W Hand Mixer EMH55WH harga dibawah:
add_circle 5 pilihan kelajuan
remove_circle Bekas penyimpanan perlu dipastikan kering

Untuk anda yang mementingkan kekemasan dan penyimpanan bahan, hand mixer Sharp EMH55WH mempunyai tempat penyimpanan peralatan yang boleh dilekatkan pada bahagian bawah, sekaligus membolehkan anda menyimpan besi-besi pemukul supaya dapur anda sentiasa kelihatan kemas dan rapi, sekaligus mengelakkan peralatan-peralatan anda daripada hilang dan berselerak.

Dengan adanya bekas penyimpanan ini anda tidak perlu susah-susah memikirkan di mana mahu menyimpannya dan ini juga boleh menjimatkan kos, sini kerana sesetengah  pengguna sering meletakkan komponen hand mixer merata-rata sehingga tidak dijumpai bila diperlukan. Terpaksalah beli pemukul baru, dah membazir duit di situ.

Hand mixer ini juga mempunyai fungsi penumbuk berkembar yang dapat menyekatakan dan memperhalus bahan yang dikacau. Ini amat berguna untuk anda yang sering memproses bahan dalam kuantiti yang banyak dan memerlukan pemprosesan yang pantas.

Hand mixer ini juga diperbuat dari bahan dan komponen berkualiti tinggi, sekaligus menjamin ketahanannya buat jangkamasa yang lama. Namun begitu, anda masih perlu menjaganya dengan rapi untuk memaksimumkan jangkahayatnya. 

Hand mixer ini beroperasi dengan tenaga sebanyak 300W, dimana ianya sedikit tinggi dari hand mixer kebiasaan yang memakan tenaga dari 200 ke 250W sahaja. Namun begitu, hal ini tidak menjadi masalah yang besar sekiranya proses pengadunan bahan dan sebagainya dilakukan dengan betul dan efisien.

Hand mixer yang tidak akan berkarat
Kenwood
Semak Kenwood HMP30.A0WH 450W Hand Mixer harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Kukuh
remove_circle Harga yang mahal

Bagi pengguna yang betul-betul mementingkan ketahanan produk, kami mencadangkan kepada anda hand mixer Kenwood HMP30.A0WH ini yang sangat terkenal dengan ketahannya, dimana struktur body hand mixer ini diperbuat daripada plastik tahan lasak dan besi pemukulnya pula dipebuat daripada non-degradable stainless steel yang tahan lama.

Non degradable stainless steel ini sebenarnya memberikan kesan yang sangat penting kepada ketahanan hand mixer anda, ini kerana, sesetengah produk dengan material stainless steel yang biasa, finishing besi tersebut mudah terkupas dan menyebabkan besi didalamnya berkarat. Apabila sudah berkarat mestilah kena tukar baru kan? Dah makan kos disitu. 

Hand mixer ini juga mempunyai fungsi pemukul berkembar bagi tujuan penyebatian bahan yang sekata dan mempercepatkan proses pemukulan, sekaligus menghasilkan produk yang berkualiti dan menjimatkan masa anda.

Hand mixer ini mempunyai tiga fungsi kelajuan, dimana ianya sesuai untuk penggunaan asas dalam proses mengacau, whisk dan memukul. Fungsi ini sesuai untuk anda yang tidak terlalu cerewet dalam menghasilkan tekstur makanan yang tertentu. 

Cuma hal yang anda perlu fikirkan sebelum membeli hand mixer ini hanyalah pada harganya, dimana ianya tidaklah terlalu mahal, tetapi terasa jugalah keluar duit tu. Apa-apa pun kalau kena dengan bajet anda, hand mixer ini memang sangat baik!

Hand mixer dengan detachable stand & rotating bowl untuk doh roti
Khind
Semak Khind 300W Stand Mixer (SM280) harga dibawah:
add_circle Tidak lenguh
remove_circle Pembersihan agak leceh

Bagi anda yang tidak mahu bersusah-payah dan lenguh memegang hand mixer anda sepanjang masa, kami cadangkan kepada anda hand mixer Khind SM280 ini dimana ia mempunyai stand bagi memudahkan pemprosesan bahan anda.

Standnya mempunyai fungsi selfrotating, sekaligus memudahkan anda kerana kekurangan hand mixer dengan stand ini kebiasaannya anda tidak boleh mengawal arah penumbuk tersebut sekaligus menyusahkan pengguna untuk dapatkan adunan yang sekata. Denga fungsi ini, anda tidak perlu risau lagi tentang kesekataan adunan. Namun begitu, untuk kualiti yang lebih mantap, anda masih perlu mengawal secara manual supaya adunan anda betul-betul sebati dan elok.

Hand mixer ini juga mempunyai 5 pilihan kelajuan, sekaligus membolehkan pengguna yang separa-profesional untuk dapatkan hasil adunan yang cemerlang. Setiap kelajuan pusingan mixer ini dapat menghasilkan kualiti dan tekstur adunan yang berbeza, jadinya kalau anda merupakan seorang yang sangat cerewet dengan kualiti adunan, mixer ini sangat sesuai untuk anda,

Masalah dalam penggunaan mixer ini hanyalah pada proses pembersihannya, dimana ia mempunyai banyak lurah atau segmen terutama sekali pada standnya, sekaligus memudahkan kotoran untuk melekat dan menyusahkan pembersihan. Tapi kalau kena tekniknya, pembersihan ini takkan mengambil masa yang lama pun.

End of Article