Product in this article

Setiap keluarga pasti memerlukan penggunaan mesin basuh supaya memudahkan anda membasuh baju tanpa perlu menyentalnya dengan tangan. Tetapi mencari produk yang bersesuaian dengan isi rumah dan juga keperluan, amatlah susah. Tambahan pula lambakan mesin basuh dipasaran kebanyakkannya diluar kemampuan atau bajet anda. Sedarkah anda mesin yang terbaik tidak semestinya mahal kerana anda juga boleh mendapatkan mesin basuh yang murah atau mengikut bajet.

Kini anda boleh mendapati mesin basuh dibawah harga RM 500. Mesin yang murah tidak semestinya tidak bagus atau berkualiti malahan ia juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Mencuci dengan mesin basuh tidak dinafikan dapat menjimatkan masa dan juga tenaga anda terutamanya yang sibuk dengan kerja harian yang lain. Berikut kami syorkan beberapa mesin basuh yang murah dan berbaloi untuk anda miliki.

Mesin basuh dengan pergerakan manual
1. SHARP EST7015 7KG Semi-Auto Washing Machine
Mesin basuh dengan pergerakan manual
Buy Now RM479.00

Sharp memastikan kerja mencuci di rumah dapat dilakukan dengan sempurna kerana ia mempunyai sistem 2 program untuk membasuh serta mengering iaitu putaran biasa dan lembut. Selain itu, masa untuk spin pakaian anda juga boleh ditetapkan dan ini dapat menjimatkan masa anda untuk melakukan kerja-kerja rumah yang lain. 

Hanya dengan satu putaran, pakaian anda sedia dibasuh dan dengan harga yang sedemikian ianya sangat berbaloi untuk dimiliki oleh setiap rumah.

Mesin basuh dengan menggunakan sistem automatik
2. MIDEA Fully Automatic Washing Machine
Mesin basuh dengan menggunakan sistem automatik
Buy Now RM468.00

Mesin basuh dari jenama Midea ini direka dengan drum dalaman, dapat meningkatkan geseran antara pakaian dan memiliki aliran air terjun yang kuat untuk pembersihan lebih berkesan. Paparan kawalan panel di bahagian atas mesin ini dapat memberi lebih penjelasan kepada anda untuk mencuci pakaian agar mudah  membuat pilihan untuk jenis pakaian yang hendak dicuci. 

Mesin ini dapat menjimatkan masa mencuci anda kerana ia bukan sahaja cekap tetapi juga mesra alam.

Mesin basuh bersaiz mini – kompak dan menjimatkan ruang
3. Semi-Auto Laundry Clothes Washing Machine
Mesin basuh bersaiz mini – kompak dan menjimatkan ruang
Buy Now RM120.05

Kecil bukan sebarang kecil tetapi ia dapat membersih pakaian dengan berkesan. Mesin basuh bersaiz mini ini yang sangat ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja. Tambahan pula, mesin basuh ini juga menggunakan motor berkualiti tinggi untuk memastikan putaran yang stabil dan cekap. 

Selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur dan yang paling penting menjimatkan penggunaan air dan juga elektrik.

Untuk penjimatan elektrik berganda, gunakan mesin basuh ini
4. HAIER Semi-Auto Washing Machine
Untuk penjimatan elektrik berganda, gunakan mesin basuh ini
Buy Now RM499.00

Mencuci pakaian kini lebih mudah dan pantas dengan mesin basuh berjenama Haier ini. Ianya mesin basuh yang dilengkapi dengan 4 proses iaitu rendam, basuh, bilas dan perah. Mesin basuh Hisense juga sesuai digunakan untuk semua jenis cucian sama ada baju, cadar, jeans ataupun pakaian bermaterial dari kapas. 

Beroperasi sama seperti mesin basuh lain dan juga berciri keselamatan yang tinggi terutamanya untuk kanak-kanak. Mesin basuh ini bukan sahaja menjimatkan elektrik tetapi cekap dan canggih dari segi reka bentuknya.

Mesin basuh tahan lama dan berkualiti tinggi
5. KHIND Semi Auto Washing Machine WM1017 (10kg)
Mesin basuh tahan lama dan berkualiti tinggi
Buy Now RM467.00

Khind sesuai untuk mencuci pakaian yang tidak terlalu nipis dan berat. Ianya mesin yang mempunyai tetapan pemilihan jenis cucian dan juga pemasa yang memudahkan anda. Mesin basuh ini memastikan pakaian yang dibilas akan diperah dengan sempurna untuk memastikan pakaian dapat kering dengan cepat. 

Mesin ini bukan sahaja memastikan perahan lebih cekap serta berkapasiti besar tetapi juga tahan lama dan lasak.

Mesin basuh jenis top load terbaik untuk anda
6. MORGAN Fully Auto Top Loading Washing Machine
Mesin basuh jenis top load terbaik untuk anda
Buy Now RM518.00

Mesin basuh Morgan memberikan cucian yang sempurna dan berkesan untuk mencuci pakaian harian anda. Dengan aliran air kuat, ia sebatikan sabun cucian agar pakaian yang dibasuh wangi dan bersih. Bukan sahaja itu, ia juga mempunyai panel kawalan yang mudah untuk anda fahami. 

Dengan adanya sistem penapisan yang cekap pada mesin ini, ia memerangkap habuk dan bulu pada pakaian anda dengan berkesan serta penapisnya juga mudah untuk dibersihkan.

Mesin basuh berkapasiti 10kg – terbaik untuk isi rumah yang ramai
7. DAEWOO Semi Auto Washing Machine
Mesin basuh berkapasiti 10kg – terbaik untuk isi rumah yang ramai
Buy Now RM499.00

Mencuci pakaian dalam kuantiti yang banyak ataupun berat tidak menjadi masalah dengan mesin basuh ini. Mesin yang bersaiz besar ini bukan sahaja mencuci pakaian anda, tetapi juga dapat mencuci cadar dan selimut di rumah. Ianya dapat mencuci dan memastikan pakaian anda dikeringkan dengan cepat melalui proses perahan yang paling maximum. 

Tidak perlu risau tentang pakaian anda kerana ia mesin basuh yang menjimatkan penggunaan air dan sabun pencuci bagi pembersihan yang lebih cekap. 

Mesin basuh dengan sistem spin terbaik agar pakaian lebih kering
8. TOSHIBA Semi Auto Washing Machine
Mesin basuh dengan sistem spin terbaik agar pakaian lebih kering
Buy Now RM499.00

Mesin yang menakjubkan kerana ia menghasilkan putaran air di dalam besen untuk aktiviti mengosok agar dapat menghilangkan kotoran degil. Mesin basuh ini sangat menjimatkan penggunaan sabun mencuci untuk setiap kali cucian. 

Mudah untuk digunakan dan ringkas dari segi sistem operasi dengan hanya satu putaran tombol. Selain itu, ia juga mempunyai pilihan tetapan untuk pemerahan mengikut keselesaan anda sendiri. Penjimatan masa anda sudah semestinya menjadi keutamaan mesin ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Peralatan Besar

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!