Product in this article

Penghawa dingin mudah alih adalah pilihan yang terbaik kerana ia boleh di alihkan dari satu tempat ke satu tempat. Penghawa dingin mudah alih didatangi dengan tahap BTU (British Thermal Unit) yang berbeza, bermula dengan kurang daripada 8,000 sehingga lebih daripada 12,000. Pilihan yang terbaik untuk bilik anda bergantung kepada saiz ruangnya. Berikut adalah beberapa jenama penghawa dingin yang mungkin menjadi pilihan anda:

1. ELBA EPAC-A4010D(WH) Portable Aircond 1.0HP

Penghawa dingin mudah alih elba

Harga mulai RM1,899.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,899.00

Penghawa dingin mudah alih EPAC-A4010D (WH) oleh Elba akan menjadikan cuaca panas di rumah tidak menjadi masalah besar lagi kerana ia mempunyai kapasiti penyejukan 9000 Btu. Selain itu, penyejuk ini dilengkapi dengan tetapan 3 kelajuan dan kawalan kipas automatik untuk anda memilih tahap kesejukan yang anda inginkan.

Jika anda ingin menjimatkan tenaga dari penggunaan terlalu lama, ianya mempunyai pemasa 24 jam. Bersaiz sederhana dan juga menghasilkan bunyi yang rendah untuk tidur malam yang selesa dan sejuk.

2. Pensonic 1.0hp Portable Air Conditioner PPA-109

Penghawa dingin mudah alih untuk kawasan luas

Harga mulai RM910.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM910.00

Penghawa dingin ini ringan dan mudah untuk digerakkan dengan adanya bantuan roda di bahagian bawahnya. Mempunyai kapasiti penyejukan 9000 Btu yang dapat meliputi walaupun di kawasan luas, ianya bukan sekadar penghawa dingin tetapi ia juga dapat menyedut udara yang berbau dan menjadikannya lebih segar.

Selain itu, paparan LED pada penghawa dingin ini dapat memudahkan anda untuk menyelaraskan suhu yang diingini. Sangat sesuai untuk anda sekeluarga yang menginginkan kesejukan dan juga inginkan udara yang segar sepanjang masa.

3. Midea MPF-12CRN1 1.5HP Portable Aircond (White)

Penghawa dingin mudah alih midea

Harga mulai RM1,288.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,288.00

Pendingin udara yang mesra alam ini sangat mudah untuk beroperasi dan sesuai untuk di bawa kemana sahaja, kerana ia bersaiz sederhana. Ia boleh melakukan kipasan secara automatik dengan hanya mengawal menggunakan alat kawalan jauh. Ia juga dilengkapi dengan pemasa yang dapat menjimatkan lagi penggunaan tenaga dirumah anda. Cuaca panas kini tidak lagi menjadi masalah dengan adanya pendingin udara jenama Midea yang mempunyai kapasiti penyejukan sehingga 12,000 Btu.

4. Morgan MAC-12 SIERRAIRE 1.5hp Portable Air Conditioner

Penghawa dingin mudah alih mempunyai roda

Harga mulai RM1,169.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,169.00

Penghawa dingin mudah alih Morgan dilengkapi dengan 2 penapis yang boleh dibasuh, Jadi anda boleh sentiasa memastikan penghawa dingin bersih dan tidak kotor di dalamnya. Bukan hanya itu, produk ini juga mudah untuk digunakan kerana ia datang dengan roda supaya anda boleh bergerak dengan mudah ke mana sahaja yang anda mahu.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paparan LED besar untuk memudahkan anda melakukan kawalan dengan 5 mod yang berbeza termasuk sejuk, kipas, automatik, tidur dan max sejuk, sekaligus membolehkan anda untuk menikmati rasa sejuk dirumah.

5. Hisense 1.5HP Portable Air Conditioner HAP-12JSN

Penghawa dingin mudah alih untuk ruangan sederhana

Harga mulai RM1,129.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,129.00

Hisense mempunyai penghawa dingin yang reka bentuknya agak elegan dan unik. Penghawa ini menggunakan sistem operasi pintar dimana ia mempunyai 3 mod yang boleh diubah iaitu pintar, super cool dan mod tidur. Ianya juga penghawa dingin yang mesra alam dan tidak terlalu besar untuk ruangan sederhana rumah anda.

Dengan adanya panel kawalan digital, ia memudahkan lagi operasi dan membolehkan anda mengendalikan unit dari jarak jauh. Mudah untuk beroperasi dan kini anda boleh nikmati tidur yang lena dengan udara sejuk tanpa menggigil.

6. Hesstar Portable Air Conditioner HAC-P93 

Penghawa dingin mudah alih Hesstar

Harga mulai RM1,355.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,355.00

Penghawa dingin mudah alih HAC-P93 oleh Hesstar akan menjadikan mimpi anda lebih indah di waktu malam dan siang, kerana ianya menghasilkan bunyi yang rendah dan meliputi kawasan yang luas sehingga 21 meter. Ia dilengkapi dengan tetapan 3 kelajuan kipas yang membolehkan anda memilih tahap kesejukan yang diinginkan dengan fungsi automatik. Nikmati rasa kesejukan pendingin udara ini dengan kapasiti penyejukan sehingga 9000 Btu.

7. MILUX Portable Air Conditioner MPA-609 

Penghawa dingin mudah alih untuk anak kecil

Harga mulai RM859.99

shopping_cart Shopee Malaysia RM859.99

Pendingin udara ini mempunyai sistem penapisan yang mudah untuk dibersihkan, jadi anda tidak perlu risau lagi tentang udara yang kotor. Selain itu, ia turut mempunyai 4 mod yang berbeza yang boleh diubah iaitu sejuk, kering, kipas dan mod tidur. Tambah pula, ia adalah penghawa dingin yang menjimatkan tenaga dengan adanya fungsi pemasa 24 jam. Sesuai bagi yang mempunyai anak kecil kerana bunyinya yang rendah dapat memastikan tidur anak anda lebih lena.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!