Product in this article

Nak tak nak, aktiviti membasuh dan mengeringkan baju perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Terutamanya bagi keluarga yang mempunyai ahli yang ramai, tentu banyak pakaian yang perlu dicuci. Sekiranya anda mempunyai ruang menyidai pakaian yang terhad pula, mengeringkan pakaian yang sudah dibasuh pasti sangat remeh. 

Adakah kombo mesin basuh dengan pengering berkesan?

Kombo mesin basuh dan pengering biasanya boleh menjalankan fungsi membasuh dengan baik dan setara dengan mesin basuh khusus, namun fungsi pengeringan biasanya mengambil masa yang lebih lama dari mesin pengering biasa. Tambahan lagi, kerana mesin kombo lebih kompleks, mesin ini juga lebih mahal dan memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerap. 

Anda disyorkan memilih jenama yang berkualiti bagi menjamin keberkesanan pencucian dan pengeringan. Untuk memudahkan lagi pencarian anda, kami telah sediakan senarai mesin basuh dan pengering yang terbaik di pasaran. 

8 Mesin Basuh dengan Pengering Terbaik di Malaysia

1. DAEWOO Mini Wall Mounted Front-load Washer Dryer (DWC-M74G)

Mesin basuh dan pengering mini, murah dan berkualiti

Harga mulai RM1,899.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM1,999.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM1,899.00

Daewoo merupakan jenama peralatan elektrik dari Korea yang mengetengahkan rekabentuk dan fungsi tersendiri. Mesin basuh dan pengering dari Daewoo kali ini berkonsepkan wall-mounted yang boleh dipasang di dinding. Unik bukan? Mesin basuh bersaiz mini ini dilengkapi dengan kapasiti cucian hanya 4kg dan kapasiti pengeringan 1.5kg sahaja. 

Fungsi cuciannya menyeluruh menyediakan pelbagai program cucian yang sesuai untuk semua termasuklah bayi anda. Cucian yang efektif dilakukan bagi membuang kesan kotoran yang degil dengan fungsi 95 degree wash.

2. SAMSUNG Combo Washer & Dryer Front Load (WD70J5410AW)

Mesin basuh dan dryer – menjimatkan penggunaan elektrik

Harga mulai RM2,049.00

Mesin ini dilengkapi dengan fungsi speed spray untuk cucian dan pengeringan yang berkesan. Malah, dengan teknologi EcoBubble, anda boleh menjimatkan tenaga elektrik. Sesuai untuk mencuci baju bayi yang alami kulit sensitif atau orang dewasa dengan alahan. Ianya juga melakukan teknik pembersihan dengan lebih teliti melalui AirWash Technology.

3. ELECTROLUX Washer Dryer (WW7024FDWA)

Mesin basuh ideal dengan pengering, lengkap dengan sensor muatan cucian

Harga mulai RM1,989.00

Electrolux menawarkan mesin basuh dengan kapasiti 7kg dan pengering hanya berkapasiti 5kg. Anda tidak perlu risau - sekiranya muatan cucian anda melebihi had, sistem sensor pintar akan memberikan amaran. Teknologi Vapour Care untuk pencucian yang melindungi pakaian anda dan kurang kedut. 

Program cucian seperti Baby Care, Delicate sesuai untuk memelihara fabrik cucian anda. Malah, mesin ini mempunyai pensijilan Woolmark yang memberikan jaminan kualiti bagi cucian fabrik kapas. Jadi, penggemar fabrik kapas tidak perlu risau untuk mencuci baju anda menggunakan Electrolux.

4. LG Inverter DD 6 Motion (FC1408R4W)

Mesin basuh muatan depan (front load) dengan dryer

Harga mulai RM2,280.00

Bagi keluarga bersaiz sederhana, mesin basuh dan pengering berjenama LG ini dilihat sebagai pilihan yang tepat. Kapasiti cucian boleh mencecah sehingga 8kg serta kapasiti pengeringan sebanyak 5kg, mesin ini menggunakan teknologi inverter 6 motion Direct Drive dan Steam spa. Ini merupakan pembasuhan yang selamat bagi mereka yang alami alahan/alergi.

Selain itu, fungsi Add Item, merupakan ciri-ciri tambahan yang membolehkan anda menambah cucian yang tertinggal semasa kitaran mesin mencuci.

5. TOSHIBA Real Inverter Washer Dryer (TWD-BH90W4M)

Mesin basuh yang berkapasiti sama dengan pengering

Harga mulai RM3,699.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM3,699.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM4,472.00

Biasanya kombo mesin basuh dengan pengering mempunyai kapasiti yang berbeza untuk tujuan cucian dan pengeringan. Kapasiti pengeringan lazimnya rendah dari kapasiti cucian bagi membolehkan pengeringan dilakukan dengan efektif. Toshiba dengan teknologi inovasinya kini membolehkan anda mencuci dan mengering pada kapasiti yang sama. 

Anda tidak perlu lagi melakukan dua kali pengeringan  untuk setiap cucian! Uniknya, inovasi Jepun ini juga memperkenalkan cucian ala-ala cucian tangan, FlushWave yang akan menyental pakaian untuk kesan seperti basuhan tangan! 

6. HAIER 2 DD Interver Motor Front Load Washer (HWD120-B1558)

Mesin basuh dan pengering – cucian dan keringan dalam 1 masa

Harga mulai RM5,099.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM5,099.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM5,099.00

Kini, anda boleh melakukan cucian dan pengeringan pada masa yang sama. Mesin basuh Haier ini direka dengan dua bahagian berasingan dengan susunan bertingkat. Drum yang berfungsi untuk pengeringan 4kg di bawah manakala drum cucian dengan kapasiti 4kg di atas. Anda boleh melakukan cucian di dram atas dan mengeringkan set baju lain di dram bawah pada masa yang sama. 

Keseluruhannya, terdapat 30 mod program cucian untuk anda pilih mengikut keselesaan semasa cucian. Fungsi AirWash pula disediakan untuk mencuci fabrik mahal tanpa menggunakan air bagi memelihara fabrik tersebut.

7. SAMSUNG Combo Washer & Dryer with FlexWash (WR24M9940KV/SP)

Mesin basuh dan dryer – front load & top load

Harga mulai RM6,399.00

Mesin basuh Samsung menampilkan pelbagai ciri-ciri fleksibel dan kombinasi cucian untuk memudahkan pengguna. Satu-satunya model di pasaran atas talian tempatan dengan muatan atas, mesin basuh dan pengering ini mempunyai kapasiti cucian sehingga 21kg serta kapasiti pengeringan 12kg.

Anda boleh mengubah ketetapan cucian mengikut keperluan dengan fungsi FlexWash. Teknologi pencucian EcoBubble melakukan pencucian berkesan walaupun pada suhu yang rendah. Manakala, teknologi AirWash pula menyahbau dan membersih cucian anda agar kekal dengan bauan yang segar.

8. LG Washer Dryer (F2721HTWV) + LG (T2735NTWV) Mini Twin Wash

Mesin basuh berkapasiti besar dengan dryer untuk cucian lebih banyak

Harga mulai RM7,539.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM7,539.00

Kombo mesin basuh dan pengering LG ini merupakan gabungan dua model untuk menyediakan kapasiti cucian yang besar buat pengguna. Kapasiti asasnya adalah 21kg untuk cucian dan 12kg untuk pengeringan - dengan tambahan kapasiti cucian sebanyak 3.5kg. Ini memberikan anda keseluruhan kapasiti cucian 24.5 kg dengan konsep cucian berganda. 

Dengan fungsi cucian turbowash, anda boleh mengurangkan masa cucian tanpa sedikitpun mengurangi kualiti cucian. Teknologi TrueSteam pula memberi hasil cucian kurang kedutan dan pada masa yang sama mengekalkan kelembutan fabrik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Peralatan Besar

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!