Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Mesin Basuh Semi Auto Terbaik Malaysia 2024 (10kg,15kg)

Tak perlu lagi membasuh pakaian di dobi!

Penggunaan mesin basuh baju kini tidak asing lagi malah ada sesetengah rumah ada lebih daripada mesin basuh baju.

Ada pelbagai jenis mesin basuh di pasaran seperti mesin basuh baju automatik, mesin basuh baju manual, mesin basuh pengering baju dan mesin basuh semi auto. 

Mesin basuh baju semi auto itu apa? Ia adalah sejenis perkakas rumah di mana pembasuhan yang dilakukan memerlukan seseorang untuk mengendalinya.

Oleh itu, harga mesin basuh semi auto lebih murah berbanding jenis mesin basuh pakaian yang lain.

Jom lihat senarai jenama mesin basuh semi auto terbaik yang sesuai digunakan untuk basuh pakaian harian. 


Senarai 12 Mesin Basuh Semi Auto Terbaik

Mesin basuh semi auto terbaik secara keseluruhan
MIDEA
mulai
RM315.00
Semak MIDEA Semi Auto Washing Machine MSW-6008P (6kg) harga dibawah:
add_circle Diperbuat dari plastik & tahan karat
add_circle Jaminan motor 5 tahun
add_circle Max spin speed 1250
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai untuk keluarga besar

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga atau individu bujang, mesin basuh semi auto Midea ini sudah memadai untuk kegunaan anda. 

Ciri-ciri;

Dengan kapasiti cucian 6 kilogram, mesin ini juga boleh memuatkan air sehingga puluhan liter. 

Dengan kelajuan spin speed (RPM) sebayak 1250 pula, mesin basuh ini hanya mengambil masa lebih kurang 15-20 minit untuk satu cucian. 

Turut lengkap dengan pilihan Wash Drain Selector, Wash Timer Selector dan Spin Timer Selector.

Jadi, anda boleh spin baju yang telah siap dicuci agar lebih cepat kering apabila dijemur. 

Review;

‘Ringan je bila diangkat, putaran pun kuat. Sesuai untuk yang ada bajet kecil untuk beli mesin basuh’

Mesin cuci baju semi automatik
PENSONIC
mulai
RM493.00
Semak PENSONIC 9kg Semi-Automatic Washing Machine harga dibawah:
add_circle Mempunyai 3 pilihan program membasuh
add_circle Jaminan motor 5 tahun
add_circle Fungsi keselamatan
remove_circle Tidak mempunyai sistem penuh automatik

Mesin basuh separa automatik ini direka dengan rangka plastik agar tidak akan menyebabkan karat.

Sesuai untuk mencuci pakaian dalam jumlah yang agak besar kerana kapasiti serta kedalaman yang agak luas.

Mesin ini sangat mudah diselengarakan kerana ianya ringkas kerana sistem operasinya mudah difahami.

Putaran drum lebih stabil menjadikan setiap pakaian yang dicuci bersih sempurna dan cekap.

Malah turut mempunyai masa operasi yang boleh ditetapkan untuk memudahkan lagi kerja mencuci pakaian di rumah. 

mulai
RM539.00
Semak SHARP EST7015 7KG Semi-Auto Washing Machine harga dibawah:
add_circle 3 pilihan program membasuh
add_circle Mempunyai penapis habuk - lint filter
remove_circle Kapasiti sederhana - 7kg

Sharp memastikan kerja cucian dapat dilakukan dengan sempurna kerana mempunyai 2 sistem program.

Program tersebut berfungsi memastikan baju di basuh dengan bersih dengan sistem putaran biasa dan lembut.

Selain itu, masa untuk spin pakaian anda juga boleh ditetapkan dan ini dapat menjimatkan masa anda untuk melakukan kerja-kerja rumah yang lain. 

Hanya dengan satu putaran, pakaian anda sedia dibasuh dan dengan harga yang sedemikian ianya sangat berbaloi untuk dimiliki oleh setiap rumah.

mesin basuh murah semi auto
mulai
RM84.90
Semak Semi-Auto Laundry Clothes Washing Machine harga dibawah:
add_circle Saiz kecil - mudah alih
add_circle Jimat air dan elektrik
add_circle Mempunyai saluran air
remove_circle Ruang pengeringan agak kecil

Walaupun saiznya nampak kecil, tapi mesin basuh semi auto portable ini berkuasa untuk mencuci pakaian kotor dengan berkesan. 

Dengan menggunakan motor berkualiti tinggi, akan memastikan putaran mesin jadi lebih cekap dan stabil. 

Mesin basuh ini juga sangat sesuai digunakan oleh individu bujang atau pelajar yang tinggal di rumah sewa kerana boleh mencuci 4.5 kg pakaian. 

Atau, boleh juga digunakan khas untuk mencuci baju dan tuala bayi. 

Memandangkan saiznya kecil, mesin basuh ini tidak memerlukan ruang yang banyak untuk diletakkan di dalam rumah anda. 

Harga mesin basuh semi auto ini juga murah di bawah RM100 sahaja! 

mulai
RM358.80
Semak HAIER Semi-Auto Washing Machine HWM60-SX3 harga dibawah:
add_circle Mempunyai penapis
add_circle Penutup mesin lutsinar
add_circle Boleh diletakkan di dalam atau luar rumah
add_circle 5 tahun tempoh jaminan motor
remove_circle Kapasiti cucian hanya 6 kg

Mencuci baju, seluar dan tudung kini lebih cepat dan mudah dengan mesin basuh semi auto Haier ini. 

Dilengkapi dengan 4 proses cucian iaitu, rendam, basuh, bilas dan pengering yang sesuai untuk semua jenis fabrik. 

Ciri menarik lain tentang mesin basuh ini ialah mempunyai perlindungan dari binatang perosak.

Ini agar komponen mesin basuh semi auto ini seperti wayar dan kabel tidak digigit atau dirosakkan oleh tikus. 

Turut menggunakan sistem pengeringan udara (Air Dry) supaya air lebihan bilasan pada pakaian dapat disingkirkan. 

Program ini akan membuatkan baju lebih cepat kering dan tidak berbau lembap.

mulai
RM467.02
Semak KHIND Semi Auto Washing Machine WM1017 (10kg) harga dibawah:
add_circle Diperakui SIRIM
add_circle Cucian lebih bersih
add_circle Menjimatkan penggunaan air
add_circle Kapasiti cucian besar, 10 kg
add_circle Boleh spin baju hingga 6 kg
remove_circle Harga mahal

Mesin cuci semi auto Khind ini pula boleh memuatkan sehingga 10 kilogram cucian sekaligus menjadikannya sesuai untuk kegunaan keluarga besar. 

Dilengkapi juga dengan Pulsator yang kuat dan besar agar baju, tuala dan cadar kotor akan dicuci lebih bersih. 

Selain itu, jenama mesin basuh semi auto terbaik ini turut mempunyai fungsi Air Turbo untuk mengeringkan baju dengan kadar segera. 

Mesin basuh ini hanya menggunakan 1 inlet air sahaja untuk mencuci dan spin pakaian yang siap dibasuh. 

Walaupun harganya mahal, mesin basuh ini selamat digunakan kerana telah diperakui SIRIM.

Morgan Semi Auto Washing Machine (12kg) MWM-1312SA
mulai
RM514.80
Semak Morgan Semi Auto Washing Machine (12kg) MWM-1312SA harga dibawah:
add_circle Kapasiti 12 kg
add_circle Mempunyai lint filter
add_circle 5 tahun jaminan motor
add_circle Bahagian tapak mesin anti tikus
remove_circle Perlu diletakkan di ruang yang besar

Bagi anda yang kurang gemar ke kedai dobi layan diri untuk mencuci selimut tebal, mesin basuh semi auto Morgan berkapasiti 12 kg ini pilihan terbaik. 

Ini kerana kapasiti untuk spin pakaian yang telah siap dicuci pula ialah 6.5kg. 

Turut dilengkapi dengan lint filter yang akan menapis bulu-bulu halus yang tertanggal dari fabrik baju yang dibasuh. 

Paling menarik, mesin basuh ini mempunyai fungsi Air Dry untuk memudahkan anda mencuci baju bila-bila masa walaupun ketika hujan. 

Anda boleh letakkan mesin basuh ini dibahagian luar rumah dengan selamat kerana ada bahagian tapak mesin anti tikus.

Haier Semi Auto Series Washing Machine (15KG) HWM150-M186
mulai
RM749.77
Semak Haier Semi Auto Series Washing Machine (15KG) HWM150-M186 harga dibawah:
add_circle Boleh mencuci selimut tebal
add_circle Sesuai untuk keluarga besar
add_circle Kapasiti spin pakaian 10kg
add_circle Putaran mesin laju
remove_circle Harga mahal

Selain boleh mencuci sehingga 15kg baju kotor, mesin semi auto Haier ini juga direka dengan penutup lutsinar.

Ciri ini bagi memudahkan anda untuk memantau keadaan pakaian ketika sedang dicuci dan dibilas. 

Cucian pula boleh dikeringkan dengan ciri ‘Air Dry’, jadi tiada masalah air menitik dari pakaian ketika dijemur walaupun di dalam rumah. 

Paling penting, memang sesuai untuk kegunaan ibu bapa yang mempunyai anak ramai kerana boleh basuh banyak pakaian dalam satu masa. 

Walaupun harga mesin basuh semi auto ini agak mahal, namun ia merupakah salah satu mesin yang berkualiti premium.

Mesin basuh semi auto 8.5kg Toshiba
Toshiba Semi Auto Washer (8.5kg) VH-H95MM
mulai
RM528.22
Semak Toshiba Semi Auto Washer (8.5kg) VH-H95MM harga dibawah:
add_circle Kapasiti 8.5kg
add_circle Diperakui SIRIM
add_circle Mempunyai 2 saluran air
add_circle Pemasa cucian 35 minit
add_circle Boleh spin baju agar lebih cepat kering
remove_circle Harga mahal

Untuk keluarga sederhana besar yang mempunyai 2-3 orang anak, boleh pertimbangkan untuk guna mesin cuci semi auto Toshiba ini. 

Jenama mesin basuh ini direka dengan fungsi Golden Soak Period di mana anda boleh pilih tempoh untuk rendam baju mengikut tahap kekotoran fabrik tersebut. 

Mesin basuh ini juga tahan lasak kerana tidak mudah berkarat atau kemek memandangkan diperbuat daripada plastik. 

Menariknya lagi, penapis lint (bulu-bulu halus yang tercabut dari fabrik) adalah jenis cassette yang tahan lebih lama dari lint filter biasa. 

Mesin basuh ini dapat memuatkan air cucian sehingga maksimum 55 liter dan mempunyai 2 saluran air.

Pensonic Semi Auto Washing Machine (7KG) PWS-7007
mulai
RM357.70
Semak Pensonic Semi Auto Washing Machine (7KG) PWS-7007 harga dibawah:
add_circle Tahan karat & tidak mudah kemek
add_circle Diperbuat daripada plastik
add_circle Mempunyai fungsi Air Dry
add_circle Kapasiti cucian 7kg
remove_circle Kapasiti untuk spin baju hanya 3.5kg

Mesin basuh kecil berkapasiti 7kg ini mungkin sudah cukup untuk keperluan pasangan suami isteri yang baru sahaja mempunyai seorang anak. 

Lengkap dengan penutup lutsinar pada mesin agar mudah untuk anda pantau proses cucian pakaian. 

Selain mempunyai lint filter, mesin basuh ini turut direka dengan perlindungan dari binatang perosak seperti tikus. 

Selamat digunakan di rumah walaupun ada anak kecil sebab bahagian pengering akan berhenti berpusing secara automatik apabila penutup mesin dibuka secara tidak sengaja.

Isonic Semi Auto Washing Machine CTWM755
mulai
RM379.00
Semak Isonic Semi Auto Washing Machine CTWM755 harga dibawah:
add_circle Mempunyai fungsi Quick Wash
add_circle Penutup mesin lutsinar
add_circle Mesra pengguna
add_circle Anti karat
add_circle Jimat air
remove_circle Tempoh waranti umum hanya 1 tahun

Anda tidak perlu lagi susah-susah sental baju dengan tangan sebab semuanya boleh dicuci dengan mesin cuci baju semi auto Isonic berkapasiti 7.5kg ini. 

Apa yang menarik ialah mesin ini boleh menjimatkan penggunaan tenaga, jadi bil elektrik anda tidak akan melambung tinggi walaupun cuci baju kotor setiap hari. 

Selain mempunyai penapis Magic Cleaning, mesin basuh ini turut menggunakan sistem pengering angin jet agar pakaian lebih cepat kering dan tidak lembap. 

Mempunyai rekaan luaran yang tegap supaya mesin basuh kurang bergetar ketika digunakan.

Panasonic Washing Machine (12KG) Twin Tub Semi Auto Washer NA-W120G1VRT
mulai
RM1,215.00
Semak Panasonic Washing Machine (12KG) Twin Tub Semi Auto Washer NA-W120G1VRT harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar, 12kg
add_circle Boleh spin pakaian hingga 8kg
add_circle Mempunyai pulsator yang kuat
add_circle Boleh hilangkan kotoran dengan berkesan
remove_circle Harga mahal

Tiada masalah untuk mencuci pakaian dalam kuantiti yang banyak dengan mesin basuh dari Isonic berkapasiti 12 kg ini. 

Bukan sekadar boleh cuci baju dan seluar, malah fabrik yang berat seperti selimut atau tuala tebal juga boleh dibasuh dengan mesin ini tanpa memakan masa yang lama. 

Fungsi Air Dry pula membantu mempercepatkan proses mengeringkan pakaian kerana kelembapan akan disingkirkan melalui proses spin-drying

Bahagian kaki mesin direka tinggi (110mm) untuk memudahkan anda untuk membersihkan kawasan bawah mesin basuh. 

Turut mempunyai Pulsator dengan ciri Ag Clean untuk menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria dalam mesin.


Bagaimana Cara Cuci Mesin Basuh Semi Auto?

Jangan lupa untuk cuci keladak dan kotoran yang terkumpul dalam mesin basuh semi auto anda. 

Kalau mesin tidak dibersihkan, pakaian yang dicuci pun sebenarnya tidak bersih 100 peratus!

Ikuti cara-cara berikut untuk cuci mesin basuh semi auto anda:

  • Gunakan screwdriver untuk membuka skru penutup bahagian dalam mesin basuh. 
  • Kemudian, buka penutup tersebut untuk memudahkan proses membersihkan kotoran.
  • Boleh guna span, berus atau berus gigi yang tidak lagi digunakan untuk mencuci bahagian bawah penutup tadi. 
  • Tuangkan air bersih agar kotoran yang telah dicuci tadi keluar dari mesin basuh. 
  • Jangan lupa pasangkan semula penutup dan skru yang ada buka tadi. 

Untuk lebih mudah faham, boleh tonton video tutorial yang dikongsikan di YouTube ini. 


Bagaimanakah Cara Menggunakan Mesin Basuh Semi Auto?

Ada sesetengah orang yang menganggap penggunaan mesin basuh semi auto leceh kerana memerlukan banyak tenaga. 

Tapi, sebenarnya tidak susah pun! 

  • Isi air ke dalam mesin menggunakan saluran yang telah tersedia pada mesin basuh semi auto ini. 
  • Masukkan baju kotor yang ingin dibasuh ke dalam mesin. 
  • Apabila air dalam mesin dah mencecah ke tahap yang sesuai dengan jumlah baju kotor, jangan lupa masukkan sabun cuci. 
  • Pusingkan knob wash timer ke minit yang anda inginkan. 
  • Setelah tamat cucian, keluarkan air dalam tab mesin.
  • Jangan lupa untuk masukkan baju yang telah siap dicuci ke dalam tab khas untuk spin baju agar lebih cepat kering apabila dijemur.

Artikel Berkaitan

End of Article