Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Nikmati Teknologi Penyejukbekuan Makanan Jepun Terkini Dengan 7 Peti Sejuk Panasonic Ini

Makanan bertambah segar dan sihat!

Jenama Panasonic ditubuhkan sejak 30 tahun yang lalu oleh negara Jepun dan kini sudah pun dikenali ramai. Terkenal dengan rangkaian barangan elektriknya, Panasonic adalah antara jenama terlama di pasaran Malaysia. Kini, jenama ini sudah melangkah jauh dipasaran dengan inovatif yang dilakukan. Peti sejuk bukan sahaja untuk memastikan makanan yang disimpan kekal segar dan tahan lama. Tetapi ia juga penting bagi memastikan barangan makanan dapat disimpan dengan lebih tersusun dan kemas agar ia memudahkan kerja anda untuk mengambilnya. 

Pastikan anda membeli peti sejuk yang sesuai dengan kapasiti yang diperlukan. Peti sejuk Panasonic ini sesuai untuk semua jenis kediaman. Berikut beberapa jenis peti sejuk dari jenama ini kami syorkan;

Peti sejuk beku Panasonic yang menjimatkan penggunaan elektrik
mulai
RM4,810.00
Semak PANASONIC Side by Side Inverter Fridge NR-CY558GX (547L) harga dibawah:

Panasonic menggunakan teknologi pendinginan unik untuk mengekalkan suhu optimum dalam setiap ruangan peti. Ia membolehkan penyimpanan barangan makanan pada suhu ideal. Dengan adanya teknik pembekuan ‘fresh’ iaitu ianya dapat membeku sehingga -3˚C, makanan yang disimpan bertahan lebih lama tanpa menghilangkan nutrisi, rasa dan tekstur sekalipun. Peti sejuk ini juga baik dalam menghapuskan bauan dengan menyahaktif 99.9% bakteria di dalam peti. 

Peti sejuk dengan rekaan moden ini semestinya menarik dan bergaya untuk ruangan dapur anda. Ianya tidak menggunakan elektrik yang banyak, sangat menjimatkan.

Peti sejuk Panasonic dengan rekaan teknologi ECONAVI
mulai
RM2,599.00
Semak PANASONIC ECONAVI Inverter 2 Door Refrigerator NR-BX468GW harga dibawah:

Reka bentuk dan warna peti sejuk ini kelihatan premium dan sangat menarik. Dengan reka bentuk yang sedikit unik iaitu bahagian pembeku terletak di bahagian bawah menjadikannya lain dari yang biasa. Bukan sahaja itu, ia juga mempunyai sistem penyahbauan untuk mengelakkan dari bau busuk dan percampuran bau antara makanan. Terutamanya semasa menyimpan makanan yang mempunyai bau kuat seperti durian. 

Sistem pengesan Econavi pada peti sejuk ini dapat memantau tahap pencahayaan dan suhu di dalam peti dan menganalisis bagi memberi tindak balas untuk mengekalkan penyejukan yang ideal dan mengelakkan pembaziran tenaga.

Peti sejuk panasonic jenis 2 pintu, sesuai buat yang gemarkan gaya minimalis
mulai
RM1,576.00
Semak PANASONIC 2 Door Fridge PSN-NRBL348PS (333L) harga dibawah:

Peti ini memiliki reka bentuk yang ringkas dan sesuai untuk dapur ruangan sederhana. Ianya memiliki 2 pintu iaitu dibahagian atas dan bawah. Ruangan pembeku yang dikenali sebagai ruang ‘jumbo fresh’ menjadikan peti ini sangat luas dan besar untuk penyimpanan barangan dapur basah. Manakala bahagian bawah pula direka dengan rak yang boleh dilaraskan untuk memuatkan saiz makanan dan minuman.

Peti sejuk ini jenis mudah untuk dibersihkan dan dilengkapi dengan lampu pencahayaan LED. Hanya tanggalkan sahaja rak-rak yang ada di dalam peti tersebut, sedia untuk dibasuh dengan lebih sempurna.

Dengan berteknologi inverter – memerangkap bau busuk lebih berkesan
mulai
RM2,599.00
Semak PANASONIC Inverter 2 Door Top Freezer Fridge PSN-NRBD468PS (450L) harga dibawah:

Nikmati makanan dan minuman sejuk dengan peti sejuk ini. Ianya peti yang dapat mengawal tahap kelembapan untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan kekal segar selama 7 hari. Manakala, ruangan penyimpanannya juga cukup luas untuk memuatkan bekal, tin ataupun botol. Dengan kerjasama alat pengesan Econavi, ia mampu mengesan dan menganalisis keadaan penggunaan untuk mengekalkan penyejukan yang ideal dan mengelakkan pembaziran tenaga dari terjadi. 

Peti sejuk ini beroperasi dengan cekap untuk penjimatan tenaga dramatik, beroperasi dengan senyap dan proses penyejukannya juga sangat cepat.

Peti sejuk panasonic 1 pintu – sesuai untuk ruangan yang terhad
mulai
RM819.00
Semak PANASONIC NR-AF165SHMY 1 Door Fridge (155L) harga dibawah:

Peti dengan 1 pintu ini mempunyai ciri penyejukkan yang pantas dan cekap kerana saiznya. Dilengkapi dengan ruang dalaman yang sederhana, peti sejuk ini memiliki ruang penyimpanan khas untuk sayur-sayuran. Ianya peti sejuk jenis yang sesuai untuk anda memiliki ruangan dapur kecil dan ingin menyimpan barang makanan dalam kuantiti sedikit.

Sesuai untuk dijadikan hadiah buat pengantin baru, peti sejuk ini sesuai untuk ruangan dapur yang terhad sahaja.

Peti sejuk mini Panasonic, sesuai diletakkan di dalam bilik tidur
mulai
RM639.00
Semak Panasonic NR-AE51SH Mini Bar Fridge (50L) harga dibawah:

Kini anda boleh menikmati dan menyimpan minuman kegemaran anda di dalam bilik tidur. Ini kerana dengan peti mini ini, ianya bersaiz kecil dan sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja tanpa memakan ruang yang banyak. Ruangan dalaman peti sejuk ini juga cukup untuk memuatkan botol ataupun tin minuman, ditambah pula dengan bekas ais membuatkan kenikmatan untuk minuman anda lebih lengkap. 

Bukan sahaja itu, peti ini juga menghasilkan penyejukan yang cepat dan yang paling penting ianya juga peti yang mesra alam.

Peti sejuk Panasonic 4 pintu – susun makanan dengan lebih teratur
mulai
RM4,839.00
Semak PANASONIC NR-DZ600GK ECONAVI Inverter 4-Door Fridge (550L) harga dibawah:

Peti sejuk ini memiliki 4 pintu bagi memudahkan anda untuk menyimpan dan mengambil barang makanan di dapur. Ianya peti dengan sistem beku segar yang memastikan daging, ayam dan ikan dapat tahan lebih lama. Bukan sahaja itu, ia turut direka dengan rak kaca keras yang mampu menampung berat sehingga 100kg. 

Dengan ciri penapisan yang ada mampu menyahaktif bakteria dan juga mengawal bauan pada peti. Peti sejuk dengan 4 pintu ini semestinya memudahkan anda untuk mengasingkan setiap jenis makanan dan yang paling penting ianya juga menjimatkan pengunaan tenaga di rumah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article