Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Aircond bilik tidur terbaik

9 Aircond Sesuai untuk Bilik Tidur di Malaysia 2024

Tidur malam lebih lena dan selasa bila udara sejuk!

Malaysia terletak di tengah garisan Khatulistiwa dan ini menjadikan negara kita bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun.

Cuaca panas lembab disini boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan dengan bantuan penghawa dingin terbaik mampu memberikan keselesaan terutama waktu tidur.

Mencari aircond yang sesuai untuk bilik tidur juga boleh menjadi sesuatu yang memeningkan kepala.

Dengan mengetahui luas bilik tidur anda, anda dapat memilih aircond berkualiti untuk tidur yang lebih nyenyak. Jom kami bantu anda cari aircond terbaik untuk bilik anda!

Jangan risau, kami akan kongsi beberapa jenama aircond terbaik, senarai aircond sesuai untuk bilik dan paling bagus mengikut keluasan bilik tidur.


Senarai 9 Aircond Terbaik Untuk Bilik Tidur

Aircond terbaik secara keseluruhan
Panasonic
Semak Panasonic 1.0HP Premium Inverter Aero Series Air Conditioner harga dibawah:
add_circle Jimat elektrik
add_circle Pembersihan udara
remove_circle Harga sedikit mahal berbanding aircond 1.0HP lain

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Aircond yang murah, cepat sejuk, membersihkan udara dan paling penting sekali jimat elektrik. 

Ciri-ciri;

Aircond ini mendapat 5-Star Energy Rating daripada segi penjimatan tenaga elektrik sangat tip top dan ini merupakan penilaian paling tinggi bagi sebuah produk.

Selain itu, mempunyai teknologi Nanoe™ yang mana dapat membersihkan udara anda sepanjang aircond ini berfungsi, jadi anda tidak perlu lagi beli air purifier secara berasingan.

Aircond ini juga ada menggunakan sistem ECO+A.I. yang membolehkan aircond ‘belajar’ menyesuaikan penggunaan tenaga bagi meningkatkan penjimatan elektrik.

Penghawa dingin Panasonic ini akan adjust sendiri suhu berdasarkan saiz bilik, suhu, cuaca, dan sebagainya. 

Anda juga boleh menggunakan smartphone untuk mengawal suhu secara manual dari jarak jauh tau, sangat menarik!

Review;

“Aircond sejuk, Nanoe pun ada untuk habuk dan hilangkan bau. Bil elektrik pun tak banyak bayar tiap bulan”

Semak Midea MPH-09CRN1 1HP Portable Air Conditioner harga dibawah:
add_circle Mempunyai sleep mode
add_circle Ada alat kawalan jauh
add_circle Mudah alih
add_circle Cepat sejuk
remove_circle Agak bising (53-55dBa)
remove_circle Berat (23kg)

Aircond bersaiz kompak ini mempunyai sistem automatik Self Evaporative System, self-diagnosis dan auto-protection.

Dengan kekuatan motor 1.0HP dengan kapasiti penyejukkan sederhana iaitu 9000 (Btu/h) menjadikan kadar penggunaan elektrik pada tahap rendah (220-240 voltan). 

Jadi tiada masalah untuk anda menggunakan aircond ini sepanjang hari. 

Turut mempunyai fungsi Shower Cooling System dimana memberi putaran angin sejuk seperti kipas.

Sekaligus dapat memberi keselesaan pada setiap udara baru yang keluar kerana bakteria dan kotoran ditapis dengan penapis jenis Silver Ion. 

Aircond ini mempunyai waranti kompresor selama 5 tahun dan 1 tahun jaminan am.

Daikin SMARTO Premium R32 Inverter
Semak Daikin SMARTO Premium R32 Inverter harga dibawah:
add_circle Mempunyai penapis
add_circle Gas R32
add_circle 5 Star Energy Saving
add_circle Mempunyai sambungan Wifi
add_circle Jenis inverter
remove_circle Harga mahal

Daikin SMARTO bukan sahaja akan bantu buatkan udara sejuk malah akan membersihkan udara yang ada dalam bilik tidur anda.

Aircond ini menggunakan tiga sistem penapisan udara dan mempunyai sistem Smart Breeze yang membolehkan angin dikeluarkan pada kekuatan dan kelajuan berbeza.

Sistem Smart Drift pula memastikan angin dari aircond ini disalurkan secara menyeluruh ke setiap pelusuk bilik tidur anda.

Manakala, Sistem Smart Sleep membantu anda mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dengan memastikan suhu angin yang boleh adjust mengikut suhu badan anda ketika tidur.

Aircond Paling Murah
Midea
Midea Xtreme Cool R32 Non-Inverter
Semak Midea Xtreme Cool R32 Non-Inverter harga dibawah:
add_circle Cepat sejuk
add_circle Boleh sambung dengan wifi
remove_circle Penggunaan elektrik tinggi

Aircond ini menggunakan teknologi ‘High-Frequency Racer Tech’ yang membuatkan udara yang dikeluarkan sejuk serta merta apabila dihidupkan.

Dengan sistem dwi-penapisan, aircond ini dapat mengelakkan bakteria merbahaya merebak ke dalam bilik tidur anda.

Walaupun harga murah, aircond ini mempunyai aplikasi tersendiri untuk anda mengawal suhu daripada smartphone anda tau!

Paling penting, bunyi yang dihasilkan tidak bising kerana mempunyai sistem Mekeeps yang mana akan laraskan kekuatan angin mengikut suhu bilik anda secara automatik.

Aircond untuk rumah flat
Haier
Haier R32 1.0HP Inverter Aircond
Semak Haier R32 1.0HP Inverter Aircond harga dibawah:
add_circle Jimat elektrik
add_circle Tempoh warranty yang panjang
remove_circle Pemasangan kurang kemas, upah kontraktor sendiri

Aircond ini mempunyai 4-Star Energy Rating, dengan kata lain anda tidak perlu risau tentang bil elektrik.

Selain itu, aircond ini mempunyai ECO mode yang mana mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dari 20% hingga 60% ya, bayangkan berapa banyak elektrik anda jimat!

Penyaman udara ini terdapat filter PM2.5 yang memastikan udara dan habuk ditapis supaya dapat memberi udara yang segar dan bersih.

Waranti untuk jenama ini juga sangat berbaloi kerana anda akan dapat 3 tahun waranti untuk aircond dan 10 tahun waranti bahagian kompresor.

LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 1.0HP S3-Q09JA3WA
Semak LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 1.0HP S3-Q09JA3WA harga dibawah:
add_circle Menjimatkan tenaga
add_circle Fungsi Comfort Sleep
add_circle Pembersihan automatik
add_circle Permukaan tahan karat
remove_circle Bunyi aircond kuat

Adakah anda mencari penyejuk udara yang lebih canggih dan efisien untuk membantu anda mengatasi cuaca panas yang melampau untuk bilik tidur? 

Jika ya, LG 1.0HP Dual Inverter Deluxe Air Conditioner S3-Q09JA3WA ini pilihan ideal untuk anda.

Dilengkapi dengan teknologi Dual Inverter Compressor™ yang menghasilkan penyejukan udara yang lebih pantas, tahan lama dan senyap. 

Selain itu, mempunyai fungsi Comfort Sleep yang boleh mengubah suhu, kelajuan kipas dan arah hembusan udara secara automatik dengan hanya menekan satu butang sahaja. 

Turut mempunyai fungsi auto-cleaning yang menghalang pembentukan bakteria dan kulat pada penukar haba. 

Bukan itu sahaja, aircond ini dilengkapi dengan ciri 4 Way Swing yang dapat menyalurkan udara sejuk ke setiap sudut bilik dengan lebih pantas.

Jangan risau, aircond ini ada teknologi Gold Fin™ yang menjadikan permukaan lebih tahan karat.

Aircond yang jimat elektrik
SHARP
SHARP 1HP 1.5HP 2HP 2.5HP J-Tech Inverter Aircond (AHX9VED2) 1HP Air Conditioner Powerful
Semak SHARP J-Tech Inverter Aircond harga dibawah:
add_circle Teknologi J-Tech Inverter
add_circle Eco mode
add_circle Teknologi super jet mode
add_circle Pengagihan udara sekata
remove_circle Tiada casing wayar disediakan

Penghawa dingin ini mempunyai penyejukan yang terbaik dengan penggunaan kuasa yang sangat menjimatkan dan mempunyai rating bintang 5 untuk penggunaan tenaga elektrik.

Selain itu, penghawa dingin ini dilengkapi beberapa teknologi inovatif untuk meningkatkan keselesaan pengguna.

Antaranya teknologi super jet mode yang membolehkan anda menikmati hembusan udara sejuk dalam masa 5 minit sahaja dan menurunkan suhu ruangan sehingga 5 darjah dalam masa yang sama. 

Bukan itu sahaja, aircond ini juga mempunyai penyejukan yang cukup untuk cuaca yang sangat panas dengan suhu paling rendah sebanyak 14 darjah.

Hinsense R32 AN09CBG
Semak Hisense 1.0HP Standard Non-Inverter Air Con R32 AN09CBG harga dibawah:
add_circle Auto clean
add_circle 3 pilihan mod
add_circle Beroperasi tanpa bunyi
add_circle Fast cooling
remove_circle Remote display kecil

Dengan ciri One Button, Auto Clean, penghawa dingin CB Siri ini menggunakan 5 proses penetration, stripping, defrosting dan juga drying dimana dapat menjadikan penghawa dingin anda seperti baharu.

Bukan itu sahaja, juga mempunyai paparan led dan mod pintar dengan 3 pilihan tersedia, iaitu fan mode, dry mode dan cooling mode

Dilengkapi advanced control technology, penghawa dingin ini beroperasi tanpa bunyi, jadi sangat sesuai bagi anda yang mempunyai anak kecil kerana tidak menganggu waktu tidur mereka.

Tambah lagi dengan teknologi fast cooling dan anti mildew running, anda akan dapat menyejukkan udara dengan lebih cepat, dalam masa yang sama penghawa dingin ni dapat memberi udara yang segar kerana mampu menapis bakteria di udara.

Terdapat juga APP Control dimana anda dapat mengawal penghawa dingin hanya menggunakan telefon pintar anda. Download saja HiSmart Home App melalui App Store atau Google Play.

Jangan risau, penghawa dingin dari Hisense ini dapat jimat elektrik sehingga 45% kerana mempunyai ciri 5 star inverter TU Series.

Aircond yang senyap
Samsung
Samsung Windfree Premium Plus (AR-BYEAA)
Semak Samsung Windfree Premium Plus (AR-BYEAA) harga dibawah:
add_circle Aircond senyap
add_circle Ai auto cooling
add_circle Ada digital inverter boost
add_circle Guna sistem WindFree™
remove_circle Harga mahal

Dengan teknologi WindFree™ Cooling, penghawa dingin ini dapat berfungsi secara perlahan, senyap supaya anda dapat waktu tidur yang berkualiti, selesa dan lena. 

Selain itu, ia mempunyai Ai Auto Cooling yang boleh mengoptimumkan pelbagai mod dengan menganalisis keadaan bilik dan corak penggunaan anda.

Jangan risau walaupun terdapat banyak teknologi dalam penghawa dingin ini tapi dapat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 73% kerana mempunyai Digital Inverter Boost.

Malah dilengkapi magnet neodymium dan Twin Tube Muffler yang berfungsi dengan lebih efisien, senyap dan kesejukkan lebih tahan lama. 

Dengan menggunakan sistem WindFree™, anda boleh jimat sebanyak 77% lebih rendah berbanding fast cooling.

Jadi anda boleh gunakan penghawa dingin dari Samsung ini selama mungkin tanpa risau bil elektrik yang melambung.


Apakah Posisi Terbaik Aircond Di Dalam Bilik Tidur?

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda tidak pasti tentang kedudukan aircond dalam bilik tidur untuk mencapai suasana yang sejuk dan selesa?

Dalam bilik tidur, sebaiknya aircond diletakkan di dinding bahagian kiri atau kanan katil, bukan bahagian kepala atau kaki.

Ini kerana, dengan kedudukan mengiringi, aircond tersebut dapat mengeluarkan udara sejuk secara selaras ke seluruh badan dan ruangan bilik.

Kegunaan aircond amat penting semasa musim panas kerana dapat menurunkan suhu bilik serta memberi keselesaan ketika tidur.


Apakah Suhu Aircond Yang Sesuai Untuk Bilik Tidur?

Ramai yang beranggapan bahawa suhu paling rendah (biasanya 16c) adalah suhu terbaik untuk tidur.

Jawapannya salah! Sebenarnya suhu yang terbaik adalah suhu yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk untuk badan kita.

Percaya atau tidak, anda hanya perlukan suhu 24c sahaja untuk mendapatkan tidur yang lena dan selesa.

Suhu ini tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, jadi anda masih dapat rasa kesejukan aircond pada 24c, jangan risau.

Dengan suhu yang rendah juga, anda dapat menjimatkan bil elektrik yang digunakan.

Tambah pula kalau pakai inverter, memang berganda-ganda jimat!


Artikel Berkaitan

End of Article