Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Nikmati Udara Nyaman dengan 8 Kipas Angin dibawah RM 60

Cuaca kini semakin panas dan anda memerlukan lebih kipas untuk keperluan di rumah. Anda tercari-cari kipas yang anginnya kuat tetapi dalam harga yang murah. Siapa kata anda tidak boleh dapatkannya.

Cuaca panas membuatkan anda cepat berpeluh, dengan adanya kipas angin ini anda akan lebih berasa nyaman dan sejuk. Kipas yang murah tidak semestinya tidak baik, malah kipas yang murah ini selalunya lebih memberikan udara yang sejuk iaitu dua kali ganda dari kipas yang mahal harganya. Secara umum, bagi sebagian orang mungkin lebih memilih AC tetapi ternyata kipas angin memiliki banyak manfaat dibanding AC. Tidak hanya memberikan banyak manfaat, harga kipas angin juga lebih murah.

mulai
RM59.80
Semak DAIKIN ( KHIND ) Table Fan 12 harga dibawah:

Kipas angin ini memiliki penghantaran udara yang tinggi, memastikan pengudaraan yang dingin untuk anda sekeluarga. Ia mempunyai 3 tetapan untuk kelajuan angin iaitu perlahan, sederhana dan laju. Kipas yang bersaiz 30cm/12 inci ini sesuai untuk ruang bersaiz sederhana. Anda tidak perlu risau kerana bilah kipasnya berkualiti tinggi dan tahan lama, dengan adanya jaring penutup ia selamat untuk digunakan untuk keluarga yang mempunyai anak kecil. Jadi jangan was-was untuk dapatkannya.

mulai
RM55.00
Semak MIDEA Black Series Table Fan 12 harga dibawah:

Kipas ini mempunyai reka bentuk yang bersaiz sederhana dan warna yang sudah semestinya serasi untuk perabot di rumah yang lain. Kipas ini berkuasa 40W dan mempunyai motor berkelajuan tinggi. Kipas ini mudah untuk beroperasi kerana hanya mempunyai 3 pilihan kelajuan iaitu perlahan, sederhana dan laju. Dari segi keselamatan pula bilah kipas ini tidak boleh dipecahkan dan ia juga sangat mudah untuk dibersihkan. Anda kini dapat menikmati tidur anda dengan suasana aman dan sejuk kerana bunyinya yang tidak bising. Dapatkan kipas yang menggunakan penjimatan tenaga ini dengan segera.

mulai
RM68.00
Semak Midea 12 Electric Table Fan harga dibawah:

Midea sememangnya jenama yang sudah terkenal untuk peralatan rumah. Memberikan pengudaraan yang segar dan bersih. Dibina untuk pelbagai fungsi iaitu kipas, pennyahudaraan dan penyegaran kepada udara. Ia mempunyai 3 pilihan kelajuan dan berkuasa  60W dengan penjimatan tenaga. Kipas Midea ini juga perlahan dari bunyi bising dan sama sekali tidak menganggu anda. Kipas yang memberikan sensasi sejuk yang kuat dan pastinya dengan harganya yang mampu milik.

mulai
RM45.00
Semak Original Remax F2 360 Rotation Portable Mini Clip Fans harga dibawah:

Kipas ini bersaiz kecil dan sangat mudah untuk dibawa kemana sahaja kerana bentuknya dan saiznya yang kecil dan ringan. Ia sangat mudah untuk digunakan, anda hanya perlu plug dan pasang sahaja kerana ia menggunakan wayar usb. Ia mempunyai kelajuan berkuasa 3W dan pusingan kelajuan 3500rpm. Selain itu, kipas ini juga turut mampu membuat pusingan 360 dan angin yang agak kuat dan cukup sesuai untuk meja pejabat, belajar atau dimana sahaja anda inginkan. Kipas yang comel dan sangat sesuai untuk kegunaan harian.

mulai
RM48.35
Semak Table Fan Clip Strong Wind Fan harga dibawah:

Kipas yang bersaiz kecil ini sesuai untuk kegunaan dalaman sama ada dirumah ataupun di pejabat. Ia mempunyai perumahan plastik yang berkualiti tinggi dan bilah yang mampu berpusing dengan menghasilkan udara yang sejuk untuk anda. Kipas ini juga turut mudah dibersihkan anda hanya perlu mencabut perumah plastik tersebut. Walaupun ia bersaiz kecil tetapi ia bukan sebarangan kipas angin, ia berkelajuan 20W dan mampu memberikan angin yang kencang. Sangat mudah untuk digunakan kerana ia menggunakan kabel dan kabel yang panjangnya 150cm. Kipas ini datang dengan pelbagai jenis bentuk, anda boleh memilihnya mengikut kesukaan anda.

mulai
RM56.00
Semak Bilisha 12 Three Speed Table Fan harga dibawah:

Kipas meja ini bersaiz 12inci sangat sesuai untuk ruang sederhana rumah anda. Ia berkelajuan 45W dan mampu menghasilkan angin lembut yang kuat. Ciri-ciri bunyi yang rendah dari kipas ini mampu memberikan anda ketenangan ketika menggunakannya. Sangat sesuai untuk rumah, kegunaan pejabat dan juga sesuai untuk dijadikan hadiah.  Kipas ini mempunyai reka bentuk bled PP berkualiti tinggi dan mempunyai 3 tetapan kelajuan perlahan, sederhana dan kuat. Kipas yang ringan dan selamat untuk digunakan buat anda sekeluarga.

mulai
RM18.90
Semak KIZEN USB Rechargeable Portable Cooling Table Fan harga dibawah:

Struktur kipas ini kecil, ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Ia mempunyai 3 pilihan mod kelajuan angin, sangat mudah untuk digunakan. Kipas yang kos rendah dan menjimatkan anda kerana ia hanya menggunakan bateri litium berkapasiti standard. Kipas mudah alih ini sangat sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Kipas yang mudah digunakan dengan hanya pengecasan usb.

mulai
RM59.50
Semak Mastar MAS-712BFTC harga dibawah:

Salah satu produk utama jenama ini adalah kipas. Kipas ini dilengkapi dengan 3 pilihan kelajuan untuk dipilih, mengikut keinginan anda. Kipas ini juga sangat senyap membolehkan anda untuk tidur siang dan tidur dengan tenang dan selesa. Mastar 12" Box Fan MAS-712BFT juga dilengkapi dengan pemasa 60 minit, agar anda boleh mengunci pemasa untuk berfungsi hanya satu jam atau kurang dan ia akan menutup secara automatik. Kipas ini juga membolehkan aliran udara ditetapkan pada pelbagai sudut, sangat mudah sekiranya anda memerlukan bahagian tertentu untuk udara mengalir hanya pada sudut. Kipas yang sesuai untuk diletakkan di sudut meja anda atau di mana sahaja kerana permukaan tapaknya yang stabil.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article