Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Bentuk Amalan Gaya Hidup Sihat Dengan 7 Pengukus Terbaik

Masak dengan mudah dan sihat.

Sebuah pengukus adalah kelengkapan dapur yang bukan sahaja memudahkan proses memasak, bahkan alatan ini memasak makanan dengan cara yang lebih sihat. Tanpa penggunaan minyak, pengukus mampu menyediakan pelbagai jenis hidangan yang lazat. Dapatkan pengukus yang paling sesuai dengan keperluan anda dalam senarai yang telah kami sediakan di bawah!

Pengukus kayu sesuai untuk mengukus pau
Pengukus kayu sesuai untuk mengukus pau
Semak Multifunctional Bamboo Electric Steamer harga dibawah:

Walaupun dihasilkan dari kayu buluh asli dan kelihatan seperti sebuah pengukus tradisional, alat ini berfungsi dengan kuasa elektrik. Kelebihan pengukus kayu buluh adalah ciri menyerap lebihan stim yang diihasilkan ketika proses mengukus, menjadikan makanan tidak terlalu berair atau basah. Pengukus sesuai digunakan untuk mengukus kuih pau, hidangan tradisional seperti dimsum dan sayur-sayuran.

Pengukus untuk makanan bayi
Pengukus untuk makanan bayi
Semak Philips Avent Steamer & Blender harga dibawah:

Philips Avent menampilkan sebuah produk inovasi gabungan pengukus dan pengisar, khas untuk menyediakan makanan bayi. Gabungan dua fungsi ini bukan sahaja memudahkan tugas para ibu dalam menyediakan makanan yang sihat dan berkualiti untuk bayi mereka, bahkan alat ini juga dapat menjimatkan masa. Pengukus ini berfungsi dengan kuasa elektrik yang diaktifkan dengan palam elektrik atau USB. Alat bersaiz kompak juga membolehkan ia dibawa kemana sahaja.

Pengukus nasi terbaik
Semak Panasonic 2.2L Automatic Rice Cooker / Steamer harga dibawah:

Sebuah produk hibrid yang menggabungkan fungsi periuk nasi dan pengukus, alat jenama Panasonic ini sesuai digunakan untuk menanak dan mengukus nasi. Alat ini memiliki kapasiti 2.2-liter serta dilengkapi penutup lut sinar dan fungsi menghangatkan makanan (keep warm function). Tambahan, ia dihasilkan dari material polycarbonate yang menjamin alat kuat dan tahan lasak.

Pengukus besar sesuai untuk kegunaan industri
Pengukus besar sesuai untuk kegunaan industri
Semak Kuching 3 Layer Aluminum Steam Pot - 40 CM harga dibawah:

Pengukus bersaiz 40 sentimeter dengan tiga lapisan pengukus ini adalah besar dan sesuai untuk kegunaan industri. Pengukus ini adalah untuk digunakan di dapur gas sahaja. Dihasilkan dari material aluminum, pengukus ini dijamin kuat, tahan lama serta tidak mencemarkan makanan. Produk jenama Kuching ini adalah pilihan yang sesuai untuk perniagaan catering atau restoran.

Pengukus stainless steel terbaik
Semak Multifunctional Double Layer Stainless Steel Steamer harga dibawah:

Sebuah produk untuk kegunaan di dapur gas, pengukus yang dihasilkan dari bahan keluli tahan karat (stainless steel) ini membolehkan ia dibersihkan dengan mudah dan cepat. Pengukus ini juga memiliki dwi fungsi. Selain untuk mengukus, ia juga boleh digunakan sebagai periuk. Produk ini sesuai untuk kegunaan harian di rumah bagi menyediakan juadah buat seisi keluarga.

Pengukus kuih empat segi
Pengukus kuih empat segi
Semak Trio Extra Large 25 L Food Steamer harga dibawah:

Pengukus elektrik empat segi ini memiliki kapasiti yang besar dengan dua lapisan pengukus serta ciri cepat panas, mampu menjimatkan masa anda didapur. Alat ini juga dilengkapi ciri penjimatan tenaga elektrik serta penggera yang mematikan pengukus setelah alat beroperasi selama satu jam. Kini, menyediakan kuih-muih seperti lepat pisang, apam beras dan kek kukus menjadi lebih mudah dan cepat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article