Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Pressure Cooker Terbaik Untuk Memudahkan Kerja Di Dapur

Masak dengan lebih pantas.

Menyediakan juadah harian buat seisi keluarga sudah menjadi rutin buat para ibu. Namun masa yang suntuk serta kemudahan yang terhad boleh melambatkan kerja-kerja didapur.

Dengan produk pressure cooker atau periuk tekanan, kerja-kerja didapur dapat dimudahkan dan disingkatkan. Periuk tekanan menggunakan teknologi tekanan udara yang tinggi bagi mempercepatkan proses memasak. Tiada lagi masa dibazirkan untuk merebus daging dengan lama atau menunggu masakkan siap. Berikut adalah beberapa jenis periuk tekanan untuk kegunaan domestik yang terdapat di pasaran.

Pressure cooker dengan kapasiti besar
Pressure cooker dengan kapasiti besar
mulai
RM149.00
Semak Butterfly Pressure Cooker BPC32A (16.5L) harga dibawah:

Periuk tekanan klasik ini tidak menggunakan kuasa elektrik, sebaliknya ia adalah untuk kegunaan dapur gas. Periuk ini memiliki kapasiti yang besar, iaitu 16.5 liter serta dilengkapi ciri seperti injap keselamatan yang boleh dikunci (self-locked safety valve) untuk melindungi pengguna. Alatan ini sesuai digunakan untuk memasak daging dan pelbagai jenis kekacang.

Pressure cooker keluli tahan karat
No Brand
Pressure cooker keluli tahan karat
mulai
RM191.04
Semak Stainless Steel Pressure Cooker harga dibawah:

Diperbuat dari bahan keluli tahan karat, periuk tekanan ini dijamin kuat dan tahan lasak. Periuk terdapat dalam dua variasi saiz sederhana iaitu; 24 sentimeter dan 28 sentimeter. Periuk tekanan ini adalah untuk kegunaan dapur gas. Dilengkapi tangkai pemegang yang ergonomik serta mudah dipegang, periuk tekanan ini dapat memudahkan proses memasak.

Pressure cooker elektrik yang bagus
Pressure cooker elektrik yang bagus
mulai
RM391.00
Semak Philips 6L ME Computerized Electric Pressure Cooker harga dibawah:

Menampilkan rekaan gaya moden serta dilengkapi aplikasi berteknologi, periuk dari Philips ini adalah periuk tekanan yang menggunakan kuasa elektrik. Dengan ciri tetapan memasak automatik serta pemilihan tekanan yang sesuai untuk jenis masakan, periuk ini boleh melembutkan pelbagai bahan masakan hanya dalam beberapa minit sahaja. Periuk juga memiliki fungsi menghangatkan makanan (keep warm function) untuk memastikan makanan sentiasa panas.

Periuk tekanan tinggi terbaik
Periuk tekanan tinggi
mulai
RM189.00
Semak Elite Pressure Cooker harga dibawah:

Periuk tekanan buatan negara Itali ini memiliki kualiti premium, mampu menahan tekanan yang tinggi dan dijamin tidak pecah atau meletup. Periuk memiliki pemegang di bahagian kiri dan kanan untuk memudahkan proses mengangkat periuk. Dengan kapasiti sederhana iaitu sembilan liter, periuk tekanan ini sesuai untuk kegunaan menyediakan juadah harian.

Pressure cooker yang murah
Pressure cooker yang murah
mulai
RM46.40
Semak Trio Pressure Cooker 3.5L harga dibawah:

Periuk tekanan dari Trio ini diperbuat dari bahan aluminium yang kuat dan tahan lasak serta dilengkapi injap keselamatan. Tambahan, alatan ini juga dilengkapi tingkap keselamatan yang membolehkan pengguna memantau masakan didalam periuk. Bersaiz kompak dengan harga yang mampu milik, periuk tekanan ini sesuai untuk kegunaan harian buat keluarga yang kecil.

Pressure cooker dengan pelbagai fungsi
No Brand
Pressure cooker dengan pelbagai fungsi
mulai
RM178.00
Semak Electric Pressure Cooker 6 Programmed harga dibawah:

Periuk tekanan elektrik ini memliki pelbagai fungsi, antaranya untuk menanak nasi, memasak bubur, melembutkan daging, memasak ayam, kekacang dan memasak sup. Alatan ini juga memiliki pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti kunci automatik pada penutup periuk, sistem kawalan suhu serta ketahanan terhadap suhu dan tekanan yang tinggi. Dengan kapasiti enam liter, periuk tekanan elektrik ini boleh membantu anda menyediakan pelbagai jenis juadah dengan mudah.

Pressure cooker elektrik dengan periuk tidak melekat
Pressure cooker elektrik dengan periuk tidak melekat
mulai
RM179.00
Semak Midea 5.0L Pressure Cooker harga dibawah:

Midea membawakan sebuah produk periuk tekanan dengan kapasiti lima liter yang dilengkapi ciri periuk tidak melekat (nonstick pot). Periuk tekanan ini bukan sahaja memudahkan tugas memasak, tetapi menjimatkan masa mencuci juga. Tambahan, periuk ini mudah untuk digunakan dan dilengkapi ciri penghangatan (keep warm function) bagi mengekalkan suhu makanan setelah dimasak.

Artikel Berkaitan

End of Article