Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

17 Stand Mixer Terbaik 2024 (Untuk Beginner & Industry)

Kini, tangan tak lenguh lagi jika ada mesin ini di rumah!

Peminat baking, wajib ada sebuah stand mixer atau mesin uli tepung yang berkualiti.

Bukan apa, jika menggunakan mesin pengadun barulah adunan atau doh dapat menghasilkan tekstur yang gebu dan sempurna.

Mesin uli tepung atau mesin penguli doh sememangnya akan memudahkan anda untuk menghasilkan roti dan kek dengan pantas serta mudah.

Anda tidak perlu pening kepala mencari stand mixer terbaik, kami bantu senaraikan pelbagai jenama mixer terbaik dari brand mixer terbaik sebagai aset perniagaan atau pelengkap hobi dapur anda


Senarai 17 Mesin Pengadun Terbaik di Malaysia

Stand mixer terbaik secara keseluruhan
perysmith stand mixer
Semak PerySmith Stand Mixer EasyCooking Series (5.5L/1200W) harga dibawah:
add_circle Whisk smpai ke dasar bowl
add_circle 6 tetapan kelajuan
add_circle Mempunyai transparent pouring shield
add_circle Mangkuk pengadun boleh dilepaskan
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Hanya ada warna merah
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab menjadi pilihan:

Hadir dalam warna merah yang cantik, stand mixer PerrySmith antara jenama yang paling dipercayai ramai pengguna dan mempunyai transparent pouring shield.

Sangat sesuai untuk newbie yang baru mula belajar baking atau buat roti sendiri.

Proses menambah bahan-bahan juga mudah dan boleh menampung sehingga 1kg tepung.

Ciri-ciri: 

Sesuai untuk dapur kecil, hanya perlu tekan satu butang untuk mencondongkan kepala stand mixer semasa menambah bahan-bahan dalam mangkuk.

Mempunyai ciri multi-directional whipping dan dilengkapi 6 tetapan kelajuan yang boleh mengadun bahan dengan lebih sekata. 

Gear stand mixer diperbuat daripada logam yang kukuh dan mempunyai kawalan kelajuan elektronik dengan motor jenis AC. 

Kelajuan putaran maksimum 220 putaran seminit dan kelajuan putaran minimum 85 putaran seminit. 

Mempunyai jaminan 2 tahun untuk motor dan diiktiraf SIRIM.

Rekaan:

Dengan transparent pouring shield, membolehkan pandangan penuh dalam mangkuk dan memudahkan untuk menambah bahan seperti tepung atau susu tanpa tertumpah di tepi stand mixer.

Malah, boleh melindungi campuran tepung dari lalat atau masuk bendasing seperti rambut.

Mixing bowl pula diperbuat dari keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan dari mesin dan mempunyai kapasiti untuk memproses sehingga 1kg tepung dan dua belas putih telur.

Stand mixer heavy duty dengan kapasiti mangkuk 5.5 liter dan panjang kabel 130cm.

Aksesori:

Gunakan akesori yang diberikan seperti dough hook, flat beater dan whisk untuk membuat kek serta pencuci mulut sendiri di rumah. 

Whisk diperbuat daripada keluli tahan karat, dough hook logam dan flat beater yang mempunyai spray protection untuk yis dan adunan roti.

Whipping cream yang dihasilkan juga lebih gebu.

Tengok sahaja YouTube dan boleh siapkan satu biji kek untuk majlis hari lahir anak-anak di rumah. Lagi jimat kan! 

Review:

“So far sangat berpuas hati. Sesuai untuk rumah kecil yang tidak mempunyai ruang dapur yang luas. Mixer ni sederhana je saiznya. Bunyinya pun tak kuat sangat. Yang paling saya suka dekat bahagian bawah tapak ada macam getah. Bila kita letak body mixer tu tak akan bergerak-gerak. Warna pun cantik merah terang, ringan dan berfungsi dengan baik.”

DESSINI ITALY 6 Speed Electric Stand Mixer (6.5L)
Semak DESSINI ITALY 6 Speed Electric Stand Mixer (6.5L) harga dibawah:
add_circle Mempunyai 6 pilihan kelajuan
add_circle Motor 1400W
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Mempunyai planetary motion
add_circle Mangkuk pengadun stainless steel
remove_circle Harga mahal

Ada yang mencari stand mixer yang cantik tapi tetap berkualiti? Mesin pengadun Dessini Italy pilihan yang tepat.

Lagipun Dessini merupakan produk yang cantik dan sesuai dengan semua tema dapur.

Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk membeli stand mixer yang hadir dengan lima pilihan warna ini. 

Terdapat warna merah, hitam, kelabu, biru dan merah jambu.

Lepas ini, dapur anda akan kelihatan lebih berseri dengan kehadiran mesin pengadun ini. 

Ciri-ciri:

Kuasa motor dengan tenaga 1400w menjadikan mesin pengadun dengan putaran yang kuat serta pilihan yang sesuai untuk kuantiti yang banyak. 

Dilengkapi dengan bahagian kepala yang boleh diangkat ke atas (tilt up) membuatkan stand mixer terbaik ini mudahkan anda untuk mengeluarkan doh yang telah siap diadun. 

Lagipun rekaan mesin ini bercirikan ergonomik memberi keselesaan tangan untuk mengisi bahan kedalam mangkuk adunan dan mengeluarkan adunan atau doh. 

Menariknya lagi, mempunyai enam pilihan kelajuan perlahan yang sesuai jika anda mahu membuat doh biskut atau roti. 

Paling menarik, jika terdapat doh terpercik, jangan risau boleh dielakkan kerana mesin ini turut mempunyai ‘splash cover’.

Stand mixer dari Dessini tak mudah bergegar ketika digunakan kerana terdapat silikon pada tapak bahagian bawah untuk mengelakkan daripada tergelincir.

Rekaan:

Dengan kapasiti mangkuk 6.5 liter ini sesuai untuk anda yang memiliki anak yang ramai atau mereka yang baru saja mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kuih dari rumah.

Kelajuan tingginya pula boleh digunakan untuk bahan seperti krim atau untuk membuat aiskrim. 

Aksesori:

Terdapat pelbagai aksesori tambahan iaitu flat beater, balloon whisk dan spiral dough hook yang akan memudahkan anda menguli, memukul atau mengadun bahan-bahan kek dengan mudah.

Jadi tiada isitilah tangan kotor ketika membuat kek!

Review:

Feedback dari pembeli Shopee juga rata-rata berpuas hati dengan mesin pengadun cantik ini. 

Ada yang jadikan sebagai hadiah untuk para ibu dan dibuat sebagai koleksi tambahan perkakasan dapur. 

Semak Innofood KT-7500 Heavy Duty Professional Stand Mixer (7L) harga dibawah:
add_circle Motor induksi 500W, jimat tenaga
add_circle Ada manual pengguna
add_circle Bahagian kepala boleh diangkat (tilt-up)
remove_circle Harga mahal
remove_circle Berat 18kg

Untuk anda yang perlukan mesin pengadun tahan lasak dan boleh digunakan untuk menguli adunan dalam kuantiti yang banyak, boleh dapatkan mixer terbaik dari Innofood.

Ini kerana merupakan stand mixer jenis heavy duty

Ciri-ciri:

Mempunyai jaminan sehingga 5 tahun untuk bahagian motor manakala hanya setahun warranty untuk alatan lain pada mesin ini. 

Turut dilengkapi dengan 11 pilihan kelajuan serta suis LED yang sangat memudahkan penggunanya untuk memulakan kerja-kerja mengadun bahan kek dan roti. 

Jangan khuatir, motor mesin ini hanya 500w demi menjanjikan penggunaan tenaga yang rendah.

Terdapat kelebihan pada putaran mesin yang senyap dimana tidak mengganggu jiran sebelah.

Paling penting turut mempunyai sistem keselamatan kekunci supaya mangkuk tidak terkeluar atau tergelincir ketika proses memutar. 

Rekaan:

Mesin ini direka khas untuk mereka yang gemar membuat pavlova kerana kapasiti mangkuknya cukup besar iaitu 7 liter.

Jadi memang sesuai untuk membuat meringue yang ringan dan kembang dengan cantik.

Manakala, struktur stand mixer ini amat teguh diperbuat dari keluli pada dan mempunyai berat 18 kilogram. 

Cukup selamat jika diletakkan ditempat tinggi seperti meja atau kabinet dapur anda. 

Dengan kemampuan menguli doh sehingga 1 kilogram, apa jua bayangan pastri anda pasti dapat terlaksana! 

Aksesori:

Bagi setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori menarik.

Seperti flat beater, dough hook, silicone cream beater dan whisk, juga mempunyai splash guard yang akan menghalang bahan adunan daripada terpercik.

Sekali gus memastikan bahagian dapur anda kekal bersih. 

Review:

Setiap ulasan dari pembeli di Shopee amat kagum dengan mesin ini. 

Ramai yang bersetuju stand mixer Innofood cukup berbaloi, motor mesin senyap dan memberi putaran bersih sampai ke bawah mangkuk.

KitchenAid Artisan 4.8L Tilt-Head Stand Mixer (5KSM125)
Semak KitchenAid Artisan 4.8L Tilt-Head Stand Mixer harga dibawah:
add_circle Stabil
add_circle Kuasa 300W
add_circle Mudah dicuci
add_circle Rekaan elegan
add_circle Mangkuk stainless steel 4.8 liter
remove_circle Harga sangat mahal

Jenama alatan dapur KitchenAid dari Amerika Syarikat ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Memang terkenal dengan rekaan mesin pengadunnya yang cantik dan sesuai untuk pelbagai jenis tema dapur. 

Setanding dengan harganya, kualiti produk ini memang bagus dan sangat berbaloi untuk dibeli. 

Ciri-ciri:

Stand mixer KitchenAid mempunyai 10 pilihan kelajuan dan boleh digunakan untuk mencuba pelbagai jenis resepi. 

Bahan-bahan untuk membuat roti atau kek juga akan diadun dengan sebati dan cepat kerana ia dilengkapi dengan ciri 59-point planetary mixing action. 

Mesin pengadun KitchenAid turut mampu menghasilkan sehingga 9 dozen biskut atau 4.5 buku roti dalam satu-satu penggunaan. 

Tak perlu tunggu lama-lama untuk siapkan makanan dalam kuantiti yang banyak. Jimat masa bukan? 

Rekaan:

Walaupun memiliki saiz besar tapi menggunakan kuasa hanya 300w. 

Ini kerana motor stand mixer dari jenama Kitchen Aid dipasang terus pada power hub, supaya tidak berlaku kekurangan atau putaran mixer yang lemah. 

Kekerapan pusingan stand mixer ini terbaik dengan yakni memastikan setiap bahan dicampur dan diadun dengan baik sekali. 

Aksesori:

Aksesori seperti flat beater, mangkuk dan dough hook mixer ini selamat untuk dibasuh dalam mesin pencuci pinggan.

Jadi akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan selepas siap digunakan. 

Bukan itu sahaja, body stand mixer ini boleh dipasang dengan pelbagai attachment accessories yang lain seperti food grinder, ice cream maker, pasta roller & cutter dan banyak kali. 

Cuma dijual secara berasingan dan boleh dapatkan melalui authorised seller Kitchen Aid. 

Tak ada masalah jika anda buat doh piza, roti atau pasta dengan kuantiti yang banyak.

Ini kerana  mesin uli tepung ini mampu memproses kira-kira 12 biji putih telur dan sehingga 1 kilogram tepung dengan setiap kali penggunaan. 

Jadi anda tak perlu buat batch by batch, lebih-lebih lagi buat anda peniaga home-baker.  

Review:

Teruja membaca review para pembeli di Shopee, stand mixer tidak bergoyang langsung walaupun dipaksa mengadun 500 gram tepung. 

Bagi anda yang gemar membuat roti, stand mixer Kitchen Aid ini antara yang terbaik untuk menguli doh roti. 

Mixer yang bagus untuk beginner
Panasonic
Panasonic MK-GB3 Stand Mixer 5-Speed Selection (3L)
Semak Panasonic MK-GB3 Stand Mixer 5-Speed Selection (3L) harga dibawah:
add_circle 5 pilihan kelajuan
add_circle Jenis portable & mudah dialihkan
add_circle Harga murah
remove_circle Bekas pengadun tidak sesuai kuantiti banyak

Nampaknya pencarian anda untuk dapatkan stand mixer bagus dan sesuai untuk sahabat atau ahli keluarga yang baru belajar pastri sudah pun berakhir dengan pembelian produk Panasonic ini. 

Harganya cukup murah dan berpatutan!

Ciri-ciri:

Walaupun harganya murah, tapi dapat menghasilkan kualiti adunan yang dihasilkan tidak mengecewakan. 

Lagi best, stand mixer ini mempunyai pilihan 5 putaran kelajuan pula setanding dengan penggunaan kuasa 175w yang rendah. 

Bagi memastikan aktiviti baking anda dapat disiap dengan cermat serta efisien. 

Bekas pengadun pula yang diperbuat daripada plastik yang berkapasiti 3 liter ini sudah lebih daripada cukup untuk anda buat sebiji kek dalam satu masa.

Jenama mixer terbaik untuk beginner ini wajib dimiliki oleh suri rumah atau individu bujang yang gemar membuat sendiri piza dan pemanis mulut.

Rekaan:

Stand mixer ini boleh dioperasikan dengan dua cara iaitu sebagai stand mixer atau hand mixer

Jadi, anda boleh pilih mana-mana kaedah yang sesuai dengan adunan.

Disebabkan stand mixer ini boleh beroperasi dua fungsi, Panasonic berikan kelebihan wayar kabel sepanjang 1.7 meter. 

Anda juga boleh bertukar mengadun hand mixer menggunakan mangkuk sendiri untuk dapatkan adunan kuantiti yang banyak. 

Saiz yang kecil dan mudah alih sudah pasti menyenangkan anda untuk tujuan penyimpanan. 

Aksesori:

Dilengkapi dengan aksesori seperti beater dan dough hook.

Review:

Kebanyakan pembeli menjadikan stand mixer Panasonic ini sebagai hadiah kahwin buat teman mereka. 

Ada yang cukup teruja dengan kelajuan putaran dan rekaan stand mixer yang menarik.

Sunatur Stand Mixer 10L SM-15110NL
Semak Sunatur Stand Mixer 10L SM-15110NL harga dibawah:
add_circle Putaran jenis planetary, bahan mudah sebati
add_circle Ada suis keselamatan
add_circle Bahagian bawah tidak gelincir
add_circle Ada dough hook, flat beater & whisk
add_circle Cantik, rekaan mewah
remove_circle Harga mahal

Anda yang ingin memulakan perniagaan kek dari rumah secara kecil-kecilan boleh cuba dapatkan mesin pengadun dari Sunatur Stand Mixer model SM15110NL.

Ciri-ciri:

Saiz motor berkuasa 2200w dan tahan lama kerana motor yang disaluti tembaga yang tidak akan karat. 

Walaupun saiz motor berkuasa tinggi tapi stand mixer 10 liter ini menggunakan tenaga yang rendah sekadar 220v.

Ini kerana putaran adunan yang kuat serta singkat menjadikan sebuah perkakas dapur yang menjimatkan elektrik. 

Jangan risau, mesin pengadun yang besar dan berkualiti dijual pada harga cukup berpatutan kurang dari RM1000. 

Tambahan pula, mesin pengadun ini mempunyai suis putaran dengan enam pilihan kelajuan beserta fungsi pulse

Sistem yang selamat daripada tertekan terus pada putaran.

Mesin yang mempunyai berat 8 kilogram ini kukuh dan pada bahagian bawah kaki dipasang kaki getah supaya tidak berlaku pergerakan ketika mengadun bahan masakan. 

Serta bentuk putaran 'planetary rotation’ memastikan adunan sebati hingga ke dasar bekas.

Rekaan:

Bekas pengadun yang muat dengan kapasiti 10 liter ini kami cadangkan 500 - 2500 gram tepung, doh seberat 3.75 kilogram, 5 hingga 40 biji telur dan 500 - 3000ml krim. 

Ini sudah cukup membuktikan stand mixer ini besar dan boleh membantu anda untuk menyiapkan apa-apa pastri dengan cepat dan pantas. 

Selain itu, stand mixer ini direka dengan ciri tetapan masa LCD atau timer di mana mesin akan berhenti secara automatik apabila masa yang ditetapkan telah tamat. 

Jadi anda dapat mengikut rentak resepi mengadun dengan tepat, tidak seperti menggunakan butang knob

Dalam masa yang sama anda boleh melakukan kerja-kerja lain seperti mengemas rumah atau memasak sementara menunggu.

Tak perlu bazirkan masa untuk menunggu.

Paling best, bahan-bahan seperti tepung dan telur juga boleh ditambah dengan mudah tanpa terpercik ke luar walaupun stand mixer sedang berfungsi.

Ini kerana mempunyai pelindung keselamatan dengan lubang yang terbuka (splash guard cover).

Review:

Ulasan pembeli pula mengatakan sememangnya berbaloi dengan ‘pelaburan’ terbaru mereka ini dengan Suntaur stand mixer

Lagipun boleh menguli sehingga 5 kilogram bancuhan dan fungsi pulse seperti food processor.

Sangat memudahkan kerja!

Stand mixer terbaik untuk roti
The Baker 6.5L Stand Mixer ESM989
Semak The Baker 6.5L Stand Mixer harga dibawah:
add_circle Penutup mangkuk pengadun boleh ditanggalkan
add_circle Suis putaran dengan 6 pilihan kelajuan
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Kuasa 1300W
remove_circle Bunyi agak kuat

Nak dapatkan hasil doh yang cantik untuk kek atau roti homemade anda? 

Boleh realisasikan impian tersebut dengan mesin pengadun roti yang cukup popular ini.

Ciri-ciri:

Anda yang ingin membeli stand mixer The Baker boleh buat seberapa banyak buku roti yang diingini kerana mesin ini yang cukup tahan lama. 

Walaupun dijamin dapat bertahan lama, warranty yang diberikan juga agak lama iaitu tempoh setahun.

Kelajuan motor mempunyai kuasa 1300w dan penggunaan tenaga elektrik yang normal 240v. 

Menariknya lagi, stand mixer ini lengkap dengan rekaan mekanisme gear yang mantap. 

Malah, mesin pengadun roti turut hadir dengan beberapa pilihan warna menarik seperti merah, aqua atau merah jambu.

Pilih sahaja warna kegemaran anda sebagai pelengkap nilai estetika dapur anda. 

Rekaan:

Stand mixer ini mempunyai kebolehan untuk memproses sehingga 1.5-2 kilogram bahan campuran dengan kapasiti mangkuk sebesar 6.5 liter. 

Jangan risau, stand mixer ini memang direka khas untuk mengendalikan adunan doh roti yang banyak. 

Dengan mesin ini, anda boleh pilih putaran kelajuan tetap sehingga kadar enam dari butang knob yang mudah laras. 

Aksesori:

Setiap pembelian anda akan dapat hook penguli khas untuk sebarang doh dengan yis seperti doh roti. 

Uniknya lagi, aksesori tersebut mempunyai spray protection untuk mengelak dari berkarat.  

Manakala alat whisk pula diperbuat daripada stainless steel supaya tidak mudah rosak atau calar. 

Review:

Ulasan pengguna di Shopee pula mengatakan mesin pengadun The Baker memang membantu untuk membuat roti seperti prata. 

Mesin ini juga tak akan tergelincir kerana bahagian kakinya merupakan jenis non-slip

Stand mixer low watt terbaik
Midea
Midea Stand Mixer SM0293 400W
Semak Midea Stand Mixer 400W harga dibawah:
add_circle Jaminan 1 tahun
add_circle Ada whisk, dough hook & turbo beater
add_circle Butang sesentuh ejector
remove_circle Pilihan warna terhad

Kebanyakan resepi kuih atau kek memerlukan anda untuk memiliki mixer yang bagus agar makanan yang dihasilkan lebih gebu walaupun disiapkan dengan pantas

Oleh itu, anda disyorkan untuk dapatkan mesin pengadun dari Midea ini kerana sangat murah dan berpatutan. 

Ciri-ciri:

Mesin pengadun Midea mempunyai lima pilihan kelajuan dengan butang fungsi turbo.

Setiap bahan seperti krim, telur, tepung dan coklat dapat digaul dan sebati dengan mudah.

Walaupun stand mixer murah anda tetap boleh bakar kek, biskut raya, roti dan banyak lagi pilihan resepi pastri.  

Anggaran mesin kecil ini boleh menyiapkan dua biji kek bersaiz 6 inci. 

Stand mixer kecil dan murah ini menggunakan kuasa motor 400w dapat menghasilkan tekstur doh atau adunan yang terbaik sama seperti jenama stand mixer yang mahal.

Ciri lain lagi, stand mixer ini mempunyai sistem butang khas ‘One Touch Beater Ejector’ yang berfungsi untuk menukar pemukul tanpa perlu menarik keluar. 

Jadi anda tidak perlu mengotorkan tangan untuk menanggal atau menukar aksesori. 

Malah, bahan adunan tidak terdedah pada kotoran pada tangan.  

Rekaan:

Bahagian kepalanya boleh diangkat bagi memudahkan anda untuk mengeluarkan adunan yang telah siap dicampurkan. 

Sekaligus tidak akan mengotorkan mesin mahupun sekeliling dapur anda. 

Reka bentuk stand mixer ini simple dan hanya terdapat dua pilihan warna merah dan hitam. 

Aksesori:

Anda akan menerima set aksesori tambahan stand mixer Midea seperti mangkuk adunan stainless steel, dough hook, whisk dan turbo beater

Review:

Ulasan dari para pembeli di Shopee rata-ratanya cukup positif dengan rekaan mesin yang cantik dan putaran adunan yang laju.

SSODD Stand Mixer 20L Commercial Bowl
Semak SSODD Stand Mixer 20L Commercial Bowl harga dibawah:
add_circle Kapasiti bekas pengadun 20 liter
add_circle Ada pilihan tetapan masa
add_circle Kuasa 1100W
add_circle 3 pilihan kelajuan (perlahan, sederhana & tinggi)
remove_circle Harga sangat mahal

Para peniaga pasti memerlukan sebuah mesin pengadun khas untuk menyediakan adunan bahan yang banyak. 

Stand mixer komersial dari SSODD antara yang boleh mengubah proses adunan kek, biskut atau roti anda lebih mudah dan cepat. 

Ciri-ciri:

Merupakan sebuah mesin pengadun dengan kemampuan mangkuk adunan berkapasiti 20 liter yang mampu menguli 2 hingga 4 kilogram tepung doh dalam satu masa. 

Rekaan:

Jangan risau, tiada masalah mesin bergegar kerana ia dikawal dengan sifat teguh mesin yang berat sekitar 65-70 kilogram. 

Disamping bantuan kaki getah dibahagian bawah mesin supaya ia kekal stabil sepanjang proses mengadun yang banyak. 

Mekanisma stand mixer ini direka dengan tuas bengkok yang boleh laras antara mangkuk pengadun dan kepala mesin.

Jadi anda boleh menambah kuantiti bahan dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan bekas pengadun atau menanggalkan hook. 

Aksesori:

Sistem kuasa dengan 1100w dan 3 pilihan kelajuan tetapan bersama bantuan aksesori asas baking seperti flat beater, dough hook dan whisk.

Pilihan kelajuan ini dapat menyenangkan aktiviti-aktiviti baking anda di kedai bakery

Review:

Pembeli cukup berpuas hati dengan rekaan stand mixer SSODD yang kukuh dan berat.

Mixer yang murah & berkualiti
Pensonic
Pensonic Chef’s Like Stand Mixer PM-214 (3L)
Semak Pensonic Chef’s Like Stand Mixer PM-214 (3L) harga dibawah:
add_circle Tempoh jaminan 1 tahun
add_circle Boleh juga jadi hand mixer
add_circle Mudah dikendalikan
remove_circle Kapasiti bekas pengadun hanya 3L

Mencari sebuah stand mixer yang murah? Pensonic Chef’s Like model PM-214 antara stand mixer yang paling murah dan mampu membantu proses menguli, mengadun dan memukul pelbagai bahan kek, biskut dan banyak lagi. 

Ciri-ciri:

Ia juga boleh diubah kepada dua cara samada stand mixer atau hand mixer mengikut kesesuaian cara anda.

Mesin ini cukup ringan dan mudah dikendalikan bagi anda yang baru sahaja mula menggunakan stand mixer

Lengkap dengan tetapan kelajuan 5 pilihan putaran dikuasakan dengan enjin motor bersaiz 200w.

Tambahan pula, mangkuk adunan stand mixer ini berputar secara automatik.

Jadi setiap saki-baki bahan adunan yang tertinggal dapat dicampur tanpa perlu proses pengasingan. 

Ciri-ciri lain yang ada pada stand mixer Pensonic ialah saiz mangkuk 3 liter, jaminan produk selama satu tahun dan kelajuan turbo power. 

Rekaan:

Walaupun rekaan mesin ini agak klasik dan hambar tapi masih mempunyai fungsi keselamatan seperti kepala mesin boleh diangkat untuk memudahkan proses menambah bahan dan ia mempunyai butang khas untuk menanggalkannya. 

Aksesori:

Setiap pembelian akan hadir bersama dengan whisk dan dough hook yang hadir dalam 2 pasang. 

Review:

Jualan stand mixer sebanyak 990 buah di Shopee, rata-rata pembeli suka dengan hasil adunan dari mesin kecil ini.

Ia mesra poket, mesra pengguna dan selamat.

Harga pula tidak sampai dari RM150!

Stand mixer yang tidak bising
Corvan
Corvan Stand Mixer M47
Semak Corvan Stand Mixer M47 (Ultra-quiet operation) harga dibawah:
add_circle Motor DC
add_circle 6 pilihan kelajuan & fungsi pulse
add_circle Mengurangkan masalah bahan terpercik ke luar
add_circle Jimat tenaga hingga 50% (berbanding mixer dengan motor AC)
add_circle Ada pouring shield
remove_circle Mesin akan bergegar jika uli kuantiti adunan yang banyak.

Mesin pengadun tepung dari Corvan ini menjadi idaman para suri rumah dan mereka yang gemar baking.

Tapi harganya boleh jatuh harga serendah RM400 ketika musim diskaun.

Tip kami, sentiasa add to cart mesin ini di aplikasi Shopee dan Lazada anda.

Ciri-ciri:

Bagi yang suka menonton televisyen atau berbual ketika baking, memang digalakkan untuk beli stand mixer ini sebab jenis senyap.

Motornya menghasilkan bunyi serendah 37 - 58 dB sahaja walaupun di pasang pada tahap kelajuan yang tinggi.

Ini kerana stand mixer jenama Corvan menggunakan motor jenis DC dimana lebih senyap, 50% jimat tenaga.

Penggunaan elektrik pun hanya menggunakan 600w walaupun stand mixer Corvan bersaiz sederhana. 

Rekaan:

Mesin ini sangat mengutamakan keselamatan kerana mempunyai ciri sensor keselamatan dimana akan berhenti secara automatik jika bahagian motor kepalanya diangkat. 

Malah jika berlaku lintar pintas elektrik, mixer secara automatik terpadam dan kembali pada kelajuan ‘0’. 

Perbezaan mangkuk Corvan dengan jenama lain, ia ditambah dengan tempat pemegang mangkuk yang bersaiz 4.7 liter. 

Jadi, pengguna boleh mengangkatkan mangkuk dengan mudah dan menuang adunan terus kedalam baking tray secara efisien.

Aksesori:

Set aksesori tambahan stand mixer Corvan terdiri dari wire whisk, flat beater dan dough hook. 

Jika anda berangan nak buat doh piza, roti atau cupcake semuanya boleh dengan stand mixer ini. 

Review:

Kalau baca review pengguna, kebanyakan mereka kagum dengan silent operation mesin ini. 

Kelebihan mesin ini tidak bergoyang, ringan dan mangkuk adunan kukuh ketika proses memukul dan menguli doh. 

Stand mixer terbaik untuk roti
khind stand mixer
Semak Khind Stand Mixer (5 L) SM500P SM506P harga dibawah:
add_circle Tetapan 6 kelajuan tanpa langkah
add_circle Penutup percikan lutsinar
add_circle Kaki getah tidak licin
add_circle Bahan campuran sekata
add_circle Pelbagai perlindungan keselamatan
remove_circle Harga mahal

Reka bentuk mangkuk pengadun 5L yang besar sesuai untuk keluarga besar atau jamuan makan-makan di rumah.

Lebih selamat dengan pelbagai perlindungan keselamatan dan tetapan kelajuan memudahkan kawalan terhadap stand mixer Khind.

Ciri-ciri:

Mesin motor 1000w ini juga dilengkapi tetapan 6 kelajuan yang boleh dikawal mengikut keperluan.

Pilih sahaja sama ada ingin membuat doh, memukul telur atau fungsi mencampur bahan.

Dengan planetary mixing action, setiap bahan dicampur dengan sekata.

Mangkuk pengadun juga tahan karat dan boleh ditanggalkan dari mesin serta memudahkan anda untuk membersihkan stand mixer.

Rekaan:

Penutup percikan lut sinar juga tersedia dan reka bentuknya lebih mesra pengguna.

Jangan risau, stand mixer Khind turut mempunyai kaki getah tidak licin, stabil dan sukar untuk bergerak.

Jadi, mengurangkan pengeluaran bunyi ketika menggunakan stand mixer ini.

Aksesori:

Setiap pembelian diberikan pemukul, whisk, cangkuk keluli yang tahan karat dan spatula silikon secara percuma.

Review:

Warnanya cantik, sedikit besar dan berbunyi tapi boleh menguli doh dengan baik.

Melekat kuat pada lantai dan stabil dengan berat hanya 5.1kg.

Stand mixer fungsi berdiri dan tangan
samu_giken_stand mixer
Semak Samu Giken 2 in 1 Multi Pro Tatsumaki Stand Mixer harga dibawah:
add_circle Lima pilihan kelajuan
add_circle Fungsi berdiri dan tangan
add_circle Mangkuk keluli tahan karat
add_circle Badan tahan lasak
remove_circle Harga sedikit mahal

Gunakan pengadun berdiri Samu Giken untuk membuat kuih raya, homemade pastri dan konfeti yang lazat yang akan membuat orang tersayang anda teruja.

Dengan fungsi berdiri dan tangan, sememangnya menjimatkan masa dan pilih mana-mana fungsi yang anda suka.

Ciri-ciri:

Pengadun Tatsumaki (berdiri dan tangan) Samu Giken model SM300SV mempunyai nilai voltan 220 dan kuasa 500 watt.

Terdapat lima pilihan kelajuan yang berbeza;

  • Kelajuan rendah (1, 2) untuk memukul batter ringan/cecair, campuran putih telur atau tepung.
  • Kelajuan sederhana (3) untuk proses pencampuran yang konsisten.
  • Kelajuan tinggi (4, 5) untuk campuran whipping cake, sos dan sebagainya, serta menguli secara konsisten.

Namun, untuk kelajuan tinggi (4, 5), jangan gunakan lebih daripada satu minit untuk mengelakkan motor terlalu panas.

Gunakan kaedah hand mixer atau stand mixer dengan mangkuk adun. 

Ia akan menjimatkan banyak masa dan tenaga anda kerana proses mengadun dan menguli dilakukan secara automatik oleh mesin.

Menggunakan dough hook, stand mixer ini mampu menguli sehingga 500 gram adunan roti yang menggunakan yis dalam masa 5 minit. 

Adunan roti ini perlu diuli dengan betul supaya teksturnya lembut dan mengembang.

Selain itu, mesin pengadun ini boleh membuat wafel, pancake, krim, mayonis, sos dan lain-lain dengan menggunakan beater dan stand mixer.

Rekaan:

Dari segi reka bentuk, stand mixer Samu Giken nampak moden, tahan lama dan mempunyai badan yang tahan lasak.

Diperbuat daripada ABS dan mangkuk keluli tahan karat dengan kapasiti 3 liter.

Perkakas dapur ini dilindungi beberapa jaminan seperti jaminan 2 tahun untuk manufacturing defect dan jaminan dua minggu yang merangkumi perlindungan bahagian haus dan rosak.

Aksesori:

Setiap pakej pembelian termasuk satu unit mesin pengadun, satu unit mixer stand, 2x pemukul, 2x dough hook, 1x stainless steel bowl, buku tutorial pengguna dan 3 pin plug top.

Review:

"Mesin bunyi senyap. Mixer bersaiz sederhana sesuai untuk dapur sederhana, ringan dan speed 1 dah laju. Boleh juga bagi hadiah kahwin kepada kawan."

MMX Revolve Eco R60 1400W 6 Speed Cake Kitchen Blender Stand
Semak MMX Revolve Eco R60 1400W 6 Speed Cake Kitchen Stand Mixer 6L harga dibawah:
add_circle Gear logam yang teguh
add_circle Mangkuk boleh tanggal dengan pemegang
add_circle Tetapan 6 kelajuan
remove_circle Harga mahal

Stand mixer jenis heavy duty ini dilengkapi mangkuk besi anti karat berkapasiti 6 liter yang mampu memproses sehingga 1kg tepung dan 12 biji putih telur. 

Turut mempunyai pengesahan SIRIM.

Ciri-ciri:

Motor berkuasa 1400W dengan 6 kelajuan putaran memastikan semua bahan teradun dengan sekata.

Ia juga mampu menguli doh dengan baik sehingga mencapai tekstur yang lembut.

Keupayaan mengadunnya yang bagus membolehkan stand mixer ini menyiapkan pelbagai jenis adunan dengan cepat dan sekata. 

Mangkuk keluli anti karat berkapasiti besar memudahkan proses penyediaan hidangan kerana tidak kerap perlu menukar mangkuk. 

Panel kawalan kelajuannya memudahkan pengguna melaraskan kelajuan putaran mengikut kesesuaian. 

Reka bentuknya yang kompak dan mudah alih sesuai disimpan di dapur yang kecil.

Rekaan:

Stand mixer MMX mempunyai rekaan kontemporari dan warna hijau glossy serta tombol warna emas yang cantik.

Badannya diperbuat daripada plastik kalis api manakala permukaan mangkuk pengadun diperbuat daripada keluli anti karat. 

Saiz yang sederhana besar, berat 4.2kg sahaja dan boleh dialihkan dengan mudah di dapur. 

Transparent pouring shield pula memudahkan pemantauan perkembangan adunan.

Aksesori:

Setiap set stand mixer ini dilengkapi 3 jenis alat yang boleh diganti iaitu pemukul, stirring hook dan pemukul rata dengan spray protection untuk pelbagai fungsi. 

Aksesorinya juga boleh dicuci menggunakan mesin pencuci pinggan mangkuk. 

Review:

Paling penting, ada tempat pemegang bowl dan senang nak buat kerja mengadun.

Stand mixer terbaik untuk usaha
Russell Taylors
rusell_taylor_hand_stand_mixer
Semak Russell Taylors x Disney Mickey And Friends Stand Mixer (3.5L) harga dibawah:
add_circle Mangkuk keluli anti karat
add_circle Tombol pengunci
add_circle Tapak mempunyai getah
add_circle Design comel
add_circle Tetapan 6 kelajuan
remove_circle Kapasiti hanya 3.5L

Stand mixer dengan reka bentuk kartun Mickey Mouse ini sangat comel dan sesuai sebagai hiasan dalam dapur serta kegunaan seharian yang ringan.

Dilengkapi mangkuk 3.5 liter anti karat, enjin 250W dengan 6 kelajuan dan memudahkan anda menyiapkan pelbagai jenis adunan dengan cepat. 

Ciri-ciri:

Enjin 250 watt yang mampu beralih antara 6 kelajuan berbeza membolehkan ia mengadun dengan sekata. 

Tapak anti-slip pula memastikan stand mixer kekal stabil semasa beroperasi.

Dengan saiznya yang kecil, pengadun ini boleh disimpan di dapur yang sempit.

Turut mempunyai mangkuk keluli anti karat, tombol pengunci dan slaid untuk letak mangkuk adun yang boleh dilaras. 

Rekaan:

Gabungan warna putih, hitam dan merah jambu pada stand mixer ini sangat sesuai dengan corak kartun popular Mickey Mouse. 

Stand mixer jenis tilt-head yang memudahkan pengguna untuk mengeluarkan mangkuk pengadun dan mengeluarkan pemukul dari stand mixer

Aksesori:

Dapat tiga jenis aksesori termasuk whisk, flat beater dan kneading hook, manakala plugnya pula jenis 3 pin.

Review:

"Stand mixer ni comel je, beli sebab nak collect edisi Mickey & Friends. Pengadun berfungsi dengan baik, hanya perlu kacau dengan spatula sebelum mencampurkan bahan lain. Ringan kerana diperbuat daripada plastik dan mempunyai getah di bawahnya sehingga tidak akan bergerak ketika mencampurkan."

Stand mixer terbaik untuk pemula
riino_stand_mixer
Semak Riino Dolce D8 Stand Mixer Red (1000W/5L) SC206 harga dibawah:
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle 6 pilihan kawalan kelajuan
add_circle Tapak tidak licin
add_circle Kepala mesin pengadun boleh dicondongkan
add_circle Pelindung percikan yang lut sinar
remove_circle Mesin cepat panas

Mesin penggadun Rhino mempunyai salutan cat logam premium, berbeza dengan jenama lain yang menggunakan salutan plastik. 

Ciri-ciri:

Stand mixer ini mempunyai reka bentuk Korea dan jaminan 2 tahun.

Mempunyai keupayaan untuk menyediakan salad, doh, mashed potato, putih telur, krim roti, dan krim susu.

Dilengkapi enjin berkuasa 1000W dengan maksimum 170 revolusi seminit.

Enam pilihan kawalan kelajuan dengan kepala yang sepadan memudahkan penyesuaian mengikut jenis adunan.

Sebagai contoh, kelajuan 0 untuk berhenti, 1-2 untuk adunan doh, 3-5 untuk adunan biasa dan 6 untuk putih telur/krim.

Dilengkapi pelindung percikan yang transparent dan mempunyai saluran masuk untuk bahan-bahan, sangat sesuai untuk yang baru berjinak dalam dunia bakery.

Rekaan:

Reka bentuk stand mixer ini sangat ringkas, panel kawalannya mudah difahami dan sesuai untuk pengguna pemula. 

Dengan suis keselamatan, kepala pengadun boleh dicondongkan dalam satu klik memudahkan pemasangan dan pengeluaran mangkuk.

Saiznya yang sederhana dan berat 4.2 kg membolehkannya dimasukkan di dalam kabinet dapur. 

Mangkuk keluli anti karat dengan kapasiti 5 liter pula sesuai untuk pelbagai adunan.

Tambah lagi, permukaan tapaknya juga tidak licin untuk mengelakkan gegaran.

Akesori:

Setiap set stand mixer dilengkapi 3 cangkuk yang boleh ditukar iaitu whisk, flat beater, kneading hook dan juga spatula untuk mengambil dan meletakkan adunan serta mengoleskan bahan cair dalam adunan.

Jangan risau, mangkuk dan aksesorinya boleh dimasukkan ke dalam mesin pencuci pinggan mangkuk kerana cangkuknya diperbuat dari bahan gred makanan aluminium die casting.

Review:

Kebanyakan pengguna menyukai warna stand mixer yang cantik dan nampak ekslusif.

Ada yang dah cuba guna mesin untuk mengadun tepung dan memang senang nak guna.

Bunyinya juga tidak terlalu kuat dan boleh baking pada waktu malam serta bawahnya anti-slip.

digital_stand_mixer_1
Semak Kitmens KM-B5 Stand Mixer Dough Mixer Heavy Duty Mixer 5.2L harga dibawah:
add_circle Paparan digital LED yang besar dan jelas
add_circle Ukiran peribadi
add_circle Jimat ruang
add_circle Kaki getah non-slip
add_circle Bunyi rendah
remove_circle Harga sangat mahal

Brand mixer terbaik Kitmens dilengkapi enjin DC 800W dengan jaminan 5 tahun dan mampu menguli sehingga 1.5kg tepung. 

Panel kawalan dengan paparan digital, countdown timer dan butang mudah difahami oleh pengguna.  

Ciri-ciri:

Paparan pintar LED yang jelas memudahkan pemantauan masa mengguli doh sehingga 30 minit.

Kelajuan boleh dikawal secara digital sehingga 8 kelajuan. 

Bunyi bising pula serendah 52.6dB untuk persekitaran yang lebih tenang semasa berada di dapur. 

Gear diperbuat sepenuhnya daripada keluli untuk tugas berat dan tahan lebih lama.

Dalam mangkuk keluli tahan karat 5.2 liter, anda boleh menguli hingga 1.5 kilogram tepung pada satu masa.

Ciri-ciri lainnya termasuk kaki getah non-slip dan smart cut-off untuk melindungi pengguna apabila kepala stand mixer diangkat.

Terdapat alat lain yang boleh juga digunakan sekali untuk tujuan lain seperti pasta, pengisaran daging, menghiris dan parut.

Rekaan:

Reka bentuk padat berdiri yang inovatif pertama di Asia membolehkan kesemua alat disimpan pada satu tempat, menjimatkan ruang dapur dan sangat sesuai untuk dapur kecil. 

Ia turut menyokong khidmat ukiran peribadi untuk menjadikannya hadiah istimewa.

Hadir dalam warna merah burgundy yang klasik dan nampak elegan.  

Motor DC pula lebih kuat, senyap dan lebih banyak cooling.

Aksesori:

Disertakan 6 item dalam setiap pembelian termasuk stand mixer Kitmens, splash cover & corong dan akesori lain yang semuanya dari keluli tahan karat gred 304 iaitu mangkuk adunan, balloon whisk, flat beater, dan cangkuk doh.

Jadi, semua aksesori ini tahan lama dan selamat digunakan.

Boleh diukir secara peribadi untuk dijadikan hadiah istimewa buat diri sendiri atau orang tersayang.  

Review:

Pengguna menggemari alat ini kerana auto cut-off apabila kepala diangkat dan kualitinya yang bagus.

Bunyi whirring lembut dan timer terbina di dalam.

Logam yang sangat padat dengan cat matte sejuk dan menjadi pengadun berdiri kegemaran pengguna di dapur setakat ini.


Apakah Itu Mesin Adun Berdiri, Dan Bagaimana Ia Berbeza Daripada Mesin Adun Tangan?

Mesin pengadun atau stand mixer sudah tidak asing lagi dalam proses pembuatan roti, biskut, kek dan pelbagai lagi doh pastri.

Boleh dikatakan sesiapa sahaja kini pasti mempunyai satu hingga dua buah mesin pengadun dirumah. 

Antara mesin inovatif dunia moden bagi mempercepatkan proses sebatian bahan-bahan kering seperti tepung dan yis dan bahan basah iaitu telur, krim, keju dan air.

Malah cara ini dapat mengelakkan dari berlaku pencemaran makanan, yang dahulunya digaul dan diuli menggunakan tangan. 

Bukan itu sahaja mesin ini berperanan untuk menguli dan memukul bahan terutamanya untuk proses tepung doh supaya hasilnya mengembang.

Tapi ini semua bergantung kepada penukaran aksesori stand mixer yang hadir sekali pada mesin tersebut.

Sebagai contoh, whisk, dough hook, silicone bater dan banyak lagi. 

Bahkan ada juga mesin pengadun boleh bertukar fungsi kepada pemotong, pengelek pasta, pengisar daging dan sebagainya. 

Semua fungsi perbezaan ini dipasang pada bahagian kepala mesin, tetapi cuma hanya terdapat pada beberapa jenama dan sebagai aksesori tambahan. 

Lagi satu, bonus untuk anda jika membeli stand mixer yang boleh ganti kepada hand mixer.

Jadi anda dapat mengawal proses adunan kerana hand mixer sesuai untuk bancuhan yang sedikit. 

Penggunaan stand mixer pula untuk menjimatkan masa dengan anda tidak perlu menunggu adunan dan sangat baik untuk kuantiti bancuhan yang banyak. 

Jika anda masih lagi berbelah-bagi untuk membeli sebuah stand mixer. Rasanya sudah tidak perlu ragu-ragu, beli je sebab pembelian yang sangat berbaloi.

Sebuah mesin yang kini dijual pada harga yang cukup berpatutan, 100% membantu anda kerja-kerja baking dan menjimatkan masa proses adunan secara efisien. 


Apakah Fungsi Dari Masing-Masing Pengaduk: Whisk, Spiral (Dough Hook), Dan Beater?

Setiap alatan atau aksesori yang disertakan dengan stand mixer mempunyai fungsi dan memberi hasil yang berbeza pada adunan anda. 

Cuma perlu diingatkan, stand mixer haruslah digunakan dengan hemah bagi mendapatkan bentuk doh, pekatan krim dan bancuhan kek yang sebati.

Secara asasnya, pengguna stand mixer akan diberi tiga alatan tambahan asas iaitu whisk, beater dan dough hook.

Mari kita kenal tiga alatan dan aksesori tambahan lain supaya setiap sajian pastri anda menjadi dengan sempurna:

  • Dough hook

Pemutar jenis bercangkuk ini amat sesuai untuk adunan doh tepung, yis, telur dan air.

Ini kerana stand mixer berupaya mengelakkan doh dari menjadi berketul dan dapat menguli doh dengan sekata.

Selain itu, dapat menjadikan tekstur doh terhasil dengan cantik, tidak melekat dan dapat menjadi gebu dengan sempurna.

Jadi, kalau anda nak buat roti, piza, baguette dan bermacam lagi roti pastri, pastikan stand mixer anda ada dough hook.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis dough hook iaitu spiral dough hook dan C-shaped dough hook. 

  • Whisk

Nama pun whisk atau bahasa melayu, pemukul. Jadi, alat ini khas untuk memukul telur atau krim bagi menghasilkan adunan yang kembang, ringan dan sebati. 

Jika dulu, sampai lenguh lengan untuk memukul telur tapi dengan stand mixer hanya tekan butang hidup saja. 

Jadi anda boleh membuat meringue, butter dan marshmallow tanpa mengeluarkan peluh pun.

Cuma ingin diingatkan jika anda ingin membuat kek yang fluffy seperti Japanese Cheese Cotton Cake, wajib guna ballon whisk.

Bukan apa, anda akan dapat menghasilkan meringue yang ringan dan tidak jatuh apa mangkuk diterbalikkan. 

  • Flat beater

Flat beater merupakan antara aksesori yang paling penting untuk stand mixer.

Ini kerana digunakan untuk penyediaan adunan yang efektif untuk krim mentega dan gula.

Sekaligus dapat memberi hasil kek yang gebu dan biskut yang rapuh. 

Pemukul versatil ini juga sesuai untuk pelbagai jenis hidangan terutamanya untuk campuran berat seperti kek, biskut, pembekuan, kentang tumbuk dan juga roti daging!

Apabila anda ragu-ragu, dapatkan flat beater. Cuma diingatkan selagi adunan tidak berat, aksesori ini akan dapat berfungsi dengan baik.

Tapi sebelum ke alatan mesin pengadun seterusnya, jom lihat video berikut.

  • Silicone beater

Tidak semua jenama stand mixer mempunyai silicone beater ini, tapi anda masih boleh menambah sebagai aksesori tambahan.

Kegunaan silicone beater sama seperti flat beater tapi diperbuat dari silikon yakni beri kelebihan pada adunan jenis krim untuk tidak melekat pada pemukul. 

Jadi anda tidak perlu bersusah-payah mengikis lebihan krim yang melekat. 

  • Mangkuk pengadun

Wajib ada pada setiap stand mixer untuk membekalkan satu mangkuk atau bekas pengadun kepada pengguna.

Saiz mangkuk bergantung pada kapasiti dan kemampuan motor stand mixer

Biasanya mangkuk dari jenis stainless steel untuk stand mixer yang mahal atau sekadar mangkuk plastik bagi stand mixer dari harga murah. 

Tips dari kami, pilih mangkuk adunan yang lengkungan bentuk bulat supaya adunan dapat dipukul dengan sebati. 

Bukan apa, ada pengguna akan mengalami masalah adunan seperti gula dan mentega tidak dipukul dengan baik dan terlekat bahagian dasar mangkuk. 


Bagaimana Cara Memilih Stand Mixer?

Buat anda yang pertama kali nak beli stand mixer tidak kira untuk kegunaan sendiri atau kedai pastry, kami akan bantu anda cara memilih stand mixer terbaik.

Kami kongsikan beberapa info yang perlu diambil kira untuk membuat pilihan tepat bagi memilih stand mixer yang terbaik.

Anda juga boleh menonton video berikut terlebih dahulu.

  • Kuasa motor

Jangan tertipu dengan stand mixer yang berkuasa motor bawah 250w. 

Percayalah motor bawah 250w tidak akan mengadun bahan-bahan yang berat dengan baik. 

Sebaiknya pilih dengan putaran kuasa dari 550w dan keatas kerana anda akan dapat menguli dan mengadun doh dengan sempurna.

Manakala bagi stand mixer yang berkuasa tinggi seperti 1000w motor biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi. 

Tapi itu semua bergantung juga pada jenis model, jenama dan kapisiti mangkuk stand mixer. 

  • Penggunaan tenaga

Tidak lupa juga, stand mixer menggunakan tenaga elektrik yang standard iaitu antara 220 voltan - 240 voltan.

Jadi, hati-hati sebelum membeli, jangan terlebih dari kadar itu. Sentiasa baca spek stand mixer.

Kadar penggunaan elektrik yang biasa terdapat perkakasan dapur yang lain seperti microwave dan sebagainya.

Anda kena ingat, jika stand mixer digunakan terlalu lama boleh bawa kepada kos elektrik yang tinggi.

  • Tetapan kelajuan

Jika dilihat beberapa pilihan stand mixer diatas, anda pasti jelas dengan kepelbagaian tetapan kelajuan putaran yang terdapat dalam stand mixer.

Itu semua bagi menghasilkan adunan yang sebati dan doh yang tidak melekat.

Terdapat jenama stand mixer cukup dengan pilihan tiga putaran dan paling maksima sehingga 10 pilihan serta pilihan putaran turbo.

Adakah ini penting? Sebenarnya ciri ini mengikut keperluan resepi masing-masing.

Terdapat resepi kek atau biskut yang perlukan putaran adunan yang singkat tapi laju.

  • Saiz dan rekaan

Perkara utama untuk pilih stand mixer adalah lihat dari segi saiz dan rekaan stand mixer. 

Saiz sebuah stand mixer bergantung pada berat dan material yang digunakan. 

Stand mixer yang besar dan berat biasanya diperbuat dari keluli tahan karat atau campuran, manakala stand mixer yang ringan diperbuat dari plastik. 

Jadi, pastikan anda pilih rekaan stand mixer yang selesa untuk digunakan, bukan hanya cantik semata-mata. 

Selain itu, pilih yang mudah untuk disimpan, kepala mesin yang boleh diangkat dan bahagian aksesori atau attachment hook mudah ditanggalkan. 

Jika anda buat survery stand mixer di kedai atau butik peralatan memasak, sebaiknya cuba lakukan perkara diatas. 

Bukan apa, supaya anda faham dengan kegunaan peralatan. 

  • Kapasiti adunan

Tanya pada diri anda terlebih dahulu sama ada untuk peralatan stand mixer ini untuk kegunaan apa untuk anda ketahui pembelian stand mixer mana yang berbaloi.

Jika sekadar untuk aktiviti baking mingguan di rumah, kami syorkan anda memilih kapasiti mangkuk adunan stand mixer bersaiz kurang dari 3 liter. 

Tip dari kami, beli stand mixer yang boleh diubahsuai sebagai hand mixer, supaya anda boleh menukar mangkuk adunan yang lebih besar jika perlu. 

Buat anda yang bekerja sebagai penjual roti atau bakers, dapatkan stand mixer yang bersaiz besar dengan kapasiti 4 liter dan keatas.

Jangan risau, terdapat banyak jenama stand mixer industri yang berupaya mengadun dan menguli sehingga ratus kilogram tepung.

Pilih mesin pengadun mengikut keupayaan kuantiti adunan, jika tidak ia boleh merosakkan resepi anda.  

  • Sistem keselamatan

Aspek keselamatan pengguna perlu diutamakan juga terutama apabila melibatkan mesin.

Bukan apa, dengan kepelbagaian teknologi perkakas dapur terkini, stand mixer tiada tandingannya.

Anda boleh mencari stand mixer dengan butang sentuh pulse function dimana fungsi ini untuk menghidupkan stand mixer sebelum memilih putaran kelajuan. 

Kaedah ini bagi mengelakkan berlaku risiko kejutan putaran dan mengelakkan dari kecuaian dari kanak-kanak.

Selain itu, terdapat juga sistem hook ejector bagi memudahkan anda menukar aksesori pemutar. 

Kelebihan sistem ini untuk memastikan anda jauh dari risiko tercucuk atau terluka terkena hook. 

Malah, bahan adunan juga tidak tercemar dari terkena dari tangan anda. 

Perlu diingatkan sesetengah stand mixer mempunyai pouring shield iaitu penutup lutsinar dibahagian atas mangkuk adunan. 

Aksesori ini dapat menghindar berlaku dari percikan tepung dan telur ketika dipukul. Jadi dapat mengurangkan kekotoran. 

Jangan lupa juga dengan sifat stand mixer yang boleh tergelincir dari table top anda ketika berputar, lebih-lebih lagi bila mengadun kuantiti yang berat. 

Anda dinasihatkan memilih stand mixer yang mempunyai kaki getah yang bertindak sebagai anti-slip

Ataupun, anda boleh mendapatkan stand mixer yang berat atau diperbuat dari material logam. 

Semakin berat stand mixer, semakin baik ia mengadun bahan dan paling penting tidak menyebabkan mesin bergoyang sehingga mengakibatkan motor rosak. 

  • Sistem putaran

Terdapat tiga jenis sistem putaran atau pergerakan pada stand mixer iaitu rotary motion, planetary motion dan spiral mixer

Setiap dari pergerakan ini memberi hasil adunan yang berbeza. Jom kita lihat!

Rotary motion - Hanya bahagian hook sahaja yang bergerak. Biasanya ada pada stand mixer bersaiz kecil atau boleh ubah sebagai hand mixer.

Rotary motion ini memerlukan lebih masa untuk memastikan adunan sebati dengan baik dan hanya terdapat pada mesin pengadun yang murah. 

Planetary motion - Sistem putaran ini terkenal dan banyak digunakan oleh jenama stand mixer kerana dapat memberi putaran dua arah iaitu pergerakan kepala mesin dan hook secara bertentangan arah. 

Teknik ini sangat berkesan bagi memberi hasil adunan yang sebati dan menjimatkan masa. 

Spiral mixer - Sistem putaran khas untuk pembuat roti atau doh tepung. 

Bagi stand mixer yang menggunakan teknik spiral mixer ia akan menggerakkan bekas adunan dan hook seiringan. 

Teknik ini supaya doh tidak terdedah kepada haba yang boleh merosakkan doh. 

  • Aksesori

Seperti yang telah kami jelaskan pada ibahagian alatan mesin pengadun, setiap stand mixer akan disertakan sekurang-kurangnya tiga aksesori asas iaitu whisk, flat beater dan dough hook.

Namun begitu, anda masih lagi boleh menambah sendiri aksesori yang lain seperti silicone cream beater, C-shape dough hook dan bermacam lagi. 

Sebelum anda membeli mana-mana aksesori tambahan, sebaiknya dapatkan dari jenama atau model yang sama. 

Elakkan pilih sembarangan stand mixer bagi mengelakkan gagal memasang hook pada kepala mesin. 

  • Jenama

Dari 11 pilihan jenama stand mixer yang kami telah paparkan diatas, kesemuanya antara jenama yang berkualiti dan telah mendapat tempat dihati pembeli atas talian iaitu Shopee dan Lazada.

Jadi anda tidak perlu risau dari segi kualiti, keselamatan dan jaminan yang diberikan.

Nasihat kami, beli stand mixer dengan harga yang berpatutan supaya kualitinya terjamin.

Bukan apa, pembelian stand mixer yang terbaik merupakan pelaburan yang bagus dan dijamin boleh bertahan lama. 

  • Jaminan produk

Dalam apa jua pembelian perkakasan elektrik, wajib untuk anda mengutamakan jaminan yang disediakan oleh pihak pengilang. 

Kebiasaannya, stand mixer akan mempunyai satu atau dua tahun jaminan produk.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Mesin Pengadun?

Sudah ramai yang tahu bahawa mesin pengadun tepung adalah alat yang sangat berguna di dapur, terutamanya bagi mereka yang suka baking dan buat kuih raya.

Tapi, adakah anda tahu kelebihan dan kekurangan menggunakan stand mixer? Mari kita lihat!

Kelebihan Stand Mixer:

  • Menjimatkan masa

Dengan menggunakan stand mixer, anda dapat mengurangkan masa dan usaha dalam membuat adunan.

Tak perlu lagi mengadun bahan secara manual, kerana stand mixer akan melakukan tugas itu untuk anda. 

  • Konsistensi adunan yang sempurna

Stand mixer mempunyai kemampuan untuk mengadun bahan dengan konsisten dan sekata.

Jadi, adunan yang dihasilkan akan menjadi lebih halus dan sekata, dan tidak memerlukan banyak usaha dari segi penambahbaikan tekstur dan rasa.

  • Kemampuan membuat adunan yang banyak 

Stand mixer mempunyai keupayaan untuk mengadun bahan dalam jumlah yang besar.

Ini sangat berguna jika anda ingin membuat adunan yang besar untuk keperluan majlis atau perayaan.

  • Multifungsi

Stand mixer dapat digunakan untuk membuat adunan roti, kuih, kek, whipped cream, dan banyak lagi. 

Kekurangan Stand Mixer:

  • Harga

Stand mixer boleh menjadi agak mahal berbanding hand mixer, terutamanya bagi mereka yang menggunakan alat ini hanya pada waktu-waktu tertentu. 

  • Ruang penyimpanan

Stand mixer biasanya memerlukan ruang simpanan yang besar kerana saiz dan berat perkakas dapur ini.

Jika anda mempunyai dapur yang kecil, anda mungkin perlu mempertimbangkan dengan teliti sebelum membeli stand mixer.

  • Sukar dibersihkan

Mesin pengadun terdiri daripada beberapa bahagian yang berbeza, dan anda perlu mengasingkan pengadun serta membersihkan setiap bahagian secara berasingan.

Kemudian meletakkan semuanya kembali bersama. Ini boleh menjadi banyak kerja dan mengambil banyak tenaga.

  • Kesukaran pembaikan

Stand mixer mempunyai banyak bahagian yang perlu dikendalikan dengan baik.

Jika alat ini rosak, pembaikan memerlukan kos yang tinggi.

Kesimpulannya, kelebihan dan kekurangan stand mixer perlu dipertimbangkan sebelum membeli alat ini.

Tapi, bagi mereka yang baking secara kerap, stand mixer adalah alat yang sangat berguna dan dapat mengurangkan masa dan usaha yang diperlukan dalam membuat adunan.


Apakah Penyelenggaraan Yang Diperlukan Oleh Mesin Adun Berdiri?

Dengan melakukan penyelenggaraan mesin adun berdiri, mesin dapat bertahan lebih lama dan terus berfungsi dengan cekap.

Berikut perkara yang perlu dilakukan untuk menyelenggara stand mixer:

  • Bersihkan stand mixer anda selepas setiap penggunaan

Untuk pembersihan menyeluruh, leraikan setiap komponen pengadun seperti bekas adunan, whisk, dough hook, flat beater dan banyak lagi.

Selepas membersihkan stand mixer, pastikan anda keringkan dengan segera.

Walaupun telah lama tidak menggunakannya, bersihkan stand mixer dengan campuran air sabun dan lap guna kain microfiber

  • Jangan guna terlalu lama

Pastikan anda rehatkan stand mixer selama 15 minit untuk menyejukkanya selepas anda menggunakannya terlalu lama.

Ini untuk mengelakkan motor stand mixer dari menjadi panas dan terbakar.

  • Periksa stand mixer secara berkala

Hal ini penting untuk mengetahui bahagian mana yang rosak, longgar atau jika ada wayar sambungan elektrik yang rosak. 

Jangan gunakan pengadun berdiri jika kordnya rosak dan baiki dengan segera.

  • Letak minyak pelincir

Sapukan minyak dua kali setahun pada komponen bergerak pengadun seperti gear mesin pengadun dan pelaras ketinggian mangkuk adunan untuk melancarkan pergerakan stand mixer.

  • Simpan stand mixer dengan betul

Pastikan stand mixer disimpan di tempat yang sejuk dan kering serta bebas daripada sumber haba atau cahaya matahari.

Simpan wayar sambungan elektrik dan bahagian lain stand mixer secara berasingan daripada pengadun untuk mengelakkan sebarang kerosakan.

Selepas penggunaan biasa, laraskan ketinggian pengadun seperti yang diarahkan dalam manual mesin.


Apakah Perbezaan Antara Mesin Adun Berkepala Miring Dan Angkat Mangkuk?

Dua jenis pengadun berdiri yang sering digunakan untuk membuat pastri, kek, biskut dan roti ialah mesin pengadun berkepala miring dan mesin pengadun angkat mangkuk.

Perbezaan utama antara kedua-dua stand mixer terletak pada cara anda memasang mangkuk adunan.

  • Mesin pengadun berkepala miring (tilt-head stand mixer

Pengadun berdiri jenis ini mempunyai switch di mana kepala pengadun boleh dicondongkan ke belakang dan ke hadapan. 

Ini memudahkan untuk menukar aksesori dan menambah bahan mengikut keperluan.

Lebih banyak pilihan warna, padat dan mudah dikendalikan, pengadun kepala miring biasanya lebih ringan berbanding pengadun angkat mangkuk. 

Mempunyai ketinggian kira-kira 14 inci dan muat disimpan di bawah kabinet dapur. 

  • Mesin pengadun angkat mangkuk (bowl-lift stand mixer)

Mempunyai kepala yang tidak bergerak dan mangkuk adunan yang boleh dinaikkan dan diturunkan dengan tuas. 

Dengan ketinggian sekitar 16 inci, pengadun angkat mangkuk boleh disimpan di atas meja.

Sangat sesuai untuk mengendalikan heavy dough atau untuk kumpulan besar kerana reka bentuknya yang lebih stabil. 

Perbezaan antara tilt-head mixer dan bowl-lift mixer:

Ciri-ciri

Tilt-Head Mixer

Bowl-Lift Mixer

Mangkuk adunan

Kepala boleh dicondongkan dan boleh mengeluarkan atau memasukkan mangkuk

Mangkuk perlu diangkat dan diturunkan menggunakan mekanisme mengangkat

Kestabilan

Umumnya kurang stabil, terutamanya ketika mengendalikan doh berat

Lebih stabil kerana kepala pegun dan berat seimbang

Kapasiti

Kapasiti yang lebih kecil

Kapasiti yang lebih besar

Saiz

Compact dan ringan, menjimatkan ruang dapur

Lebih besar dan lebih berat serta memerlukan lebih banyak ruang 

Kesesuaian

Sesuai untuk home bakers dan tugas yang lebih ringan

Digemari tukang roti profesional dan mereka yang sering membuat adunan dalam kuantiti besar

Tambahan pula, mesin adun angkat mangkuk biasanya lebih mahal berbanding mesin adun berkepala miring kerana kapasiti dan kestabilannya yang lebih besar.

Ringkasnya, pilihan antara tilt-head dan bowl-lift bergantung pada bajet dan keperluan utama anda.

Jika anda kerap membuat heavy mixture atau adunan dalam kuantiti yang besar, mesin adun angkat mangkuk merupakan pilihan yang lebih baik. 

Walau bagimanapun, jika hanya untuk kegunaan harian di rumah untuk membuat resepi untuk diri sendiri atau keluarga, mesin adun berkepala miring sudah mencukupi.


Bagaimana Cara Membersihkan Mesin Adun Berdiri?

Bersihkan pengadun anda dengan teliti selepas setiap penggunaan untuk mengelakkan pengumpulan sisa makanan, kotoran dan minyak.

Jadi, stand mixer akan kekal dalam keadaan yang baik.

Berikut adalah panduan terperinci mengenai cara membersihkan stand mixer anda dengan betul:

  1. Sebelum membersihkan stand mixer, sentiasa cabut plug stand mixer dari soket elektrik untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik dan menjamin keselamatan anda.
  2. Leraikan dan keluarkan sambungan semua aksesori stand mixer, termasuk mangkuk pengadun, pemukul, cangkuk doh, dan pemukul rata.
  3. Bersihkan mangkuk pengadun dan bahagian aksesori stand mixer dengan sabun pencuci pinggan atau di mesin basuh pinggan mangkuk, tetapi periksa manual perkakas terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat dengan mesin basun pinggan.
  4. Lap bahagian badan stand mixer dengan span atau kain lembap untuk menghilangkan sebarang percikan atau kotoran dari adunan kuih / sisa tepung. 
  5. Pastikan air tidak terkena mana-mana bahagian elektrik dan keringkan semua bahagian sebelum dipasang untuk mengelakkan karat.

Sekiranya tidak mempunyai manual pengguna, anda boleh mencarinya dalam talian dengan mencari nombor model dan sentiasa ikuti arahan pengeluar untuk pembersihan stand mixer.


Artikel Berkaitan

End of Article