Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Adakah Alat Pemanas Air Elektrik Anda Selamat untuk Diguna?

Sejak beberapa tahun, sejumlah kes kematian akibat renjatan elektrik alat pemanas air telah dilaporkan di Malaysia.

Alat pemanas air elektrik (lebih dikenali sebagai water heater) yang lazim digunakan di rumah, perlu diberi perhatian dan diselenggara secara berkala bagi mengelakkan sebarang kerosakkan dari berlaku. Kerosakan dan kegagalan fungsi pada alat pemanas air elektrik boleh mengakibatkan renjatan dan kematian. Ikutilah beberapa tips keselamatan pemanas air elektrik dari SAFETY Insider

Pastikan ada label SIRIM

Pastikan ada sticker SIRIM yang ini untuk water heater.

Sebagai pengguna, anda memang dinasihati untuk membeli barangan yang mempunyai label SIRIM. Label ini bermaksud barangan tersebut diiktiraf oleh SIRIM, menepati piawaian dan memenuhi standard khusus. Pihak SIRIM juga ada menekankan kepentingan label mereka pada barangan elektrik.

Jadi, adalah amat penting untuk memilih sebuah alat pemanas air elektrik yang memiliki label SIRIM. Langkah ini adalah bagi mengelak sebarang kemungkinan yang mampu mengancam nyawa anda dan yang tersayang.

Anda boleh periksa jenis-jenis label yang dikeluarkan oleh SIRIM disini.

Pilih kontraktor elektrik yang berdaftar

Setelah memilih alat pemanas air elektrik yang diiktiraf, kini anda perlu memilih kontraktor elektrik yang berdaftar untuk melakukan kerja-kerja pemasangan. Elakkan dari menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar serta mencuba untuk memasang alat pemanas air elektrik anda sendiri.

Adalah penting untuk sebarang kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik dilaksanakan oleh mereka yang pakar dan bertauliah sahaja. Langkah ini bertujuan untuk mencegah kemungkinan alat pemanas air dipasang secara salah.

Pihak kontraktor elektrik yang berdaftar akan melakukan kerja-kerja pemasangan alat pemanas air elektrik anda dengan sempurna serta mengikuti langkah-langkah aspek keselamatan yang betul. Maka keselamatan anda sebagai pengguna terjamin.

Semak senarai kontraktor elektrik berdaftar di kawasan tempat tinggal anda disini.

Gantikan alat pemanas air elektrik yang lapuk

Jika anda memiliki alat pemanas air elektrik jenis model keluaran 10 tahun yang lalu atau lebih, anda perlu menggantikan alat tersebut dengan segera. Ini kerana alat pemanas air elektrik jenis model lama tidak mempunyai ciri2 keselamatan terkini.

Model keluaran baru bagi alat pemanas air elektrik memiliki ciri keselamatan terkini seperti residual current device (RCD) yang memainkan peranan penting dalam mengesan kebocoran arus dan menghentikan pengaliran arus elektrik jika berlaku kebocoron dengan serta-merta.

Selenggara alat pemanas air elektrik secara berkala

Ramai tidak mengetahui bahawa alat pemanas air elektrik juga perlu diselenggara dari masa ke semasa. Adalah penting untuk menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar bagi tujuan menyelenggara alat pemanas air. Jika terdapat kerosakkan, pastikan ia diganti dengan alat ganti yang tulen dan memiliki label SIRIM.

Elakkan daripada mencuba untuk membaiki alat pemanas air dengan sendiri dirumah. Khidmat selenggara dari pakar adalah dijamin lebih selamat.

Walaupun negara kita beriklim khatulistiwa, pemanas air elektrik sudah menjadi alatan wajib dimiliki di setiap rumah. Mandi air yang suam atau panas banyak memberi kebaikan kepada tubuh badan kita. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa mandian air panas dapat membantu melancarkan peredaran darah, melegakan ketegangan otot, merawat kulit yang bermasalah dan mengurangkan tekanan.

Adalah amat penting untuk memastikan produk yang menjadi pilihan anda menepati ciri-ciri keselamatan yang telah digariskan, sebelum membuat sebarang pembelian. SAFETY Insider menyalurkan pelbagai maklumat berkenaan pembatalan produk dan isu-isu melibatkan keselamatan pengguna supaya anda boleh lindungi diri anda dan yang tersayang.

Sekarang, jom tingkatkan kesihatan tubuh badan dengan pilihan alat pemanas air elektrik ini yang selamat dan berkualiti.

Pemanas air mandi dengan ciri-ciri keselamatan terbaik
Centon
mulai
RM370.00
Semak Centon EcoSerene Instant Shower Water Heater with DC Silent Pump harga dibawah:
add_circle Dilengkapi built-in flow sensor
add_circle Air panas dengan cepat
add_circle Waranti pam DC hingga 6 tahun
add_circle Ada pengesahan SIRIM
remove_circle Agak berat, 3.1kg

CENTON EcoSerene Instant Shower Water Heater adalah pemanas air mandi buatan Malaysia yang dilengkapi DC Silent Pump dengan harga yang paling berpatutan di pasaran.

Pemanas air mandi ini direka dengan 5 ciri-ciri teknologi keselamatan CENTON Pentafecta yang mengagumkan, untuk memberi perlindungan maksimum kepada anda dan keluarga tersayang daripada renjatan elektrik dan kelecuran air yang terlampau panas. Nikmatilah mandian sensasi tanpa sebarang kerisauan!

mulai
RM247.00
Semak Joven SA10E Instant Water Heater SA10e W/O Pump harga dibawah:
add_circle Fungsi anti-lecur
add_circle Bahan binaan tahan lama
add_circle Kalis percikan air IP25
remove_circle Tiada pump

Pemanas air elektrik dari Joven ini menepati semua ciri keselamatan yang telah digariskan. Alat ini juga dilengkapi fungsi penjimatan tenaga selain mampu mengawal suhu air agar air tidak menjadi terlalu panas dan mengakibatkan lecur. Joven Instant Water Heater ini adalah sebuah produk yang menjamin keselamatan anda dan yang tersayang disamping mampu membantu anda berjimat.

mulai
RM170.00
Semak Midea Water Heater (Non-pump) MWH-38Q harga dibawah:
add_circle Ada perlindungan overheating
add_circle Dilengkapi built-in ELCB
add_circle Perlindungan antibakteria Ag+
remove_circle Tiada pam

Midea menawarkan perlindungan insurans dari Allianz dengan jumlah USD 20 million untuk semua produk pemanas air elektrik mereka. Alat pemanas air elektrik keluaran Midea ini dilengkapi ciri keselamatan yang mencukupi serta ciri-ciri lazim seperti pancuran boleh laras. Fungsi alatan juga mudah dan didatangkan dalam dua jenis rekaan untuk pilihan anda. Produk ini sememangnya sebuah tawaran yang berbaloi.


Artikel Berkaitan

End of Article