Masa sering mencemburui kita, kadang-kadang tidak sempat untuk sarapan pagi sebelum ke pejabat. Tetapi tidak lagi kini, sekiranya anda mempunyai pembakar roti di rumah anda. Sarapan dapat disediakan dengan mudah, cepat dan pantas. Cuba lihat beberapa jenama pembakar roti yang bagus dan dalam harga yang mampu milik.

Khind Bread Toaster BT12SS

BELI DISINI

RM 63.00

Jika anda tercari-cari bread toaster yang bagus dan murah, ini yang paling sesuai. Ia memiliki rak pemanas yang diperbuat dari keluli tahan karat dan berkuasa 800W. Berfungsi seperti pembakar roti yang lain iaitu dapat memanaskan, mencair beku dan membatalkan apabila perlu. Datang dengan 2 slot pembakar yang sangat mudah dan ringkas untuk digunakan.

Panasonic Bread Toaster PSN-NTGP1

BELI DISINI

RM 104.50

Pembakar roti yang sempurna untuk membakar roti setiap hari. Ia mempunyai fungsi fius termal keselamatan yang bagus yang akan terpadam secara automatik apabila tidak digunakan.

Selain itu, dengan fungsi kawalan termostatik, ia memastikan agar roti yang dibakar tidak hangus dan mempunyai 5 kawalan tahap kegaringan. Dengan hanya menekan satu butang, anda dapat memanaskan, membatalkan, dan mencair beku roti anda.

Philips Daily Collection Toaster HD2581/91

BELI DISINI

RM 111.57

Philips jenama yang dikenali. Dengan pembakar roti ini, anda mempunyai 8 tetapan tahap kegaringan, lebih berbeza dari yang lain. Anda tidak perlu risau akan terkena rak pemanas roti apabila ia sedia, kerana ia mengeluarkan roti dengan fungsi lif tinggi – menjadikan mudah untuk anda mencapainya.

Jika anda mengutamakan keselamatan di rumah, dapatkan pembakar jenama ini dengan fungsi keselamatan tambahan – ia akan terpadam secara automatik apabila selesai digunakan.

Electrolux ETS3505 Toaster 

BELI DISINI

RM 140.00

Reka bentuk yang menawan dengan warna hitam dari pembakar roti jenama ini sememangnya menjadikan dapur anda lengkap. Ia mempunyai 2 slot dan elemen pemanas yang cekap untuk membakar roti.

Dengan fungsi mencair beku, panas semula dan batal memudahkan anda untuk memanaskan semula apabila perlu dan menghentikan jika ia terlalu garing. Mudah untuk dibersihkan dan mempunyai penutup pelindungan agar ia tidak terdedah kepada habuk dari luar.

Tefal TT3561 Toaster

BELI DISINI

RM 169.00

Pembakar roti warna hitam ini dilengkapi dengan keluli tahan karat. Ia mempunyai 2 slot untuk membakar roti yang berkuasa 850W. Dengan kawalan 7 paras kegaringan untuk roti yang boleh laras, ia memberikan anda rasa roti bakar yang anda inginkan.

Memiliki 3 butang fungsi untuk memanaskan, menghentikan, dan juga cair beku. Dengan adanya pembakar ini dirumah, sarapan dapat disediakan semudah A-B-C.

Delonghi CTOV2103.BG Icona Vintage 2 Slice Toaster 

BELI DISINI

RM 329.00

Untuk mereka yang gemar dengan reka bentuk yang agak klasik, cuba lihat pembakar roti dari Delonghi ini. Ia memiliki pembakar 2 slot roti dengan rak pemanasan berkuasa 900W. Semua fungsi kawalan akan dimaklumkan dengan penunjuk neon dia badan pembakar ini. Ia mempunyai kawalan jenis panaskan semula, penggunaan 1 slot, cair beku dan batal.

Pembakar roti dengan ciri retro yang mudah untuk dibersihkan dan tidak mudah menggelonsor.

Morphy Richards 242030 Accents Red 4 Slice Toaster

BELI DISINI

RM 338.00

Pembakar roti yang mempunyai 4 slot ini sangat cantik dari segi reka bentuknya dan bergaya untuk dapur anda. Ia memiliki tetapan untuk warna kegaringgan roti anda, agar mengikut citarasa yang anda suka. Roti mudah dikeluarkan kerana ia memiliki fungsi lif tinggi, di mana ia akan terpantul apabila roti sudah dibakar. Selain itu, ia juga mudah untuk dibersihkan kerana memiliki dulang serbuk khas yang mudah untuk dikeluarkan.

Pembakar yang bukan sahaja cantik dari segi rupa tetapi juga cekap, dengan kawalan pembolehubah yang berubah-ubah dengan ciri cair beku, batal dan panaskan semula.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!