Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Pastikan Makanan Anda Selalu Segar dengan 7 Peti Sejuk Ini

Dapatkan peti sejuk jenama yang terbaik untuk menyimpan makanan di rumah anda agar kekal segar.

Tahukah anda jenama peti sejuk dan jenis yang anda perlukan untuk rumah anda? Memiliki peti sejuk di rumah untuk setiap keluarga sememangnya menjadi suatu kepentingan. Peti sejuk sangat penting untuk memastikan makanan akan tahan lebih lama dan untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut.

Sebelum membeli peti sejuk, anda hendaklah mengenal pasti kapasiti peti sejuk untuk memenuhi keperluan anda. Selain itu, pastikan anda membersihkan peti sejuk 2 minggu sekali untuk mencegah dari bakteria dan bau busuk. Berikut beberapa jenama peti sejuk yang boleh menjadi panduan untuk anda ketika membeli.

Jadi, mencari peti sejuk murah dan terbaik dengan kualiti yang bagus meman agak sukar.


Isi kandungan


Senarai 7 Peti Sejuk Terbaik

Hisense 520L 4 Door Inverter Fridge - RQ515N4AB1
mulai
RM1,999.00
Semak Hisense 520L 4 Door Inverter Fridge - RQ515N4AB1 harga dibawah:
add_circle Jimat tenaga
add_circle Kaki depan boleh laras
add_circle Beroperasi secara senyap
add_circle Paparan sentuhan elektronik
add_circle Ruang laci peti sejuk mudah dibuka
remove_circle Tiada child lock
remove_circle Perlukan ruang yang besar untuk letak peti

Sebab menjadi pilihan utama;

“Anda dapat mengekalkan kesegaran makanan kerana setiap bahagian rak mempunyai suhu yang berbeza yang boleh anda kawal sendiri mengikut jenis makanan.

Ciri-ciri;

Peti sejuk dari Hisense ini direka mengikut konsep dapur moden dimana saiz dan beratnya boleh muat dapur yang besar dan luas.

Apa yang menariknya, anda tidak perlu mencairkan ais dengan manual kerana peti ais ini mempunyai teknologi Total No Frost.

Bahagian pintu direka boleh buka seluas 90 darjah tapi jangan risau, bekas rak tetap mudah untuk ditarik keluar dan pintu peti sejuk automatik tutup.

Review;

“Tentang penggunaan elektrik, jangan risau kerana mempunyai teknologi inverter,”

MIDEA Refrigerator MD-333V 2 Door 300L
mulai
RM999.00
Semak Midea Refrigerator MD-333V 2 Door 300L harga dibawah:
add_circle Mempunyai tempat letak telur
add_circle Jimat elektrik
remove_circle Saiz kecil

Peti sejuk MIDEA jenis MD-33V 2 Pintu ini lengkap dengan ruang penyimpanan untuk makanan barangan basah dan sejuk beku.

Terdapat dua pintu yang dapat mengasingkan barangan basah dan sejuk beku. Bahagian sejuk beku pula terdapat tempat khas membuat ais batu secara manual.

Ruang dalam pula cukup untuk menyimpan botol besar dan stok bahan masakan seperti sayur, buah dan bahan perapan.

Peti bersaiz sederhana ini sesuai untuk anda yang mempunyai ruang dapur yang kecil.

Panasonic NR-AF166S (155L) 1-Door Refrigerator NR-AF166SSMY
mulai
RM831.30
Semak Panasonic NR-AF166S (155L) 1-Door Refrigerator NR-AF166SSMY harga dibawah:
add_circle Rak boleh adjust
add_circle Penyejukan yang pantas
remove_circle Tidak mempunyai tempat sejuk beku

Walaupun peti ais ini mempunyai 1 pintu tapi boleh menyimpan banyak barang seperti sayur, buah, stok makanan dan botol air. 

Peti ais Panasonic ini sesuai untuk mereka yang duduk bujang kerana saiznya sebesar 155L.

Walaupun mempunyai 1 pintu tapi bahagian dalam peti ais ini mempunyai beberapa rak yang dapat membahagikan tempat letak barang makanan.

Tidak mempunyai palang pembuka pintu peti kerana reka bentuk pintu peti ini bertemakan dynamic curved handle.

Sharp Mini Bar Refrigerator SJM60MK
mulai
RM469.00
Semak Sharp Mini Bar Refrigerator SJM60MK (50L) harga dibawah:
add_circle Mudah dibuka
add_circle Manual defrost
add_circle Terdapat bekas buat ais
add_circle Tempoh jaminan 12 bulan
remove_circle Harga mahal

Peti ais ini sesuai untuk mereka yang berstatus bujang, mempunyai anak kecil atau ingin memiliki peti sejuk sendiri di ruang bilik kerana besarnya hanya 50L.

Peti sejuk ini boleh memuatkan barang makanan seperti buah, sayur, kek atau botol air. 

Walaupun tidak mempunyai bahagian sejuk beku tapi peti ais Sharp Mini ini mempunyai pembuat ais batu. Sangat simple dan just nice.

Bagi yang mempunyai anak kecil menyusu badan pula, ibu boleh menyimpan stok susu dalam peti ais ini semalaman bagi mengelakkan susu badan rosak.

Peti ais untuk kedai runcit
Khind
Khind Display Chiller Showcase DC278 (278L)
mulai
RM1,299.00
Semak Khind Display Chiller Showcase DC278 (278L) harga dibawah:
add_circle Mempunyai kunci
add_circle Boleh memuatkan banyak barang
remove_circle Tidak mempunyai sejuk beku

Peti ais jenis Chiller ini sesuai untuk diletakkan di kedai runcit untuk mengekalkan kesegaran sayur seperti daun ketumbar, daun sup, kacang panjang, cili merah dan lain-lain.

Malah, peniaga juga tidak perlu risau tentang kecurian barang ketika kedai tutup kerana pintu peti ais ini boleh dikunci.

Lagipun pintu peti ini menggunakan cermin, jadi pelanggan yang datang boleh melihat bahan masakan dari luar pintu ais saja.

Walaupun pintu peti sejuk ini boleh dilihat dari luar tapi tetap mempunyai lampu LED yang akan kekal bernyala tidak kira pintu peti sejuk dibuka atau tidak.

Saiz peti ais ini 278 liter dimana mempunyai 3 rak boleh adjust ketinggian mengikut susunan.

Peti sejuk yang jimat elektrik
LG
mulai
RM2,999.00
Semak LG Inverter Fridge GC-B247KQDV harga dibawah:
add_circle Jaminan 10 tahun compressor
add_circle Kapasiti 613L
add_circle Sistem sejukbeku frost-free
add_circle Rekaan pintu ‘side-by-side’
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Ruang simpan sayur & buah agak kecil

Peti sejuk ini menggunakan teknologi Linear Inverter dimana memberikan penjimatan tenaga elektrik sebanyak 32%.

Walaupun jimat elektrik, tetap memberi suhu sejuk yang optimum bagi memastikan makanan lebih segar dan tahan lama.

Tambah pula, peti sejuk LG mempunyai suis Fresh Balancer yang berfungsi untuk memastikan suhu yang betul.

Jika terdapat kerosakan pada peti ais, anda tidak perlu risau kerana peti ais ini boleh sambung ke telefon pintar untuk mengetahui punca kerosakan.

Peti ais yang ada ice maker
Toshiba
mulai
RM1,226.00
Semak Toshiba Refrigerator Fridge Inverter A-Series (280L) harga dibawah:
add_circle Mempunyai teknologi AG+ Bio Deodorizer
add_circle Jimat elektrik
remove_circle Harga mahal

Peti sejuk dari Toshiba ini sesuai untuk mereka yang suka menyimpan stok makanan seperti sayur dan buah dalam kuantiti yang banyak kerana ruang bahan ini boleh memuatkan 12 liter.

Malah, dengan teknologi AG+ Bio Deodorizer dapat membasmi kuman dari membiak sekaligus dapat mengekalkan kesegaran sayur dan buah lebih lama.

Paling penting peti sejuk ini jimat elektrik kerana mempunyai teknologi inverter.


Jenis-jenis peti sejuk

Peti sejuk sudah menjadi peralatan rumah yang wajib untuk dimiliki setiap isi rumah bagi menyimpan barangan basah seperti ikan, ayam, daging, sayur dan buah.

Jadi, sebelum membuat pembelian peti ais online, sebaiknya ketahui jenis-jenis peti sejuk terlebih dahulu supaya dapat membeli peti ais mengikut piawaian anda.

Inverter

Teknologi ini membantu mengurangkan penggunaan kuasa elektrik semasa membuka dan menutup pintu peti ais.

Jadi dengan teknologi ini boleh mengoptimumkan penggunaan kuasa elektrik dan peti sejuk kurang mengeluarkan bunyi bising.

Apa yang menjadi masalah adalah harganya agak mahal berbanding yang non-inverter.

Non-inverter

Tak semestinya peti sejuk yang tidak mempunyai teknologi inverter tidak berkualiti cumanya bergantung pada penggunaan kerana penggunaan elektrik agak kuat setiap kali pintu peti ais terbuka.

Jadi, kami sarankan beli peti sejuk yang mempunyai teknologi inverter supaya bil elektrik tidak melambung.


Artikel Berkaitan

End of Article