Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Vacuum Cleaner Terbaik di Malaysia 2024 (Paling Kuat)

Anda boleh vakum lagi dan lagi tanpa henti!

Setiap rumah pasti perlukan penyedut hampagas atau vacuum cleaner terbaik untuk proses pembersihan rumah.

Lebih-lebih lagi untuk mereka yang memiliki ruang rumah yang luas dan karpet yang banyak, sangat memerlukan vacuum tahan lasak dan vacuum cleaner paling kuat.

Kalau lihat di pasaran, banyak vakum rumah dari jenama vacuum terbaik yang dipromosikan, sampaikan kita pening kepala nak pilih vakum terbaik mana satu yang sesuai.

Dari jenis vacuum tanpa wayar hingga jenis vacuum sedut air, dan dari vacuum murah hingga yang mahal, semua mempunyai kelebihan masing-masing.

Tapi, mana satu vacuum cleaner terbaik supaya proses pembersihan dapat dilakukan dengan sempurna?

Jom kami bantu anda senaraikan jenama vacuum terbaik bersama dengan harga vacuum cleaner untuk anda buat pilihan dengan mudah.


Senarai 15 Vacuum Cleaner Terbaik

Vacuum terbaik secara keseluruhan
Morgan Vacuum Cleaner DryWetBlow MVC-TC181SS
mulai
RM292.05
Semak Morgan Vacuum Cleaner Dry/Wet/Blow MVC-TC181SS harga dibawah:
add_circle Kapasiti kotoran besar
add_circle Fungsi wet, dry & blow
add_circle Kuasa sedutan, 1800w
add_circle Stainless steel
remove_circle Berat

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Vacuum cleaner yang tahan lasak dari jenama Morgan ini merupakan pilihan yang terbaik kerana arga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan kuasa yang sangat kuat. 

Ciri-ciri:

Material vacuum ini diperbuat dari stainless steel yang tahan dari terkena cuaca panas dan hujan. 

Kapasiti tong habuk pula sangat besar iaitu 32 liter membolehkan mengisi kotoran kering mahupun basah. 

Jangan risau, anda boleh membasuh beg habuk untuk dipakai semula dan diperbuat dari 100% polister tahan lasak. 

Kuasa sedutan 1800w pula amat mengagumkan, sudah tentu mampu menyedut apa jua kotoran kecil atau besar. 

Begitu juga dengan pelbagai pilihan aksesori kepala vacuum bagi memudahkan lagi proses pembersihan 

Jangan lupa, vacuum ini juga vacuum wet and dry terbaik dilengkapi sistem blow.

Maksudnya anda boleh bersihkan daun atau rumput selepas dipotong atau ditebas. 

Review:

“Sedutan vacuum memang kuat, sangat bagu nak bersihkan karpet. Memang berbaloi beli vacuum ini. Terbaik!”

Wireless vacuum cleaner terbaik
Hericaine
Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
mulai
RM249.00
Semak Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10 harga dibawah:
add_circle Mempunyai penapis HEPA
add_circle Kuasa sedutan 19000pa
add_circle Jaminan selama 5 tahun
remove_circle Penyedut dust mite dijual berasingan

Memiliki kuasa sedutan 19000pa sudah memadai untuk membersih bahagian lantai dan karpet dari sebarang habuk serta kotoran.

Rambut, bulu binatang peliharaan dan sisa makanan di lantai dapat disedut dengan mudah tanpa perlu disapu. 

Bahagian bukaan kepala penyedut yang lebar serta dilengkapi lampu LED mempercepatkan lagi proses pembersihan. 

Anda boleh meleret vacuum dicelahan hujung perabot yang gelap dan membersih dengan efisien. 

Ciri-ciri lain yang menambat hati ialah lengkap dengan penapis HEPA serta kemampuan bateri boleh tukar dan diguna selama 40 minit. 

Saiz vacuum cordless yang sederhana dan mempunyai berat 1.2kg memang menyenangkan apabila menggunakan.

Senang cerita kalau nak bawa balik kampung pun tiada masalah! 

Menariknya lagi, pembeli vacuum cordless Hericaine akan menerima waranti motor vacuum selama 5 tahun.

Jangan risau, pusat servis vacuum ini juga ada di Malaysia dan ingin kami ingatkan, alat penyedut tambahan dustmite dan pemegang vacuum dijual secara berasingan. 

Vacuum kereta terbaik
Xiaomi
Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Mini
mulai
RM199.00
Semak Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Mini harga dibawah:
add_circle Sedutan kuat
add_circle Kecil dan ringan
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Vacuum cepat panas
remove_circle Masa pengecasan yang lama

Xiaomi sekali lagi berjaya mendamba hati peminat mereka dengan vacuum saiz mini yang berkuasa tinggi.

Produk ini sangat sesuai untuk kerja-kerja membersih minima seperti kotoran makanan, habuk pensil atau pasir pada kasut. 

Sedutan 13000pa amat berbaloi dengan saiz vacuum yang kecil ini dan dua pilihan kepala penyedut bagi kelancaran proses vakum. 

Rekaan yang unik tanpa pemegang, iaitu idea untuk anda berasa lebih selesa dan beratnya yang hanya 500 gram sudah tentu boleh juga digunakan oleh kanak-kanak. 

Jangka hayat bateri yang bertahan sehingga 30 minit sudah pasti dapat menjimatkan elektrik daripada pengecasan yang kerap.  

Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D
mulai
RM299.00
Semak Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D harga dibawah:
add_circle Mempunyai lampu UV-C
add_circle Pemegang boleh pusing
add_circle Penapis HEPA
remove_circle Agak bising (75 dBa)
remove_circle Waktu mengecas lama (3-5 jam)

Alami gatal-gatal dan malas nak tukar cadar setiap minggu? Anda boleh bersihkan tilam dengan vacuum tanpa wayar dari Midea ini. 

Vacuum ini merupakan model khas untuk membersih tilam dari sebarang habuk dan hama yang tinggal di permukaan tilam. 

Penyedut tanpa wayar ini frekuensi denyutan tinggi iaitu 11000/per minit dan aliran cahaya UV yang kuat supaya dapat menarik kotoran seperti sisa rambut, tisu kulit mati dan membunuh habuk hama. 

Kuasa sedut pula 7500pa, dimana boleh dikategorikan sebagai kuasa sedutan yang sederhana. 

Habuk kotoran yang telah disedut akan terperangkap didalam penapis vacuum dan kemudian disimpan didalam dust box yang boleh ditanggalkan dan dicuci. 

Manakala pemegang atau handle vacuum boleh dipusing supaya anda tidak perlu mengangkat vacuum ketika membersihkan tilam. 

Tips dari kami untuk vacuum tilam, lakukan sekali seminggu dan pastikan anda memakai mask ketika vacuum untuk tidak terdedah dari habuk dan hama. 

Dari segi harga, Midea merupakan jenama yang berkualiti dan masih tetap memberikan harga yang berpatutan.  

mulai
RM155.00
Semak Meck 12L Heavy Duty Vacuum Cleaner Wet And Dry Blow 3 In 1 MVC-WD123SS harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Kapasiti 12 liter
add_circle Stainless Steel
add_circle Kuasa sedutan, 1200w
add_circle Mempunyai fungsi wet & dry
add_circle Menggunakan Penapis HEPA
remove_circle Bunyi bising

Vacuum cleaner Meck sesuai dijadikan vacuum heavy duty untuk kegunaan rumah atau pejabat kecil. 

Ini kerana dilengkapi tong kapasiti bersaiz 12 liter dan turut boleh mengisi sampah basah atau cecair 6.5 liter. 

Badan vacuum pula dari material stainless steel dengan roda di bawah untuk memudahkan vacuum dibawa ke mana sahaja. 

Kekuatan sedutan amat kuat sehingga 1200w dan mempunyai perlindungan haba supaya tiada proses tergendala akibat gangguan suhu panas. 

Menariknya lagi, Meck menyediakan ruang simpanan khas untuk aksesori vacuum jadi anda boleh bawa bersama ketika proses vacuum

Rata-rata pembeli Meck Heavy Duty model MVC-WD123SS amat berpuas hati dengan kepakaran sedutan habuk yang sedia ditapis oleh penapis HEPA. 

Begitu juga dengan harga jualan yang cukup murah walaupun vacuum cleaner berkuasa tinggi!

Philips PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner FC9352
mulai
RM489.00
Semak Philips PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner FC9352 harga dibawah:
add_circle Kapasiti, 12 liter
add_circle Kuasa sedutan, 1900w
add_circle Penapis EPA 10
add_circle Ringan
remove_circle Harga mahal

Ini antara vacuum cleaner paling kuat dengan sedutan 1900w! 

Vacuum Philips model FC9352 diperkenalkan dengan teknologi PowerCyclone 5, dimana bijak mengasingkan udara dan kotoran semasa menyedut. 

Ini supaya fungsi sedutan vacuum lebih efisien dan mengurangkan penghasilan sisa kotoran yang melekat pada tiub vacuum

Muncung vacuum yang disediakan pula diberi beberapa pilihan yang unik seperti Turbo Brush yang mampu menarik sehingga 25% kotoran kecil.

Selain itu, vacuum tanpa beg sampah ini juga mempunyai penapis EPA 10 yang dikatakan lebih baik dari penapis biasa. 

Vacuum ini juga dapat memerangkap partikel halus bersama kombinasi aliran angin sedutan yang tidak akan menyebabkan penapis tersumbat. 

ELECTROLUX (Z1231) Bagless Vacuum Cleaner 1600W320W SuctionHepa filter
mulai
RM265.00
Semak Electrolux (Z1231) Bagless Vacuum Cleaner 1600W/320W Suction/Hepa filter harga dibawah:
add_circle Kapasiti, 1 liter
add_circle Kuasa sedutan, 1600w
add_circle Penapis HEPA
add_circle Waranti 1 tahun
remove_circle Berat 6.5kg

Vacuum cleaner dari Electrolux berbaloi untuk kegunaan rumah atau ruang bilik tidur anda. 

Ini kerana mempunyai sedutan sehingga 1600w, memang sangat efektif dalam membersihkan habuk, sawang, sisa rambut serta bulu haiwan peliharaan. 

Menariknya lagi, anda boleh mengawal kuasa sedutan dari low hingga medium

Selain itu, vacuum kecil ini turut dilengkapi penapis HEPA yang memberi pulangan semula udara yang bersih semasa menyedut. 

Jangan risau, penapis tersebut boleh dibersihkan dan dipakai semula dengan selamat. 

Walaupun vacuum ini memiliki ciri bagless, ruang simpanan kotoran vacuum ini mudah dibersihkan dan ditanggalkan. 

Tunggu apa lagi, vacuum ini ternyata terbaik untuk membersih dan meninggalkan udara yang bersih dari HEPA filter! 

mulai
RM66.72
Semak Gaabor Vacuum Cleaner Corded Tornado System Multi-Filtration Technology Handheld harga dibawah:
add_circle Handheld
add_circle Ringan
add_circle Kuasa sedutan, 1600pa
add_circle Mempunyai penapis
add_circle Harga murah
remove_circle Berwayar
remove_circle Cepat panas

Teringin nak ada vacuum cleaner tahan lasak tapi murah?  Vacuum Gaboor adalah pilihan tepat. 

Harganya bawah RM100 tapi masih mempunyai ciri-ciri vacuum yang terbaik. 

Kadar sedutan vacuum cleaner sangat memuaskan iaitu 1600pa, mampu menyedut habuk halus pada permukaan lantai dan karpet. 

Walaupun hanya boleh berpusing 90 darjah, vacuum ini boleh digunakan dalam dua cara iaitu handheld dan stick

Jadi anda boleh menyedut habuk di langsir, celahan sofa atau tilam dengan mudah. 

Kelebihan rekaan vacuum yang ringan dan nipis menyenangkan anda untuk menyimpan dan paling penting tidak lenguh tangan apabila digunakan.

Kelongsong tabung kotoran juga mudah ditanggalka dan di sisi vacuum mempunyai cangkuk khas untuk anda gantung wayar kabel supaya tidak berselirat. 

Ciri-ciri begini juga ada pada vacuum cleaner yang dijual pada harga sangat rendah. 

Vacuum untuk karpet terbaik
KADONIO
KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner
mulai
RM57.41
Semak KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96 harga dibawah:
add_circle Kelajuan motor kuat
add_circle Sedutan maksimum 16000PA
add_circle Filter mudah ditukar
add_circle Ringan
remove_circle Bunyi sedutan kuat

Untuk anda yang mencari vacuum tahan lasak 4 dalam 1, boleh dapatkan KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96 untuk memudahkan kerja rumah anda.

Ciri 4 dalam 1 memberikan anda 4 pilihan kepala vacuum iaitu stick vacuum panjang biasa untuk lantai atau dinding, berus pendek untuk karpet, berus muncung pendek untuk celahan dinding dan flat hose untuk sedutan tempat kecil dan tirus.

Dengan kelajuan motor yang kuat dan sedutan maksimum motor 16000PA, anda boleh membersihkan lantai atau kawasan yang diperlukan dalam masa 10 saat sahaja!

Paling penting, vacuum tahan lasak ini sangat ringan dan filter mudah ditukar jadi anda tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengendalikannya.

Walaupun bunyi sedutan vacuum ini sedikit kuat, pembeliannya akan berbaloi kerana kapasiti bateri 2000mAH ini membolehkan anda gunakannya dengan lebih lama!

REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner
mulai
RM37.87
Semak REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Fungsi kering dan basah
add_circle Hayat bateri yang panjang
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Sedutan kuat
add_circle 5 jenis muncung
remove_circle Kapasiti hanya 0.5L

REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner merupakan salah satu vacuum yang mempunyai kapasiti bateri yang bersaiz besar.

Dengan saiz bateri 2200mAH dan kekuatan sedutan yang kuat, anda boleh lakukan kerja rumah dengan lebih lama tanpa perlu risau perlu dicaj dengan kerap.

Bagaimanapun, kami ingin menasihati anda untuk tidak menggunakan vacuum ini selama 30 minit tanpa henti untuk elakkan motor vacuum burn out atau rosak.

Vacuum cordless ringan ini juga mempunyai filter habuk yang boleh dicuci jadi ini boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan anda.

Menariknya, anda juga boleh sedut air yang tumpah di lantai atau dalam kereta dengan mudah tanpa perlu risau.

Walaupun bunyi sedutan sedikit kuat, vacuum ini berbaloi kerana mempunyai 5 aksesori nozzle yang anda boleh tukar mengikut penggunaan.

ECOVACS DEEBOT U2PRO Robot Vacuum Cleaner With Mop
mulai
RM1,099.00
Semak ECOVACS DEEBOT U2PRO Robot Vacuum Cleaner With Mop harga dibawah:
add_circle Tangki air 300ml
add_circle Kuasa sedutan 1500Pa
add_circle Sensor anti perlanggaran
add_circle Maksima masa operasi 110 minit
add_circle Bateri dicas semula secara automatik
remove_circle Bunyi agak bising, melebihi 66dBA

Robot vacuum ECOVACS amat penting untuk memastikan setiap ruang di rumah anda bebas daripada habuk dan bulu halus agar alahan atau serangan asma dapat dielakkan. 

Mempunyai 3 mod pembersihan iaitu Auto, Spot serta Edge. 

Boleh bergerak bebas dengan selamat sekitar rumah ketika beroperasi kerana menggunakan anti-drop sensor agar dapat mengelakkan dari terjatuh di tangga. 

Tak perlu buang kotoran yang telah disedut dengan kerap kerana kapasiti bekas habuk besar (400ml). 

Bukan itu sahaja, ia mampu membersihkan ruang berkeluasan 200 meter per segi apabila dicas penuh. 

Kesan kotoran kicap, sos atau kopi yang tumpah juga boleh dihilangkan secara mudah dengan adanya fungsi mop pada robot vakum ini. 

Memang terbaik digunakan oleh pemilik haiwan untuk memastikan rumah sentiasa bersih walaupun tinggal bersama kucing kerana ia serasi digunakan bersama Pet Care Kit.

Vacuum rumah tahan lasak
Panasonic
Panasonic MC-CG371 Bagged Vacuum
mulai
RM279.00
Semak Panasonic MC-CG371 Bagged Vacuum harga dibawah:
add_circle Lebih ringan
add_circle Mempunyai 410 W Suction Power
add_circle Kapasiti simpanan 1.4 liter
add_circle Mempunyai cord sehingga 5 meter
remove_circle Saiz yang besar

Vacuum cleaner dari Panasonic ini sangat sesuai untuk kegunaan di rumah, pejabat malah untuk membersihkan kenderaan anda. 

Walaupun mempunyai saiz bentuk yang sedikit besar, ianya menjadi satu kelebihan bila kapasiti simpanan sehingga 1.4 liter, besar dan tak perlu tukar dengan kerap.

Kuasa sedutannya juga tinggi sehingga 410w yang mampu menyedut segala jenis kotoran yang ada pada permukaan. 

Bagi anda yang suka vacuum kereta sendiri, vacuum cleaner ini mempunyai panjang cord 5 meter bagi memudahkan anda untuk bergerak.

Jenama yang diyakini, anda boleh cuba sendiri vacuum rumah tahan lasak dari Panasonic ini.

Scott Miller Cordless Vacuum Cleaner SM-V7000 22000Pa with Dust Mite Brush Attachment
mulai
RM299.00
Semak Scott Miller Cordless Vacuum Cleaner with Dust Mite Brush Attachment harga dibawah:
add_circle Kuasa sedutan yang kuat
add_circle Menyedut 99.9% hama
add_circle Dilengkapi penapis HEPA
add_circle Tidak bising dalam Eco Mode (60 dB)
remove_circle Bateri tahan 45 minit sahaja

Vacuum cleaner tanpa wayar dari Scott Miller ini mempunyai kuasa sedutan yang kuat, didorong oleh teknologi SmartTech bagi memastikan pembersihan menyeluruh.

Dengan kuasa sedutan 150 AW yang kuat, dikuasakan dengan putaran motor sehingga 90,000 rpm, ia dengan mudah menyedut kotoran dan sebarang sisa kotoran, meninggalkan lantai rumah anda bersih.

Dilengkapi dengan dua mod pembersihan, mod Eco untuk pembersihan biasa dan mod Turbo untuk pembersihan mendalam, vakum ini boleh disesuaikan dengan keperluan pembersihan anda secara khusus.

Selain itu, ia juga boleh membersihkan hama sehingga 99.9%, memastikan rumah anda bebas daripada kotoran zarah-zarah yang paling kecil dan halus.

Vacuum cleaner ini meliputi sehingga 180 meter persegi dengan satu cas penuh, dan anda boleh melakukan kerja pembersihan tanpa gangguan selama 45 minit.

Turut dilengkapi dengan penapis HEPA yang berkesan menyedut sehingga 99.97% zarah halus, memastikan udara yang lebih bersih di rumah anda.

Risau bunyi bising sehingga mengganggu anak tidur? Jangan risau, vakum ini mampu beroperasi pada 60 dB semasa dalam mod Eco, membolehkan anda membersih tanpa gangguan bunyi yang kuat.

Tambahan pula, dengan empat kepala berus serba guna, anda dapat dengan mudah membersihkan pelbagai permukaan dengan mudah.

Electrova iTech Series Wet Dry Vacuum Cleaner AQUA1
mulai
RM1,099.00
Semak Electrova iTech Series Wet Dry Vacuum Cleaner AQUA1 harga dibawah:
add_circle Jaminan selama 24 bulan
add_circle Jenis Wet Dry vakum
add_circle Mempunyai fungsi voice assistant
add_circle Bunyi tidak bising
remove_circle Harga mahal

Anda mencari vacuum cleaner yang mempunyai fungsi mop? Jangan pening kepala, anda boleh pertimbangkan untuk beli Electrova iTech Series Wet Dry Vacuum Cleaner AQUA1.

Dengan fungsi 2-dalam-1 Penyedut & Mop Pintar, vacuum cleaner ini dengan mudah membersihkan kotoran basah dan kering, termasuk kesan kotoran degil di atas lantai.

Digerakkan oleh Teknologi Sensor Pintar AQUA1, ia mampu menyesuaikan kekuatan sedutan, aliran air, dan kelajuan berus rol secara automatik, memastikan pembersihan menyeluruh pada setiap sesi pembersihan.

Dengan Teknologi Dual Tank, vakum ini menyimpan air bersih secara berasingan daripada air kotor, sekaligus memberi jaminan pembersihan dilakukan dengan teliti dan kualiti pembersihan yang terjamin.

Dengan kapasiti tangki yang besar, 850ml untuk air kotor dan 800ml untuk air bersih, anda boleh menjalankan tugas pembersihan yang luas tanpa pengisian seula yang kerap.

Sementara itu, nikmati operasi senyap dengan motor digital tanpa berus yang hanya mengeluarkan bunyi sebanyak 78dB. 

Reka bentuknya pula ringan dan boleh digerakkan dengan mudah untuk mencapai setiap sudut rumah anda dengan selesa. 

Selain itu, berus gulung AQUA1 yang canggih mampu secara berkesan membersihkan kawasan yang sukar dicapai dan meninggalkan lantai bebas daripada sebarang kekotoran.

Vacuum wet and dry terbaik
Aeromass
Bosch Heavy Duty 3 In 1 Dry Wet Vacuum Cleaner
mulai
RM178.88
Semak Aeromass Heavy Duty 3 In 1 Dry Wet Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kegunaan industri
add_circle Ada fungsi blow juga
add_circle Kuasa sedutan yang kuat
remove_circle Bukan jenis cordless

Vacuum cleaner jenama Bosch ini mempunyai kuasa sedutan yang kuat sebanyak 1800W, dan juga boleh membersihkan kotoran kering atau basah dengan mudah.

Fungsi serba guna 3-dalam-1 membolehkan anda menyedut kotoran kering dan basah, dan juga meniup sisa kotoran dengan mudah.

Dengan bekas keluli tahan karat 12L yang kukuh, penyedut ini dibina untuk kerja pembersihan heavy duty, memastikan ianya tahan lasak untuk digunakan.

Sementara itu, roda pada bahagian bawah vacuum memudahkan anda untuk menggerakkannya di sekitar rumah atau tempat kerja, manakala reka bentuk mesra pengguna membolehkannya dikendalikan yang mudah.


Berapa Lamakah Sebuah Vacuum Cleaner Boleh Berfungsi Dengan Baik? 

Jawapannya bergantung pada jenama, kualiti dan kaedah penggunaan vacuum cleaner itu sendiri. 

Tapi tempoh yang dianggarkan oleh pakar adalah sehingga sekitar 8 tahun.

Jika diselenggarakan dengan baik, vacuum cleaner boleh digunakan sehingga 10 - 15 tahun lamanya. 

Terutamanya vacuum cleaner jenis heavy duty atau cyclone

Cuma vacuum cleaner yang murah atau sekadar untuk dijadikan kegunaan domestik seperti di rumah, mampu bertahan sehingga 3 atau 5 tahun. 

Jadi penting juga untuk kita selenggara vacuum atau tukar alat ganti aksesori vacuum untuk tahan lama. 


Apakah Tips Beli Vacuum Cleaner Malaysia?

Ciri-ciri utama yang perlu anda lihat ketika membuat pembelian vacuum adalah:

  • Kadar Penggunaan

Pertama sekali lihat pada saiz rumah atau tempat yang anda ingin bersihkan dengan vacuum cleaner

Ini supaya tidak membebankan vacuum kerana aspek utama dalam sebuah vacuum ialah kapasiti sedutan. 

Jika anda gunakan vacuum kapasiti kecil tapi dengan kerja yang berat, boleh memendekkan jangka hayat vacuum

  • Kenali Jenis Vacuum

Terdapat dua jenis asas vacuum cleaner yang perlu kita kenali sebelum membeli.

Pertamanya jenis cyclone, iaitu vacuum yang mengisi habuk kotoran dalam bekas khas.

Pengguna biasanya boleh mencuci bekas tersebut setelah selesai vacuum

Kini terdapat banyak vacuum cyclone diperkenalkan di Malaysia, terutamanya dalam rekaan stick vacuum

Kedua, vacuum dust bag iaitu vacuum tipikal yang biasa kita lihat untuk kerja-kerja industri.

Vacuum jenis ini mengumpul sisa kotoran didalam beg pakai buang. 

Selalunya  jenis ini lebih menyenangkan kerana debu dan habuk tidak akan berterbangan.

  • Kuasa Sedutan Vacuum (PA)

Ramai yang tertipu rekaan vacuum dengan tidak melihat daya kerja sedutan vacuum tersebut. 

  1. Robot vacuum cleaners: 2000pa - 4000pa
  2. Cordless vacuum cleaners: 10000pa - 20000pa
  3. Cylinder vacuum cleaners: 13000pa - 25000pa

Senarai diatas adalah rujukan untuk mengetahui kadar sedutan vacuum yang sesuai untuk setiap jenis model.

  • Jenis-jenis aksesori

Pastikan vacuum pilihan anda mempunyai pelbagai aksesori tambahan untuk memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan.

Apa yang patut ada dan bagaimana nak guna aksesori vacuum anda? Tonton video dibawah untuk mengetahui cara guna vacuum dengan betul.


Article Berkaitan 

End of Article