Mungkin suatu masa dahulu, memiliki peti sejuk mini hanyalah satu peralatan tambahan yang tidak menjadi keperluan setiap rumah. Namun, masa berubah dan terima kasih pada teknologi yang banyak memudahkan. Mempunyai peti sejuk mini ini dapat memberi kemudahan kepada pelajar kolej atau orang bujang yang baru mendapat pekerjaan dan menyewa bilik dengan ruangan yang terhad. Ianya menjadi satu alternatif terbaik untuk menyimpan makanan kegemaran anda seperti susu, coklat, salad atau buah-buahan.

Peti sejuk mini ini bukan sahaja praktikal untuk digunakan pada masa kini tetapi menjimatkan elektrik serta ruang kegemaran anda. Artikel ini menyenaraikan peti sejuk mini yang isipadunya kurang daripada 60L, mungkin akan menjadi kegemaran anda.

1. Peti Sejuk Mini OEM (4L)

Peti sejuk kecil yang kompak dan berkualiti tinggi
Harga mulai RM110.00
Lazada Malaysia RM118.88 Shopee Malaysia RM110.00

Jika anda memilih peralatan yang trendy serta dapat menjalankan fungsinya dengan baik, peti sejuk ini pasti akan memikat hati anda. Mudah untuk dipasang dan digunakan, ruangan peti sejuk ini cukup untuk menyimpan makanan dalam kuantiti yang berpatutan. 

Peti sejuk mini dari jenama OEM ini juga didatangi dengan tingkap kecil untuk membolehkan anda melihat apa yang ada di dalamnya tanpa perlu membuka pintu setiap kali ingin mengambil makanan. 

2. RIMTRONICS 12V Portable Outdoor Car Mini Fridge (6L)

Peti sejuk mini yang murah dan sesuai untuk kegunaan dalam kereta
Harga mulai RM56.00
Lazada Malaysia RM65.00 Shopee Malaysia RM56.00

Perjalanan lewat malam yang jauh pastinya meletihkan. Dapat membasahkan tekak dengan air yang sejuk dan menyegarkan tanpa perlu berhenti pastinya memudahkan pemanduan. Peti sejuk mini ini jawapan untuk anda yang menjadikan jalanraya rumah kedua anda. 

Mampu menyimpan sekurang-kurangnya 6 tin air miniman, peti sejuk ini dilengkapi dengan adaptor 12VDC dan boleh digunakan untuk menyejuk atau memanaskan dengan hanya menekan butang mode yang tersedia. 

3. Midea MS-50 Mini Bar Refrigerator (50L)

Peti mini dengan sistem sejuk beku - sesuai untuk menyimpan susu ibu
Harga mulai RM329.67
Lazada Malaysia RM329.67 Shopee Malaysia RM339.00

Peti sejuk Midea ini mempunyai bahagian sejuk beku yang berasingan di mana sesuai untuk ibu-ibu yang mengepam susu pada lewat malam, ingin menyimpan susu yang dipam tanpa perlu berjalan ke dapur. Teknologi R600A Eco friendly refrigerant membuatkan peti sejuk ini menggunakan tenaga yang minima dan menjimatkan.

Mudah untuk penyimpanan susu ibu, bertahan sehingga beberapa hari tanpa perlu menukar susu tersebut setiap hari.  

4. Panasonic NR-AE51SH Mini Bar Fridge (50L)

Mini bar pada ruang rehat anda – terasa bagaikan seperti di hotel
Harga mulai RM639.00
Lazada Malaysia RM639.00 Shopee Malaysia RM639.00

Kelihatan hanya seperti peti sejuk mini yang lain, peti sejuk mini Panasonic ini sangat berkualiti tinggi dan mampu menjalankan tugas seperti peti sejuk biasa dengan memiliki ruangan yang kecil. Tidak menghasilkan CFC yang menyumbang kepada pencemaran alam, peti sejuk ini menyejukbeku ais dengan sempurna dan mengekalkan kesegaran minuman serta snek kegemaran anda. 

Tenaganya disalur menggunakan elektrik dengan penjimatan wang yang maksima. Pastinya satu peralatan yang dapat memberi keselesaan sewaktu anda dan keluarga tercinta khusyuk menonton drama menarik di televisyen. 

5. Portable Mini Fridge Dual-Core Refrigerator (20L)

Peti sejuk mini mudah alih yang boleh dibawa ke mana sahaja
Harga mulai RM320.00
Lazada Malaysia RM330.00 Shopee Malaysia RM320.00

Motor peti sejuk ini mampu menyejuk dan memanaskan minuman serta makanan kegemaran anda mengikut fungsi butang pilihan. Dilengkapi dengan pemegang tersendiri, ianya mudah digalas semasa anda pergi kemana sahaja, pada bila-bila masa. Peti mini ini diperbuat untuk lebih mesra alam tanpa CFC dan selamat serta berkualiti tinggi.

Walaupun ianya bersaiz mini dan kompak, badan peti mini ini sangat tahan lasak. Tidak memakan ruang yang banyak, sesuai untuk anda yang gemarkan minuman sejuk semasa memandu.

6. Sharp SJM60MB Mini Fridge (60L)

Peti sejuk untuk kesegaran makanan tahan lebih lama
Harga mulai RM365.00
Lazada Malaysia RM378.00 Shopee Malaysia RM365.00

Mempunyai tempat menyimpan ais serta rak jaring boleh ubah kedudukannya mengikut aras kesesuaian yang diingini, peti sejuk Sharp ini sesuai untuk kegunaan anda dengan ruangan terhad. Peti sejuk ini mempunyai ruangan untuk menyimpan makan dan mengekalkan kesegaran makanan yang disimpannya selama beberapa hari. 

Anda juga boleh membuat ais sendiri dengan tray ais yang disediakan di dalam peti mini ini. Pastinya satu peralatan yang dapat membantu pemiliknya. 

7. Pensonic PMF-660 Mini Fridge (50L)

Peti sejuk mini yang jimat elektrik dan wang anda secara berganda
Harga mulai RM374.00
Lazada Malaysia RM385.00 Shopee Malaysia RM374.00

Peti sejuk mini Pensonic ini direka dengan hanya memerlukan penggunaan tenaga minima dan sekaligus menjimatkan elektrik. Di samping itu, ruang simpanan yang boleh diubah mengikut kesesuaian penggunanya, peti sejuk ini juga diperbuat daripada bahan yang tidak mudah karat. 

Berat lebih kurang 21kg, peti sejuk mini juga antara jenama peti sejuk yang ada di pasaran yang terjamin mutu dan kualitinya. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Ain Ashraf

mom who writes

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!