Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Mini Rice Cooker di bawah RM100 Bagus untuk yang Bujang

Rice cooker merupakan satu perkakas dapur automatik yang direka khas untuk menanak beras sehingga menjadi nasi. Ia merupakan suatu perkakasan elektrik dapur yang terpenting bagi rakyat Malaysia untuk memasak nasi kerana nasi merupakan sumber karbohidrat utama rakyat malaysia. Apa yang menariknya terdapat banyak rice cooker mini yang bersesuaian untuk pelajar dan merekayang tinggal berseorangan di rumah.

Tambahan pula mereka tidak memerlukan rice cooker yang besar. Rice cooker mini ini juga tidaklah mahal kerana semuanya berharga di bawah RM 100 dan mampu milik. Di sini terdapat pilihan kami mengenai rice cooker mini yang murah bagi tahun 2018 ini.

Rice cooker mini terbaik untuk mengukus serta memasak makanan bayi
Rice cooker mini terbaik untuk mengukus serta memasak makanan bayi
mulai
RM89.00
Semak Hanabishi with steamer HA-3699STM harga dibawah:

Hanabishi with steamer HA-3699STM mempunyai periuk steamer  di mana pengguna dapat mengukus makanan atau memasak makanan bayi  ketika menanak nasi. Cara menggunakannya juga mudah, hanya perlu masukkan nasi,air dan tekan butang “on” dan tunggu sehingga nasi tersebut masak. Pada masa yang sama, pengguna boleh mengukus ikan,ayam atau kentang ketika menanak nasi. Hal ini dapat menghasilkan penjimatan masa memasak yang berganda.

Terbaik untuk merebus telur dan kegunaan student
Rice cooker terbaik untuk merebus telur dan kegunaan pelajar
mulai
RM80.00
Semak Sharp KSH211 harga dibawah:

Sharp KSH211 sesuai untuk pelajar berasrama dan pelajar universiti. Ia  boleh memasak secara automatik dan mempunyai fungsi kekal panas bertujuan untuk mengekalkan nasi yang telah di nanak daripada cepat basi. Tambahan pula, mini rice cooker ini mampu merebus telur di dalamnya dan mempunyai dua pemegang ditepi bertujuan untuk mudahkan pengguna mengangkat dan memindahkannya.

Rice cooker mini watt kecil – terbaik untuk memasak bubur
Rice cooker mini yang menggunakan watt kecil – terbaik untuk memasak bubur
mulai
RM78.00
Semak Khind BPS07 harga dibawah:

Khind BPS07 merupakan rice cooker yang kurang menggunakan tenaga elektrik untuk menanak nasi,mengukus dan memasak bubur. Ia mempunyai tapak berkualiti tinggi di mana pemindahan haba lebih efektif,tahan lasak dan menjaga  nutrisi makanan yang dimasak. Oleh itu,rice cooker mini ini  dicipta khas untuk memasak bubur. Tambahan pula periuk dalam yang diperbuat daripada seramik memudahkan tugas pencucian.

Rice cooker mini 0.3 liter terbaik
Rice cooker mini 0.3 liter terbaik
mulai
RM69.00
Semak Khind RC903 harga dibawah:

Khind RC903 mempunyai bentuk yang ringkas dan fungsinya yang mudah digunakan. Pengguna hanya perlu masukkan 2 cawan beras dan air kemudian tekan butang cooking, selepas beberapa minit anda sudah boleh menikmati nasi hidangan individual anda tanpa kerak.

Rice cooker mini 1 liter terbaik
Rice cooker mini 1 liter terbaik
mulai
RM96.99
Semak Panasonic SR-E10A harga dibawah:

Panasonic SR-E10A merupakan rice cooker mini 1 liter terbaik kerana mempunyai fius terma. Fius terma akan terputus apabila suhu dalam keadaan lampau untuk mengelakkan kebakan atau litar pintas. Hal ini dapat menjaminkan keselamatan pengguna ketika menanak nasi. Tambahan pula, periuk dalaman  mempunyai salutan aluminium menjadikan periuknya lebih tahan lasak dan pemindahan haba yang lebih baik.

Rice cooker mini portable terbaik untuk travel
Rice cooker mini portable terbaik untuk travel
mulai
RM87.38
Semak ELBA Rice Cooker ERC-D1233 harga dibawah:

ELBA Rice Cooker ERC-D1233 mempunyai satu pemegang di atasnya memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja. Rice cooker ini boleh dibawa bersama ketika travel malah boleh dibawa bersama untuk ke luar negara. Periuk dalamannya yang mudah dipisahkan dan permukaan periuknya yang anti-lekat menjadikan tugas mencuci lebih mudah dan lebih cepat.

Rice cooker mini lunch box yang multifungsi
Rice cooker mini lunch box yang multifungsi
mulai
RM64.90
Semak OEM 3 Layer Multifunctional Electric Stainless Steel Lunch Box harga dibawah:

OEM Bento Box mampu memasak pelbagai jenis makanan selain daripada nasi. Rice cooker mini ini mampu merebus sayur-sayuran, menanak nasi dan mengukus ikan atau daging. Ia juga ringan dan kecil mudah di bawa untuk berkelah atau ke pejabat. Makanan yang di masak hanya perlu dipanaskan selama 10 minit seterusnya pengguna boleh menikmatinya. Ia juga mempunyai 3 lapisan untuk masak makanan yang berbeza.

Rice cooker mini yang mempunyai timer
Rice cooker mini yang mempunyai timer
mulai
RM88.00
Semak OEM Mini Rice Cooker harga dibawah:

OEM Mini Rice cooker memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menetapkan masa untuk menanak nasi dengan lebih efektif. Ia juga mempunyai kelebihan kekal panas secara automatik apabila memasukkan makanan yang sejuk. Pengguna juga mudah menetapkan suhu untuk memasak nasi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article