Food processor sememangnya sangat membantu untuk persiapan memasak anda seperti memotong, mengisar, menguli, sebati, mengiris dan banyak lagi. Ia membantu anda dalam mencampur bahan-bahan masakan dan  jika sebelum ini anda memerlukan masa yang panjang untuk memotong bahan masakan tetapi tidak lagi kini jika anda mempunyai food processor kerana ia mempercepatkan lagi proses memotong sayur-sayuran, buah-buahan atau sebagainya.

Meskipun harganya sedikit mahal tetapi ia sangat berbaloi untuk anda. Berikut beberapa jenis jenama yang terbaik yang disyorkan.

1. KENWOOD FP120 FOOD PROCESSOR 1.4L 400W WHITE

Food processor terbaik untuk kisar cili dan bawang

Harga mulai RM218.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM218.00

Pengisar makanan yang sangat berguna kerana ia semua dalam satu dan mudah. Mempunyai pengisar jenis kepingan, cincang dan penggaul. Anda dapat menyediakan makanan buatan sendiri dengan cepat dan mudah. Mempunyai kuasa motor 400W untuk prestasi mencincang yang sangat hebat.

Yang lebih menarik ia mempunyai tetapan kelajuan dan kawalan maksimum. Sempurna untuk mencincang dan memotong kerana dengan adanya bilah keluli tajam yang tahan karat untuk memotong.

2. Panasonic Food Processor MK-F300

Terbaik untuk kacang dan halia

Harga mulai RM448.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM448.00

Panasonic MK-F300 menjadikan kerja memasak anda mudah kerana ia dilengkapi dengan pisau tajam tambahan untuk memotong pelbagai saiz makanan. Jenis bilah seperti cincang, ramas ,potong , kisar, hancur dan banyak lagi. Anda boleh menyediakan hidangan seperti kentang, bebola daging, roti dan jus. Pelbagai masakan boleh disediakan dengan adanya mesin pemprosesan yang memotong tahap profesional dengan 6 aksesori yang canggih.

3. Philips 4-In-1 Healthy Baby Food Maker SCF875

Food processor terbaik untuk makanan bayi

Harga mulai RM570.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM570.00

Pembuat makanan bayi yang sihat 4 dalam 1 ini membolehkan anda menyediakan makanan buatan sendiri dengan berkhasiat. Ia bukan sahaja boleh mengisar makanan bayi anda tetapi turut mempunyai fungsi pemanasan semula yang mudah digunakan. Selain itu, ia juga boleh mengukus makanan yang telah dikisar halus menjadi puri dari campuran buah-buahan,sayur-sayuran, daging, ikan dan sedia untuk dimakan oleh si bayi.

4. Manual Spin 3 Blade Fast Chopper Food Processor

Food processor manual terbaik

Harga mulai RM24.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM24.90

Sudah pasti ia akan menjadi peralatan memasak yang menyeronokkan dan mudah untuk anda di dapur. Ia dapat membantu anda mengiris, cincang,memotong, gerigi dan mencampur dengan adanya bilah keluli tahan karat yang tajam yang mampu memotong sepuluh kali lebih cepat daripada pisau biasa. Jangan risau kerana ia selamat untuk digunakan dan beroperasi secara manual.

5. Magic Bullet Nutri Bullet 12 Pcs BPA-Free Food Processor

Food processor murah dan bagus

Harga mulai RM299.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM299.00

Ia bukan seperti pengisar jus yang lain, ia mengisar dengan memastikan nutrisi di dalam makanan kekal berkhasiat. Mampu mengisar dengan hancur untuk buah-buahan dan sayuran dengan mudah agar anda dapat menikmati makanan yang sihat. Dengan kuasa motor 600W dan reka bentuk bilah yang berbentuk siklon akuatik yang tajam dan tahan karat. Nikmati makanan sihat setiap hari dengan pengisar makanan ini.

6. Braun Food Processor FX 3030

Terbaik untuk daging

Harga mulai RM699.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM699.00

Mesin pemproses jenis dua balang memudahkan dan mempercepatkan lagi masa memasak anda. Ia datang dengan 7 aksesori tambahan sama ada anda ingin mengaul, mengisar, memotong dan banyak lagi ianya dapat membantu anda. Anda boleh menetapkan tahap kelajuan mengikut keinginan anda dan ia pastinya lebih senyap daripada mesin pengisar yang lain. Ringkas dan mudah untuk anda gunakan setiap hari untuk menyediakan hidangan kegemaran anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!