Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Mop Lantai Terbaik Malaysia 2024 (Mozek, Kayu, Granit)

Pilih mop lantai yang betul untuk pembersihan lantai yang efisen.

Mungkin ada diantara kita rasa lebih puas hati menggunakan mop batang berbanding vacuum mop untuk mencuci lantai.

Bagi senario ini, penggunaan jenis mop dan pencuci lantai sangat penting bagi memastikan kotoran betul-betul dapat disingkirkan.

Apa yang menjadi masalah adalah mencari dan memilih mop lantai terbaik supaya kerja pencucian mudah.

Sekarang ni pun kita dah ada banyak jenis mop lantai moden yang boleh kita jadikan sebagai alat pembersih lantai terbaik.

Selain mop, kita pun mesti nak guna spray mop terbaik dan juga spin mop terbaik untuk dapatkan hasil pembersihan menyeluruh.

Kalau anda rasa susah nak cari mop yang bagus, kami boleh bantu anda buat pilihan terbaik.

Jadi kami senaraikan untuk anda harga mop lantai terbaik yang berbaloi dan mampu milik. Jom lihat!


Senarai 11 Mop Lantai Terbaik

Mop lantai terbaik secara keseluruhan
BLACK+DECKER
BLACK & DECKER 5 in 1 Steam Mop FSMH13
mulai
RM219.00
Semak BLACK+DECKER 5 in 1 Steam Mop FSMH13 harga dibawah:
add_circle Boleh bersihkan cermin tingkap
add_circle Boleh cuci lantai jubin tandas
add_circle Kapasiti tangki mop 380ml
add_circle Cepat panas
remove_circle Harga sedikit mahal
remove_circle Bukan wireless

Sebab menjadi pilihan utama:

Mop lantai jenis stim ini mampu membersihkan kotoran dan boleh membunuh bakteria dengan mudah, dan anda tidak perlu guna cecair pencuci jenis kimia kalau nak cuci lantai dengan mop stim Black & Decker ini.

Ciri-ciri:

Mop jenis stim ini boleh digunakan pada permukaan lantai jenis kayu, lantai lamina, vinyl, jubin seramik, batu dan lantai marmar. 

Ciri lain lagi, mop ini boleh membuat kerja pembersihan lantai selama 11 minit tanpa gangguan. 

Bukan itu sahaja, mop ini membersihkan permukaan kabinet dapur dan di setiap celah perabot almari atau kawasan sempit seperti bawah katil. 

Disebabkan itu, ia direka dengan pemutar 180° agar mudah diselitkan pada ruangan kecil.

Review:

"Sangat best sebab terus kering elok. Mana-mana air susu anak tumpah terus wipe elok, dan sebelum buat saya vakum dulu rumah barulah dapat kesan terbaik."

mulai
RM14.50
Semak Mop Lantai Easy Spray harga dibawah:
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Tangan tak cepat lenguh
add_circle Ketinggian mop boleh diubah
add_circle Sesuai untuk semua jenis lantai
add_circle Kepala mop boleh dipusing 360°
remove_circle Perlu tukar mop pad

Mop jenis spray dengan pad mikrofiber ini pula dijamin dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk membersih lantai kediaman kerana tak perlu diperah secara manual. 

Pad mikrofiber pada mop ini pula mampu menyerap habuk serta kesan minyak dengan efisen dan tidak perlu menggunakan air dengan banyak untuk kerja-kerja pembersihan. 

Lagi bagus, pad mikrofiber juga boleh diguna semula dan dibasuh dengan mesin cuci jika anda malas nak sental dengan tangan.

Bagaimanapun, jika pad mikrofiber ini telah diguna untuk tempoh yang lama, anda perlu mengantikan dengan mop pad baru.

Anda boleh gunakan mop ini untuk bersihkan bawah katil, sofa atau almari tanpa masalah.

3M Scotch Brite Single Spin Mop Bucket Set
mulai
RM115.90
Semak 3M Scotch Brite Single Spin Mop Bucket Set harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Baldi kukuh
add_circle Mop mudah dipasang
add_circle Kapala mop boleh dipusing 360°
add_circle Tidak mencalarkan permukaan lantai
remove_circle Harga mahal

Kerja mengemop lantai bilik yang besar bakal jadi lebih mudah dengan mop Scotch Brite ini kerana menggunakan fabrik mikrofiber. 

Jenis fabrik ini boleh menyerap air dengan bagus sekaligus boleh memerangkap habuk halus dan rambut gugur dengan efisen.

Uniknya lagi, anda juga akan mendapat baldi yang lengkap dengan ciri Spin Dry, jadi pengguna mop lantai terbaik ini tak perlu perah mop secara manual. 

Batang mop pula kuat dan mampu tahan lama, jadi boleh bersihkan permukaan lantai yang keras seperti granite, kayu, laminate flooring serta cermin.

Mop lantai mozek terkini
Hericaine 2022 Spray Mop Microfiber Pad
mulai
RM14.90
Semak Hericaine Spray Mop Microfiber Pad harga dibawah:
add_circle Ada tangki air 350ml
add_circle Ringan, hanya 0.75kg
add_circle Batang mop stainless steel 1.2m
remove_circle Perlu basuh mop pad

Mop ini sangat mudah digunakan kerana jenis spray, jadi anda tak perlu perah atau bilas mop secara manual.

Jadi anda tak penat sangat nak bersihkan rumah. Lagipun alat ini menggunakan kain jenis microfiber.

Ini kerana kain mop bukan sahaja boleh menyerap air, malah boleh membersihkan kotoran dengan mudah. 

Jangan risau, kain tersebut boleh ditanggalkan dan dibasuh setiap kali selepas digunakan. 

Paling penting, batang mop ini boleh dipusing hingga 360° dan boleh bersihkan kawasan sempit seperti di bawah sofa dan celah almari. 

Jika anda mempunyai lantai mozek di rumah, memang sesuai gunakan mop lantai mozek terkini ini.

Mop lantai elektrik
APACHE TurboMOP MOP-1
mulai
RM439.00
Semak APACHE TurboMOP MOP-1 harga dibawah:
add_circle 2 tahun waranti
add_circle Ada pengesahan SIRIM
add_circle Mop boleh berdiri sendiri
add_circle Pemegang mop boleh dipusing
add_circle Jimat air hingga 10 liter
remove_circle Perlu dicas untuk guna
remove_circle Harga mahal

Mop jenama APACHE ini sesuai dimiliki oleh suri rumah yang ingin jimatkan masa dan tenaga bersihkan rumah. 

Malah alat ini menggunakan motor Turbo yang boleh membersihkan lantai yang kotor dengan mudah tanpa perlu menyental dengan tangan. 

Selepas dicas penuh, mop ini boleh berfungsi dan mengemop lantai hingga 4 ribu kaki persegi tanpa perlu disambung dengan wayar kabel. 

Anda boleh campurkan cecair pencuci lantai dengan air ke dalam tangki mop ini agar lantai lebih bersih tanpa kuman. 

Kepala mop pula menggunakan microfiber pad yang boleh menyerap cecair yang tumpah dan memerangkap habuk. 

Jadi, tiada masalah jika anak anda sering tumpahkan air di lantai sebab semuanya tetap dapat dibersihkan dengan mudah.

Deroma TM3000+ 3in1 Sweeper, Spray & Mop Floor Cleaner
mulai
RM36.00
Semak Deroma TM3000+ 3in1 Sweeper, Spray & Mop Floor Cleaner harga dibawah:
add_circle Kapasiti tangki air 420ml
add_circle Mop boleh dipusing 180°
add_circle Mop boleh digantung
add_circle Ringan, 0.64kg
remove_circle Tempoh waranti hanya 3 bulan

Alat pembersih 3 dalam 1 ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai mop, malah berfungsi juga sebagai penyapu. 

Sesuai digunakan untuk membersih kotoran seperti minuman yang tumpah pada semua jenis permukaan seperti lantai kayu, jubin marble, buluh dan lantai granite. 

Disebabkan mop jenis spray, anda tak perlu perah mop dengan cara manual dan air cucian juga tak akan menitik pada lantai. 

Lantai rumah anda dijamin akan lebih berkilat kerana menggunakan kain mikrofiber tebal yang boleh perangkap habuk dan bersihkan kesan minyak tanpa merosakkan lantai. 

Jadi anda boleh gunakan mop ini untuk menghilangkan kesan minyak pada lantai, dan ia juga boleh bersihkan di semua tempat termasuk kawasan sempit.

Self-Wash And Squeeze Dry Flat Mop With Bucket
mulai
RM1.63
Semak Self-Wash And Squeeze Dry Flat Mop With Bucket harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mudah dipasang
add_circle Sesuai dengan semua jenis permukaan lantai
remove_circle Mop pad perlu tukar

Mop yang menggunakan kain mikrofiber ini mempunyai baldi khas yang boleh memerah air cucian mop dengan mudah, jadi tak perlu perah secara manual. 

Batang mop pula diperbuat daripada stainless steel yang tahan lama. 

Alat ini boleh digunakan ketika basah atau kering kerana kain mikrofibernya boleh perangkap habuk dan kotoran dalam keadaan basah dan kering. 

Sesuai untuk pelbagai jenis lantai sama ada lantai kayu keras, jubin dan marmar. 

Nak guna untuk cuci cermin tingkap sliding door pun boleh.

Bagaimanapun, mop pad perlu ditukar dan diganti baru sekiranya sudah lama menggunakannya.

Mop lantai untuk vinyl
NECO Microfibre Mop
mulai
RM26.51
Semak NECO Microfibre Mop harga dibawah:
add_circle Mop jenis mikrofiber
add_circle Boleh bersihkan kesan gris
add_circle Hilangkan habuk dengan mudah
remove_circle Perlu diperah secara manual

Walaupun harga mop lantai Neco ini murah, namun jangan pandang rendah akan kemampuannya untuk membersihkan lantai pejabat atau kediaman anda. 

Ini kerana mop mikrofiber ini boleh menyerap dan memerah air dengan mudah.

Selain itu, bahagian batang mop pula diperbuat daripada logam aluminum yang kuat dan tahan lama, jadi tidak mudah patah atau bengkok jika anda menyental lantai dengan kuat.

Boleh digunakan pada lantai hardwood, jubin, vinyl dan lain-lain untuk bersihkan kesan calar, bulu haiwan dan kotoran degil.

RAYACO Cotton Floor Mop with Handle
mulai
RM8.70
Semak RAYACO Cotton Floor Mop with Handle harga dibawah:
add_circle Pelbagai pilihan warna
add_circle Fabrik mop jenis kapas
add_circle Mudah digunakan
add_circle Kuat menyerap
remove_circle Perlu perah manual

Kepala mop ini boleh dicabut daripada batangnya untuk memudahkan anda basuh mop selepas digunakan. 

Apa yang menarik tentang mop Rayaco ini ialah mempunyai lubang pada hujung batang agar mudah digantung pada dinding atau di belakang pintu jika tidak digunakan. 

Sesuai digunakan untuk permukaan lantai jenis simen, Terrazzo dan kayu. 

Bagaimanapun, mop lantai ini adalah jenis manual yang memerlukan anda memerah kepala mop semasa ingin mengemop lantai.

Jika anda sukakan mop lantai jenis manual dengan harga yang sangat murah, anda boleh dapatkan mop lantai Rayaco ini.

mulai
RM19.78
Semak Easy Spin Mop with Stainless Steel Basket harga dibawah:
add_circle Tinggi batang mop boleh adjust
add_circle Kepala mop boleh dipusing 360°
add_circle Kain mop cepat kering
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Harga murah
remove_circle Perlu bersihkan kepada mop

Penat membongkok untuk perah mop setiap kali selepas bersihkan lantai? 

Usah risau, mop spin ini akan mempercepatkan kerja dan tidak akan kotorkan tangan kerana terdapat baldi khas yang boleh perah mop dengan mudah. 

Kain mop juga boleh menyerap air dengan baik, jadi cecair yang tumpah seperti susu atau kicap boleh dibersihkan dengan mudah. 

Manakala bahagian bawah baldi mop pula ada tayar dan lubang kecil untuk memudahkan air cucian dibuang tanpa perlu mengangkat baldi. 

Selamat digunakan pada permukaan lantai kayu, jubin dan marmar.

robot vacuum xiomi
mulai
RM1,299.00
Semak Xiaomi Mijia Robot Vacuum Cleaner Mop 2Lite harga dibawah:
add_circle Kuasa sedutan 2200Pa
add_circle v3 mod vakum-mop
add_circle 4 tahap sedutan
add_circle Kawalan pintar
add_circle Reka bentuk langsing
add_circle Mampu melepasi halangan sehingga 20mm
remove_circle Harga mahal

Bagi mereka yang sibuk tetapi ingin rumah sentiasa bersih, kami syorkan Xiaomi Mi Robot Vacuum Mop 2 Lite. 

Vacuum canggih ini dilengkapi fungsi mop dan kuasa sedutan 2200Pa yang lebih cekap serta bateri berkapasiti 2600mAh yang boleh dicas.

Ciri-ciri lain termasuk 3 mod vakum-mop, empat tahap sedutan, tangki air 270ml, dan ruang bekas debu 450ml. 

Anda juga boleh mengawalnya melalui aplikasi Mi Home dengan memilih mod pembersihan dari maksimum hingga senyap serta menyelia proses pembersihan.

Dengan reka bentuk langsing 8.1 cm, mop lantai moden ini boleh membersihkan di bawah kebanyakan perabot dan mengatasi halangan setinggi 20mm seperti pintu, rel, dan permaidani dengan mudah.

Memang senang nak bersihkan lantai rumah anda selepas ini dan tidak perlu lagi anda bersusah payah membersihkan lantai secara manual.


Yang Mana Satu Lebih Baik, Mop Lantai Dengan Air Panas Atau Air Sejuk?

Untuk dapatkan lantai yang lebih bersih daripada habuk dan sebarang kekotoran seperti kicap yang tumpah, anda disarankan untuk mop lantai dengan air sejuk. 

Ini kerana air panas boleh merosakkan lantai rumah terutamanya jika lantai kediaman adalah jenis lantai lamina. 

Selain itu, penggunaan air sejuk untuk mop lantai juga boleh menyebabkan lantai rumah anda kekal berkilat untuk tempoh yang lebih lama. 

Lagipun, air sejuk turut membantu memberikan kesan sejuk pada lantai selepas selesai dimop. Barulah rasa lebih nyaman apabila berjalan dalam rumah sendiri. 


Bagaimana Cara Mop Lantai Dengan Betul?

Sebenarnya nampak mudah bila nak mop lantai ni, tapi kalau salah cara boleh buatkan lantai rosak dan juga menjadikan proses pembersihan tu kurang efisen. Jom ikut langkah mudah ini untuk dapatkan hasil pembersihan yang berkesan.

  • Pilih mop yang sesuai dengan jenis lantai kediaman anda.
  • Pilih pencuci lantai yang sesuai.
  • Anda harus bersihkan lantai dengan penyapu atau vakum terlebih dahulu agar lantai tak melekit dan bersih dari habuk yang menebal.
  • Campurkan sedikit cecair pencuci lantai dengan air dalam baldi mop.
  • Celupkan mop dalam baldi berisi pencuci lantai tadi.
  • Basahkan dan perah mop agar air cucian tidak meleleh ke lantai.
  • Boleh mula mop lantai.
  • Pastikan anda tidak memijak kawasan lantai yang belum kering. 
  • Jika ada kawasan lantai yang ada kotoran degil, gosok kawasan itu dengan lebih kuat sehingga kotoran hilang.
  • Kemudian, bilas mop dengan air dalam baldi dan perah. Mop lantai sekali lagi agar lebih bersih. 
  • Jika lantai masih licin atau melekit akibat ada kesan cecair pencuci tadi, boleh mop lantai lagi sekali dengan air bersih yang tidak dicampurkan dengan sebarang sabun.
  • Jika air dalam baldi bertukar menjadi keruh, jangan lupa untuk tukar air.

Artikel Berkaitan

End of Article