Hidangan kek atau roti hasil air tangan sendiri adalah lebih bermakna, terutama jika seisi keluarga anda menikmatinya dengan penuh selera. Mujurlah kini, anda boleh menyediakan pelbagai jenis juadah roti dan kek kesukaan seisi keluarga dengan bantuan mesin yang menjadikan keseluruhan proses lebih mudah dan pantas.

Ekspresi bakat anda dalam menghasilkan roti dan kek yang enak dengan pilihan produk pembuat roti berikut:

1. Sharp Bread Maker 2L

Mesin pembuat roti automatik terbaik

Harga mulai RM399.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM399.00

Mesin pembuat roti dari Sharp ini memiliki kapasiti dua liter dan dihasilkan dari material keluli tahan karat serta dilengkapi cermin untuk melihati ke dalam. Lebih menarik, mesin ini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti butang keselamatan, fungsi kunci automatik (self-lock function), dan dikawal sepenuhnya melalui panel kawalan LCD. Mesin pembuat roti ini sesuai untuk kegunaan di rumah.

Review pengguna: Saya suka mesin roti yang mudah ini. Yang paling penting, ia mempunyai skala kecil yang banyak membantu. – Pelanggan Lazada

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. SKG 3930 Bread Maker

Mesin pembuat roti goreng

Harga mulai RM320.00

shopping_cart Lazada MY RM320.00

Mesin pembuat roti ini memiliki pelbagai fungsi menarik termasuk boleh digunakan untuk menggoreng. Dengan kawalan skrin LED dan kapasiti maksimum 1 kilogram, mesin pembuat roti ini sesuai digunakan untuk menghasilkan pelbagai aneka roti jenis goreng. Tambah menarik, mesin memiliki reka bentuk moden dengan kemasan motif keluli tahan karat.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Tesco Bread Maker

Pembuat roti dan kek

Harga mulai RM189.00

shopping_cart Lazada MY RM189.00

Mesin pembuat roti pelbagai fungsi ini dapat memudakan anda untuk menghasilkan kek dan roti kesukaan anda dan seisi keluarga. Alat ini memiliki ciri keselamatan seperti fungsi mematikan dengan automatik apabila tidak digunakan dan fungsi menarik seperti memanaskan selama 60 minit (warm-keeping). Tambahan, mesin juga memiliki kapasiti dua liter dan 12 pilihan menu yang telah diprogramkan.  

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Toshiba 1.8L Digital Rice Cooker TSB-RC18NMFIM

Pembuat roti elektrik

Harga mulai RM360.00

shopping_cart Senheng Malaysia RM360.00

Walaupun alat ini merupakan sebuah periuk nasi, namun ia juga boleh digunakan untuk menghasilkan roti dan kek dengan fungsi membakar (baking) yang dimilikinya. Mesin ini juga memiliki ciri memanaskan automatik selama lebih 12 jam (auto warming) dan jam penggera untuk memastikan masakkan disediakan dengan sempurna. Mesin keluaran Toshiba ini bukan sahaja memudahkan anda, bahkan ia juga dapat menjimatkan wang kerana anda boleh menggunakannya untuk pelbagai fungsi dan tujuan berbeza.

5. Khind BM500 Bread Maker

Pembuat roti bakar

Harga mulai RM175.00

shopping_cart Lazada MY RM175.00

Produk jenama Khind ini memiliki pelbagai fungsi menarik antaranya untuk membakar dan memanaskan, menjadikan mesin ini sesuai digunakan untuk membuat roti bakar. Mesin ini juga memiliki kapasiti 500 gram dan dilengkapi ciri penjimatan elektrik. Pembuat roti bakar ini sesuai untuk kegunaan domestik anda.

6. Russell Taylors Bread Maker Large 2.0LB

Pembuat roti pisang

Harga mulai RM189.99

shopping_cart Shopee Malaysia RM189.99

Produk keluaran Russell Taylors ini dilengkapi 12 program membuat pelbagai jenis roti antaranya roti gandum, aneka kek dan pastry serta roti pisang. Tambah menarik, pembuat roti ini juga memiliki ciri keselamatan seperti boleh dimatikan dengan automatik apabila tidak digunakan, sekaligus menjamin keselamatan pengguna. Mesin pembuat roti berteknologi canggih ini sesuai untuk kegunaan menyediakan aneka roti kegemaran seisi keluarga.

Review pengguna: Barang sampai dlm keadaan baik, dah cuba buat roti ikut resepi yg dberikan n guna juge resepi sendri. Buat donat pun okay...puas hati! – Rohaslin S.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Lina Salim

I read and write

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!