Memilih, membeli dan memiliki peti sejuk pastinya antara persiapan yang diperlukan oleh semua orang yang merancang untuk menduduki kediaman baru. Harga peti sejuk yang agak tinggi menjadi faktor utama untuk dipertimbangkan peti sejuk mana yang sesuai dan tahan lama untuk kegunaan isi rumah. Ada yang berjenama bagus dan berkualiti tetapi harganya pula mahal. Ada yang murah tetapi tidak pula diketahui sejauh mana ketahanan fizikalnya. Usah risau. Kini, terdapat jenama peti sejuk dari tempatan dan juga berkualiti tinggi. Yang penting, pilihan haruslah tepat supaya tidak perlu membeli dalam masa terdekat.

Peti sejuk 2 pintu ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu freezer dan refrigerator yang memudahkan anda untuk mengasingkan makanan basah seperti ikan, udang dan lain-lain lgi. Manakala barangan kering seperti sayur, bawang, cili dan banyak lagi. Berikut disenaraikan antara peti sejuk 2-pintu untuk memudahkan pencarian buat mereka yang masih mencari-cari.

1. MIDEA MD-232V 2 Door Fridge Refrigerator

Peti sejuk 2 pintu dengan harga mampu milik dan berkualiti tinggi
Harga mulai RM759.00
Shopee Malaysia RM765.00 Lazada Malaysia RM759.00

Berharga kurang daripada RM1000, peti sejuk Midea ini mampu berfungsi dengan baik serta sesuai buat pasangan yang baru berkahwin dan tidak memerlukan ruang yang banyak. Menggunakan teknologi hijau ion penyahbau untuk mengelakkan bauan yang tidak menyenangkan serta mempunyai sistem pengudaraan yang baik, peti sejuk ini memastikan makanan yang disimpan di dalamnya sentiasa segar. 

Kelembapan suhu di dalam peti sejuk ini juga mampu dikawal dengan bagus dan ternyata ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

2. SHARP 2 Door Fridge SHP-SJ285MSS

Dengan ruangan beku di atas - memudahkan penyimpanan makanan sejukbeku
Harga mulai RM1,034.00
Shopee Malaysia RM1,034.00

Peti sejuk Sharp ini direka dengan ruangan bekunya di atas dan tidak memerlukan anda membongkok untuk mencari lauk yang diingini. Mempunyai penapis nyahbau di belakang ruang peti sejuk ini mengurangkan bau serta pembiakan bakteria. 

Dilengkapi dengan lampu LED yang sofistikated, pastinya ia mencantikkan ruang dalaman peti sejuk ini dan membuat pemiliknya merasakan kemewahan di dalam dapur sendiri. Terdapat rak kaca di dalamnya yang dapat mempamerkan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk ini.

3. SAMSUNG Twin Cooling Plus 2-Door Fridge SAM-RT35K5562SL

Peti sejuk 2-pintu dengan teknologi tinggi yang mesra alam
Harga mulai RM1,799.00
Shopee Malaysia RM1,799.00

Peti sejuk Samsung Twin Cooling Plus ini ternyata memuaskan hati buat mereka yang cintakan alam sekitar yang ingin mengurangkan penggunaan tenaga berbanding peti sejuk yang lain. Teknologi twin cooling plus yang datang dengan peti sejuk model ini mengekalkan kesegaran makanan sehingga kelembapan 70% berbanding 30% jika menggunakan peti sejuk konvensional. 

Ini bermakna ia mengekalkan kesegaran makanan tanpa membiarkan makanan kering. Teknologi digital inverter yang ada pada peti sejuk ini secara automatik mengadaptasi dan mengawal halaju kompresornya dan dengan penggunaan tenaga elektrik menjadi kurang, tidak bising serta tahan lebih lama. 

4. PANASONIC 2 Door Fridge Econavi Inverter PSN-NRBX468XS

Peti sejuk dengan ruangan beku di bawah untuk keselamatan anak kecil
Harga mulai RM2,781.00
Shopee Malaysia RM2,781.00

Bagi ibubapa yang risau apabila anak-anak mahu mengambil ais krim yang ada di ruangan beku di atas, peti sejuk Panasonic ini mungkin pilihan terbaik untuk seisi keluarga. Dengan ruangan beku yang berada di bawah, mudah untuk anak-anak mencapai ais krim kegemaran mereka yang di simpan di dalam peti sejuk. 

Dilengkapi dengan teknologi ECONAVI & Inverter, kesegaran makanan yang disimpan terjamin dan selamat. Ia juga dilengkapi dengan panel kawalan melalui sentuhan yang menampilkan dapur yang tampak elegan dan ekslusif.

5. MITSUBISHI MR-FV24J-SL Refrigerator

Peti sejuk yang sesuai untuk ruang dapur kecil – menjimatkan ruang
Harga mulai RM899.00

Mendapat pengiktirafan daripada Good Design Award, peti sejuk Mitsubishi ini sangat sesuai bagi anda yang mempunyai ruangan terhad di dalam dapur. Dilengkapi dengan ruang sayur-sayuran dan buah-buahan yang besar, ruang penyimpanan telur, botol serta bahagian-bahagian jaringan untuk meletak bahan makanan dan sebagainya.

Sesuai untuk anda yang mempunyai bilangan ahli keluarga tidak terlalu ramai seperti 4-5 orang. Penapis karbon nyahbau dalam sistem pengudaraan mampu membunuh bakteria dan menghalang pembiakan kulat. 

6. TOSHIBA 2-Door Inverter Fridge GR-AG66MA

Ruangan yang besar memudahkan penyimpanan makanan yang banyak
Harga mulai RM2,899.00
Shopee Malaysia RM3,199.00 SEC Malaysia RM2,899.00

Pastinya jumlah ahli keluarga yang ramai memerlukan peti sejuk dilengkapi dengan ruangan besar untuk menyimpan pelbagai bahan makanan seperti sayuran, ayam, daging, coklat dan sebagainya. Peti sejuk Toshiba ini adalah terbaik, boleh dijadikan pilihan untuk anda yang sedang mencari peti sejuk dengan ruangan besar. 

Dilengkapi dengan kompresor inverter yang menjimatkan tenaga, teknologi nyahbau dengan menggunakan Ag+ BIO Deodorizer dan LED HYBRID Deodorizer mengekalkan kesegaran barangan yang disimpan di dalamnya. 

7. HITACHI R-V660P7M BBK Inverter 2 Door Glass Refrigerator fridge

Peti sejuk lima bintang yang tampil mewah
Harga mulai RM2,699.00
Shopee Malaysia RM2,699.00

Bagi anda yang mahu reka dalaman dapur bertaraf lima bintang serta peti sejuk dapat berfungsi dengan baik, jenama dari Hitachi ini pasti akan menambat hati anda. Mempunyai ciri-ciri penyejukan yang baik melalui kipas penyejuk Inverter X, ruangan sayur dan buah-buahan yang luas serta ruang kecil poket boleh diubah mengikut kesesuaian pemiliknya. Peti sejuk ini juga mempunyai ruang tempat menyimpan ais yang mudah untuk digunakan.

Ruangannya dilengkapi dengan gelas kaca yang tahan lasak serta mudah untuk dibersihkan juga membuatkan peti sejuk ini kelihatan sangat eksklusif.  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang Ain Ashraf

mom who writes

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!