Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Kuali Burger untuk Tunjukkan Skill Mencipta Resipi Mengikut Kreativiti

Nikmati burger buatan sendiri di rumah tanpa perlu ke kedai

Tekak terasa teringin untuk menikmati sebiji burger tetapi malas mahu ke kedai untuk membelinya? Malas itu bukanlah satu alasan, kadangkala ada juga yang tidak berapa kena dengan tekak. Tidak semua kedai burger memasaknya dengan cara yang standard dan konsisten. Ada juga yang ingin mencuba resipi mengikut kreativiti dan citarasa masing-masing sehinggakan rasanya kurang enak. Inginkan burger yang kena dan mengikut selera anda? Nah, gunakan sahaja kuali burger untuk memasak patty burger kesukaan anda.

Jika anda ingin membuat burger di rumah pastinya pemilihan kuali yang betul sangat penting. Belilah kuali jenis yang bergerigi atau yang sesuai kegunaannya untuk memanggang. Bukan sahaja memilih produk yang betul malahan kuali jenis tidak melekat (non-stick) juga penting dan pastikan ianya tidak mudah karat. Berikut kami senaraikan beberapa kuali yang bersesuaian untuk membuat burger.

Kuali burger berkualiti tinggi dan material jenis tebal
Berlinger Haus
Sesuai untuk gril makanan tanpa ke restoran mahal
mulai
RM95.00
Semak Berlinger Haus BH-1721N Grill Pan Non-Stick (28cm) harga dibawah:

Kuali dengan warna metalik di luarannya dan dicipta dengan 3 lapisan marmar ini, sangat menarik dan memiliki reka bentuk yang elegan. Bukan sahaja itu, malah ia memastikan makanan yang dimasak mendapat pemanasan yang sempurna secara menyeluruh. 

Pemegangnya yang direka dengan bentuk ergonomik memberikan keselesaan untuk anda semasa memasak dan memastikan kestabilan yang baik ketika anda memegangnya demi menjaga keselamatan agar tidak cepat melecur.

Kuali burger jenis besi – ringan dan mudah untuk dikendali
mulai
RM69.00
Semak IKEA GRILLA Black Grill Pan harga dibawah:

Memanggang pasti lebih mudah dengan kuali jenis ringan dan mudah untuk dipegang ini. Ianya bukan sahaja sesuai digunakan pada dapur gas tetapi boleh juga untuk kegunaan dapur (stove) jenis kaca. 

Permukaanya yang bergerigi memberikan keenakan untuk setiap masakan panggang dan dimasak dengan sepenuhnya serta makanan anda akan menjadi lebih garing. Sangat sesuai untuk penyediaan hidangan bersaiz sederhana, 3-4 pax sekali makan.

mulai
RM269.00
Semak Lodge LSRG3 Cast Iron Single-Burner Reversible Grill/Griddle, 10.5-inch harga dibawah:

Kuali jenis ini sangat menarik kerana ia boleh digunakan pada kedua-dua belah permukaannya, sama ada yang rata ataupun bergerigi. Bukan sahaja memudahkan anda untuk memasaknya malahan ia juga sesuai untuk semua jenis kaedah masakan. 

Anda kini boleh menggoreng dan juga memanggang dengan menggunakan kuali ini tanpa perlu memakai kuali yang berbeza. Ianya turut direka dengan pemegang yang memudahkan anda untuk mengangkatnya, membalikkan dan menggantung.

Kuali yang menggunakan kuasa elektrik untuk memanggang burger
mulai
RM49.90
Semak Korean Style Baking Pan BBQ Grill Non Stick Smokeless Teppanyaki harga dibawah:

Kuali memanggang jenis ini sangat sesuai untuk penyediaan makanan buat keluarga atau rakan-rakan yang berkunjung ke rumah anda. Kuali ini memiliki dua permukaan yang berbeza iaitu bergerigi dan rata malahan ianya jenis tebal, diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi. Sangat sesuai untuk kegunaan memanggang stik, burger ataupun mensalai. 

Dengan rekaan kuali yang tidak licin dan tebal ini, menjadikannya kuali yang sesuai untuk pelbagai jenis dapur seperti induksi atau elektrik. Produk ini sangat menarik kerana ia tidak menghasilkan asap yang banyak ketika mensalai ataupun memanggang.

Kuali jenis tidak melekat (non-stick) – mudah untuk dibersih
mulai
RM140.20
Semak GIACOMO 38 cm Non-Stick Die Cast Aluminium Master Grill Pan harga dibawah:

Kuali yang dilengkapi dengan 5 bahagian ini memudahkan kerja memasak dan juga membolehkan anda memasak semua jenis hidangan dalam satu masa. Tambahan dengan pemegangnya yang bercirikan ergonomik ini, memberi anda keselesaan ketika memegangnya. 

Diperbuat daripada material jenis tidak melekat kuali ini amat mudah untuk dibersihkan. Masakan kini menjadi lebih mudah dan pantas dengan adanya kuali 5 bahagian ini.

mulai
RM58.00
Semak Non-stick Copper Frying Square Grill Pan With Ceramic Coating harga dibawah:

Kuali yang direka dengan seramik ini sangat luas dan juga memiliki kedalaman yang sempurna untuk apa jua jenis masakan sekalipun. Ianya sesuai untuk semua jenis dapur dan pastinya menarik untuk kegunaan masakan seperti stik dan burger. 

Kualiti produk ini juga memiliki ciri keselamatan yang bagus kerana pemegangnya akan dalam keadaan kekal sejuk walaupun ketika sedang memasak. 

Tak jadi masalah lagi untuk memasak dengan kuali burger berbentuk petak ini
SCANPAN
mulai
RM541.00
Semak SCANPAN Evolution 27 x 27 cm Grill Pan harga dibawah:

Kuali ini diperbuat daripada 100% bahan aluminium di mana pengagihan haba semasa memasak cukup sempurna dan memiliki ketahanan yang kukuh dan lama. Ianya kuali yang mempunyai teknologi titanium seramik berprestasi yang tinggi. Pemegangnya pula dicipta untuk memastikan cengkaman yang stabil dan tidak akan bergerak semasa memasak. 

Ianya bukan sahaja kuali jenis besar tetapi juga memiliki dinding yang agak tinggi. Bahkan, ia juga sesuai untuk kegunaan oven dan yang paling penting sempurna untuk memanggang pelbagai bahan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article