Product in this article

Buat si penggemar waffle, tiada apa yang boleh menandingi bau waffle wangi yang dimasak dan dihidang dengan topping pilihan seperti jem strawberi, madu dan sirap maple. Kebiasaannya, situasi ini hanya berlaku di kedai waffle ataupun cafe. Dengan harga yang semakin meningkat iaitu satu hidangan waffle sebegini boleh mencecah sehingga RM20, sudah tentu kita tidak akan mengunjungi tempat yang sama setiap hari. Realisasikan waffle kegemaran anda, hanya di rumah sahaja.

Pembuatan waffle tidaklah sesusah yag kita sangka. Dengan resepi adunan tepung dan pilihan topping terbaik, sudah tentu kita juga boleh menikmatinya dirumah. Tetapi, tidak terjadilah pembuatan waffle tanpa mesin waffle yang terbaik kerana waffle mempunyai pelbagai bentuknya tersendiri. Ikuti senarai mesin waffle untuk kegunaan rumah dan juga komersial, agar anda boleh membuat pilihan yang tepat.

1. Waffle Maker Machine Gas

Mesin pembuat waffle jenis gas – memberikan tekstur yang rangup

Harga mulai RM499.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM499.00

Lebih gemar menggunakan mesin jenis gas berbanding elektrik? Mesin pembuat waffle ini amat bersesuaian untuk anda. Ianya mudah dikendalikan dan reka bentuknya yang moden membuatkan mesin ini mudah untuk dibersih dan disimpan. 

Mesin waffle ini menggunakan pan yang berkualiti tinggi untuk memberikan waffle anda tekstur yang rangup dan fluffy. Mesin gas sebegini adalah pilihan terbaik bagi penggunaan di kafe atau kiosk kecil-kecilan.

2. RUSSELL TAYLORS Belgian Waffle Maker WM-20

Mesin waffle murah – kualiti tinggi setanding harga yang mahal

Harga mulai RM59.99

shopping_cart Lazada Malaysia RM59.99

Mesin waffle daripada Russell Taylors ini mengikut kemampuan bajet dengan harganya mampu untuk dimiliki serta sesuai digunakan di rumah. Saiznya kompak dan portable, sangat menjimatkan ruang. Dilengkapi dengan lampu LED dapat memberi indikasi yang memudahkan anda untuk mengetahui samada waffle sudah masak atau belum.

Selain itu, waffle juga boleh diangkat dari acuan dengan mudah tanpa menginggalkan sisa kerana mesin waffle Russell Taylors ini dilengkapi pan non-stick.

3. Trio Stick Waffle Maker

Mesin pembuat waffle stick bagi penggemar waffle yang inginkan kelainan

Harga mulai RM129.00

shopping_cart Presto Mall RM129.00

Waffle stick merupakan waffle yang berbentuk panjang dan tirus. Diperbuat menggunakan adunan tepung yang sama cuma berbeza bentuknya. Waffle stick ini selalunya dimakan dengan mencelup waffle kedalam sos coklat. Untuk membuat waffle stick, mesinnya juga berlainan daripada yang biasa.

Mesin waffle stick dari jenama Trio ini mampu membuat 6 keping waffle stick dalam satu-satu masa. Ianya mempunyai sistem ‘cool touch housing’, dimana luaran mesin ini tidak panas apabila digunakan. Mempunyai lampu LED indikasi juga bagi mengelakkan waffle terlebih masak dan klip kunci yang selamat.

4. BREVILLE Waffle Maker Classic

Gunakan mesin ini untuk mendapatkan waffle klasik berbentuk bulat

Harga mulai RM660.00

shopping_cart Presto Mall RM660.00

Mesin waffle dari jenama Breville ini adalah pilihan terbaik bagi membuat mesin waffle berbentuk bulat. Ianya mempunyai Thermal Pro Even Heat, dimana peredaran haba adalah lebih konsisten pada permukaan pan. Waffle tradisional berbentuk bulat sebegini sememangnya mempunyai ciri yang tersendiri seperti bentuk dan warnanya yang perang keemasan.

Selain daripada ciri standard mesin waffle seperti lampu indikasi dan klip kunci keselamatan, ciri lain yang terdapat pada mesin ini adalah ianya mempunyai pan masakan yang lebih dalam agar waffle terasa tebal dan gebu.

5. Electric Egg Bubble Waffle Maker

Mesin pembuat waffle berbentuk egg/bubble, sesuai buat si pemilik kafe

Harga mulai RM194.56

shopping_cart Shopee Malaysia RM194.56

Gunalah mesin waffle ini jika anda ingin menikmati egg/bubble waffle yang ringan, gebu dan rangup. Mesin ini menggunakan elektrik dan mempunyai pengawal suhu yang mudah dikendalikan dalam bentuk dail. Berbeza daripada mesin lain, setelah tepung dituang ke atas acuan dan ditutup, ianya hendaklah dipusing 360 darjah agar tepung diratakan keseluruh pan untuk mendapat bentuk sfera pada atas waffle.

Diperbuat daripada stainless steel yang berkualiti tinggi agar mesin tahan lama. Acuannya juga mudah dibersihkan dan waffle yang telah masak boleh diangkat dengan mudah, sesuai buat si pemilik kafe.

6. Dash Mini Waffle Maker

Mesin waffle bersaiz mini, pilihan bagi peminat waffle

Harga mulai RM242.25

shopping_cart Presto Mall RM242.25

Anda boleh menikmati waffle kegemaran dalam tempoh masa hanya 3 minit dengan menggunakan mesin waffle Dash. Walaupun saiznya kompak dan mini, mesin waffle ini mempunyai kesemua ciri yang ada pada mesin waffle yang bersaiz lebih besar diluar sana.

Didatangi dengan pemanas yang tetap, lampu indikasi serta plet masakan yang tidak mudah melekat, produk ini menjadi pilihan pengguna. Secara keseluruhannya, mesin waffle mini ini mudah untuk dibersih dan dikendalikan.

7. SOKANY 3-in-1 Waffle Maker

Mesin waffle multifungsi 3-dalam-1 yang berbaloi dengan harganya

Harga mulai RM66.00

search Search product on Lazada Malaysia

Mesin ini didatangi tiga plet masakan boleh ditukar, bergantung pada hidangan yang hendak dibuat. Pengguna boleh membuat sandwich roti, grill ataupun waffle klasik berbentuk segi empat. Ianya amat berbaloi untuk dimiliki kerana cirinya yang multifungsi 3-dalam-1 ini, amat berguna untuk rumah mahupun kafe.

Pletnya mudah untuk ditukar dan dibersihkan tanpa perlu menyental dengan kuat. Jika mesin tidak diguna, ianya boleh disimpan dalam keadaan berdiri agar tidak memakan ruang yang banyak. Cool touch housing dan lampu indikasi serta dasarnya yang kalis licin, menambahbaik lagi ciri keselamatan yang ada pada mesin ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!