Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Suaipadan 7 Pilihan Teko Terbaik Dengan Ruangan Tertentu

Penuhi gaya hidup estetika semasa menjamu minuman petang

Teko air bukan sahaja hanya sekadar berfungsi sebagai pembancuh minuman. Ianya juga berfungsi sebagai penghias meja makan ketika menjamu tetamu. Teko yang sesuai dan tepat bukan sahaja menyenangkan tugas untuk membancuh air minuman, tetapi fungsinya yang menyeluruh seperti menggunakan teknik vakum untuk mengekalkan suhu, pemanas teko tanpa wayar eletrik, ataupun teko yang sedia dilengkapi penapis didalamnya akan memenuhi keperluan asas didapurmu dengan mudah sekali.

Bukan itu sahaja, malah, zaman ini peralatan asas dapur seperti teko, jag mahupun cerek air direka untuk memenuhi estetika peribadi. Dengan reka bantuk yang menarik, ianya akan menjadi pembuka bicara santai dikalangan tetamu ketika menghidang minuman petang.

Teko keluli tahan karat terbaik – tahan haba dan versatil
mulai
RM119.00
Semak IKEA SLUKA Vacuum Flask (1.8 L) harga dibawah:

Teko Ikea ini diperbuat daripada bahan tahan keluli yang menggunakan teknik vakum, berfungsi untuk mengekalkan suhu air minuman didalamnya. Bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak air panas, malahan air sejuk juga boleh disimpan kerana teko ini mampu mengekalkan kesejukan air dalam tempoh waktu yang lama.

Reka bentuk yang senang dipegang juga menjadi salah satu ciri kegemaran ramai untuk menggunakannya.

Teko teh kaca lutsinar – dilengkapi infuser daun teh
mulai
RM28.00
Semak Glass Teapot Set (1.5 L) harga dibawah:

Bagi yang gemar membancuh minuman panas menggunakan daun teh atau bunga kering seperti Chamomile, Rose atau Lavender, teko ini sesuai untuk anda. Dengan dilengkapi infuser teh di dalam teko, anda tidak perlu lagi menapis daun teh ketika membuat air.

Diperbuat dari kaca tahan haba tidak mudah pecah, anda tidak perlu risau tentang daya tahan produk ini. Didatangi dengan empat biji cawan kaca lutsinar rekaan moden untuk memeriahkan lagi hidangan minum petang anda!

Teko French Press – terbaik untuk kopi bru segar
mulai
RM37.50
Semak Stainless Steel French Press Coffee Maker harga dibawah:

Teko French press ini bukan sahaja mudah untuk digunakan, malah reka bentuknya yang ringkas dan praktikal, sesuai untuk diminum satu keluarga. Tidak perlu lagi ke café yang mahal untuk membeli segelas kopi yang baru dibru, tetapi anda boleh lakukannya sendiri di rumah sahaja.

Anda hanya perlu memasukkan campuran biji kopi kisar kegemaran anda dan air panas, dan tunggu beberapa minit untuk campuran kopi dibru dengan perlahan bersama air panas sebelum menekan pengendali untuk mengasingkan campuran serbuk kopi kasar dan air kopinya.

Teko kaca – estetika bergaya dan menarik
mulai
RM52.40
Semak LOCAUPIN High Temperature Heat-Proof Glass Teapot Set harga dibawah:

Bagi sesiapa yang mempunyai gaya hidup yang berestetika moden dan menarik, set teko kaca ini sesuai untuk anda. Diperbuat daripada bahan Borosilicate Glass, teko ini mampu menahan haba panas jika ianya dipanaskan diatas dapur api. Teko ini dilengkapi dengan (sistem) pemanas teko untuk memastikan air minuman sentiasa hangat dan penapis daun teh selepas merenehnya.

Set teko ini juga dilengkapi dengan enam cawan teh diperbuat dari bahan kaca yang sama. Teko yang menarik ini sesuai digunakan ketika minum petang bersama keluarga dan rakan.

Teko plastik yang terbaik – praktikal dan mudah
mulai
RM99.00
Semak XIAOMI Mijia Water Filter Purification Jug (1L) harga dibawah:

Teko plastik ini dilengkapi dengan penapis pembersih air yang mampu menapis kotoran dan partikel kecil dalam air. Rekaannya yang sleek dan mudah digunakan serta reka bentuknya yang tirus, senang disimpan didalam peti sejuk tanpa mengambil ruang yang besar.

Dengan menggunakan karbon aktif dan pertukaran ion untuk pembersihan air minuman menjadi lebih baik. Bekas plastik ini tidak membahayakan kesihatan dan selamat untuk diminum bersama keluarga.

Teko elektrik terbaik – dilengkapi ciri pintar mengesan haba automatik
mulai
RM115.50
Semak Multifunction Smart Thermo Electric Kettle (1L) harga dibawah:

Kepada sesiapa yang menyukai alatan teknologi pintar, teko elektrik pintar ini amat sesuai untuk anda. Ciri-cirinya yang dilengkapi dengan alat pemanas portable yang akan mengesan pengurangan haba pada teko dan memanaskan atau mematikan suhu secara automatik. Teko pelbagai fungsi ini bukan sahaja sesuai untuk mereneh teh, malah boleh digunakan untuk memanaskan sup dan bubur.

Set teko pintar elektrik multifungsi ini lengkap dengan teko yang diperbuat daripada Borosilicate Glass, penapis tahan keluli dan pemegang stim untuk telur.

Teko murah yang terbaik – memenuhi kehendak secara ringkas
mulai
RM15.30
Semak Glass Teapot Coffee Maker (1.5L) harga dibawah:

Bagi yang mencari teko yang murah dan memenuhi keperluan secara ringkas, teko ini amat sesuai untuk anda. Teko yang ringkas ini mempunyai infuser keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan serta (sesuai) digunakan untuk membancuh daun teh atau membuat kopi. Teko ini juga bersifat tahan panas dan mampu memenuhi kehendak kualiti pengguna.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article