Memilih dapur gas sebenarnya tidak hanya bergantung kepada jenamanya sahaja. Tetapi kualiti dan kemudahan terkini yang disediakan yang lebih diutamakan. Aspek yang penting yang perlu dilihat dalam pemilihan dapur gas adalah dari segi saiznya, tujuan, jumlah lubang pada pembakar, kelebihannya dan juga pastikan ianya mudah untuk dibersihkan dan tahan karat. Berikut beberapa dapur gas yang berpatutan harganya dan mungkin menjadi kesukaan anda.

1. HETCH 2 in 1 Induction + Halogen Cooker 

Dapur induction/elektrik terbaik
Harga mulai RM858.00
Beli di Lazada Malaysia

Dapur memasak induksi 2 dalam 1 ini direka dengan kaca keras yang tahan lama. Ianya berciri keselamatan yang tinggi kerana tiada penggunaan api dan anda juga tidak perlu risau tentang kebocoran gas lpg.

Oleh kerana ia direka dengan kaca keras jadi ia tidak mudah calar dan tahan pada panas walaupun pada panas yang terlalu tinggi. Bukan hanya itu, malah ia juga memasak dengan lebih cepat dan mudah untuk dioperasi.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Milux Gas Stove YS3030B

Hood dapur gas murah dan bagus
Harga mulai RM44.88
Beli di Shopee Malaysia

Dapur memasak yang mempunyai dua pembakar ini menggunakan pencucuhan secara automatik. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk yang bersaiz sederhana dan sesuai untuk dapur rumah yang tidak terlalu besar.

Pembakarnya pula direka dengan besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk yang stabil dan lebih kukuh ketika memasak. Sangat mudah digunakan kerana anda hanya perlu memulas pemetik api dan sedia untuk memasak.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. BUTTERFLY BGC-30A Gas Stove 

Dapur outdoor terbaik
Harga mulai RM95.00
Beli di Shopee Malaysia

Jika anda mencari dapur untuk kegunaan luar atau untuk memasak juadah dalam kuantiti yang banyak seperti kenduri, ini adalah dapur yang sesuai sekali. Ianya mengunakan gas tekanan rendah dan memiliki satu pembakar. Dapur ini lebih mudah digunakan untuk kegunaan luar kerana ia ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

4. Rinnai RB-713N-S Stainless Steel Build-In Gas Hob

Hood dapur gas stainless steel terbaik
Harga mulai RM739.00
Beli di Shopee Malaysia

Dapur Rinnai ini mempunyai reka bentuk yang nampak elegan dan direka khas dari negara jepun. Dapur pembakarnya dilengkapi di atas keluli tahan karat. Bukan sahaja itu, ia juga menggunakan pencucuhan bateri yang membolehkan anda mula memasak dengan cepat dan lebih mudah dengan hanya perlu menukarnya.

Manakala apinya pula jenis cincin pendua yang berfungsi untuk memastikan peredaran panas yang menyeluruh agar dapat memasak dengan cepat.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Golden Fuji Portable Gas Stove

Dapur kecil terbaik
Harga mulai RM45.00
Beli di Shopee Malaysia

Dapur memasak jenis kecil dan ringan ini sangat mudah di bawa kemana sahaja dan sesuai ketika berkelah. Ianya jenis dapur yang menggunakan gas butane untuk memasak dan beroperasi sama seperti dapur gas yang lain untuk menghidupnya dengan memetik pemetik api yang tersedia.

Dapur ini turut dapat memasak makanan lebih lama. Kini dengan adanya dapur ini anda tidak perlu memikul gas yang bersaiz besar untuk dibawa bersama ketika ingin menyediakan juadah ketika berkelah.

6. Morgan Built In Glass Hob MBH-GC533(BK) 

Hood dapur gas kaca terbaik
Harga mulai RM398.00
Beli di Lazada Malaysia

Dapur dengan 3 pembakar ini pasti dapat mempercepatkan lagi proses memasak anda. Ia direka dengan kaca keras yang tahan retak dan tidak mudah calar. Manakala, tempat pemetik pembakarnya pula di buat dari seramik yang tahan calar dan menggunakan pencucuhan bateri. Dari segi penjagaan dapur ini pula, ia sangat mudah untuk dibersihkan dan tidak perlu menggosok permukaan dengan begitu kuat untuk menghilangkan kotoran. Dapur ini mempunyai hanya satu warna iaitu hitam.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. MORGAN Glass Gas Stove MGS-8312G (B)

Dapur gas yang tahan lama
Harga mulai RM152.00
Beli di Shopee Malaysia

Dapur kaca Morgan MGS-8312G ini diperbuat daripada badan keluli tahan karat yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Pembakarnya pula terdiri daripada trivet besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk yang stabil dan lebih kukuh.

Selain itu, ia juga menggunakan sistem pembakar api tiga cincin untuk proses memasak lebih mudah dan cepat. Anda kini tidak perlu risau tentang kesuntukan masa kerana kini anda boleh memasak dua hidangan pada masa yang sama.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. Philips HD4902 Induction Cooker

Dapur induction/elektrik murah
Harga mulai RM165.99
Beli di Shopee Malaysia

Dapur induksi Philips ini berciri keselamatan yang tinggi kerana ia tetap memberi sentuhan sejuk walaupun selepas memasak. Ianya direka dengan panel kaca yang tahan lama dan lasak.

Bukan hanya itu, malah ia juga mempunyai 5 tetapan kuasa untuk memasak dan memiliki paparan digital yang mudah difahami. Dapur induksi ini juga dapat memendekkan masa memasak anda dan sesuai untuk anda yang mempunyai kesuntukan masa setiap hari.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!