Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Beraksi Seperti Chef Di Dapur Dengan 7 Grill Pan Ini

Inilah masanya untuk tonjolkan kehebatan masakan anda di rumah

Bagi anda yang gemar memasak pasti tidak asing lagi dengan kuali leper multifungsi (grill pan). Diperbuat daripada grid logam, masakan anda akan menjadi lebih sempurna. Alat ini tidak menggunakan gas yang banyak kerana ianya direka khas dengan sistem pemanas secara menyeluruh. Dengan hanya menggunakan suhu api yang kecil, peredaran haba dalam kuali akan membuatkan makanan anda cepat panas dan masak secara merata.

Hanya gunakan grill pan sahaja, anda sudah boleh menjimatkan wang dan tidak perlu membeli kuali yang lain kerana kuali ini multifungsi untuk menggoreng, memanggang, merebus serta menumis. Salah satu kebaikan grill pan ini, anda tidak perlu menggunakan minyak untuk menggoreng. Ingin dapatkan grill pan terbaik di pasaran? Nah, list berikut akan dapat membantu anda membuat pilihan.

Grill Pan Multifungsi 3-in-1 yang bagus
mulai
RM76.00
Semak Electric BBQ Barbecue Grill Pan with Stainless Steel Non-Stick Pan harga dibawah:

Bagi anda yang ingin menyediakan makan malam tetapi ketandusan masa boleh menggunakan Electric BBQ Grill Pan 3-in-1 ini untuk menggoreng atau memanggang dengan mudah dan cepat. Terdiri daripada 3 kuali leper yang berasingan, anda mampu untuk menyelesai kerja-kerja memasak sekaligus.

Alat ini digunakan untuk memanggang daging, ikan, menggoreng telur dan juga memasak sayuran. Dilengkapi dengan sistem non-stick, masakan anda tidak akan melekat pada kuali ini dan mudah untuk dibersihkan. Grill pan ini sangat ringan dan boleh dibawa kemana sahaja.

Grill Pan yang murah dan bagus
mulai
RM17.90
Semak Korea Gotham Steel Non-Stick Smokeless Stove Top Grill Kitchen BBQ harga dibawah:

Grill pan yang menggunakan dapur gas ini sangat murah dan berkualiti untuk keluarga anda. Logam gril dapat menapis keluar lemak-lemak dalam makanan semasa memasak dan menjadikan makanan anda lebih berkhasiat.

Kebaikan menggunakan grill pan ini adalah smokeless yang bermaksud semasa anda ianya tidak akan berasap dan membuatkan dapur anda tidak akan melekat bau-bauan yang kurang enak. Alat ini juga tidak perlu menggunakan minyak semasa menggoreng. Jadi anda tidak perlu risau akan percikan minyak!

Grill pan terbaik untuk membakar sate
Grill pan terbaik untuk membakar sate
mulai
RM49.10
Semak Electric Barbeque Grill Korean Electronic Pan harga dibawah:

Jika anda terasa tiada “mood” untuk keluar menjamu selera satay di luar, anda boleh melakukannya dengan sendiri di rumah. Electric Barbeque Grill Pan ini adalah kuali leper yang sesuai untuk membakar ‘homemade satay’ di rumah. Dilengkapi sistem pengawalan haba yang tinggi, makanan anda akan dimasak dengan cepat dan sempurna.

Grill pan ini datang dengan gril yang boleh diselaraskan dan termostat untuk memberi isyarat bahawa makanan anda sudah siap dimasak, serta dulang pengumpulan lemak minyak dari makanan. Saiznya yang ekonomi, mudah untuk digunakan sama ada untuk aktiviti luar atau di rumah.

32cm Happy Call Non-Stick Double Sided Grill Pressure Pan

BELI DISINI

RM 54.50

Grill Pan yang portable dan serbaguna

Alat grill pan yang portable ini boleh digunakan untuk membakar roti serta memanggang ayam, daging dan ikan dengan ringkas. Disalut dengan Ceratium iaitu satu lapisan khas di dalam, grill pan ini pasti akan membuatkan makanan anda tidak melekat pada kualinya dan tiada percikan minyak semasa menggoreng masakan.

Bentuk yang kecil dan ringan, mudah untuk anda menggunakannya dimana sahaja dan sesuai jika anda membawa bersama semasa bercuti. Kuali leper ini berkualiti tinggi dan logam kualinya anti-karat. Jadi anda tidak perlu khuatir jika menggunakan air semasa membasuh grill pan terbaik di pasaran ini.

Grill Pan 2 dalam 1 berkualiti tinggi
Grill Pan 2 dalam 1 berkualiti tinggi
mulai
RM57.95
Semak Electric Korean BBQ Grill Pan with Shabu Shabu harga dibawah:

Penyediaan makanan yang berkhasiat selalunya bermula dari rumah. Sudah tentu anda ingin menjamu makanan yang terbaik seperti steamboat untuk keluarga tetapi kadang kala, makanan di restoran tidak kena dengan isi kocek anda.

Jangan bimbang! BBQ Grill Pan with Shabu Shabu Steamboat ini sedia melunaskan keinginan anda. Kegunaannya yang multifungsi 2 dalam 1, anda boleh mengril, memanggang, menggoreng dan menyediakan sup sebagai sampingan dalam masa yang sama.

Alami gaya hidup sihat dengan makanan berkhasiat
Morrison
Alami gaya hidup sihat dengan makanan berkhasiat
mulai
RM189.99
Semak Morrison Air Fryer AF30 3.8L Large harga dibawah:
add_circle Hidangan lebih rangup dan dimasak secara sekata
add_circle Tetapkan waktu memasak lebih mudah
add_circle Fungsi auto-off

Kegunaan airfryer dan grill pan tidak ada bezanya. Airfryer juga boleh digunakan untuk memasak, memanggang, menggoreng dan mengril makanan dengan cepat dan sempurna. Jika anda inginkan ayam goreng crispy, gunakan sahaja airfryer ini. Tidak seperti periuk konvensional yang lain, airfryer ini tidak perlu menggunakan minyak semasa menggoreng dan anda dapat menikmati makanan yang lebih berkhasiat setiap hari.

Dilengkapi dengan teknologi Rapid Air, sistem peredaran haba boleh mencapai sehingga 390 darjah celcius dan makanan anda akan dimasak dengan lebih cepat. Keluarga anda akan dapat menikmati makanan yang lebih sihat!

Minum petang di Jepun
mulai
RM95.00
Semak TRIO Japanese Takoyaki Grill Pan TSG-2442 harga dibawah:

Sekali-sekala bersantai bersama keluarga di petang hujung minggu, pasti anda teringin hendak makan sesuatu yang ringan dan mudah untuk dimasak. Jika anak anda gemari menjamu selera di waktu petang dengan homemade takoyaki, gunalah produk ini.

Grill pan takoyaki ini mudah untuk dikendalikan dengan lampu penunjuk, jadi anda boleh ketahui jika periuk itu terlalu panas suhunya. Tidak perlu ke mall ataupun ke Jepun kerana  anda boleh sediakan takoyaki pada bila-bila masa sahaja!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article