Product in this article

Setahu anda, pasti bila bercakap mengenai dapur memasak, ia hanya terletak di dapur dan memerlukan tong gas semasa melakukan kerja-kerja memasak hidangan. Tahukah anda kewujudan dapur portable/mudah alih ini sudah lama berada di dalam pasaran Malaysia?

Kini, aktiviti memasak boleh sahaja dilakukan dimana jua dengan wujudnya dapur jenis mudah alih ini. Ianya bukan sahaja dapur jenis ringan malah saiz yang kecil dan sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya. Boleh juga disimpan di dalam beg galas dan dibawa bersama semasa berkelah atau camping.

Teknologi telah memberikan anda kesenangan untuk memilih beberapa dapur mudah alih jenis gas ataupun elektrik dan yang pastinya kedua-duanya dapat memasak apa jua juadah yang anda inginkan. Berikut kami syorkan beberapa jenis dapur mudah alih untuk pilihan anda ketika membeli.

1. ELECTROLUX ETD42SKA Portable Induction Cooker

Dapur mudah alih jenis elektrik – tidak memerlukan gas dan mudah dikendali

Harga mulai RM170.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM170.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM229.00

Dapur memasak dengan 8 tahap kuasa ini sangat menarik dan memudahkan kerja memasak anda. Ianya turut hadir dengan paparan LED dan juga pemasa kawalan semasa anda sedang memasak. Ianya dapur elektrik yang menyenangkan dan turut hadir dengan ciri keselamatan tambahan iaitu keselamatan kunci dari kanak-kanak dan matian secara automatik. 

Jadi, anda tidak perlu risau lagi jika si kecil anda ke dapur. Electrolux merupakan jenama perkakas elektrik yang terkenal di Malaysia ini mengeluarkan rangkaian dapur mudah alih yang sangat menakjubkan dan mudah dioperasi.

2. Hanabishi Portable Gas Stove HG550 (Cast Iron Head)

Dapur gas mudah alih – ringan dan sesuai untuk aktiviti luar (outdoor)

Harga mulai RM52.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM55.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM52.00

Dapur gas mudah alih dan ringan ini sangat sesuai untuk kegunaan memasak di luar ataupun untuk sebarang majlis. Ianya dapur menggunakan gas dan mempunyai kunci keselamatan automatik pencucuhan. Dapur jenis ini biasanya tahan lebih lama daripada dapur gas yang biasa dan berkualiti tinggi kerana bahagian pembakarnya diperbuat daripada besi tuang.

Dengan menggunakan gas butane, ianya mempunyai butang yang boleh mengawal tahap api dapur tersebut. Sesuai digunakan semasa camping atau travelling dengan saiznya yang kompak, anda boleh bawa kemana sahaja. 

3. BUTTERFLY BPG-188 Portable Gas Stove

Dapur portable yang sesuai untuk anda gemarkan gaya minimalis

Harga mulai RM59.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM67.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM59.00

Dapur mudah alih jenama Butterfly ini mampu untuk memasak apa jenis jua hidangan yang anda inginkan. Ianya dapur yang dicipta untuk mudah melakukan aktiviti memasak tidak kira di mana sahaja anda berada. Ianya dapur yang dilengkapi dengan kawalan suhu supaya anda dapat memantau tahap masakan anda samada sedia untuk dihidang atau belum.

Dengan cara ini anda dapat mengawal sepenuhnya suhu masakan daripada hangit. Tidak perlu lagi mengawasi masakan anda selalu.

4. LESTOP Camping Portable

Terbaik digunakan semasa aktiviti berkhemah atau hiking – murah dan berkualiti

Harga mulai RM23.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM24.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM23.90

Jika anda seorang yang gemar akan aktiviti luar dan lasak seperti berkhemah atau hiking, dapur jenis ini pasti akan menjadi satu keperluan penting dalam barangan yang perlu dibawa bersama. Ianya direka dengan bentuk yang baru dan ringkas serta mudah untuk dikendali. 

Bukan sahaja mudah dibawah, malahan ianya menjimatkan ruang dan sesuai untuk semua jenis balang gas. Dapur yang bukan sahaja memudahkan kerja anda bahkan ia juga dapur yang berkualiti tinggi.

5. RIINO 2000W Smart Infrared Cooker

Dapur portable yang sesuai diletakkan di ruangan sempit

Harga mulai RM149.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM149.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM169.00

Dapur jenis mudah alih dari jenama Riino ini berfungsi dengan menggunakan infra merah (infrared) dan sangat menjimatkan ruang. Ianya direka dengan panel kristal hitam yang tahan lasak dan mudah dibersihkan. 

Selain itu juga, ia hadir dengan 5 fungsi kawalan yang boleh ditetapkan bagi memudahkan kerja memasak anda. Riino adalah dapur berciri keselamatan yang tinggi dan paling penting sekali, ianya mudah digunakan oleh semua peringkat umur kecuali kanak-kanak.

6. HOMELUX Auto Ignition Industrial Dapur Gas Stove HL-200A

Dapur portable sesuai digunakan oleh peniaga kecil-kecilan

Harga mulai RM67.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM67.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM75.00

Dapur gas ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan direka dengan pencucuhan berkualiti tinggi. Ianya dapur yang sangat sesuai digunakan untuk kegunaan lebih lama seperti berniaga ataupun kenduri kahwin. Ianya boleh digunapakai untuk memasak segala jenis hidangan dalam jangka masa yang panjang. 

Dengan menggunakan gas, dapur jenis ini kebiasaannya sering digunakan di kawasan terbuka. Material besinya sangat kukuh dan tahan karat.

7. LEBENSSTIL Kollektion Portable Induction Cooker LKPI-3121P

Dapur bersaiz mini mudah alih – fungsi pemadaman automatik dan jimat tenaga

Harga mulai RM189.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM199.00 shopping_cart Superbuy Malaysia RM189.00

Lebensstil dapur yang direka dengan 9 kawalan kuasa untuk pelarasan pelbagai masakan. Selain itu, ia juga direka dengan sistem digital yang memiliki tetapan pemasa sehingga 99 minit. 

Ianya juga dapur berciri keselamatan yang bagus dengan fungsi pemadam automatik sebaik sahaja hidangan sudah siap dimasak. Dapur ini digemari ramai kerana ia jenis bebas asap dan sangat jimat dari segi penggunaan tenaga.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected].co! Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!