“Jangan lupa bawa balik tupperware ibu tu.” Sebut sahaja pasal Tuppeware, pasti anda teringatkan ayat kebiasaan bagi para ibu-ibu di luar sana, bukan? Tetapi setiap kali samada ke sekolah atau tempat kerja, bekalan makanan yang diletakkan di dalam tupperware sudah menjadi satu kepentingan buat anda. Tupperware juga menjadi suatu barangan yang sangat berharga untuk para ibu. Ianya dapat memastikan anda menyimpan segala makanan dengan rapi agar kualiti makanan kekal terjaga. Berfungsi untuk menyimpan segala makanan seperti buah-buahan, ayam, ikan, sayur-sayuran, nasi, pasta dan sebagainya dengan adanya bekas makanan ini.

Hadir dalam pelbagai saiz dan bentuk untuk memudahkan kerja penyimpanan di rumah dan semestinya dijamin bebas daripada BPA dan bahan toksik. Bukan sahaja menjadikan kerja lebih teratur, tetapi ia juga memudahkan anda untuk menyediakan makanan harian anda. Berikut beberapa barangan Tupperware yang mungkin membantu anda untuk penyimpanan makanan di rumah.

1. TUPPERWARE FreezerMate Medium II 2x1.5L (Set of 2)

Sesuai untuk menyejukbeku makanan dan diletakkan di dalam freezer

Harga mulai RM44.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM44.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM55.00

Bekas makan ini direka untuk penyimpanan peti sejuk di mana ia mampu menahan suhu serendah -20°C. Reka bentuknya bersaiz sederhana mampu memuatkan penyimpanan seperti daging, ayam ataupun ikan tanpa menggunakan ruang yang banyak. 

Ianya bekas yang direka dengan pembekuan cepat bagi mengekalkan tekstur, nutrisi dan rasa makanan yang anda simpan. Dilengkapi dengan penutup fleksibel yang memudahkan lagi kerja membuka dan menutup bekas makanan tersebut.

2. TUPPERWARE Jumbo VentSmart (1pc) 6.1L

Bagi memudahkan anda menyimpan sayuran segar

Harga mulai RM55.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM55.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM62.90

Terdapat pelbagai jenis Tupperware yang dapat memastikan penyimpanan sayuran atau buah-buahan di rumah anda tahan dengan lebih lama dan berkualiti. Ini kerana Tupperware mengeluarkan rangkaian bekas makanan yang menggunakan teknologi ventsmart bagi memastikan sayuran yang di simpan berada dalam keadaan suhu yang diperlukan agar ia kekal segar. 

Apa yang menarik tentang bekas makanan ini kerana ia memiliki sistem peredaran udara bersepadu yang boleh dikawal mengikut keinginan anda. Selain itu, ianya bekas yang telus dan memudahkan lagi kerja anda untuk mengenal pasti makanan yang disimpan.

3. TUPPERWARE Fortune Keeper OT Set

Sesuai digunakan untuk kuih raya – kedap udara dan tidak lemau

Harga mulai RM50.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM50.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM45.00

Memastikan kuih raya disimpan rapi menjadi keutamaan kita semua pada Hari Raya agar kuih yang dihidang ranggup dan tidak ‘masuk angin’. Bekas makanan ini direka dengan penutup kedap udara, bagi memastikan kualiti makanan yang disimpan terjaga. 

Penutupnya juga di reka bagi memudahkan anda untuk membuka dan menyimpan makanan. Bekas Tupperware ini hadir dalam pelbagai saiz dan sesuai untuk penyimpanan kuih, kerepek, bahulu ataupun kuih-muih yang lain.

4. TUPPERWARE Milk Powder Dispenser 3 Partition

Untuk penyimpanan susu bayi – tidak mudah tumpah atau bocor

Harga mulai RM36.89

shopping_cart Shopee Malaysia RM38.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM36.89

Kini menyimpan susu lebih mudah, cepat dan bersih dengan adanya bekas ini. Produk Tupperware ini memiliki 3 bahagian untuk penyimpanan susu agar susu dapat disimpan mengikut sukatan yang diperlukan setiap kali anda keluar dari rumah dan juga sesuai digunakan semasa travelling. 

Bekas ini di reka dengan penutup kedap udara agar susu yang disimpan, selamat tanpa penumpahan atau terkena angin. Anda boleh menyediakan susu si manja walaupun di mana sahaja anda berada dengan lebih mudah dan pantas. Tidak perlu lagi bawa sebotol susu formulanya ke mana sahaja.

5. TUPPERWARE Mini Jell-O-Ring (2) (600ml)

Sesuai digunakan untuk menyimpan agar-agar supaya mudah disejukbeku

Harga mulai RM63.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM63.80

Penyediaan puding atau agar-agar lebih mudah dengan adanya bekas ini. Ianya bekas dengan corak yang comel dan kecil. Bukan sahaja sesuai digunakan untuk membuat agar-agar malahan ianya juga boleh untuk menyimpan ais krim buatan sendiri. 

Dengan adanya bekas seperti ini penyediaan pencuci mulut lebih mudah dan selamat untuk penyimpanan. Tidak perlu lagi ke kedai untuk membeli agar-agar atau ais krim, hanya lakukan sahaja di rumah. Lebih bersih dan selamat!

6. TUPPERWARE Microwaveable Round Servers (4) (500ml)

Selamat digunakan untuk memanaskan makanan di dalam microwave

Harga mulai RM45.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM45.00

Bekas makanan ini memastikan anda dapat menjamu hidangan panas kesukaan ahli keluarga pada bila-bila masa sahaja dan dimana jua. Ianya bekas yang sesuai untuk kegunaan ketuhar dan juga menjimatkan masa. 

Sesuai juga digunakan untuk menyimpan makanan tengah hari ataupun untuk dibawa ketika perjalanan. Memanaskan makanan kini hanya mengambil masa 3 minit sahaja dengan adanya bekas makanan ini. Usah risau! Bekas ini tidak mudah cair.

7. TUPPERWARE Blossom Mugs & Seals (4) (350ML)

Penyediaan minuman panas, tidak lagi menjadi masalah semasa travelling

Harga mulai RM37.50

shopping_cart Lazada Malaysia RM61.56 shopping_cart Shopee Malaysia RM37.50

Semasa anda travelling, pasti salah satu perkara yang menjadi kepayahan adalah untuk meminum. Tambahan pula kalau R&R penuh, sudah tentu anda tidak boleh melegakan dahaga dengan nikmatnya jika keadaan terlalu sesak. Maka, Tupperware mengeluarkan rangkaian cawan sesuai untuk penyediaan minuman buat seisi keluarga kerana ia bekas yang mampu menahan air sejuk dan juga panas. 

Bukan sahaja itu, ianya juga bekas bebas daripada bahan merbahaya seperti BPA dan toksik bagi memastikan keselamatan anda sekeluarga terpelihara.

8. Tupperware Square Away (400ML)

Bekas makanan lebih kecil – menjimatkan ruang penyimpanan

Harga mulai RM31.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM31.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM32.00

Tupperware dengan reka bentuk petak ini cukup untuk memuatkan penyimpanan makanan seperti roti, kek, coklat, buah dan juga nugget. Ianya memastikan makanan anda dapat disimpan dengan rapi dan sedia dimakan. 

Bekas kedap udara ini juga menjimatkan ruang penyimpanan, tidak kira samada di dalam beg galas atau peti sejuk. Penyediaan makanan untuk dibawa bersama ketika berkelah kini lebih mudah dengan adanya bekas seperti ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!