Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Bekas/Balang Kuih Raya Cantik, Viral, Moden & Terkini 2024

Barulah nampak segak meja hidangan…

Tahun lepas kita semua sudah masuk dalam fasa endemik COVID-19, kami yakin Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti lebih meriah.

Persiapan raya mesti bermacam nak tukar. Antaranya bekas kuih raya untuk menjamu kuih raya pada tetamu yang datang mengunjung.

Tapi kami sarankan daripada bersesak di kedai jual balang kuih raya, apa kata anda pilih bekas biskut raya terkini yang kami senaraikan ini.


Bagaimana Cara Pilih Bekas Kuih Raya?

Adakah anda pening memilih sebab banyak sangat pilihan bekas kuih raya di pasaran?

Jangan risau, kami akan berkongsi beberapa tips yang boleh membantu anda memilih bekas kuih raya yang sesuai.

Pertama sekali, pastikan bekas kuih raya yang anda pilih mempunyai ciri-ciri yang selamat, bebas dari bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan dan mudah dibersihkan.

Selain itu, pastikan juga bekas kuih raya yang anda pilih mempunyai saiz yang mencukupi untuk memuatkan kuih-kuih raya yang ingin anda simpan di dalamnya.

Saiznya harus tidak terlalu kecil atau terlalu besar untuk mengelakkan kuih raya daripada tercampur dan bertindih.

Pilih bekas yang mempunyai reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan tema serta gaya hiasan rumah anda.

Terakhir sekali, pastikan bekas kuih raya yang anda pilih juga mempunyai penutup yang kukuh dan rapat.

Ini penting untuk mengelakkan kuih raya daripada terdedah kepada udara luar yang boleh merosakkan kelembapan dan rasa kuih raya.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Bekas Kuih Raya?

Sebelum anda membuat keputusan untuk membuang atau memakan sisa-sisa kuih tersebut, ada baiknya anda mengetahui terlebih dahulu keburukan dan kelebihan bekas kuih raya.

Pertama, mari kita mulakan dengan kelebihannya.

Bekas kuih raya boleh digunakan semula untuk menyimpan barang-barang kecil seperti garam, gula, serbuk dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, bekas ini juga sesuai digunakan sebagai bekas penyimpanan makanan kecil seperti kacang dan keropok.

Tapi, bekas ini tidak boleh digunakan semula jika ia telah tercemar atau kotor.

Ini kerana ia boleh mengandungi bakteria dan kuman yang boleh membahayakan kesihatan. 

Selain itu, bekas kuih raya juga boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar jika kita membuang bekas kuih raya tanpa membuangnya dengan betul.

Salah satunya adalah dengan kitar semula jika ia boleh dikitar semula.

Jadi, adakah bekas kuih raya baik untuk digunakan semula? Jawapannya bergantung kepada kita.

Jika bekas kuih raya masih bersih dan boleh digunakan semula, ia boleh memberi manfaat kepada kita.

Namun, jika ia tercemar atau sudah tidak boleh digunakan lagi, kita perlu membuangnya dengan betul untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar.


Senarai 10 Balang Biskut Raya Untuk Pamerkan Kuih Raya

Balang kuih raya transparent
Ikea
mulai
RM16.70
Semak Ikea Korken Jar and Lid harga dibawah:
add_circle Reka bentuk yang menarik
add_circle Kedap udara
add_circle Mempunyai banyak pilihan saiz
remove_circle Berisiko untuk pecah sekiranya terjatuh

Binaan balang ini dijamin kedap udara dan mampu mengelakkan dari kuih raya jadi cepat lemau.

Balang ini turut dilindungi dengan gasket getah di bahagian penutup bagi menghalang udara masuk

Tambahan lagi dengan reka bentuk balang yang menarik serta dinding balang yang transparent pastinya menyerlahkan lagi dengan pelbagai aneka kuih raya sekaligus menambah keceriaan dan kemeriahan di hari raya

Selain dari menjadi bekas kuih raya pilihan, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis makanan selepas musim perayaan

Balang kuih raya viral
Tupperware
Tupperware Royale Bloom Gold
mulai
RM41.90
Semak Tupperware Royale Bloom Gold harga dibawah:
add_circle Reka bentuk warna emas yang eksklusif
add_circle Plastik bebas BPA
add_circle Mempunyai banyak pilihan saiz
remove_circle Harga mahal

Bagi yang mementingkan kualiti bekas kuih raya tapi berciri hiasan yang eksklusif di hari raya, Tupperware Royale Bloom Gold antara pilihan terbaik.

Lagipun, sebut saja jenama Tupperware siapa saja tak kenal, jenama yang sentiasa menjadi bualan ramai. 

Kelebihan bekas ini adalah memastikan kuih raya anda tahan lama dengan sifat kedap udara dan kedap air.

Jangan risau, bahan plastiknya bebas dari bahan kimia bisphenol yang kebiasaannya digunakan untuk membuat plastik.

Jadi kuih yang disimpan tidak terdedah dengan bahan kimia. 

elianware bekas kuih raya
mulai
RM24.90
Semak Set Bekas Kuih Raya Elianware harga dibawah:
add_circle Penjimatan dengan pembelian set
add_circle Plastik yang berkualiti tinggi
add_circle Boleh masuk microwave
remove_circle Reka bentuk kurang eksklusif

Inginkan penjimatan dengan satu harga yang murah, anda boleh memilih set bekas kuih raya Elianware dengan pakej set enam buah balang pada satu harga.

Malah, setiap pembelian terdapat sekali dengan tray untuk meletak set enam balang tersebut.

Walaupun harganya murah tapi kualiti plastik menggunakan bahan Polypropylene yang merupakan plastik gred tinggi dalam pembuatan bekas makanan.

Bekas plastik bercirikan bebas BPA, kurang berbau, tahan lasak, mempunyai pesongan haba yang baik serta boleh digunakan dalam microwave.

Bekas kuih raya bentuk Lotus
Lotus Shaped Food Container
mulai
RM39.90
Semak Lotus Shaped Food Container harga dibawah:
add_circle Jimat ruang
add_circle Harga murah
add_circle Rekaan yang menarik
add_circle Mempunyai bahagian yang banyak
remove_circle Sukar untuk dibasuh

Jikan anda mempunyai ruangan yang terhad atau ingin menjimatkan ruang meja tamu, bekas kuih raya berbentuk Lotus adalah pilihan yang sesuai.

Ini kerana bekas ini mempunyai tujuh compartment dalam satu bekas untuk memuatkan aneka kuih raya sekaligus membuatkan hiasan meja nampak lebih kemas dan tersusun.

Harga pun tidak terlalu mahal dan kualiti material pun baik kerana menggunakan material plastik ABS.

Lagipun, selain dari menyimpan kuih raya, bekas kuih raya bentuk Lotus ini juga boleh digunakan untuk meletak makanan lain.

Cocostar Multifunctional Double Layer Sealable Rotating Snack Box
mulai
RM30.90
Semak Cocostar Multifunctional Double Layer Sealable Rotating Snack Box harga dibawah:
add_circle Jimat ruang
add_circle Harga murah
add_circle Compartment yang banyak
add_circle Reka bentuk yang menarik
remove_circle Sukar untuk dibasuh

Jika inginkan ruang penyimpanan yang banyak tapi masih ingin menjimatkan ruangan meja, bekas double layer dari Cocostar ini pilihan terbaik.

Jika dilihat dari reka bentuknya, bekas kuih raya ini mempunyai dua tingkat dengan 10 compartment.

Bayangkan, meja anda terdapat 10 jenis kuih raya, meriah!

Bukan itu saja, bekas ini mempunyai tangkai untuk anda bawa kemana saja dan juga mempunyai penutup seal untuk menutup rapat.

Tambahan lagi, bekasnya boleh dipusing, jadi tetamu tidak perlu bangun dari tempat duduk untuk memilih kuih atau juadah.

Cara penggunaan

  1. Buka butang seal.
  2. Pusingkan inner cover untuk pusing bahagian bawah keluar.
  3. Anda juga boleh menggunakan jari untuk memusingkan bahagian bawah keluar.
mulai
RM295.00
Semak Queens Porcelain CX 7pcs Food Warmer with Gold Rack Set with Candle Holder - Gold (Buffet Set) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kegunaan majlis
add_circle Mampu bertahan di dalam oven
add_circle Rekabentuk yang cantik dan mewah
add_circle Material yang berkualiti tinggi
add_circle Nilai dekorasi dan seni
add_circle Mudah dibasuh
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Hanya sesuai untuk hidang, tidak untuk penyimpanan

Sekiranya anda ingin hiasan dekorasi kayangan pada hari raya, Queen Porcelain adalah pilihan yang tepat.

Mempunyai reka bentuk agak mewah dan bahan penbuatan bekas boleh dikatakan berkualiti tinggi setara dengan harganya.

Tapi, apa yang paling penting balang kuih raya eksklusif ini boleh bertahan dalam microwave. 

Balang kuih acrylic
Balang kuih acrylic
mulai
RM39.90
Semak Balang kuih acrylic harga dibawah:
add_circle Kedap udara
add_circle Reka bentuk yang eksklusif
add_circle Tidak mudah pecah
add_circle Sesuai untuk pelbagai kegunaan
remove_circle Tidak tahan haba

Balang kuih jenis acrylic adalah alternatif bagi mereka yang inginkan balang kelihatan seperti kaca tetapi bimbang mudah pecah.

Ini kerana kelihatan seakaan bekas yang diperbuat dari kaca dan kristal.

Selain rupa yang cantik, bekas ini juga kedap udara sekaligus kuih raya tidak akan cepat lemau.

Elianware BPA FREE 6 Compartments Colourful Candy Tray
mulai
RM17.90
Semak Elianware BPA FREE 6 Compartments Colourful Candy Tray harga dibawah:
add_circle Lebih penjimatan dengan satu harga
add_circle Mudah alih
add_circle Plastik yang berkualiti tinggi
add_circle Sesuai untuk pelbagai juadah dan kegunaan
remove_circle Susah untuk dibasuh

Sekiranya anda mementingkan kemudahan dan penjimatan berbanding dengan dekorasi, Elianware enam compartment pilihan bekas kuih raya yang ideal.

Walaupun murah, produk dari Elianware menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.

Jangan risau, bekas ini mempunyai tangkai pemegang untuk memudahkan anda membawa kemana saja.

Balang Kuih Raya Berpenutup merah
mulai
RM1.05
Semak Balang Kuih Raya Berpenutup merah harga dibawah:
add_circle Kedap udara
add_circle Murah
add_circle Ringan
add_circle Terdapat pelbagai saiz dipasaran
add_circle Sesuai untuk pelbagai kegunaan
remove_circle Kualiti rendah

Kalau dahulu, balang jenis ini terkenal dengan balang penutup merah tapi pada zaman sekarang terdapat pelbagai warna penutup.

Reka bentuk balang yang simple, harga yang murah dan terdapat pelbagai saiz.

Tapi kebiasaannya menjadi pilihan untuk mereka yang berniaga kuih raya.

Selain berniaga, balang kuih raya ini boleh digunakan untuk penyimpanan kuih raya di dapur sebelum anda hidang ke bekas lain.

Bagi yang jenis suka berjimat dan dalam masa yang sama mempunyai daya kreativiti, anda boleh juga menghias balang ini dengan pelbagai cara.

Balang kuih raya ala Vintage Begonia
mulai
RM25.00
Semak Balang kuih raya ala Vintage Begonia harga dibawah:
add_circle Reka bentuk yang klasik, anggun dan eksklusif
add_circle Seal silikon yang membuatkan ia kedap udara
add_circle Nilai dekorasi
remove_circle Tidak tahan panas

Balang jenis ini sangat sesuai untuk anda yang gemarkan ciri-ciri vintage.

Rekaan corak ukiran flora klasik yang anggun pada balang ditambah dengan material jenis kaca menjadikan rekaannya cantik.

Malah, disertakan dengan penutup kayu buluh atau akasia lebih menampakkan lagi ciri klasik, mewah dan eksklusif.


Cara Susun Kuih Dalam Balang

Tinggal beberapa minggu lagi, dah nak masuk bulan Ramadan, pastinya ramai yang dah mula bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya kan?

Salah satu perkara yang paling penting dalam menyambut hari raya adalah kuih raya.

Tapi, macam mana nak susun kuih raya dengan betul dalam balang supaya nampak cantik dan senang nak ambil?

Jom kita belajar cara susun kuih raya dalam balang!

  1. Langkah pertama, pastikan balang kuih anda bersih dan kering. Sebaik-baiknya, lap dengan tuala kering sebelum menyusun kuih raya.
  2. Kemudian, ambil kertas minyak atau tisu dapur dan letakkan di bahagian bawah balang untuk mengelakkan kuih raya melekat pada balang.
  3. Setelah itu, anda boleh susun kuih raya mengikut jenis, saiz dan bentuk.
  4. Kuih yang lebih besar dan berbentuk bulat seperti tart nenas boleh diletakkan di bahagian bawah manakala kuih yang lebih kecil seperti kuih bangkit boleh diletakkan di bahagian atas. 
  5. Paling mudah lagi, anda susun satu jenis kuih yang sama dalam satu balang.
  6. Pastikan juga setiap jenis kuih raya diberikan ruang yang mencukupi supaya tidak melekat antara satu sama lain. Jika ada beberapa jenis kuih raya yang lebih rapat, anda boleh menggunakan kertas minyak untuk memisahkan antara satu sama lain.
  7. Akhir sekali, tutup balang kuih raya dengan rapat supaya kuih raya tidak lembap atau terdedah kepada udara. Pastikan balang tidak terkena sinaran matahari langsung.

Itulah cara mudah dan praktikal untuk susun kuih raya dalam balang. Dengan cara ini, kuih raya anda akan tahan lama untuk dinikmati oleh keluarga dan rakan-rakan anda semasa Hari Raya.


Apakah Jenis Bekas Kuih Raya Yang Tahan Lama & Tidak Mudah Pecah?

Perkara paling penting sebelum membeli bekas kuih raya adalah memastikan penutup bekas kuih kedap udara atau tidak.

Cara mengetahui ciri bekas kuih raya yang berkualiti, mudah saja.

Lihat bahagian penutup bekas kuih raya ada atau tidak seal getah kerana ciri ini yang menjadikan sesebuah bekas bercirikan kedap udara supaya kuih tidak cepat lemau.

Seterusnya, jika anda inginkan bekas kuih raya tidak mudah pecah dan tahan lama, sebaiknya pilih bekas dari bahan pembuatan plastik.

Misalnya polikarbonat yang boleh di dapati pada bekas jenama Tupperware ataupun jenis acrylic.

Bagaimanapun pemilihan semua bekas ini tidak menjamin ketahanan biskut kuih raya kerana bergantung jenis kuih dan cara anda menutup bekas kuih raya.

Tapi terdapat tip yang boleh anda ikut agar kuih tahan lama;

  • Pastikan kek atau biskut betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
  • Pilih bekas mempunyai ciri kedap udara.
  • Pastikan bahagian dalam bekas kuih telah dilap dengan kering.
  • Alaskan dasar bekas dengan kertas minyak.
  • Asingkan setiap jenis biskut dalam bekas berlainan.

Selain untuk penyimpanan, anda juga boleh memilih bekas yang mempunyai ciri dekorasi untuk tujuan hidangan sahaja.

Erti kata mudah simpan kat dapur guna bekas kedap udara, waktu nak hidang, guna set mewah, gitchew!

Apa pun jika anda ingin menghias sendiri balang atau bekas kuih raya, jom tonton video dibawah.


Artikel Berkaitan

End of Article