Permaidani yang betul mampu mengubah ruangan yang dingin dan hambar kepada yang lebih selesa dan mesra. Apabila digunakan dengan betul, permaidani lantai menambah keseriaan terhadap ruang bilik anda. Daripada reka bentuk yang unik atau bahan material kegemaran anda, permaidani mampu mengubah sesuatu ruang menjadi ruangan peribadi anda yang glamor, moden, tradisional mahupun minimalis.

Dibawah adalah beberapa idea contoh permaidani yang unik untuk memanjakan kaki anda dan menambah sentuhan estetika peribadi di rumah atau ruang kerja anda.

1. ASIER Europe Style Carpet

Terbaik untuk ruang tamu - corak yang neutral sesuai untuk semua tema
Harga mulai RM99.00
Beli di Lazada Malaysia

Karpet ruang tamu kebiasaanya mempunyai corak dan warna neutral, mengikut tema keseluruhan ruang yang bukan sahaja menjadi dekorasi tambahan tetapi sekaligus praktikal untuk memberikan keselesaan dan ‘homey’.

Karpet berwarna neutral yang mempunyai perincian warna kontra memberi personaliti tambahan kepada sesuatu ruang dan sesuai digayakan dengan apa sahaja tema ruang tamu anda, dari tema vintaj klasik ke moden kotemporari. Dengan empat pilihan corak, anda boleh memilih mengikut tema yang bersesuaian.

2. HEART SHAPED Non-Slip Bathroom Rug

Karpet murah dan berpatutan - cantik dan praktikal
Harga mulai RM15.00
Beli di Lazada Malaysia

Karpet ini bukan sahaja sesuai digunakan sebagai karpet pengering kaki yang dihamparkan di hadapan bilik mandi, ianya sesuai digayakan sebagai dekorasi di dalam bilik. Letakkan sahaja di ruangan tepi katil tidur ataupun di bawah meja sisi sebagai penyeri tema ruang bilik.

Materialnya yang berbulu lembut dan gebu dengan gabungan warna yang ‘muted’ membangkitkan suasana selesa dan hangat. Dengan harganya mampu milik, sesuai untuk dijadikan sebagai rekaan penyata yang ringkas tetapi masih mengikut tema dekorasi ruang.

3. IKEA Skarreso Rug

Karpet minimalis dengan motif yang ringkas
Harga mulai RM599.00
Beli di Ikea

Permaidani bermotif minimalis ini amat sesuai untuk yang menggemari gaya ringkas dan kemas. Warnanya dapat memberikan ketenangan serta melegakan tekanan setelah seharian berada di tempat kerja. Karpet bercorak minimal yang hanya mempunyai dua warna ini dapat menyerlahkan barangan lain yang ada di dalam ruang bilik. Sesuai digayakan dengan meja kopi yang diperbuat daripada kaca lutsinar.

Karpet ini bukan sahaja menepati selera gaya si minimalis, ianya juga mampu membuat ruangan kegemaran anda kelihatan lebih luas.

4. Modern Design Rug

Karpet bercorak moden - ‘classy’ dan kontemporari
Harga mulai RM89.00
Beli di Lazada Malaysia

Karpet bercorak geometrik seperti ini amat sesuai pada ruang yang bertema moden dan kontemporari. Coraknya yang bersegi dan menggunakan motif bentuk kotak dan bersegi ini, amat sesuai digayakan dengan dekorasi tambahan yang berwarna garang atau terang.

Selain mengenakan warna yang sama pada dinding dan langsir untuk mengikut stail moden kontemporari, corak dan warna karpet ini juga cukup menonjol dan tidak sarat dengan rona yang pelbagai.

5. OSUKI Living Room Wool Carpet

Karpet berbulu dan gebu - selesa dan lembut
Harga mulai RM47.00
Beli di Shopee Malaysia

Kepada sesiapa yang menggemari suasana ‘cosy’ dan selesa, karpet berperincian bulu gebu dan lembut ini sangat sesuai untuk anda. Ianya mampu melengkapi ruang tamu atau bilik anda menjadi lebih selesa dan santai. Karpet ini juga sesuai untuk ruang yang berhawa dingin kerana material bulunya yang gebu dapat menghangatkan kaki anda.

Bukan itu sahaja, karpet ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak kerana materialnya yang lembut dapat melindungi kanak-kanak daripada lantai yang keras.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. REAL COBBLESTONE Reflexology Foot Massage Mat

Karpet 3 Dimensi – tikar pengurut refleksologi mudah alih
Harga mulai RM97.00
Beli di Shopee Malaysia

Laluan kaki refleksologi direka untuk mengurut dan merangsang titik accupressure pada tapak kaki untuk melancarkan peredaran darah dalam badan. Karpet mudah alih ini sesuai untuk sesiapa yang tidak gemar meluangkan masa di luar kerana laluan kaki refleksologi ini kebiasaanya boleh didapati di taman-taman rekreasi.

Direka khas dengan batu-batu sungai yang lembut dan halus, diletakkan diatas permukaan asas tikar. Batu-batu kecil berbentuk kerikil pula, bertindak sebagai rangsangan refleksologi untuk meningkatkan kesihatan dan daya tubuh badan.

7. TAKOMI Rectangle Tatami Style Carpet

Karpet tatami untuk rumah kayu – padan dengan yang berjiwa tadisional
Harga mulai RM25.44
Beli di Lazada Malaysia

Sentuhan karpet tradisional tatami daripada Jepun ini dapat menyempurnakan tema klasik rumah kayu. Warnanya yang hangat memberi rasa keselesaan dan damai sekaligus melengkapkan ruang dengan motif jaluran tampak minimalis dan ringkas, yang dapat membuka ruang tamu supaya kelihatan lebih luas.

Diperbuat dari bahan yang tebal dan ringan, upholsterinya yang empuk dapat melindungi kanak-kanak kecil dari lantai kayu yang keras.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang fei feisal

a co-parent of a cat, a chef and a freelance writer who got stuck trying to figure out how to “adult”.

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!