Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Penyedut Asap Dapur (Cooker Hood) Terbaik Malaysia 2024

Tidak ada lagi bau asap masakan bebas ke seluruh rumah.

Kini hampir setiap rumah ada penyedut asap dapur atau cooker hood terbaik untuk menyedut asap masakan yang terhasil ketika memasak.

Bukan apa, kalau tak ada penyedut asap dapur atau kipas sedut asap dapur, memang berbau dan berminyak satu rumah sebab asap yang terhasil bebas ke seluruh kawasan.

Apa yang menjadi masalah, mana satu jenis penyedut asap dapur yang terbaik untuk kegunaan rumah?

Pening kepala tengok banyak jenis hood dapur atau penyedut udara dapur yang ada di pasaran sekarang, dan tawaran harga pun dari yang murah hinggalah yang mahal.

Jadi jom lihat senarai beberapa jenama dan harga kipas dapur masak atau blower dapur masak terbaik.


Senarai 12 Penyedut Asap Dapur Terbaik

Penyedut asap terbaik secara keseluruhan
Midea
Midea Slim Cooker Hood MCH76MSS
mulai
RM295.00
Semak Midea Slim Cooker Hood MCH76MSS harga dibawah:
add_circle Tedapat motor berganda
add_circle Dilengkapi 2 penapis aluminium
add_circle Mempunyai sistem duct out
add_circle Warranty motor 5 tahun
remove_circle Pilihan warna terhad
remove_circle Bunyi agak bising

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Bau asap masakan yang kuat sudah pasti akan membuatkan pengudaraan tidak baik sehingga hidung jadi tak selesa. 

Jadi, hapuskan bauan tersebut dengan menggunakan penyedut asap Midea ini.

Ciri-ciri: 

Hanya bersaiz sebesar 76cm, produk ini dilengkapi dengan 2 penapis arang dan kuasa sedutan 900m3/hr yang membantu menghilangkan bau busuk dengan cepat. 

Diperbuat dari stainless steel, kotoran yang terbentuk pada penyedut asap menjadikan mudah dibersihkan berbanding hood kaca. 

Hood yang menggunakan kuasa 206W ini mempunyai 2 lampu LED yang membantu aktiviti memasak lebih mudah pada waktu malam. 

Review:

"Angin blower dia memang kuat & mantap, puas hati beli. Nak pasang pun mudah, cumanya bunyi motornya agak kuat tapi masih boleh diterima."

mulai
RM588.00
Semak MIDEA ( MCH-90MV1 / MCH90MV1 ) Designer Cooker Hood harga dibawah:
add_circle Terdapat 3 pilihan kelajuan
add_circle Mempunyai 2 penapis arang
add_circle Kawalan butang tekan
add_circle Kuasa sedutan 1200m³/h
add_circle Tempoh jaminan motor 5 tahun
remove_circle Warranty am hanya 1 tahun

Anda tercari hood yang diperbuat daripada stainless steel dan tempered glass? Kami sarankan penyedut asap jenis cerobong dari Midea. 

Hood ini mempunyai outlet udara 150mm, manakala motornya berkuasa 330W. 

Hasilnya, asap yang berkepul di udara ketika sedang memasak dapat disedut ke dalamnya dan dapur akan kembali bersih.

Dengan kelebaran 90cm menjadikan sangat mudah dicuci walaupun terdapat 5 lapisan penapis minyak yang perlu dibasuh. 

Selain itu, anda boleh pilih sama ada nak guna sistem operasi duct out atau recirculation pada hood ini. 

Terdapati 2 buah lampu LED yang menggunakan kuasa 1.5W, menjadikan kerja memasak makan malam lebih mudah.

Cuma pastikan hood dipasang dengan jarak sekitar 650-750 cm daripada dapur memasak agar dapat menyedut asap dan bau busuk dengan baik.

Cooker hood tanpa cerobong
Morgan
Morgan Slim Cooker Hood MCH-NC276(DM)
mulai
RM371.25
Semak MORGAN COOKER HOOD 2.5Feet(76CM) MCH-NC276(DM) harga dibawah:
add_circle Motor berganda kuat, 80W+80W
add_circle Waranti 1 tahun
add_circle Kelajuan motor 1300rpm
add_circle Kuasa sedutan 840m3/hr

Alatan dapur masak Morgan ini direka dengan penapisan arang bagi memastikan udara kembali bersih tanpa bau busuk yang kuat selepas memasak. 

Terdapat kuasa lampu 25w di mana cukup untuk menerangi kawasan memasak walaupun tanpa lampu dapur. 

Pengguna boleh pilih sama ada nak pasangnya dengan cerobong atau tanpa cerobong.

Pillihan ini menjadikan hood ini sesuai dipasang pada bahagian saiz dapur luas atau sempit. 

Paling penting, terdapat penutup atau bekas khas untuk pengumpulan minyak jika terdapat percikan minyak ketika memasak.

mulai
RM2,020.99
Semak Senz 1800m3/h Intelclean Twin Turbo Motor Multi Chimney Cooker Hood Suction SZ-CH338i harga dibawah:
add_circle Kuasa sedutan 1800m3/hr
add_circle Menggunakan motor berganda Turbo
add_circle Mempunyai paparan LCD
add_circle Terdapat 4 kelajuan motor
add_circle Warranty motor 3 tahun
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tak sesuai untuk dapur saiz kecil

Penyedut asap dapur Senz bakal memberi kuasa penyedutan terbaik walaupun asap bau masakan terlalu kuat atau banyak minyak terpercik.

Ini kerana hood ini mempunyai fungsi Turbo Boast yang akan meningkatkan aliran udara tambahan hingga 200m3/h. 

Bukan itu sahaja, bunyinya tidak bising ketika digunakan iaitu hanya ≤56db. 

Dimensi hos yang tersedia dengan hood ini ialah 180mm dan  rekaan kawalan sentuhannya sangat canggih dan mudah digunakan. 

Terdapat fungsi Auto-Clean dan Smart Cleaning, jadi anda tak perlu guna tenaga banyak untuk bersihkan alat ini.

Lagipun, bahagian kacanya boleh ditanggalkan untuk memudahkan kerja pembersihan.  

Bahagian mangkuk besi minyak 5 kali lebih besar berbanding saiz hood jenama lain. Jadi boleh tampung minyak yang banyak. 

Elba Hood Designer Hood 9088 (1400m3Hr)
mulai
RM620.00
Semak Elba Hood Designer Hood 9088 (1400m3/Hr) harga dibawah:
add_circle Kuasa motor 270W
add_circle Terdapat lampu LED
add_circle Mempunyai recirculation system
remove_circle Tiada kelajuan turbo
remove_circle Bunyi sedikit bising

Hood dari Elba akan menyedut asap dapur yang tidak menyenangkan ketika memasak agar pernafasan anda tidak terganggu. 

Mempunyai ciri kuasa sedutan sekuat 1,400m3/hr dan penapis arang, menjadikan anda tiada masalah untuk masak apa jenis masakan.

Paling best, mempunyai 3 pilihan kelajuan dimana terdapat panel butang kawalan yang mudah digunakan pada hood. 

Bahagian bekas minyak juga sudah tersedia dengan hood stainless steel ini. 

Jangan risau tentang sebarang kerosakan kerana penyedut asap dapur Elba mempunyai warranty motor selama 5 tahun manakala tempoh warranty umum pula selama setahun. 

Milux 750m3hr Slim Cooker Hood MHS-S430
mulai
RM319.00
Semak Milux 750m3/hr Slim Cooker Hood MHS-S430 harga dibawah:
add_circle Penapis minyak aluminium 3 lapis
add_circle Diperbuat dari stainless steel
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Saiz 90cm, standard untuk dapur moden
add_circle Kuasa 200W
add_circle Anti karat
remove_circle Rekaan kurang menarik

Untuk individu bujang atau pasangan baru berkahwin yang baru berpindah ke rumah baru di kawasan apartment, boleh dapatkan hood dapur ini.

Kediaman jenis ini mempunyai ruang dapur yang terhad, jadi produk Milux memang pilihan terbaik kerana boleh berfungsi walaupun tanpa sistem ducting

Seperti kebanyakan jenama hood lain, lengkap dengan lampu 40W yang akan memudahkan kerja memasak untuk lihat bahan masakan dengan jelas. 

Malah dengan penapis jenis arang, menjadikan semua jenis kotoran terhasil ketika menyediakan hidangan boleh disingkirkan.

Kuasa sedutan hood ini ialah 750m3/hr, memang cukup untuk menyedut asap dan bau yang terlalu kuat. 

Tahap bising produk Milux ini ialah sekuat ≤ 65dB, jadi tidak mengganggu ahli keluarga lain ketika memasak. 

Faber FABERJET CLASSO 7633BK Slim Cooker Hood
mulai
RM379.00
Semak Faber FABERJET CLASSO 7633BK Slim Cooker Hood harga dibawah:
add_circle 2 penapis aluminium
add_circle Voltan input 220V
add_circle Penapis boleh dibasuh
add_circle Mempunyai 3 kelajuan kipas
add_circle Terdapat lampu LED
remove_circle Harga agak mahal

Mempunyai ciri kuasa sedutan sekuat 650m3/hr dan hood jenama Faber ini mempunyai Matt Black menjadikan sesuai dengan pelbagai jenis tema dapur. 

Mempunyai recirculating system dan penapis arang yang mampu mengurangkan bau busuk masakan dan asap yang terhasil. 

Apa yang lagi menarik, terdapat 3 butang tekan yang memudahkan pengguna untuk mengawal penyedut asap dapur ini. 

Tempoh warranty selama setahun.

Rubine RCH-MARIA-SS Cooker Hood
mulai
RM813.80
Semak Rubine RCH-MARIA-SS Cooker Hood harga dibawah:
add_circle Panel kawalan sentuhan sensor
add_circle Ada 2 lampu LED
add_circle Dilengkapi delay timer
add_circle Kuasa sedutan 1,200 m3/hr
remove_circle Harga mahal

Dengan bantuan hood dapur daripada Rubine ini, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada bau busuk atau asap tebal yang menyelubungi dapur ketika memasak.

Malah, sesuai dengan mereka yang inginkan penyedut asap yang kelihatan moden kerana direka dengan stainless steel dan tempered glass hitam. 

Ciri lain lagi, hood ini mempunyai penapis arang dan perangkap minyak untuk menyingkirkan sebarang bau ketika memasak. 

Jadi, selain direka dengan 3 kelajuan sedutan, hood ini turut dilengkapi dengan penapis halus stainless steel yang tidak mudah berkarat atau terhakis. 

Lagi bagus, anda tak perlu tanggalkan kesemua bahagian hood untuk membersihkannya kerana kipas motor boleh dicapai dengan mudah. 

Ditambah dengan teknologi H2 Meltz, sisa minyak degil akan disingkirkan dengan lebih cepat.

Haier Stainless Steel 2-In-1 Charcoal Filter Hood HH-OT53P
mulai
RM524.00
Semak Haier Stainless Steel 2-In-1 Charcoal Filter Hood HH-OT53P harga dibawah:
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Kuasa motor maksima 190W
add_circle Penapis boleh dibasuh jika kotor
add_circle Permukaan stainless steel
add_circle Lampu berkuasa 2*2W
remove_circle Harga mungkin agak mahal bagi sesetengah orang

Hood serombong 2 dalam 1 (ventilation/circulation) keluaran Haier ini mampu menghilangkan asap dan bau tidak menyenangkan yang terhasil ketika memasak. 

Malah terdapat butang kawalan tekan dengan 3 kelajuan pada alat ini memudahkan anda untuk menetapkan tahap sedutan hood yang diinginkan mengikut jenis masakan. 

Kuasa sedutannya agak kuat iaitu 1400m³/h dan dengan tahap bunyi bisingnya hanya serendah ≤58, dijamin tidak akan mengganggu aktiviti harian keluarga. 

Anda juga tak perlu risau jika tiba-tiba rosak sebab dah tersedia dengan tempoh jaminan motor selama 5 tahun.

Penyedut asap dapur murah
Zanussi Slim Line Cooker Hood ZHT962K
mulai
RM347.98
Semak Zanussi Slim Line Cooker Hood ZHT962K harga dibawah:
add_circle Mempunyai etapan 3 kelajuan
add_circle Terdapat penapis arang
add_circle Voltan input 220V
add_circle Harga murah
add_circle Mudah dipasang & dibersihkan
remove_circle Kuasa sedutan hanya 520m3/h
remove_circle Bunyi agak bising

Penyedut asap jenama ini sesuai diletakkan di bawah kabinet atas dapur yang sedia ada tanpa memakan ruang yang banyak.

Ini kerana direka untuk berfungsi dengan baik walaupun tanpa sistem saluran atau paip ekzosnya. 

Jadi, anda boleh pilih sama ada nak pasang ataupun tidak sistem tersebut bergantung keperluan rumah masing-masing. 

Saiz yang slim dengan lebar 90cm juga muat dipasang di dapur besar atau kecil. 

Bagi yang suka masak pada lewat malam, pembelian produk ini amat berbaloi kerana terdapat 2 lampu terang untuk membantu anda ketika memasak.

cooker hood midea
mulai
RM2,999.00
Semak Midea Cooker Hood Auto Clean Steam Wash MCH-90M80AT harga dibawah:
add_circle Sedutan kuat (2000m3/h)
add_circle Touch control & gerak isyarat
add_circle Lampu LED cekap tenaga
add_circle Mod operasi saluran keluar
remove_circle Harga mahal

Cooker hood Midea dilengkapi dengan Smart Auto-Steam Wash Cleaning Technology dan sistem pengudaraan 3D yang mengeluarkan asap dari dalam dapur.

Daya sedutan yang kuat hingga 2000m3/hr, tahap bunyi bawah 69dB dan pilihan 2 kelajuan dengan fungsi turbo.

Selain itu, penapis gris boleh tanggal, panel kawalan boleh dibaca dan reka bentuk injury prevention designs.

Pengguna juga boleh memilih kawalan sentuh atau gerak isyarat (kuasa gelombang tangan hidup/mati).

Cawan minyak memanjang juga mudah dibersihkan dan percuma hos saluran aluminium 180mm.

Jangan risau, anda akan dapat general warranty setahun dan motor 5 tahun bagi pembelian cooker hood ini.

Hood dapur tanpa tebuk dinding
cooker hood cornell
mulai
RM599.00
Semak Cornell CCH-DB900BK Cooker Hood harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Bunyi rendah
add_circle Mempunyai penapis arang
add_circle Disahkan SIRIM
remove_circle Reka bentuk lama

Penyedut asap dapur Cornell hadir dalam rekaan slim dan warna hitam yang sesuai untuk ruangan dapur moden anda.

Dengan penapis arang, cooker hood ini boleh menghilangkan bau semasa memasak dan dapur kurang berbau.

Dilengkapi 2 motor kipas "turbin" yang sangat berkuasa, penapis gris logam boleh basuh dan permukaannya yang licin juga mudah dibersihkan.

Memiliki kuasa sedutan super “seperti taufan” 800m3/jam dan bunyinya yang rendah tidak akan menganggu anda ketika berada di dapur.

Seperti cooker hood jenama lain, hood dapur ini turut mempunyai lampu yang membolehkan anda memasak dengan lebih terang.


Fungsi Cooker Hood

Cooker hood berfungsi untuk mengalih udara dan asap yang dihasilkan semasa memasak keluar dari dapur. Ia dipasang di atas dapur gas atau elektrik. 

Kipas pada hood dapur akan menyerap udara panas, wap air, kepulan asap dan bau masakan keluar melalui corong asap dapur. 

Udara segar dari luar akan masuk semula ke dapur bagi menggantikan udara yang dihembus keluar oleh kipas dan mengelakkan asap memasak daripada merebak ke ruang lain dalam rumah.

Tambah lagi, hood dapur turut dilengkapi dengan lampu tersendiri yang memudahkan pengguna memantau proses memasak terutamanya ketika memasak di tengah malam.

Jadi, anda dapat memasak dengan lebih selesa dan mencegah sesak nafas.


Cara Pasang Penyedut Asap Dapur

Sebelum pasang hood dapur, terdapat beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu.  

Pertama sekali, ukur ketinggian yang sesuai untuk pasang penyedut asap tersebut. 

Ini kerana jarak antara dapur memasak dengan hood itu perlu praktikal supaya asap boleh disedut dengan baik. 

Kalau terlalu tinggi, asap dan minyak tidak boleh masuk ke dalam saluran hood kerana jaraknya jauh.

Apabila dipasang jarak yang agakrendah sangat, anda akan terganggu dan lebih lagi teruk, mungkin boleh terhantuk kepala. 

Tapi, jangan risau kerana selalunya, pada manual pengguna, sudah tersedia jarak yang disarankan. 

Contohnya, jarak hood dari hob elektrik adalah sebanyak 450mm manakala ketinggian hood dari hob gas pula sebanyak 650mm. 

Kemudian, lubang pada dinding dapur akan ditebuk untuk pasang hood

Boleh rujuk video YouTube di bawah untuk lebih faham tentang cara pemasangannya.

Apa pun, jika anda tidak mempunyai kemahiran dan alatan yang lengkap untuk memasangnya sendiri, sebaiknya upah kontraktor untuk lakukan pemasangan hood dapur.

Bukan apa, kalau pasang sendiri dan tidak tahu, risau hood dapur akan rosak pula nanti.

Tapi tak perlu risaulah tentang pemasangan kerana kebanyakan kedai yang menjual hood dapur akan menyediakan khidmat pemasangan dengan bayaran dikenakan.


Artikel Berkaitan

End of Article