Penggunaan pelembut pakaian bukanlah sekadar trend semasa dan untuk bermewah-mewahan. Ia dapat melindungi pakaian semasa proses cucian, melembut dan mengekalkan kesegaran serta haruman wangi yang tahan lebih lama. Dengan menggunakan pelembut, pakaian akan tetap lembut dan tidak terasa kasar meskipun dicuci berulang kali.

Jenis haruman atau aroma, alahan kulit dan alergi adalah antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam memilih pelembut pakaian yang bersesuaian dengan kehendak serta keselesaan individu. Jika kita memilih pelembut yang tepat, masalah seperti bau yang tidak menyenangkan, pakaian tak selesa atau kulit gatal kerana alahan pastinya dapat dielakkan. Berikut adalah antara pilihan pelembut pakaian yang mungkin menjadi pilihan anda:

1. COMFORT Ultra Blossom Fresh (800ml)

Pelembut terbaik yang mengandungi pewangi, baik untuk pakaian dan kulit

Harga mulai RM10.01

shopping_cart Shopee Malaysia RM11.30 shopping_cart Lazada Malaysia RM10.01

Jenama pewangi yang menjadi kesayangan banyak keluarga di serata dunia, Comfort Ultra Blossom Fresh ini mengandungi kebaikan 5-dalam-1. Ianya membantu pakaian untuk kekal segar, memberi rasa kelembutan dan berbau wangi serta mengekalkan bentuk pakaian. 

Dilengkapi dengan teknologi penutup ‘Encapsulated Fresh Release’ molekul pewangi yang kecil menembusi pakaian semasa cucian akan mengeluarkan aroma harum dan segar pada pakaian. 

2. DOWNY Sunrise Fresh Concentrate Fabric Conditioner (900ml)

Kesegaran pelembut pakaian yang tahan lebih lama dari biasa

Harga mulai RM9.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM10.95 shopping_cart Lazada Malaysia RM9.50

Kekal segar walaupun dalam keadaan berpeluh selepas melakukan kerja berat dengan cucian pakaian yang disertai pelembut pakaian dari Downy Sunrise Fresh. Produk dari jenama ini melawan bau busuk dengan kandungan anti-baunya. 

Ia memberi kesegaran yang berpanjangan serta membuat pakaian anda menjadi lebih lembut. Haruman dari bunga segar pagi yang menjadi inspirasi pelembut pakaian ini, membenarkan si pemakai menikmati kesegaran suasana pagi sepanjang hari. 

3. K-MOM Naturefree Sensible Fabric Softener (1300ml)

Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah alahan atau alergi

Harga mulai RM36.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM36.00 shopping_cart Motherhood Malaysia RM45.51

Pelembut pakaian K-Mom Naturefree ini dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan dan bahan semulajadi. 100% daripada minyak sawit asli sebagai kandungan utama, ianya mesra alam dan biodegredasi. Dengan mengandungi 5 bahan utama dan diperakui oleh USDA Organic yang dapat menstabil serta melembabkan kulit.

Produk ini bebas daripada bahan-bahan merbahaya untuk kulit seperti paraben, alkohol dan Propylene Glycol. Pastinya pelembut ini sesuai untuk pengguna yang mempunyai alahan pada pelembut pakaian yang boleh mengakibatkan kulit menjadi sensitif.

4. BUDS Baby Safe Fabric Softener (600ml)

Pelembut pakaian selamat digunakan untuk pakaian bayi

Harga mulai RM45.57

shopping_cart Motherhood Malaysia RM45.57

Tidak seperti pelembut pakaian lain yang menggunakan bahan sintetik dari haiwan, BUDS Baby Safe Fabric Softener dihasilkan daripada tumbuhan organik dan minyak ‘essential’ untuk memberi kelembutan dan haruman semulajadi buat pakaian si kecil. 

Diperkaya dengan jus Aloe Vera, pelembut pakaian ini tidak membahayakan kulit bayi yang cepat sensitif. Tidak menggunakan bahan-bahan seperti pewangi tiruan atau sintetik malahan minyak organik yang digunakan dalam produk ini memberi haruman semulajadi yang menyegarkan. Semua bahannya mesra alam dan mudah di biodegradasi serta selamat untuk digunakan. 

5. SOFTLAN Anti Wrinkles Fabric Softener (1L)

Sesuai untuk mesin basuh, gunakan pelembut pakaian anti-kedut ini

Harga mulai RM4.89

shopping_cart Shopee Malaysia RM4.99 shopping_cart Lazada Malaysia RM4.89

Pelembut dari produk Softlan ini melindungi pakaian yang dicuci dengan menjadikannya lebih lembut, segar, mudah untuk di seterika dan kurang kedut. Pakaian juga menjadi kurang atau tidak statik serta kelembutan yang tidak boleh dinafikan membuat si pemakai lebih selesa memakai pakaian yang dicuci. Harganya yang berpatutan membuatkan ia amat sesuai untuk digunakan dalam cucian mesin basuh. 

Pastikan cara penggunaannya juga betul untuk memastikan pakaian anda kekal segar dengan wangian semulajadi dari pelembut pakaian ini.

6. TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner

Pelembut pakaian sesuai untuk anda yang berkulit sensitif

Harga mulai RM11.25

shopping_cart Shopee Malaysia RM11.25

TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner amat lembut pada kulit anda dan memberi perlindungan pada yang mengalami masalah kulit sensitif. Teknologi ‘FibreTech’ yang ada di dalam kandungan pelembut pakaian ini melembutkan semua jenis material dan fabrik.  Haruman ‘Micropods’ yang dikeluarkan oleh pelembut pakaian ini akan meresap ke dalam fiber pakaian dan memberi kesegaran berpanjangan pada pemakainya. 

7. DAIA Fabric Softener – Morning Mist (1800ml)

Pelembut pakaian harga murah, tetapi hasilnya tetap berkualiti

Harga mulai RM6.40

shopping_cart Shopee Malaysia RM6.40

Ada banyak pelembut pakaian yang murah berada di pasaran tetapi pelembut pakaian daripada jenama Daia ini, seringkali menjadi pilihan pengguna. Ia memudahkan pakaian untuk digosok serta menampilkan hasil yang pasti akan memuaskan anda. Pelembut pakaian ini efektif untuk menanggalkan kesan bau kurang menyenangkan yang melekat pada pakaian anda. 

Pakaian menjadi bebas statik selepas mencucinya dan sesuai digunakan untuk semua jenis pakaian termasuklah pakaian si kecil. 

8. COMFORT Ultra Concentrated Aromatherapy Magical (800ml)

Pelembut pakaian dengan haruman aromaterapi yang semerbak

Harga mulai RM8.95

shopping_cart Shopee Malaysia RM8.95 shopping_cart Lazada Malaysia RM8.95

Mengandungi 100% minyak ‘essential’ yang asli dan tulen, pelembut pakaian Comfort Ultra Aromatherapy terdiri daripada pelembut pakaian yang eksklusif di pasaran. Ada pelbagai pelembut pakaian yang mengutamakan haruman yang berkekalan tetapi haruman aromaterapi yang dihasilkan oleh pelembut pakaian ini amat menyegarkan dan menenangkan si pemakainya. 

Hanya dengan menggunakan separuh dari penutup botol, pakaian akan tahan berbau segar dan harum hingga 14 hari. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Ain Ashraf

mom who writes

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!