Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Untuk Lebih Keselesaan Semasa Melayari Mimpi Dengan 10 Sofa Bed Dibawah RM 300

Memenuhi keinginan dan keselesaan ruang bilik

Pemilihan sofa haruslah bersesuaian dengan keperluan sebuah ruang pada bilik anda. Jangan memilih hanya mengikut kehendak. Kadangkala, apa yang kehendak inginkan tidak bersesuaian dengan keperluan. Katil jenis sofa ataupun sofa bed adalah salah satu perabot yang menjimatkan ruang kediaman mahupun bilik tidur mengikut ruangan yang kecil atau besar kerana ianya datang dengan fungsi 2-dalam-1.

Sofa bed mampu berubah menjadi kerusi sofa untuk dijadikan tempat duduk menonton televisyen atau membuat kerja. Juga boleh diubah suai menjadi tempat untuk berbaring yang menyerupai bentuk katil yang selesa, dengan beberapa langkah yang mudah. Jom ikuti 10 seleksi sofa bed terbaik dan murah yang akan melengkapkan keperluan anda.

Sofa bed jenis angin yang terbaik
Semak INTEX Inflatable Pull Out Sofa Bed harga dibawah:

Sofa bed angin ini diperbuat daripada material getah nipis yang selesa dan tidak panas serta didatangi dengan pam angin. Bukan sahaja sesuai diletakkan didalam rumah, malah boleh digunakan ketika berkhemah untuk pengalaman aktiviti outdoor yang selesa dan menyeronokkan. 

Sofa bed angin yang boleh disusun menjadi katil ini, amat mudah digunakan dan praktikal untuk tujuan lebih ringkas. Lepaskan sahaja angin sofa bed ini serta ianya mudah disimpan kerana material yang nipis dan ringan. 

Sofa bed dengan karakter kartun, sesuai untuk kanak-kanak
Semak Colorful Pattern Sofa Bed harga dibawah:

Sofa bed berkarakter kartun ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak kerana coraknya yang menarik dan berwarna-warni akan menarik perhatian si kecil. Sofa bed ini boleh menyelesaikan masalah ruangan kecil dan sesuai jika dipadankan dengan tema bilik anak anda. 

Sangat mudah diubah menjadi katil bersaiz queen, tiada masalah jika si kecil mahu anda menemaninya untuk tidur di waktu malam. Material fabriknya yang lembut juga menjadi pilihan si kecil untuk bersantai atau tidur dengan penuh keselesaan.

Sofa bed lipat terbaik – sesuai untuk ruang tamu yang luas
Semak UNICO Concord PVC Sofa Bed harga dibawah:

Jikalau anda memiliki kediaman tanpa ruang yang sempurna untuk dijadikan ruangan bilik tetamu, sofa bed seperti ini amat sesuai dengan keperluan anda. Rekaan moden dan ringkas dapat dijadikan sebagai perabot tetap yang masih melengkapkan tema keseluruhan ruang tamu anda. Tarik sahaja sofa bed ini, sudah sedia untuk menjadi tempat perbaringan. 

Sofa bed murah – saiz single, sesuai untuk bujang
Semak CASSA NANO Sofa Bed 4-in-1 harga dibawah:

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih mudah dan ringkas kerana sering berpindah, sofa bed ini terbaik untuk memenuhi kehendak anda. Dengan reka bentuknya yang ringkas, sofa bed ini mudah dibawa kemana sahaja, samada ingin gunakan didalam bilik tidur mahupun di ruang tamu ketika ingin menonton televisyen dengan selesa. 

Dengan bersaiz single, sesuai untuk pengguna bujang kerana kemudahannya untuk dibawa ke mana sahaja. 

Sofa bed bergaya minimalis, melengkapkan ruang peribadi
Semak Multifunctional Sofa Bed harga dibawah:

Untuk anda yang gemarkan perabot jenis multifungsi 2-dalam-1, sofa bed ini adalah pilihan terbaik. Ini kerana ianya boleh bertukar menjadi sofa di waktu siang dan katil di malam hari tanpa perlu mengubah tempat. Warna fabrik yang ringkas dan bermaterialkan linen, masih mengekalkan rekaannya yang moden dan minimalis. Sesuai untuk ruang bilik tidur anda tanpa memakan ruang yang banyak dan untuk anda yang gemarkan gaya sederhana.

Sofa bed berangka besi, sesuai untuk ruang bilik tidur kecil
Semak Metal Frame Pull Out Day Bed harga dibawah:

Daybed ataupun katil yang berbentuk seperti sofa ini juga mempunyai tujuan yang sama seperti sofa bed. Reka bentuknya yang berangka dari besi nipis dan tidak memerlukan ruang luas amat sesuai digunakan d dalam bilik tidur kecil. 

Berbeza dengan sofa bed yang perlu ditarik ataupun diubah menjadi katil, daybed adalah katil bersaiz single yang mempunyai rangka berbentuk sofa. Dekatkan sahaja daybed ini pada dinding, ianya pasti akan menjimatkan ruangan yang kecil tanpa perlu mengubah barangan lain. 

Sofa bed bersaiz kompak, sesuai untuk ruang tamu yang kecil
Semak CASA MUEBLES: 2 Seater Sofa Bed harga dibawah:

Sofa bed yang mempunyai 2 tempat duduk ini amat sesuai untuk ruang tamu lebih kecil seperti pangsapuri jenis studio dengan hanya 1 ruangan sahaja untuk beristirehat dan tidur. Walaupun sofa ini lebih sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, material yang diperbuat lebih kukuh dan berkualiti tinggi. Tidak mudah carik atau koyak, anda boleh laraskan ketinggian badan anda kepada 3 bahagian semasa menyandar. Span sofa bed ini juga tidak mudah mendap dan memberikan keselesaan buat anda semasa duduk bersandar atau berbaring.  

Sofa bed ringkas dengan harga mampu milik
Semak Adjustable TATAMI STYLE Floor Sofa Bed harga dibawah:

Masih mengekalkan konsep ringkas dan mudah, sofa lantai ini amat sesuai untuk digunakan pada ruang tamu ketika bersantai membaca buku mahupun menonton televisyen. Sofa bed lantai berbentuk seperti kusyen yang bermaterialkan kapas kekabu empuk ini sesuai untuk anda. Rekaannya yang nipis dan ringan mudah untuk disimpan, dilipat dan dibawa kemana sahaja. 

Kusyen ini boleh dilipat menjadi sofa duduk dan boleh juga dijadikan sebagai tempat untuk beristirehat. Sesuai untuk waktu bermalasan di hari cuti mahupun dibawa untuk berkhemah agar dapat memberikan keselesaan semasa anda tidur. 

Sesuai untuk si kecil dengan rekaan corak menarik
Semak AUSTRALIAN Flip Out Children Sofa Bed harga dibawah:

Sofa bed untuk kanak-kanak ini mempunyai fungsi yang ringkas boleh digunakan sebagai tempat duduk ataupun kusyennya boleh dibuka dan ditarik untuk membentuk ruang pembaringan. Dengan coraknya yang ceria dan berwarna-warni, anak kecil pasti menggemari perabot ringkas ini. Didatangi dengan 4 pilihan corak kartun dan warna yang pasti menarik perhatian si kecil, sofa bed ini menjamin keselesaan ruang bilik anak anda. 

Sofa bed mini empuk - selesa untuk bayi
Semak My Dear Cozy Baby Sofa Bed harga dibawah:

Sofa bed kecil untuk bayi ini amat praktikal digunakan oleh bayi kecil sekaligus dijadikan sebagai tempat tidur. Dilengkapi dengan mainan bayi kecil yang digantung di atas sofa, ianya juga berfungsi sebagai dekorasi tambahan. Materialnya yang lembut, sesuai untuk bayi kecil bagi mengurangkan risiko bayi terhantuk ataupun terjatuh ketika menggunakan sofa bed ini. 


Artikel Berkaitan

End of Article