Cuaca panas boleh menyebabkan kita mudah berpeluh, rimas dan kadang-kala baran kerana tidak selesa. Bawa bertenang, anda tidak perlu risau kerana masalah ini boleh selesaikan dengan memasang kipas angin dinding di rumah. Ia bukan sahaja senang dioperasikan malah lebih murah dan menjimatkan elektrik jika dibandingkan dengan penghawa dingin mudah alih.

Siapa kata anda tidak boleh merasakan kesejukkan walaupun dalam cuaca yang panas? Anda boleh. Berikut adalah beberapa jenis kipas dinding yang mungkin akan menjadi pilihan terbaik untuk anda sekeluarga:

1. Mitsubishi Electric Wall Fan 16" ( W16-GU-P ) - New 2017

Kipas angin dinding terbaik yang kecil
Harga mulai RM165.00
Shopee Malaysia RM165.00

Kipas ini bersaiz kecil dan menjimatkan dari segi penggunaan tenaga. Dilengkapi dengan bilah kipas 16 inci, terdapat 3 kelajuan yang boleh ditetapkan untuk memastikan seluruh bilik anda menerima angin yang diperlukan. Walaupun kecil, ia mampu beroperasi dalam jangka masa yang panjang dan berciri keselamatan yang tinggi. Datang dalam dua warna pilihan iaitu kelabu dan putih.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Elba EWMF-E1646RC BK 16 Inch Wall Fan with Remote (Black)

Kipas angin dinding terbaik yang ada remotenya
Harga mulai RM158.88
Shopee Malaysia RM158.88

Kipas dengan kawalan mudah alih ini memudahkan anda untuk mengawalnya dari jarak jauh. Ia mempunyai 3 tahap kelajuan yang boleh diubah dan juga 3 mod yang boleh diselaraskan iaitu normal, semulajadi dan tidur. Selain itu, anda tidak perlu risau tentang penggunaan elektrik yang berlebihan kerana kipas ini juga mempunyai pemasa yang boleh ditetapkan. Dengan kuasa 220-240V, kipas ini boleh menjadikan tidur anda lebih lena dan kekal sejuk hingga ke pagi.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Panasonic 45cm (18") Wall Fan F-MU453 (Dark Grey)

Kipas angin dinding terbaik yang tidak bising
Harga mulai RM228.00
Shopee Malaysia RM228.00

Kipas yang bukan sahaja memiliki bunyi yang rendah, malah ia juga lancar dan memiliki kondensar motor yang mampu beroperasi lebih lama daripada kipas biasa. Direka dengan 3 tahap kelajuan yang boleh diubah serta boleh dikawal pergerakan ke kiri dan kanan, nikmati angin yang sejuk tanpa perlu risau akan cuaca yang panas di luar.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Fujibin 20" Wall Fan FBW-20

Kipas dinding besi terbaik
Harga mulai RM170.00
Shopee Malaysia RM170.00

Kipas dinding ini berprestasi tinggi dengan bilah kipas bersaiz 20 inci yang mampu memberikan udara yang segar daripada 3 tetapan kelajuan angin. Anda tidak perlu risau kerana walaupun ia bersaiz besar dan memiliki bilah yang diperbuat daripada besi aluminium, kipas yang berkuasa 120watt ini dapat menghasilkan bunyi yang rendah dalam menghasikan kesejukan yang secukupnya. Keselamatan anda pasti dijamin kerana ia telah diluluskan oleh SIRIM.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. KDK 16” Remote Wall Fan KC-4GR / KC4GR

Kipas dinding terbaik yang kuat
Harga mulai RM220.00
Shopee Malaysia RM220.00

KDK adalah salah satu jenama barangan elektronik yang dipercayai ramai, kini telah mengeluarkan kipas 16 inci yang mempunyai alat kawalan jauh bagi memudahkan kerja anda. Yang menariknya, ia dapat menghasilkan angin yang agak kuat tanpa menjadi terlalu bising.

Selain itu, kipas ini dilengkapi dengan suis terma keselamatan secara manual untuk memastikan anda dapat mematikan kipas sekiranya tidak menggunakannya. Anda juga boleh mengawal ayunan, kelajuan dan juga menetapkan pemasa dari jauh.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Midea 16'' Wall Fan : MF-16FW6H

Kipas angin dinding terbaik yang murah
Harga mulai RM93.00
Shopee Malaysia RM93.00

Menggunakan Midea Wall Fan MF-16FW6H sangat mudah kerana anda hanya perlu plug kan sahaja, dan ia sedia untuk menyejukkan bilik. Dengan 3 kelajuan angin, ia sangat mudah di tempatkan di mana-mana bilik. Bukan sahaja murah, malah ia juga menjimatkan penggunaan tenaga. Kipas yang mudah beroperasi dan sangat ringkas.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. ELBA EIWF-G2631(BK) Industrial Wall Fan 26" with 3-Speed (Heavy Duty)

Kipas angin terbaik yang besar
Harga mulai RM239.00
Shopee Malaysia RM239.00

Kipas besar bersaiz 26 inci dengan kuasa 180watt ini mempunyai bilah kipas yang diperbuat daripada logam tahan karat untuk memastikan angin kuat terutamanya bagi kegunaan industri. Ianya berfungsi seperti kipas yang lain, mempunyai 3 tetapan kelajuan dan kawalan arah yang boleh diubah. Dengan kuasa 180watt, kipas ini memastikan setiap sudut ruangan dapat disejukkan dalam menyebarkan udara yang segar.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!