Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Harga Runtuh 8.8: Produk Kelengkapan Rumah Yang Janji Murah

Janji Murah, Janji Jimat!

Sudah pasti anda sudah biasa dengan pelbagai promosi 11.11 datang bulan November, tetapi tahukah anda ada juga promosi bulanan 8.8 berapa hari lagi?

Macam Mana Kami Tahu?

Berdasarkan trend pembelian, maklumat yang kami dapati dari Shopee/Lazada, dan sistem “Price Tracker” ProductNation, kami sudah mengenal pasti berapa produk kelengkapan rumah yang kami janji akan mendapat diskaun besar semasa promosi ini, tidak jua dari Lazada atau Shopee!

Ikuti Harga Produk

Cuba gunakan sistem pengesan kami untuk mengikuti harga produk inginan anda. Anda hanya perlu klik butang “ikuti harga” dan kami akan memaklumkan anda bila harganya runtuh! Senang, kan?

Produk Murah Promosi 8.8

Semak Kotak Kasut Plastik Berwarna harga dibawah:

Kotak-kotak kasut plastik ini amat sesuai kepada kaum “hypebeast” dengan koleksi kasut sukan pelbagai. Kotak berharga murah ini mempunyai pilihan warna hitam, putih, merah jambu, hijau atau biru, sudah tentu ada yang padan dengan reka bentuk rumah anda.

Kami lebih suka warna hitam dan putih untuk lebih menonjolkan koleksi kasut. Selain dari kasut, ia juga sesuai sebagai laci baju atau pakaian dalaman.

92% Off + Free Shipping
OEM
Semak LED Solar Light harga dibawah:

Lampu luaran ini dilengkap dengan sensor gerakan, amat sesuai kepada mereka yang tinggal dalam rumah teres, untuk melindungi rumah dan keluarga anda. Ia juga berkuasa solar, maknanya anda tidak perlu risau dengan penggunaan elektrik atau penukaran bateri.

Dibina dengan lampu LED, ia semestinya tahan lasak. Ia juga dilengkapi 3 mode berlainan, dan boleh ditukar mengikuti keperluan anda. Sila juga dimaklumkan bahawa sebab produk ini dihantar dari luar negara, penghantaran akan mengambil masa yang lebih panjang.

65% Off + Free Shipping
OEM
Semak Laundry Detergent Gel harga dibawah:

Gel dobi ini boleh dimasukkan ke mesin basuh terus, dan ia akan larut dalam air semasa mesin basuh beroperasi. Hanya satu gel perlu digunakan sekali, untuk memastikan baju yang bersih, bebas bakteria, dan berbau segar.

Akan tetapi, harap maklum bahawa gel ini tidak sesuai digunakan untuk operasi basuhan yang “ekspres”. Ia perlu digunakan untuk operasi yang melebihi 18 minit untuk kesan optimum.

19% + Free Shipping
OEM
Semak Penyangkut Mop dan Penyapu harga dibawah:

Kalaulah anda jenis OCD yang rasa mop, penyapu atau payung yang dibiarkan di tepi dinding amat menjijikan, maka penyangkuk mop ini adalah dibuat untuk anda. Dengan penyangkuk ini, bolehlah mop, penyapu atau payung disusun dengan kemas di tepi dinding.

Penyangkuk plastik boleh dilekat di dinding, tidak perlu penggunaan skru atau pemasangan kompleks.

92% Off + Free Shipping
OEM
Semak Tali Langsir Magnet harga dibawah:

Kepada mereka yang ingin “upgrade” rekaan dalaman rumah, salah satu bahagian bilik yang paling menonjol tu pilihan langsir. Dengan itu, tali langsir magnet ini boleh tambahkan “finishing touch” dan menjadikan pilihan langsir anda lebih berkelas.

Sila juga dimaklumkan bahawa sebab produk ini dihantar dari luar negara, penghantaran akan mengambil masa yang lebih panjang.

Semak ASOTV 3 Tier Foldable Clothes Drying Rack harga dibawah:

Penyilai 3 tingkat ini sesuai digunakan tidak jua di dalam atau luar, dengan rekaan menggunakan ruang terhad dengan sepenuhnya. Amat sesuai untuk mereka yang tinggal dalam rumah ber-balkoni, dan tidak mempunyai ruang banyak untuk menyilai baju.

Penyilai ini telah dipisahkan dalam pembungkusan, akan tetapi ia boleh dipasang tanpa sebarang peralatan.

70% Off + Free Shipping
OEM
Semak 3D Brick Design Wallpaper harga dibawah:

Bosan dengan dinding putih tetapi tidak ingin belanja duit banyak untuk pengubahsuaian rumah/bilik anda? Bolehlah anda cuba gunakan kertas dinding ini, yang diperbuat dari PE foam yang tahan lasak, dengan tekstur seperti batu bata sebenar. Sesuai untuk dinding di belakang televisyen atau sofa.

Ia juga diperbuat dari bahan tahan air, tapi kami tidak meyesyorkan anda mengunakannya dalam bilik mandi.

78% Off + Free Shipping
OEM
Semak Non-slip Bathroom Floor Mat harga dibawah:

Tikar getah lantai untuk bilik mandi amat penting kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang amat muda ataupun lebih tua, untuk mengelakkan mereka dari kecederaan jatuh. Harga pilihan tikar getah ini amat berpatutan dan mempunyai pelbagai pilihan warna, padan dengan reka bentuk yang lebih ceria.

End of Article