Product in this article

Jika kita bercakap tentang perabot di dalam ruangan pilihan terutamanya ruang peribadi, antara perabot utama yang penting adalah katil. Pemilihan katil hendaklah bersesuaian dengan keperluan masing-masing dan saiz bilik anda. Katil didatangi dalam pelbagai saiz, material dan ciri. Ada yang dua tingkat, ada yang bersaiz bujang dan lain-lain lagi. Perkara utama sebelum hendak membeli sesuatu perabot itu hendaklah mengikut kemampuan bajet anda. Jika bajet lebih, bolehlah beli yang berjenama dan harganya pun mahal sedikit. Tetapi jika bajet berkurangan, pilihlah katil mengikut kemampuan dan berkualiti tinggi.

Terdapat juga lambakan katil di pasaran dengan harga dibawah RM 300. Ikuti senarai katil yang disediakan ini untuk mengetahui info lebih lanjut tentang katil murah dan berkualiti;

1. 3V Double Decker Powder Coated Metal Bed Frame

Katil 2 tingkat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak

Harga mulai RM189.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM189.00

Katil 2 tingkat bersaiz bujang ini diperbuat daripada besi yang kukuh dan tegap untuk ketahanan lebih lama. Ianya juga datang dengan besi penghadang pada bahagian atas untuk mengelakkan si kcil daripada terjatuh serta tangga yang stabil. Katil ini amat mudah dipasang dan bersesuaian untuk kegunaan didalam bilik anak-anak yang berumur dari 6 hingga 12 tahun. 

2. 2 in 1 Wooden Baby Cot

Katil bayi yang selamat dan versatil untuk si manja

Harga mulai RM198.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM198.00 shopping_cart ezbuy Malaysia RM242.57

Jika anda memilih katil untuk bayi, ianya mestilah selamat dari segi material, ketahanan serta mempunyai ciri penghadang yang cukup. Diperbuat daripada kayu Easel, katil bayi ini tidak dicat dengan bahan yang merbahaya untuk mengelakkan bahan toksik melekat padanya. Katil ini mempunyai penghadang boleh laras mengikut keinginan anda samada naik atau turun, brek serta ketinggian yang boleh diubahsuai mengikut kesesuaian umur bayi. 

Mata tambahan untuk katil ini, ianya mempunyai tempat penyimpanan barang di bahagian bawahnya. Menarik bukan?

3. Single Steel Metal Bed

Katil besi bersaiz single sesuai untuk bilik kecil – menjimatkan ruang

Harga mulai RM125.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM125.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM135.00

Bagi anda yang masih solo, pilihan katil besi adalah terbaik untuk anda. Saiznya amat sesuai untuk diletakkan didalam bilik atau ruang yang kecil. Bingkai katilnya juga slim dan ringan, mudah untuk dialih serta tidak memakan ruang yang luas. 

Didatangi dengan papan kayu untuk bahagian meletakkan tilam agar ianya lebih kukuh berbanding katil yang menggunakan potongan besi nipis.

4. IRIS Living Room 2 in 1 Foldable Sofa Bed

Sofa jenis katil multifungsi 2-dalam-1, buat anda yang ingin perabot ringkas

Harga mulai RM229.77

shopping_cart Shopee Malaysia RM229.77 shopping_cart Lazada Malaysia RM259.00

Kebiasaannya kita akan meletakkan sofa diruang tamu. Kali ini, apa kata anda tukarkan ianya ke sofa bed. Sofa bed atau katil sofa adalah perabot yang menyerupai sofa tetapi ianya dapat diubah untuk menjadi katil semasa anda hendak beradu. Sofa bed daripada jenama Iris ini sesuai untuk diletakkan di ruang tamu dan mudah untuk dikendali. 

Ianya diperbuat daripada metal berkualiti serta kusyen kain velvet yang empuk dan selesa. Tidur malam anda akan menjadi lebih selesa dan sempurna. 

5. Queen Size Divan Bed Frame

Katil bersaiz queen – pilihan terbaik untuk yang baru berkahwin

Harga mulai RM228.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM228.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM259.00

Jika anda menginginkan katil bersaiz queen tetapi buntu untuk mencari produk yang berkualiti? Pilihan katil daripada Divan ini sangat berbaloi. Ianya katil jenis Divan iaitu keseluruhan frame katil ini diletak terus ke atas lantai, bukannya menggunakan 4 tiang kaki individu seperti katil konvensional yang lain. 

Dengan rekaan sebegini, ianya lebih kukuh dan tidak mudah patah. Kepala katilnya pula diperbuat daripada material kulit (leather) berkualiti dari Korea. Mudah untuk dipasang sendiri dan pastinya akan membuatkan bilik anda tampil dengan rekaan lebih moden.

6. Portable Foldable Camping Bed

Katil kompak dan portable untuk digunakan semasa aktiviti perkhemahan

Harga mulai RM101.70

shopping_cart Shopee Malaysia RM101.70 shopping_cart Lazada Malaysia RM168.50

Katil ini mudah dibawa untuk kegunaan berkhemah kerana ianya boleh dilipat dan boleh disimpan di ruangan yang sempit tanpa memerlukan ruang luas. Saiznya yang sederhana dapat menjamin keselesaan semasa anda tidur. Ianya boleh menampung berat sehingga 90kg kerana besi katil ini diperbuat menggunakan rekaan daripada teknologi Triangle Link Firmware. 

Katil ini tidak terlalu tinggi agar ianya lebih stabil dan didatangi dengan bantal untuk keselesaan lebih ekstra.

7. ANTONY Solid Wood Single Bed Frame

Katil yang diperbuat daripada kayu pilihan, sesuai untuk penggemar gaya rustic

Harga mulai RM185.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM185.00

Jika anda menyukai gaya rustic untuk bilik anda, katil kayu ini amat bersesuaian dengan tema. Ianya diperbuat daripada kayu getah solid yang kukuh. Warna kayunya pasti akan membuatkan ruang bilik tampak sejuk dan selesa. 

Untuk penggemar gaya klasik, rona katil ini sesuai buat ruang bilik tidur anda. Tidak mudah dimakan anai-anai dan ianya mesra alam (eco-friendly).

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!